Flabby arms? Cara atasi masalah lengan sayap kelawar.

Anda mempunyai flabby arms, lengan atas tangan bersayap kelawar atau kepak ayam? Jangan risau, you are not alone. Untuk mengatasinya anda perlu memahami peranan senaman yang fokus kepada bahagian otot berkenaan (otot triceps khususnya) dan juga peranan berat badan anda secara am.

Senaman semata-mata bagus tapi tak cukup

Dumbbell kickbacks, extensions, tripcep dips dan lain-lain memang hebat dan berkesan untuk fokus kepada kekentalan dan kemampatan otot tripceps tapi tanpa kawalan berat badan, lemak berlebihan dan gemuk air, saiz lengan atas tangan anda masih akan menjadikan ia kelihatan agak gelebeh dan kurang "mampat".

Jadi apa peranan senaman?

Senaman bantu otot, yang juga diperbuat dari air, untuk repackage air badan dalam bentuk yang lebih mampat dan menarik. Dengan kata-kata lain, yes majoriti otot diperbuat dari air tapi paling kurang ia disaluti fiber-fiber otot dan kelihatan lebih menarik berbanding isi lengan tangan yang lembik dan kurang kekentalan.

Jadi tanpa rangsangan senaman isi lengan atas tangan anda pasti flabby dan agak berterabur...

Kenapa senaman semata-mata tak cukup?

Dalam membentuk badan, ada tiga jisim yang anda akan mempermainkan - otot, lemak dan air. Senaman fokus kepada pembentukan dan repackaging otot tapi tanpa kawalan berat badan (lemak) dan kawalan gemuk air (water retention) secara am, kehebatkan otot anda tidak dapat beri impak seperti yang anda harapkan.

Flabby Arms: The solution?

So whether you like it or not, untuk mengurangkan masalah flabby arms atau tangan sayap kelawar anda perlu: melibatkan senaman rintangan atau bebanan yang fokus kepada triceps (dan biceps), kawal berat badan dan mahir mengurangkan takungan air badan anda secara menyeluruh.


Virtual Run 21KM Bukan Soal Kurus

We are back! Edisi kedua virtual run 21km Bukan Soal Kurus. Hanya 500 spots available. Kali ini bersama our sponsor OnGoin we bring you Virtual Run Bukan Soal Kurus 2 #JustLariLah.

Dari setiap penyertaan, RM10 akan disumbangkan kepada NGO Pertubuhan Pencegahan Obesiti Kanak-Kanak & Dewasa. Sokongan anda sangat dialu-alukan.

Virtual Run adalah perlumbaan yang anda boleh dilaksanakan mengikut kadar dan masa anda sendiri bermula dari 8hb sehingga 28hb Feb 2021.

Virtual Run berfungsi sama seperti jenis larian yang lain tetapi perbezaannya ialah perlumbaan ini boleh dijalankan di mana-mana lokasi, baik di luar ataupun di dalam rumah (treadmill).

Perkara yang diperlukan untuk Virtual Run ini ialah mendaftar sebagai peserta dan selepas anda berjaya melengkapkan larian / langkah, anda perlu menghantar bukti larian anda kepada kita. Fee untuk larian maya ini adalah RM35.00 per peserta sahaja.

BSK FINISHER akan menerima eksklusif ini :

  1. BSK Medal 
  2. BSK E – certificate
  3. E-Voucher from OnGoin
  4. Running Drill Tips - Coach Aimran
  5. LIVE ZOOM 5KM Indoor Walking sesi Bersama Coach Gaya. 

How does it work?

  • Daftar untuk 21 KM Virtual Run BSK 2.
  • Selesaikan larian menggunakan aplikasi penjejakan GPS atau indoor treadmill.
  • Uploadkan tangkapan skrin aplikasi penjejakan anda atau foto papan pemuka treadmill yang menunjukkan hasil anda pada link yang disediakan.
  • Tunggu penerimaan BSK Medal, E voucher & E sijil setelah kami mengesahkan penyerahan anda! E-certs akan diemelkan bermula pada 01/03/2021 and semua BSK medal akan dikirimkan bermula pada 01/04/2021.

Program Virtual, Bukan Soal Kurus Musim 2, Menarik 3,000 Peserta. Thank you!

