Masih nak join JK1M7: 10% Diskaun Sebelum 19 Ogos
Kepada mereka yang terlepas kickoff cabaran Jom Kurus pada 13 Ogos, anda masih berpeluang untuk sertai JK1M selewat-lewatnya pada 19hb Ogos 2016. Lagi hebat, kami ingin tawarkan 10% diskaun kepada anda kerana terlepas minggu pertama. Jangan terlepas peluang, ini cabaran Jom Kurus terakhir untuk 2016.
[button color="accent-color" hover_text_color_override="#fff" size="medium" url="http://cabaranjomkurus.com" text="Coupon Code: biarlambatasalkurus" color_override=""]
Untuk redeem diskaun 10%, guna kod coupon "biarlambatasalkurus" semasa checkout.
JK1M7 Bermula Esok
Cabaran Jom Kurus 1Malaysia musim ke7 akan bermula esok, 13 Ogos 2016, di lebih 100 kawasan seluruh negara. Good luck kepada semua yang mengambil bahagian. Cabar diri untuk ubah kesihatan sepanjang 6 minggu yang akan datang.
[button color="accent-color" hover_text_color_override="#fff" size="medium" url="http://cabaranjomkurus.com" text="Cabaran Jom Kurus 1Malaysia" color_override=""]
Jadual JK1M7 Seminar Tour bersama Kevin Zahri
Sessi seminar dan senaman bersama Kevin Zahri, barisan team leader and pelbagai perkongsian kisah kejayaan kurangkan berat badan adalah PERCUMA untuk peserta Cabaran Jom Kurus 1Malaysia, JK1M, musim ke7.
JK1M7: Senarai Kick-Off Venues Seluruh Malaysia.
Berikut adalah venue kick-off untuk kesemua kawasan Cabaran Jom Kurus yang akan bermula pada 13 Ogos 2016 seluruh Malaysia. Anda boleh juga berhubung terus dengan team leader pilihan anda.
[button color="accent-color" hover_text_color_override="#fff" size="medium" url="http://cabaranjomkurus.com/jk/kickoff/" text="Kick-Off Venues for JK1M7" color_override=""]
Panduan minuman air Alkali Malaysia
Yang mana pilihan anda? Sekarang ramai yang sering bertanya "bagus ke air alkaline?". Basically the argument adalah bahawa badan lebih sihat dlm PH 7.4 tapi of course ia purata dan bukan lah kesemua organ badan alkaline. Contoh: Perut mengandungi asid hidroklorik.
Bagi saya, penting ada keseimbangan dlm gabungan pilihan makanan, minunan dan gaya hidup. Tak bermakna suatu minuman beracid, maka terus kena elak 100%. Dan tidak bermakna anda hanya minum minuman air alkali maka anda sihat secara automatik. Air oren dan limau pun acidic tapi juga mempunyai kelebihan yang tersendiri.
Tapi bagi saya, air yang alkaline biasa rasa lebih sedap berbanding air RO. Yes air pun rasa lain2.
MHI TV3: Farah Kongsi
https://www.youtube.com/watch?v=Fu8oNdGVj6I
Rakaman pagi tadi di MHI TV3 bersama team leader JK1M dan Farah, peserta JK1M4, JK1M5 dan JK1M6 yang berjaya kurangkan 80kg. Nak join? layari cabaranjomkurus.com
Farah Fadzly Dari 153kg ke 73kg. Kurang 80kg Demi Ibu.
Farah Fadzly
- Umur: 20an
- Tinggi: 150cm
- Berat Asal: 153.3kg
- Berat Sekarang: 73kg
- Pencapaian: Kurangkan 8kg dalam 18 bulan
- Kerjaya: Kakitangan Bank.
- Instagram: @farah_fadzly
- Facebook: farhiyah.fadzly
“Semakin naik badan si farah tu, Kamu tak nasihatkan ke Ani?” Ibu hanya mampu tersenyum bila orang sekililing mempersoalkan dirinya dan seolah-olah tak pandai menjaga saya dan tak prihatin kepada keadaan fizikal saya.
Saya tahu jauh disudut hati ibu, luluh hatinya apabila dia dituduh sebegitu.
