- Home
- News & Events
- Hari Sukan Negara 2021 : KBS FIT and Active musim 4
Hari Sukan Negara 2021 : KBS FIT and Active musim 4
Tubuh badan yang sihat, menyumbang kepada kesihatan mental yang baik. Keadaan pandemik memperlihatkan perubahan gaya hidup masyarakat secara tidak langsung yang mana kebanyakan masa diluangkan dengan berada dirumah dan pergerakan juga adalah sangat terhad. Namun begitu, penggunaan teknologi telah diterapkan dengan sesi bersukan yang dijalankan secara atas talian yang kini semakin popular.
Bersama KBS, Kevin Zahri & Friends
Program “KBS Fit and Active” yang merupakan kolaborasi bersama Kementerian Belia dan Sukan Malaysia kini kembali di Musim #4 yang merupakan satu platform media sosial di mana ianya menggalakan masyaratkat untuk turut serta bersama-sama menjalani gaya hidup yang aktif di rumah seiring dengan jurulatih kegemaran mereka.
Sesi yang dijalankan turut menampilkan jurulatih terkemuka tanah air iaitu, Kevin Zahri, yang juga merupakan Perintis kepada Program KBS Fit and Active sejak musim pertama ia dianjurkan pada tahun lalu.
Pelbagai aktiviti akan menunggu para penonton sepanjang program dijalankan yang akan bermula pada 1 Oktober sehingga 31 Oktober 2021 bersempenaan juga dengan Hari Sukan Negara 2021. Antara aktiviti senaman yang akan dijalankan oleh lebih daripada 20 orang jurulatih hebat Malaysia adalah High Intensity Interval Training (HIIT), yoga, tarian, senaman keluarga dan piloxing. Selain daripada aktiviti senaman, para penonton juga akan disajikan dengan perbincangan tentang pemakanan, pengurangan berat badan secara sihat, dan banyak lagi.
Menurut Ketua Projek Program KBS Fit and Active #4, Konea Kamin, antara personaliti terkemuka yang turut terlibat dalam musim kali ini selain Kevin Zahri adalah pelakon Sharifah Sakinah, Atilia Haron, Andy Teh, Nana al-Haleq, dan juga Linora Low.
Program KBS Fit and Active #4 akan dilaksanakan untuk melahirkan masyarakat yang sihat sejahtera dari segi fizikal dan mental untuk menjadikan Malaysia sebuah Negara Sukan. Justeru itu, acara Bicara Sihat tentang kesihatan mental melibatkan pakar dan individu professional turut akan diadakan dalam program musim ini. Senaman harian akan dijalankan secara maya sebanyak 3 kali sehari, dan dapat menggalakan seluruh masyarakat turut serta bersama. Jadual senaman boleh diikuti melalui laman social KBS Fit and Active iaitu @kbsfitactive dan juga melalui laman sosial jurulatih masing-masing.
Aktifkan Diri Buat Negara Tersayang
- Objektif bagi program KBS Fit and Active ini adalah seperti berikut:-
- Melatih masyarakat dalam pendidikan tentang pemakanan sihat;
- Meningkatkan pengetahuan pelbagai aktiviti kecergasan dan gaya hidup aktif;
- Menggalakkan mesyarakat untuk mengetahui mengenai cara-cara menyediakan pelan diet;
- Mengisi masa lapang dengan aktiviti berfaedah dan memberi lebih keseronokan.
Jadual KBS Fit & Active October 2021
Berikut adalah jadual sepanjang Oktober 2021 ini. Sila rujuk kepada akaun rasmi Instagram di @kbsfitactive untuk maklumat terkini.
October 1
- Coach Kakcik – 6pm – Single DB Fatburn
- Yun – 9am – HIIT
October 2
- Aimran – 6pm
- Izzat – 10.30am – How do We lose Weight? (Talk)
- Alynn – 5pm – Body Toning
- Kevin Zahri – 10am – Family Workout
October 3
- Alynn – 5pm – Leg Workout
- Yun – 9am – Morning HIIT
- Zaid – 6pm – HIIT
October 4
- Nanie – 6pm – Zumba
- Yun – 9am – DB Workout
- Kevin Zahri – 8pm – Live Discussion
October 5
- Wani Honey – Konga Dance
- Lynda – 8am – Muay Fusion
- Zaid – 5pm – Shadow Box Cardio
October 6
- Nara Duangdean – 5pm – Power UP DBs
- Kushairi – 5pm – Talk
October 8
- Coach Kakcik – 6pm – Strength & Toning
October 9
- Aimran – 6pm – HIIT
- Izzat – 10.30am – Exercise: Punishment? Or Gift?
- Alynn – 5pm – Tone Your Abs
- Kevin Zahri – 10am – Family Workout
October 10
- Naim -9am- Barbell Pump
- Konea – 8am – Sunday Sweat #1
- Drona – 10am – Jom Respon : Mental Health
October 11
- Kushairi – 8pm – Sembang Sihat-Lah!
- Kevin Zahri – 8pm – Live Discussion
- Michelle – 7pm – Flexibility Flow
October 12
- Zaid – 5pm – Endurance
October 13
- Kevin Andrew – 6pm – HIIT IT UP
- Nanie – 6pm – Cardio Kickboxing
- Nara Duangdean – 5pm – Total Body Strength
October 14
- Wani Honey – 10am – Konga
- Kushairi – 8pm – Sembang Sihat-Lah!
- Konea – 8pm – Chat: Making Time For Exercise!
October 15
- Ayu – 10am – Fabulous Dance
- Kakcik – 6pm – Full Body AMRAP
- Grace – 5.30pm – Sliding Time!
October 16
- Aimran – 6pm – HIIT
- Katt – 9.30am – TIK TOK VIRAL DANZ
- Izzat – 9.30am- Diet Suku Suku Separuh
- Kevin Zahri – 10.00am – Family Workout
October 17
- Ayu – 5pm – Fabulous Dance
- Grace – 11am – Foam Rolling
- Naim – 9am – Full Body HIIT
October 18
- Kevin Zahri – 8pm – Live Discussion
- Michelle – 7pm – Tiny Waist Workout
October 19
- Grace – 8pm – Eccentric Workout
- Lynda – 8am – Muay Fusion
October 20
- Kevin Andrew – 6pm – Pyramid Burn
- Charis Sim – 5pm – Macros Talk
October 21
- Konea – 8pm – Chat: What works for you?
October 23
- Katt – 10am – Masala Bhangra Workout
- Ayu – 5pm – Fabulous Dance
- Lynda -6pm – Muay Fusion
- Kevin Zahri -10.00am – Family Workout
October 24
- Wani Honey – 10am – Konga
- Konea -8am – Sunday Sweat #2
October 25
- Charis Sim – 6pm – Is Recovery Essential?
- Kevin Zahri – 8pm – Live Discussion
- Michelle – 7pm – Flexibility Flow
October 27
- Kevin Andrew – 6pm – Terbakar Core
- Nara Duangdean – 5pm – Dumbbells Push
- Drona – 8pm – Jom Respon : Mental Health
October 28
- Nanie – 6pm – Aerodance
October 29
- Charis Sim – 6pm – Barre Workout
October 30
- Katt – 10am – Aerodance
- Charis Sim – 3pm – Fundamental to Barre – Low Impact
- Kevin Zahri – 10am- Family Workout
- Nana Al-Haleq – 10am – Strength
October 31
- Ayu -10am – Cardio Blast
- Konea – 8am – Sunday Sweat Finale
- Drona – 9am – Jom Respon Mental Health