Senaman bersama Kevin Zahri & 50 Peserta KBS Fit & Active di Putrajaya

Sempena kempen KBS Fit & Active musim 4 yang berlangsung selari dengan Hari Sukan Negara sepanjang bulan Oktober 2021 ini, kami adakan sessi senaman bersama 50 peserta di Menara KBS, Kementerian Belia dan Sukan Putrajaya untuk sessi senaman 3 jam. Peserta melalui pelbagai aktiviti fitness yang menarik seperti Zumba, Aerodance, Piloxing, Fitness Games, Plank Challenges dan macam-macam lagi bersama barian jurulatih dari kempen KBS Fit & Active.

Antara jurulatih yang menjayakan sessi tersebut adalah Coach Katt, Coach Ayu Zubir, Coach Nara, Coach Kak Chik dan Coach Yusri


Webinar 29 Okt: Bicara Psikologi, Positive Vibes

Salam happiness dan hi semua,

Sempena dengan Bulan Kaunseling Kebangsaan Tahun 2021 ini, saya ingin mengajak anda semua bersama-sama saya dalam Program Bicara Psikologi, Positive Vibes anjuran Institut Latihan KEMAS Kuala Lumpur atau lebih dikenali dengan ILKKL.

Di program ini, kita akan sembang-sembang santai dan saya akan kongsikan tips bagaimana untuk mendapatkan aura positif, kekal sihat, cantik dan yang paling penting sekali, untuk gembira bersama keluarga dan rakan sekerja.

Juga, dapatkan tips untuk stay balance between family and work.

Menarik kan? Jadi, ayuh bersama saya! Pada 29 Oktober 2021, Jumaat, bermula jam 2.30 petang.

Eksklusif buat anda semua, secara 'live' di Facebook: KEMASOfficial.




Supplement Guide Malaysia: MRP Meal Replacement atau Protein Shake?

Interesting question dari sessi LIVE semalam. Antara penggunaan suplemen meal placement packet, MRP atau protein shake, yang mana lebih sesuai digunakan di Malaysia?

https://youtu.be/8bXdxQItn04

Perbezaan meal replacement dengan shake protein?

Kedua-duanya mengandungi protein (whey, soy atau gabungan lain) tapi MRP juga mengandungi karbohirat, gula, fiber, lemak dan lebih lengkap sebagai "meal replacement".

Meal replacement Malaysia memang popular. Terutamanya hasil dari pelbagai syarikat Multi Level Marketing atau MLM. Lagi-lagi apabila dengan kos yang tinggi, margin keuntungan pun sudah tentu lebih lumayan.

Tapi kandungan lengkap itu juga jadikan kos pengambilan produk MRP lebih mahal berbanding suplemen yang "hanya" mengandungi protein. Sebagai perbandingan utama, kos 1x hidangan suplemen 100% whey protein biasanya kurang dari RM2.50 sekali makan manakala kos 1x hidangan MRP adalah dalam RM8-15.

Jadi walaupun MRP dikategorikan sebagai hidangan yang lengkap, bagi saya, dari segi economic value untuk penggunaan jangka masa berpanjangan di Malaysia, ia kurang sesuai.

Pilihan saya?

Kalau dulu semasa belajar di USA pembelian MRP dengan kos USD 1-2 memang OK dan praktikal tapi sejak tinggal di Malaysia, saya hanya melanggan produk protein shake. Protein shake yang mana? Pelbagai jemana tapi mostly yang 100% Whey Protein dalam bentuk tub 5lb. Sekali beli dapat dalam 80x hidangan dengan kos pembelian dalam RM200. Untuk melengkapkan pengambilan karbohidrat dll ia memang mudah diperolehi dari sumber makanan, minuman, buah-buahan.

Apakah pendapat anda? Now of course, tidak "wajib" consume mana-mana produk dan ia pilihan masing-masing.

Tidak salah mengguna tapi jangan diperguna.


HSN Talk - Sports ft Mental Health

6 Oktober 2021 (Rabu) : 11.00 am – 12.00 pm

Sembang Santai HSN 2021 Siri 5

Sports ft Mental Health

6 Oktober 2021 (Rabu) : 11.00 am – 12.00 pm

Perkongsian rasmi dari Portal Rasmu MyHealth Kesihatan Malaysia, kesihatan mental adalah satu keadaan yang sejahtera di mana seseorang individu menyedari tentang keupayaan diri, dapat mengendalikan tekanan dengan baik, dapat bekerja secara produktif dan mampu menyumbang kepada masyarakat. Ini bermaksud, kesihatan mental adalah asas kepada kesejahteraan individu dan kemampuan masyarakat berfungsi secara effektif. Kesihatan mental adalah ekspresi emosi dan melambangkan keupayaan untuk menyesuaikan diri dalam pelbagai tekanan dan tuntutan hidup. Namun masyarakt di luar sana percaya kesihatan mental boleh terjejas disebabkan masalah sosio-ekonomi, pertukaran keadaan persekitaran atau sosial secara mendadak, tekanan di tempat kerja, dan penyakit fizikal. Pada pandangan Dr. adakah ini mitos atau fakta dari sudut pengamal perubatan ?