Dibimbing oleh Kevin Zahri dan barisan jurulatih, doktor, pakar nutrisi, instruktor aerobik, Zumba, Yoga dan jurulatih kecergasan hebat Malaysia, program virtual 8-minggu, Bukan Soal Kurus, musim kedua berjaya menarik 3,000 peserta sebagai program virtual kurangkan berat badan terbesar Malaysia. Ribuan terima kasih kepada semua peserta yang sudi mencabar diri demi kesihatan, kecergasan, kegembiraan dan kawalan berat badan masing-masing.

LIVE Zoom Workout Hari-Hari

Sepanjang jadual program 8-minggu BSK , peserta dapat bersenam, belajar dan berinteraksi dengan kemua jurulatih, Kevin Zahri dan barisan jurulatih undangan seperti Atilia Haron, Nana Al-Haleq, Linora Low dan lain-lain.

Bimbingan WhatsApp

Setiap peserta juga dihubungan bersama jurulatih pilihan masing-masing untuk pembelajaran dan perbincangan sepanjang program 56 hari. Walaupun peserta bersama jurulatih masing-masing dalam kumpulan WhatsApp yang kecil, setiap peserta akan dapat bersenam dan hadiri sessi perkongsian dengan SEMUA jurulatih.

Platform eLearning dengan 200+ Video

Antara ciri utama program BSK ini adalah platform eLearning VIP untuk para peserta yang bincangkan 56 topik harian bersama Kevin Zahri dan bentuk video, quiz, komuniti. Antara topik yang dibincangkan sepanjang 8-minggu termasuk:

  • Bina pelan diet
  • Asas kurangkan berat baran 101
  • Bimbingan senaman
  • Mental Health
  • Depression
  • Pembinaan Home Gym
  • Cara kempiskan perut.
  • Tip positiviti kehidupan
  • Bimbingan suplemen
  • Fat Shaming
  • Fit Family & Kids
  • Dan macam-macam lagi

Setiap topik diiringi email harian untuk kukuhkan lagi pembelajaran dan diskusi bersama. Untuk lebih info atau preview kurikulum pembelajaran sepanjang program BSK 8-mingu ini, sila layari vip.kevinzahri.com.

Virtual Run 21

Ini antara pencapaian hebat para peserta yang tidak pernak terfikir untuk berlari separuh Marathon secara virtual. Dengan dorongan dan semangat ukhwah berkumpulan dan kebolehan mereka untuk mencabar diri bersama, ia pasti kenangan dan tanda kemenangan hebat baru diri mereka.

5-Star Reviews

Dengan lebih 300 ulasan 5 bintang dengan pelbagai kisah yang begitu sinonim dengan falsahahg "ia bukan soal kurus" dan "suka hati aku", impak dan kejayaan program BSK dalam empower para peserta amat jelas.

hi coach Kevin. I just wanna say tqvm for initiating this BSK program. I feel like I've just taken another 'diploma' in my life. it was really a very comprehensive and engaging program.
Nurul, peserta bukan soal kurus.

Sijil Penyertaan Ditandatangani oleh Menteri KKM and Kevin Zahri

Program Bukan Soal Kurus ini adalah program kolaborasi bersama dengan Kevin Zahri dan Kementerian Kesihatan Malaysia dan bagi peserta yang berjaya melengkapkan program BSK dengan jayanya, termasuk exam BSK pada penghujung program, mereka bakal memperolehi sijil penyertaan yang pada musim pertama ditandatangani oleh YB Dr Adham Bab, Menteri Kesihatan Malaysia dan Kevin Zahri. Wow!

BSK Edisi Korporat

Dengan kerjasama pelbagai syarikat di Malaysia, 8-Week Virtual Bukan Soal Kurus Corporate edition kini juga dijalankan sepanjang tahun untuk sektor kerajaan dan sektor korporat sebagai initiatif corpore wellness dalam kawalan pengerakan dan aktifkan para pekerja yang bukan sahaja kurang aktif dan sering dilanda stres akibat perintah kawalan pergerakan wabak Covid19.

Untuk lebih info tentang program Bukan Soal Kurus, sila layari bukansoalkurus.com.
Untuk info edisi korporat Bukan Soal Kurus, sila layari bukansoalkurus.com/corporate atau hubungi kami pada bila-bila masa.