Saya pula hanya tertunduk dan hati berasa pedih kerana saya tahu ibu saya tak pernah berhenti nasihatkan saya. Tetapi saya buat tak tahu sahaja. Kasihan ibu.
Maafkan saya ibu, kerana degil tak mau berubah dan ibu disalahkan. Satu hari saya nekad, saya tak mahu lagi ibu disalahkan. Saya nekad untuk berubah.
Keperitan Yang Anda Mungkin Tak Pernah Tahu Apabila Seberat 153kg
Diam tak diam, berat saya mencecah 153.3kg. Tinggi tak sampai 150cm, fizikal saya sangat membataskan aktiviti-aktiviti harian saya sama ada di rumah, pejabat dan di tempat awam.
Apabila pergi ke pusat membeli belah, saya tak boleh berjalan jauh disebabkan berat badan yang amat sangat terutamanya pada kaki. Sekiranya jalan lebih daripada biasa, saya akan mengah dan semput.
Jadi, saya terpaksa mencari tempat letak kenderaan yang paling hampir dengan pintu masuk dan sanggup menunggu dan berpusing banyak kali bagi mendapatkan lokasi yang dekat.
Selain itu, kaki saya juga mengalami bengkak di sebabkan ‘water retention’ yang mana saya rasa tak selasa sepanjang hari walaupun dalam keadaan duduk.
Umur Baru 20-An, Tetapi Sudah Solat Duduk
Perkara yang saya paling ralat ketika masalah berat badan ini adalah saya tak dapat solat seperti orang biasa.
Pada umur 20-an saya terpaksa sambahyang di atas kerusi kerana saya tak dapat menampung berat badan saya ketika tunduk dan duduk di bawah. Cuba juga untuk duduk, tetapi payah dan perit hanya tuhan yang tahu.
Merasa Rendah Diri
Saya juga turut mengalami masalah ‘inferiority complex’. Lebih-lebih lagi saya seorang perempuan yang mana saya merasa sangat rendah diri untuk berada di khalayak ramai terutama ketika berada di tempat awam.
Ini kerana saya merasa semua orang memerhati, mengata dan mentertawa saya. Terngiang di kepala seperti ada orang mengata “eee.. gemuknya…!”
Atas sebab itu saya lebih selasa berada di rumah atau bersama teman rapat sahaja.
Namun, jauh di sudut hati saya, saya merasa kasihan kepada teman-teman rapat saya yang terpaksa membataskan had mereka dalam melakukan aktiviti hanya kerana mahu saya selasa dan menjaga hati saya.
Tak Mau Hati Ibu Terguris
Saya nekad, saya kuatkan hati dan tak mau hati ibu terguris lagi. Dengan bantuan kakak dan rakan beliau, saya daftarkan diri menyertai program Jom Kurus 1 Malaysia musim ke Empat.
Misi kurus badan saya bermula pada Januari 2015 di mana saya telah menyertai kawasan Ampang di bawah Team Leader Agam.
Pada mulanya, saya tak meletakkan harapan yang tinggi untuk kurus. Cuma lebih kepada mau dapatkan ilmu-ilmu baru dalam fitness dan cara diet yang betul.
Dengan semangat daripada rakan-rakan dan juga keluarga, pada minggu pertama, saya telah berjaya hilangkan berat badan sebanyak 6.6kg!
Kurang 16kg untuk 6 minggu. Wow
Semangat saya terus meningkat. Siapa sangka saya dapat turunkan 6.6kg untuk minggu pertama. Namun coach ada ingatkan, jumlah yang banyak ini adalah air kerana saya gemuk air.
Betul apa yang diingatkan oleh coach, minggu kedua dan ketiga berat saya tak turun. Namun saya tetap fokus dan cuba cari jalan dan mula disiplin menjaga makan.
Alhamdulillah untuk usaha yang berterusan sepanjang JK1M #4, saya berjaya turunkan berat badan sebanyak 16 kg dalam tempoh 6 minggu.
Ibu mula tersenyum
Disebabkan hilangnya KG sebanyak itu, saya mula tanamkan azam untuk teruskan misi saya walaupun ianya mengambil jangka masa yang lama.
Bagi saya yang penting adalah istiqomah dan ‘enjoy’ dengan setiap aktiviti yang saya lakukan.