Pakar psikologi telah mengkaji bagaimana aktiviti fizikal dapat mengurangkan kemurungan dan tekanan. Mereka menyarankan aktiviti jogging atau melakukan senaman fizikal selama 45 minit boleh membantu menyingkirkan emosi tekanan pada kebanyakan individu. Namun dalam cabaran pandemik COVID-19 yang kita alami sejak tahun lepas telah menjadikan kesihatan mental sebagai isu utama yang hangat dibincangkan. Tambahan lagi dengan kawalan aktiviti sukan dan rekreasi disekat bagi mengurangkan risiko jangkitan coronavirus. Pada pandangan saudara Kevin sendiri bagaimana fisiologi senaman itu boleh membantu menangani isu kesihatan mental.

Saya difahamkan Dr Khadijah terlibat dengan pasukan Esports MedicA dalam menangani isu ketagihan pemain esports. Boleh Dr kongsikan dari sudut psikologi manusia kesan terhadap ketagihan bukan saja dalam esports, mungkin juga dari ketagihan perkara yang lain.

Seperti yang dikongsikan oleh Sudara Kevin tadi senaman secara tidak langsung membantu mengurangkan kemurungan dan tekanan. Mungkin ada tips selain dari aspek senaman yang boleh dikongsikan bagi menangani isu kesihatan mental ini.

 

https://youtu.be/rQ5fcdH9jcE

Hari Sukan Negara 2021 : KBS FIT and Active musim 4

Tubuh badan yang sihat, menyumbang kepada kesihatan mental yang baik. Keadaan pandemik memperlihatkan perubahan gaya hidup masyarakat secara tidak langsung yang mana kebanyakan masa diluangkan dengan berada dirumah dan pergerakan juga adalah sangat terhad. Namun begitu, penggunaan teknologi telah diterapkan dengan sesi bersukan yang dijalankan secara atas talian yang kini semakin popular.

Bersama KBS, Kevin Zahri & Friends

Program “KBS Fit and Active” yang merupakan kolaborasi bersama Kementerian Belia dan Sukan Malaysia kini kembali di Musim #4 yang merupakan satu platform media sosial di mana ianya menggalakan masyaratkat untuk turut serta bersama-sama menjalani gaya hidup yang aktif di rumah seiring dengan jurulatih kegemaran mereka.

Sesi yang dijalankan turut menampilkan jurulatih terkemuka tanah air iaitu, Kevin Zahri, yang juga merupakan Perintis kepada Program KBS Fit and Active sejak musim pertama ia dianjurkan pada tahun lalu.

Pelbagai aktiviti akan menunggu para penonton sepanjang program dijalankan yang akan bermula pada 1 Oktober sehingga 31 Oktober 2021 bersempenaan juga dengan Hari Sukan Negara 2021. Antara aktiviti senaman yang akan dijalankan oleh lebih daripada 20 orang jurulatih hebat Malaysia adalah High Intensity Interval Training (HIIT), yoga, tarian, senaman keluarga dan piloxing. Selain daripada aktiviti senaman, para penonton juga akan disajikan dengan perbincangan tentang pemakanan, pengurangan berat badan secara sihat, dan banyak lagi.

Menurut Ketua Projek Program KBS Fit and Active #4, Konea Kamin, antara personaliti terkemuka yang turut terlibat dalam musim kali ini selain Kevin Zahri adalah pelakon Sharifah Sakinah, Atilia Haron, Andy Teh, Nana al-Haleq, dan juga Linora Low.


Program KBS Fit and Active #4 akan dilaksanakan untuk melahirkan masyarakat yang sihat sejahtera dari segi fizikal dan mental untuk menjadikan Malaysia sebuah Negara Sukan. Justeru itu, acara Bicara Sihat tentang kesihatan mental melibatkan pakar dan individu professional turut akan diadakan dalam program musim ini. Senaman harian akan dijalankan secara maya sebanyak 3 kali sehari, dan dapat menggalakan seluruh masyarakat turut serta bersama. Jadual senaman boleh diikuti melalui laman social KBS Fit and Active iaitu @kbsfitactive dan juga melalui laman sosial jurulatih masing-masing.