Terima kasih Malaysia.


Heart Rate Training 101: Cara ELAK beban JANTUNG berlebihan semasa bersenam?

Berikut adalah video yang menerangkan panduan dan cara menilai kualiti degupan jantung (heart rate) anda semasa bersenam. Penting - mahir dalam menilai kemampuan degupan jantung anda amat penting.

Bukan sahaja untuk menilau kualiti senaman tapi lebih penting untuk elak stress berlebihan pada otot jantung anda yang sememangnya AMAT bahaja. Malah setiap tahun ramai berdepan serangan jantung dan meninggal hasil dari kadar dan stress degupan jantung yang terlalu tinggi.

Jadi sila tonton video ini dan kirakan kadar dan zon degupan jantung anda semasa bersenam untuk usia diri anda yang tersendiri.

Program 8-Minggu Bersama Saya

Video ini adalah dari siri video Bukan Soal Kurus - Program 8-Minggu bersama Kevin Zahri yang merupakan program bimbingan 56 hari secara virtual bersama saya untuk mempelajari kawalan berat badan, asas senaman, tip happy dalam kurus, cara asah kekuatan mental, fit family, bimbingan pelan, pelbagai kisah kejayaan dan panduan suplemen dan produk kurus di Malaysia.

https://www.youtube.com/watch?v=5soaj5raips

I lost 12.5kg when before the word "diet" felt like going to WAR!

Assalamualaikum and hi,

My name is Farah. I am 26 years old and weigh 140kg today and lost 12.5kg during my Bukan Soal Kurus program with Kevin Zahri. Something I did not think was possible just 7-8 weeks ago.

As I am writing this email, I am in the final week of my amazing Bukan Soal Kurus with Kevin Zahri. When I first joined this program I definitely doubted myself whether I can finish this program or not. Since all the weight loss programs I've heard so far were very strict when it's comes to dieting and losing weight.

But the 8-week with "Bukan Soal Kurus", I really enjoyed it.

Truthfully before this, when I start dieting or losing weight I can only do it for 2 weeks at most. because the only knowledge I have when dieting was strict clean food no junk no snack no sweet waiting for cheat day was tough.

"Suka Hati Aku" Diet

But now, I basically cheat every day since it’s called Farah Diet. Also known SUKA HATI AKU. So obviously I make my own rules when it's come to dieting.

It's kind of strange when I occasionally I still eat fast food or junk food BUT I still lose weight. I eat whatever I want as long as I maintain my calorie deficit.

Do I feel satisfied when I eating smaller portion? Yeah definitely. Did I enjoy fast food, birthday parties, family gathering? Yes 100%. Do I feel guilty? Not at all. I feel happy.

Do I feel guilty? Not at all. I feel happy coz I understand what I am doing. I am in control.

I definitely ate late at night because insomnia and I can't help being hungry. So I always make sure that I left at least 100kcal so that I can snacking when I'm hungry.

I lost 12.5kg over 8-weeks. 22112020 ~ 14012021 = I lost 12.5kg. Did not seem like much for me in the beginning but something I am very proud of.

Injury and bodyweight prevent me from exercising.

Since I keep injured my ankle because of an old injury and because of my body weight. So I focused on moving more and stay active until I can do the different ones. Just do what I can do. I do feel more active.

It feels strange to sit still for a long time. The best tips drink a lot, so you can’t help it always make a trip to the bathroom.

Like any new beginnings, the first two weeks were not easy. A lot of learning, Q&A with Kevin Zahri himself (yes!), and the eLearning platform were so useful to learn about dieting, building my own meal plan, and answering so many weight loss myths.

So after the initial period, it definitely felt like it's part of my life. At first, I definitely go hard. But what I learn, going hard definitely makes you lose more but no enjoyment in your journey. So I toned it down just to make myself feels happy when dieting. So that is becomes sustainable.

The word "diet" felt like going to war!

This program definitely changes my whole perception when it comes to dieting. As a fat people dieting seems tough because of the food choice. So I always thought if I go on diet I can't enjoy good food.

That's why we always say I’ll start on New Year, Monday... etc.
It's happened because I did't understand the basics of dieting and food.
That's why the words diet feels like you need to go to war to die.