Saya mula nampak pelbagai perubahan kecil yang berlaku pada diri saya walaupun orang luar tak perasan perubahan itu.
Contohnya sebelum ini saya tak dapat buat senaman seperti org lain, tetapi setelah beberapa lama mengikuti latihan yang disediakan saya mampu ikut aktiviti-aktiviti tersebut seperti orang biasa.
Paling penting, Ibu saya mula tersenyum melihat saya semakin hari semakin kecil.
Hilang 80kg, perjalanan yang bukan mudah untuk Farah Fadzly
Selepas tamat program JK1M musim ke empat, saya mencari program lain sementara menunggu JK1M yang seterusnya. Selama setahun saya berlatih di bawah coach Zack Zakwan dan coach Bo termasuk JK1M musim ke lima dan ke enam.
Banyak ilmu yang telah diajar dan bersama mereka juga saya telah berjaya kurangkan berat badan yang banyak.
Sepanjang perjalanan ini memang ada cabaran yang saya rasa mau untuk give-up antaranya ketika berat badan saya turun semakin lambat.
Sebelum ini, dalam tempoh sebulan, saya boleh turun lebih daripada 6 kg. Sekarang paling banyak pun adalah sekitar 3kg sahaja.
Semangat kadang-kala Jatuh
Apabila keadaan ini terjadi, semangat saya jatuh. Namun atas sokongan daripada sahabat-sahabat dan keluarga, Semangat saya bangkit semula.
Alhamdulillah sehingga Julai 2016 saya berjaya menurunkan berat badan saya sebanyak 80kg. Perjalanan yang bukan mudah tapi saya tahu ia amat berbaloi.
Syukur saya panjatkan kepada Tuhan yang memberi rezeki ini dan sokongan padu dari ahli keluarga serta sahabat-sahabat yang tak pernah berputus asa.
Perjuangan perlu diteruskan kerana sasaran saya adalah mau mencapai capai berat ideal. Insyallah
10 Tip Utama Mengurangkan Berat Badan
Perkara paling penting dalam kurangkan berat badan ada 10 perkara:
- 1Tetapkan sasaran jangka masa pendek dan jangka masa panjang
- Istiqamah dengan apa yang kita lakukan. Biar lambat asalkan kita capai
- Melakukan setiap senaman dengan rasa seronok tanpa rasa beban – Enjoy & Fun
- Bergaul & berkawan di dalam kelompok yang mempunyai tujuan & minat yang sama – mudah untuk bertukar-tukar pendapat dan ilmu & melakukan aktiviti bersama
- Tidur yang cukup
- Pengambilan air yg secukupnya
- Melakukan aktiviti-aktiviti sekurang-kurangnya 3 atau 4 kali seminggu – kalau boleh elakkan dari rehat lebih dari 2 hari berturut-turut
- Mengambil ukuran badan setiap 2 kali seminggu
- Perlu ada hari berehat dalam setiap minggu
- Perlu ada usaha yang berterusan dalam mencari ilmu fitness & diet – perlu rajin membuat bacaan berkaitan fitness & die dan merujuk kepada mereka yang pakar
10 Tip Fauzul Kabir Kurangkan 30kg Dalam 6 Bulan
Salam,
Nama saya Fauzul Kabir atau lebih mesra dikenali sebagai Fauka. Pada tahun 2015, BMI saya boleh dikategorikan sebagai ‘moderately obese’ sehinggalah saya mengambil keputusan untuk mengubahnya. Tekanan belajar membuatkan saya asyik mencari makanan sebagai medium of escapism saya. Tanpa saya sedari, berat saya telah mencecah hampir 106kg. Saya sangat terkejut kerana selama ini berat saya tidak pernah mencecah tiga angka.
Atas desakan dan pujukan keluarga yang merisaukan kesihatan saya dan faktor susah untuk melakukan aktiviti harian seperti cepat berasa penat dan susah untuk beribadah, selepas Raya tahun lepas saya bertekad untuk menurunkan berat badan.