Aktifkan Diri Buat Negara Tersayang 

  1. Objektif bagi program KBS Fit and Active ini adalah seperti berikut:- 
  2. Melatih masyarakat dalam pendidikan tentang pemakanan sihat;
  3. Meningkatkan pengetahuan pelbagai aktiviti kecergasan dan gaya hidup aktif;
  4. Menggalakkan mesyarakat untuk mengetahui mengenai cara-cara menyediakan pelan diet; 
  5. Mengisi masa lapang dengan aktiviti berfaedah dan memberi lebih keseronokan.

Jadual KBS Fit & Active October 2021

Berikut adalah jadual sepanjang Oktober 2021 ini. Sila rujuk kepada akaun rasmi Instagram di @kbsfitactive untuk maklumat terkini.

October 1

  1. Coach Kakcik – 6pm – Single DB Fatburn
  2. Yun – 9amHIIT

October 2

  1. Aimran – 6pm 
  2. Izzat – 10.30am – How do We lose Weight? (Talk)
  3. Alynn – 5pm – Body Toning
  4. Kevin Zahri – 10am – Family Workout

October 3

  1. Alynn – 5pm – Leg Workout
  2. Yun – 9am – Morning HIIT
  3. Zaid – 6pm - HIIT

October 4

  1. Nanie – 6pm – Zumba
  2. Yun – 9am – DB Workout
  3. Kevin Zahri – 8pm – Live Discussion

October 5

  1. Wani Honey - Konga Dance
  2. Lynda – 8am – Muay Fusion
  3. Zaid – 5pm – Shadow Box Cardio

October 6

  1. Nara Duangdean – 5pm – Power UP DBs
  2. Kushairi – 5pm – Talk

October 8 

  1. Coach Kakcik – 6pm – Strength & Toning

October 9

  1. Aimran – 6pm – HIIT
  2. Izzat – 10.30am – Exercise: Punishment? Or Gift?
  3. Alynn – 5pm – Tone Your Abs
  4. Kevin Zahri – 10am – Family Workout

October 10

  1. Naim -9am- Barbell Pump
  2. Konea – 8am – Sunday Sweat #1
  3. Drona – 10am – Jom Respon : Mental Health

October 11

  1. Kushairi – 8pm – Sembang Sihat-Lah!
  2. Kevin Zahri – 8pm – Live Discussion
  3. Michelle – 7pm – Flexibility Flow

October 12

  1. Zaid – 5pm – Endurance

October 13

  1. Kevin Andrew – 6pm – HIIT IT UP
  2. Nanie – 6pm – Cardio Kickboxing
  3. Nara Duangdean – 5pm – Total Body Strength

October 14

  1. Wani Honey – 10am – Konga
  2. Kushairi – 8pm – Sembang Sihat-Lah!
  3. Konea – 8pm – Chat: Making Time For Exercise!

October 15

  1. Ayu – 10am – Fabulous Dance
  2. Kakcik – 6pm – Full Body AMRAP
  3. Grace – 5.30pm – Sliding Time!

October 16

  1. Aimran – 6pm – HIIT
  2. Katt  - 9.30am – TIK TOK VIRAL DANZ
  3. Izzat – 9.30am- Diet Suku Suku Separuh
  4. Kevin Zahri – 10.00am – Family Workout

October 17

  1. Ayu – 5pm – Fabulous Dance
  2. Grace – 11am – Foam Rolling
  3. Naim – 9am – Full Body HIIT

October 18

  1. Kevin Zahri – 8pm – Live Discussion
  2. Michelle – 7pm – Tiny Waist Workout

October 19

  1. Grace – 8pm – Eccentric Workout
  2. Lynda – 8am – Muay Fusion

October 20

  1. Kevin Andrew – 6pm – Pyramid Burn
  2. Charis Sim – 5pm – Macros Talk

October 21

  1. Konea – 8pm – Chat: What works for you?

October 23

  1. Katt – 10am – Masala Bhangra Workout
  2. Ayu – 5pm – Fabulous Dance
  3. Lynda -6pm – Muay Fusion
  4. Kevin Zahri -10.00am – Family Workout

October 24

  1. Wani Honey – 10am – Konga
  2. Konea -8am – Sunday Sweat #2

October 25

  1. Charis Sim – 6pm – Is Recovery Essential?
  2. Kevin Zahri – 8pm – Live Discussion
  3. Michelle – 7pm – Flexibility Flow

October 27

  1. Kevin Andrew – 6pm – Terbakar Core
  2. Nara Duangdean – 5pm - Dumbbells Push
  3. Drona – 8pm – Jom Respon : Mental Health