I wanted to lose 40kg in 2month. It is not realistic

When I first start joined I said I want to lose 40kg in 2 months, which is close to crazy and I understand that now. Today, even losing 500g makes me happy.

Thank you for changing my life.

I never follow your FB before or being active in fb. I just stumble down on your post on my wall and decide to ask you a question. You gave me the opportunity that changed my life. I can never forget your deed, sir.

Thank you so much for helping me change not only my scale but also my life. This journey not only will get me through my target but also my life.

Wish me luck, sir.

Yours sincerely,
Farah


Cara Senaman Untuk Total Beginner

It is never too late to start. Tapi bagi anda yang tergerak hati untuk mulakan program senaman setelah lama kurang aktif, elak pendekatan "zero to hero" kerana sudah tentu we are not spring chickens anymore dan perlu lebih prihatin tentang aktiviti fizikal badan yang pasti melibatkan risiko kecederaan.

Tapi sememangnya kita perlu prihatin dan was-was terhadap risiko senanam di samping kebaikan mengaktifkan diri semula.

Jadi panduan berikut adalah nasihat saya buat sekiranya kalau lah saya sendiri berada dalam keadaan yang sama dan ingin mulakan program senaman. Panduan ini sesuai untuk yang berusia 20an, 30an, 40an, warga email dan lain-lain. Keselamatan dan elak kecederaan should also be keutamaan.

Tanya & Uji Diri

Tanya diri: Adakah saya mempunyai apa-apa masalah kesihatan atau kecederaan yang menghalang sebarang jenis senaman atau bahagian badan tertentu?

Sekiranya yes, elak senaman yang melibatkan bahagian tersebut dan pada masa yang sama, dapatkan panduan atau nasihat doktor atau physiotherapist untuk pastikan pemulihan otot/sendi yang terlibat.

Start Small

Start small. Elak senaman dan sessi senaman yang impak tinggi. Fokus kepada senaman yang mudah dan aktifkan diri sebanyak mungkin dengan senaman seperti - brisk walking, renang, berjalan, regangan dan yes senaman bebanan dengan beban yang ringan untuk membina keyakinan.

Bergerak sebanyak boleh. Setiap pergerakan bakar kalorim termasuk berjalan kaki ataupun tangan. Just move.

Bodyweight Training

Sekiranya tiada halangan, yes saya akan lakukan senaman rintangan gunakan body-weight training seperti squats, lunges, planks dan lain-lain tapi fokus kepada kualiti senaman dan bukan untuk mengejar rekod dunia.

Elak Senaman Impak Tinggi

Saya akan elak senaman impak tinggi atau senaman yang melibatkan lompatan. Malah saya akan elak mana-mana senaman yang saya rasa kurang selesai, sesuai atau di luar kawalan keselamatan saya. Jangan ikut membuta mana-mana sessi senaman.

You can and always berhak to say NO.

Pakai kasut yang sesuai.

Saya akan pastikan pilihan kasut tepat dengan senaman, Kasut jogging untuk brisk walking dan kasut training untuk mana-mana senaman lain. Jangan kerana salah kasut, kita tercedera.

Tak perlu senam hari-hari

Slow and steady. Mungkin cuba bersenam dalam 1-3x kali senaman seminggu dulu, biar badan sesuaikan diri dan jika perlu atau jika boleh mungkin tingkatkan kepada 3-5x seminggu tapi bukan hari-hari. Recovery amat penting. Lagi-lagi di usia yang kian meningkat di mana recovery takes times.

Hydration, termasuk air berglukosa akan menjadi bekalan air untuk sessi senaman supaya I dont run on "Zero".

Heart Rate Monitor

Pakai HRM atau Heart Rate Monitor untuk mengawal dan menilai kualiti degupan jantung pada setiap sessi senaman. Jantung adalah otot paling berharga dan perlu diutamakan keselamatan. Ia patut menjadi pelaburan permulaan bagi mereka yang berkemampuan.

Berjuang lah untuk diri

Paling penting, sentiasa utamakan keselamatan TAPI berjuang lah demi mengekalkan kesihatan dan kecergasan diri di usia yang masuk 40an, 50an dan 60an. Ia bukan perjuangan 8-minggu tapi perjuangan dan komitmen sepanjang hayat.

