Jom Kurus Fiesta Sabah Photos
Gambar dari sessi Jom Kurus Fiesta Sabah bersama Kevin Zahri dan barisan teamleader Cabaran Jom Kurus musim 11 negeri Sabah. Untuk kesemua gambar, sila layari kevinzahri.com/flickr.
Legoland Family Vacay 2018
Kevin Zahri
During a quick stopover for my Jom Kurus tour in Johor, I dragged by family along for some quick Legoland fun. Although not cheap (not at all) it still is the best theme-park experience for kids under 12 in and around Malaysia.
Super proud of my lil warrior princess who handed the rollercoaster like a pro!
Jom Kurus Fiesta Bersama Kevin Zahri
Berikut adalah beberapa gambar dari sessi Jom Kurus Fiesta bersama Kevin Zahri dan peserta Cabaran Jom Kurus musim 11.
Gambar Jom Kurus Fiesta Negeri Perak
So much fun, so much laughter and so much learning bersama. Always remember: perjuangan untuk kurangkan berat badan MUST be fun. Kalau ia menambah stres, something is wrong.
Gambar dari sessi saya bersama peserta Jom Kurus musim 11 di Ipoh Perak. All the best dalam cabaran Jom Kurus anda. Hari terakhir untuk daftaran diri untuk musim ini adalah 18 Ogos ini.
Untuk sertai cabaran Jom Kurus, sila layari cabaranjomkurus.com dan sekiranya anda berminat untuk adakan seminar bersama saya untuk organisasi anda, sila layari laman corporate wellness.
WHI Raya Sebulan... Mampukah diet?
Salinan rakaman dari slot saya di Wanita Hari Ini (TV3) bersama hos Hazreena Kassim untuk pelbagai tip dan perbincangan topic "diet" sepanjang bulan syawal. Selamat mencuba.
Pendaftaran Team Leader Kini Buka Untuk JK1M Musim 11
Great news. Cabaran Jom Kurus akan kembali utk musim ke11 pada 11Aug 2018 utk program kurangkan berat badan terbesar Malaysia.
Kalau anda seorang jurulatih, dietician, penggiat fitness, doctor, healthcare professional atau kisah kejayaan kurang berat badan dan berminat utk sama2 educate dan bimbing orang ramai di kawasan anda untuk lebih sihat, cergas dan “kurus”, jom daftaran diri di cabaranjomkurus.com/teamleader.
Selain bantu orang ramai, sebagai seorang team leader anda jugak berpeluang memperolehi pendapatan sehingga RM10,000 dan networking fitness yang hebat.
Layari cabaranjomkurus.com/teamleader untuk lebih info atau hubungi Kaka di 019 282 7820.
Cara Kurang Berat Badan Puasa Ramadhan 4-5kg
Tentunya bukan lah niat utama berpuasa untuk kurang berat badan tapi secara langsung atau tak langsung memang ramai yang akan ada penurunan berat badan. Malah ramai jugak yang ingin kelihatan lebih langsing di hari raya nanti. Jadi bagi mereka yang ingin kurangkan berat badan, video ini terangkan cara mudah kurangkan 4kg dalam bulan puasa.
Kenapa Puasa Mudah Kurang Berat Badan 2-3kg Di Bulan Puasa Ramadhan?
Melainkan anda "lupa diri" semasa berbuka puasa, ramai akan kurangkan 2-3kg berat badan sepanjang bulan puasa Ramadhan TANPA senaman sekalipun.
Selain kekurangkan berat mungkin 1kg dari kekurangkan bekalan kalori, majoriti weight loss bulan puasa datang dari air. Untuk lebih info tentang hubungan air dan gula/karbohidrat, sila check out video ini - http://bit.ly/4kg1mingguair
Video: Intermittent Fasting vs Ramadhan: The key difference?
Ramai yang sering kaitkan Intermittent Fasting atau IF apabila sebut tentang senaman dalam keadaan puasa. TAPI, IF ada satu perbezaan yang sangat ketara berbanding puasa ramadhan.
Pandangan anda?
Waktu Senaman Terbaik Semasa Berpuasa Untuk Bakar Lemak?
Bagi mereka yang ingin bakar lemak semasa bersenam, waktu petang dalam 30min sebelum berbuka sediakan keadaan yang baik untuk bakar lemak.
Kenapa?
Kerana amalan puasa sepanjang hari "kosongkan" glycogen (simpanan gula/glucose badan) dan memaksa badan untuk tap into simpanan lemak sebagai bekalan tenagan. If you have a heart rate monitor, your target HR zone should be dalam 60-70%.
Do share your thoughts dalam ruang komen di bawah.
Bagaimana untuk cukupkan minum air semasa puasa?
Berikut adalah jawapan kepada soalan dari aisyafit3 yang bertanya "Berapa byk air yg perlu diminum dan cara pengambilan yg btol semasa puasa?" Ingat sumber air tidak semestinya air kosong. Kopi, teh, sirap dan lain-lain jugak termasuk dalam keperluan air.
Video: Panduan minum air bulan puasa Ramadhan
Ramai yang cuba cukup kuota seharian dengan minum 1-2 liter atau lebih tapi ingat, lagi banyak anda minum, lagi cepat air tersebut akan dibuang semula. Saya personally suka minum dalam 3 gelas: 1x gelas air kosong, 1x gelas air manis dan 1x gelas kopi/teh (decaffeinated). Amalan anda bagaimana?