October 28

  1. Nanie – 6pm – Aerodance

October 29

  1. Charis Sim  - 6pm – Barre Workout

October 30

  1. Katt – 10am – Aerodance
  2. Charis Sim – 3pm – Fundamental to Barre – Low Impact
  3. Kevin Zahri – 10am- Family Workout
  4. Nana Al-Haleq – 10am – Strength

October 31

  1. Ayu -10am – Cardio Blast
  2. Konea – 8am – Sunday Sweat Finale
  3. Drona – 9am – Jom Respon Mental Health

Borak Kopitiam TV3: Elak Beban Jantung Berlebihan Ketika Bersenam

Topik: Borak Borak: Elak Beban Jantung Berlebihan Ketika Bersenam bersama pakar kecergasan dan pengerusi Pertubuhan Pencegahan Obesiti Dewasa & Kanak-Kanak.

Borak Kopitiam merupakan sebuah program bual bicara pagi yang santai dan penuh informasi, merangkumi pelbagai topik menarik daripada sukan hingga ke hiburan. Dihoskan oleh Fiona Cheong, Zack Merican, Hefny Sahad, Muaz Mohamed dan Haziq Hussni.


Pembukaan Gym Malaysia? 10 Tip Untuk Mulakan Semula Rutin Senaman

Yes, finally setelah lebih 150 hari, sektor gym dan fitness di Malaysia buka semula bagi mereka yang are full vaccinated. Dengan pembukaan semula gym disamping kawalan SOP penting kita menjaga keghairahan dalam berdepan senaman yang mungkin ditinggalkan agak lama.

Bagi diri saya sendiri jugak, setelah meninggalkan gym lebih 150 hari dan usia yang makin meningkat, kickstarting semula rutin senaman gym tidak semudah "kacang putih" dan perlukan kesabaran dalam membina semula kecergasan diri.

https://www.youtube.com/watch?v=suYNBpiy3q8

10 tip mulakan senaman post-lockdown

Dari kisah semalam, di mana saya berjinak semula ke gym buat kali pertama sejak Ramadhan, berikut adalah tip untuk kawal expectation diri dan kawal keselamatan di samping semangat yang pasti berkobar-kobar:

  1. Start Small. Anda tidak secergas dan sekuat seperti pre-MCO. 
  2. Know your limits. 
  3. Pantau heart rate anda sepanjang sessi senaman.
  4. Its ok to say NO jika group workout "memaksa" lakukan senaman yang anda rasa belum bersedia.
  5. Pace Yourself. Jangan terus lepas geram pada permulaan sessi. Know when to recover dan jika perlu, ambil masa extra untuk pulihkan kadar degupan jantung anda.
  6. Jangan lupa bekalan air yang berglukosa untuk hydration dan bekalan tenaga. Oh dan tuala sendiri untuk SOP.
  7. Jangan terpedaya atau focus kepada orang lain. Its YOU vs YOU.
  8. Prioritze safety. Jangan cedera atau berdepan masalah hari pertama.
  9. Leave your EGO at the door.
  10. Rehat atau stop jika perlu atau anda loya, pening atau nak pitam. Minta pertolongan jika perlu.

All in all, enjoy your time back di gym masing-masing. Have fun and sila memantau dan pastikan SOP terjaga demi keselamatan dan manfaat semua orang, termasuk sektor fitness Malaysia. 

Sudah tentu, pengalaman tip-tip akan bergantung kepada individu masing-masing dan menganggap anda telah lama tinggalkan dunia senaman atau senaman rumah anda berbeza dengan senaman gym atau yang bakal disertai semula. Sesuaikan tip-tip ini dengan diri sendiri.

Do share pengalaman anda back in the gym.


9/11 - The Day I Was A Suspect Terrorist & Interrogated by the FBI

A quick snippet from my recent LIVE session on YouTube and Facebook where I shared my experience from my time in Boston USA during the September 11 2001 attacks on New York and the USA.

I was studying Mechanical Engineering at Northeastern University from 1997 - 2002 and was doing my internship at Barry Controls during the events of September 11th, 2001.

This video details the day I was a suspect terrorist at Logan International Airport, Boston, and interrogated by the F.B.I. You can watch the entire session which details my experience from the 9/11 attack, how we fled Boston, dealing with Islamophobia, explaining Jihad on my Facebook or YouTube Channel.

https://www.youtube.com/watch?v=x6xfN9QuJI8

TEDx Talk “Obesity: The Next Pandemic?”

Presenting “Obesity: The Next Pandemic?” by Kevin Zahri, our honorable speaker of TEDxMonashUniversityMalaysia 2021, bringing together our revolutionary theme: “So, What's Next?”