Perjuangan untuk kekalkan kualiti kehidupan yang aktif cergas dan mudah bergerak.


WACANA AL-QURAN SIRI 57: BINA JIWA & JASAD SIHAT

Setiap tahun baharu, pasti ada yang berazam untuk jaga kesihatan. Namun,  azam untuk kesihatan jiwa dan rohani perlu juga dirancang. Apa panduan daripada al-Quran?

Yayasan Warisan,Ummah Ikhlas membawa misi MengQURANkan Bangsa MengIKHLASkan Ummah melalui Baca, Faham dan Amal. Kini formula al-Quran digarapkan dalam pelaksanaan program Wacana Al-Quran untuk merungkai pelbagai isu semasa bersama pakar dan ilmuwan pelbagai bidang.

Ayuh saksikan Wacana Al-Quran Siri 57, jam 5.30 PETANG INI, 5 JANUARI 2021, SELASA secara langsung di semua platform media sosial Sinar Harian:

PORTAL: www.sinarharian.com.my

https://www.facebook.com/SinarHarian
https://www.facebook.com/wacanaalquran
https://twitter.com/SinarOnline
https://www.youtube.com/user/SinarHarianWebTV


LIVE Workshop - Astro Awani - New Year Goals

Welcome, 2021! Hope this year will bring us a hopeful and a great opportunity. Have you set your resolutions this year? Or every year perhaps but do we ever achieve it? How about this year we change our resolutions into #GOALS? Having goals means we must achieve them. How to do it? What are the KPIs? How to measure it?

Find out all in our next Workshoppe @AstroAWANI, this 7 January 2021, Thursday at 11am. REGISTER NOW at linc.astroawani.com


Bukan Soal Kurus Musim 2 Pendaftaran bermula 1 Jan 2021

Salam kurus and hi semua,

Penantian yang dinanti-nanti is just around the corner. Saya sangat teruja untuk mengumumkan pendaftaran untuk musim kedua cabaran virtual 8 minggu Bukan Soal Kurus akan bermula pada 10am, 1hb Jan 2021.

Musim #1 Sold Out Dalam 3 Jam

Kalau anda terlepas join musim pertama BSK di mana pendaftaran tutup selepas hanya 3 jam, do mark your calendar dan mulakan perjuangan "kurus" anda pada 2021 bersama kami. From all the amazing reviews dari musim pertama, saya yakin, season kedua ini pasti amazing buat anda dan semua peserta bertuah nanti.

Untuk lebih info, layari www.bukansoalkurus.com dan ingat, pendaftaran bermula 1.1.21 pada jam 10 pagi. Siapa cepat, dia kurus.

Dengan ikhlas,
Kevin Zahri
Cikgu Fitness Anda.


Mika's 1st Day with KL Dragons Basketball Academy

As you may have noticed, my 7-yr old daughter is basically a carbon copy of myself. We both love love love sports, fitness, competing, and Sudoku! Thanks to the Covid19 lockdown, she has been practicing her basketball bouncing skills.

1000x apologies to my neighbors below our apartment for the constant bouncing ..

Aside from the tennis academy, fitness training, muay-thai, and gymnastics academy, she has been asking me to sign her up for Basketball. I know its a "lil" bit much but she is seven. After all, these are the years she is meant to explore and find her groove. So why the hell not. Lets sign her up.

So after some quick WhatsApp messages to a couple of friends who are Basketball coaches here in Mont Kiara (albeit all on hold due to Covid), I was quickly pointed towards the KL Dragon Basketball Academy in Petaling Jaya, and after a few back-and-forths via WhatsApp messages with one of their coaches, Mika's first Basketball trial as all set.

KL Dragons Basketball Academy - Super Experience.

I will let the photos speak for themselves but Mika had an amazing time on the court. With no school and lockdowns, just seeing her run up and down the open court with older but amazingly supportive girls was a super experience.

To my surprise, despite being just seven, Mika held her own, competed well, and showed amazing spirit. That is really all I can ask for. Not that I ask her much. As a dad, just seeing her smile ear to ear and have an amazing time is all that matters.