Sebelum ini saya pernah mencuba pelbagai cara untuk menurunkan berat badan termasuklah crash diet dan ubat kurus malangnya tiada yg berjaya malahan berat saya makin naik. Akhirnya saya mengambil keputusan untuk menurunkan berat badan ‘the balanced way’. Selama ni saya sangkakan dengan ‘skipping meal’ atau ‘overtraining’ boleh menguruskan badan tapi sangkaan saya salah. Saya belajar cara yang betul untuk menurunkan berat badan dan alhamdulillah kurang dari 6 bulan saya telah berjaya menurunkan berat badan saya sebanyak 30 kg.
... alhamdulillah kurang dari 6 bulan saya telah berjaya menurunkan berat badan saya sebanyak 30 kg.
Selagi ada kemahuan inshaAllah akan ada jalannya, saya percaya dengan konsep #slowlybutsurely sebab nak turunkan berat badan ni perlukan usaha yang berterusan dan sokongan positif dari org sekeliling. Pada awalnya ada pihak yang tidak memberi support kepada saya tetapi azam dan sokongan Kawan2 seperjuangan membuatkan saya teruskan usaha.
Find the exit rather than excuses. Jangan jadikan ‘genetik keluarga memang semua besar, rangka aku jenis besar sebab tu aku gemuk’ sebagai alasan lagi. Percayalah, saya adalah pengguna setia alasan-alasan di atas sehinggalah saya mengambil keputusan untuk berubah.
Do not stop when you are tired. Stop when you are done.
Percaya atau tidak. Pada seminggu awal perubahan saya. Setiap langkah slow jog saya. Saya akan kata dalam diri 'no pain no gain'. Alhamdulillah harini saya sangat gembira kerana hidup sehat..
Jom Kurus bersama Fauka dalam Cabaran Jom Kurus kawasan Kota Kemuning.
Disini saya share 10 tips for all..
1. Mula-mula sekali kena tetapkan objektif misi dan target, nak sihat dan bebas daripada pnyakit. Mesti aim yang strong so bila kita down ke..kite tengok balik aim kita tu.
2. Cari ilmu, research cara yg paling sesuai. Saya amalkan konsep 70 peratus pmakanan seimbang. 30 peratus senaman
3. Kenalpasti kalori keperluan seharian DCR (Daily Calorie Requirement dan Basal Metabolic Rate)
4. Pelbagaikan routine senaman sekurang-kurangnya 30 min sehari. Waktu paling 'mujarab' bersenam ialah di waktu pagi. Tak kisah lah apa jenis senaman contoh lari ke basikal ke swimming ke gym keyang penting anda enjoy.
5. Banyakkan makan Sayur dan buah kerana ia Sangat Baik utk badan kita
6. Tangkap gambar utk 'compare' diri sndri selepas beberapa minggu utk naikkan semangat. Kdg2 berat tak berapa nak trun tapi inchi loss ade.
7. Don't skip meal at all especially breakfast and eat 5 to 6 times per day
8. Cari kawan-kawan yang ada misi lose weight yg sama utk support dan sentiasa motivate each other. Cth groupworkout.
9. Keep ur body well hydrated. Sangat penting.
10. Konsistensi. Biar la orang sekeliling cakap apa. Yang penting kite kene be positive and keep moving. InsyaAllah akan dapat kemanisan di hujung usaha kita.
Jom Kurus Seminar Tour Schedule
Berikut adalah jadual sessi senaman dan seminar bersama Kevin Zahri sempena Cabaran Jom Kurus 1Malaysia, JK1M, musim ketujuh. Ia percuma untuk kesemua peserta JK1M7. Anda peserta? Tidak perlu buat apa2 dan hanya perlu hadirkan diri pada hari seminar di lokasi anda.
[one_whole boxed="true"]Bukan peserta JK1M7? Anda boleh beli tiket www.cabaranjomkurus.com [/one_whole]
iM4U Ambassador - Health
I am very happy and honoured to announce to have been chosen as one of 10 incredible inspiring individuals to become an iM4U Ambassador. The intend is to form a collaborative initiative to bring our Jom Kurus weight loss program to single mothers.
[button color="accent-color" hover_text_color_override="#fff" size="medium" url="www.cabaranjomkurus.com" text="More information about Cabaran Jom Kurus" color_override=""]
Seminar Jom Kurus Brunei Season 5
Gambar-gambar berikut adalah dari pelancaran dan sessi seminar senaman bersama hampir 200 peserta Cabaran Jom Kurus Brunei musim 5. Full photo album available on Flickr.