In the spirit of ideas worth spreading, tune in to this year’s TEDxMonashUniversityMalaysia as Kevin Zahri shares ideas about and perspectives of the future on Saturday, October 2, 2021!

Registration opens on September 2, 2021. Believe me, you will surely don’t want to miss the date! Find the event details below:

Date: Saturday, October 2, 2021
Time: 01:00-05.50 PM MYT (UTC+8)
Location: Online Webinar (Zoom)
Secure your place for this event by registering through this URL: https://bit.ly/tedxmum21

The first 100 attendees will receive a goodie bag with exclusive TEDxMUM'21 merchandise!✨Don’t miss this! We are excited to see you there


Wajib tak mengenali Glycemic Index setiap makanan?

Dalam usaha anda untuk mengawal jumlah pengambilan kalori, "musuh" utama adalah nafsu makan anda yang sentiasa membakar jiwa anda sepanjang hari. Sudah tentu banyak perkara yang mempermainkan nafsu makan itu tapi penting bagi anda mengenalpasti makanan yang anda bekalkan bantu kawal nafsu makan atau disebaliknya.

Di sini, penting untuk anda memahami serba sedikit berkenaan Glycemic Index makann berkarbohidrat. Glycemic index adalah kemampuan suatu makanan, biasa karbohirat untuk "menggelorakan" paras gula darah. Ini penting kerana, paras glukos darah yang sentiasa bergelora akan secara langsung menggelorakan nafsu makan anda.

Jadi perlu elak makanan gula ringkas?

Elak tu susah dan bukan bermakna tak boleh makan makanan yang "GI-Joe" tinggi tapi jangan mengharapkan makanan tersebut untuk menggenyangkan anda.

Nafsu sedang bergelora? Instead of layan dengan makanan GI tinggi (makanan gula ringkas) yang tak kenyang-kenyang jugak, lebih sesuai layan dengan makanan berGI rendah (makanan berserat).

https://youtu.be/4VhO1n9zD88

Adakah losyen panas bakar lemak?

Yes, losyen panas memang mempunyai pelbagai fungsi yang tersendiri. Terutama dalam rawatan, pemulihan dan kurangkan inflamasi memang tepat. Malah saya yakin anda sendiri sering menggunakan losyen panas post workout atau untuk kurangkan bengkak sendi.

Tapi losyen panas tidak membakar lemak seperti yang anda sangkakan.

https://youtu.be/M9WCsMT9THI

Jadi tidak kah losyen panas bakar lemak yang degil?

Ia tidak semudah itu. Kalau ia semudah losyen panas untuk bakar lemak pada bahagian badan yang bermasalah seperti perut, peha, lengan dan lain-lain, sudah tentu semua orang dah "kurus" dan mempunyai badang yang diharapkan.

Losyen panas mempunyai dua fungi yang boleh dihubung-kait dengan "pembakaran lemak" atau "kurus".

Ia tingkatkan metabolisma dengan tingkatkan suhu permukaan kulit. Ini umpama sauna yang kecil di mana badan dan cuba sejukkannya semula kepada normal dengan peluh. Peluh merupakan proses kawalan suhu badan.

Proses untuk melibatkan dua perkara yang mungkin ada kaitan dengan kawalan berat badan: 1) peningkatkan metabolisma "sedikit" dan 2) peluh (water loss).

Umpama mini sauna.

Yes, sama dengan losyen panas, sauna pun mempunyai pelbagai manfaat dan kebaikan tapi sama jugak ia pun tidak membakar lemak. Ia tingkatkan metabolisma dan pembuangan air badan. Which is great tapi tidak sama atau semestinya membakar lemak.

Jadi nak bakar lemak camane? Itu bergantung kepada kebolehan anda untuk mengawal pemakanan vs metabolisma badan anda.

Kalau ayat mengelirukan anda, jangan risau you are not alone tapi itu lah asas kawalan berat badan dan kunci pembakaran lemak badan yang ditekankan dan diajar melalaui KURUS Masterclass dan program 8-minggu virtual Bukan Soal Kurus.

Do check it out.


Official Kurus Shopee Store

Salam kurus and salam merdeka,

Wherever you are, I would like to with you and your family salam Merdeka. May this Independence Day bring fortune and success for each and every one of us. May our country see more progress in the coming years!

Sempena dengan penyambutan kemerdekaan Malaysia yang ke64 dan pelancaran kedai rasmi Shopee kami, we are hosting a special RM64 sale (normal RM99) for my best-selling KURUS book.

Happy independence day of Malaysia yang ke-64!