Huge shoutout to Coach Kenneth for being super positive. Let the dribbling continue :)


Nafsu Makan Bergelora? Ini adalah 15 Pilihan Snek Sihat Saya Semasa Duduk Di Rumah

Jom tonton perkongsian 15 pilihan snek "sihat" saya semasa duduk di rumah semasa PKP atau secara am as a work from home dad.

Video ini dirakam oleh Rio Mikaela.

https://www.youtube.com/watch?v=Ee5xTiz1vfY

Tongkat Ali Extract untuk kekuatan tenaga dan stamina?

Jom bincangkan peranan pokok atau tongkat ali extract dalam memantapkan kesihatan, bekalan tenaga dan stamina harian. Kita akan bincangkan, apa tongkat ali, peranan atau kebaikan kesihatan, kesan sampingan dan pandangan saya secara am.

Tapi sebelum itu, let me say this: Anda tidak boleh menyelesaikan masalah kesihatan, kurang cergas, stres kehidupan dan masalah kurang stamina dengan sejenis akar/pokok seperti tongkat ali atau produk lain dengan begitu sahaja. Kesihatan, tenaga dan stamina diri adalah hasil dari pelbagai rangkaian dan komponen kesihatan yang saling bekerjasama.

Kalau ia semudah pengambilan mana-mana produk, semua orang dah mantap, penuh tenaga dan berstamina tinggi sepanjang masa.

Stamina & Bekalan Tenaga Tidak Semudah Mana-mana Produk

Setiap kandungan seperti tongkat ali, kafein, green tea, kunyit, halia etc semjuanya ada peranan, kebaikan dan kelebihan yang tersendiri tapi, sekali lagi, ia bukan lah penyelesaian mana-mana masalah dengan begitu mudah sahaja. Siapa yang salah? Well for me ia adalah pihak yang memasarkannya dengan kata-kata yang berketerlaluan:

Contoh: "mungkin membaiki kesubuaran" dan "membaiki kesuburan" tidak sama maknanya. "Mempromosikan peningkatan tenaga" dengan "tingkatkan tenaga" pun tidak sama.

Stamina dan bekalan tenaga tidak semudah satu ingredient semata-mata. Tapi bukan bermakna suplemen seperti Nu-Prep Tongkat Ali Extract tidak bagus atau tak perlu. Sememangnya bekalkan extract tongkat ali yang berkualiti tinggi mempunyai pelbagai potensi manfaat seperti: mempromosikan kesihatan diri, baiki tenaga, stamina dan lain-lain.

Tapi ia tidak boleh memberi kejaminan. Kesihatan, kecergasan, bekalan tenaga dan kesuburan amat kompleks. Malah kesuburan diri bergantung kepaga begitu banyak faktor termasuk:

  • stres kehidupan
  • kawalan berat badan
  • kecergasan diri
  • genetik
  • cukup rehat
  • hormonal imbalances
  • dan lain-lain.

Perspektif

Jangan lihat suplemen sebagai penyselsai masalah stamina, kesuburan, kesihatan dan tenaga dalaman. Fahaminya keperluan diri, cara meningkatan kecergasan diri, cara mengawal kesihatan diri dan yes, cara untuk mempergunakan produk seperti Nu-Prep Tongkat Ali, jika perlu, untuk "suplemen" kekurangan yang ada tapi bukan lah untuk bergantung kepada produk semata-mata.

Adakah saya menggunakan produk tongkat ali?

Belum lagi. Pada usia 40an, saya masih belum rasa perlu saya mempergunakan suplemen tambahan untuk mengingkatkan kesihatan, tenaga, tenaga dalaman diri, termasuk stamina harian yang lebih bergantung kepada rangsangan senaman kardiovaskular untuk kuatkan otot jantung, paru-paru dan lain-lain.

Tanpa rangsangan senaman kardiovaskular berkualiti seperti jogging, cardio, sukan dan lain-laoin, stamina badan sukar untuk ditingkatkan. Malah bagi saya, mana-mana herba, produk atau suplemen lebih efektif sekiranya ia digabungkan dengan gaya hidup yang aktif dan sihat.

Tapi, sekiranya pada usia yang akan meningkat nanti, termasuk penurkaran tahap hormon testorsterone, saya pasti akan mempertimbangkan penggunaan natural testosterone boosters seperti Nu-Prep Tongkat Ali Extract untuk "suplemen" keperluan kesihatan diri.