Rahsia Kurus Wamie Kurang 40kg Berat Badan

Nama: Hjh Ummi Kulthum Bte Hj Awg Gani @ Wamieeyy
Umur: 27thn
Height: 150cm
Berat dahulu: 118.5kg
Berat sekarang: 79Kg
Perkerjaan: Guru

Hari ini (14 Jun 16), perjalanan saya berusia 9 bulan. Semakin jauh saya berjalan dan hampir berjaya kurangkan 40kg dari 118kg ke 79kg. Semakin kuat rintangan yang menghalang. Mental dan Fizikal juga terkadang teruji tanpa di duga. Terduga, tanpa di sangka. Tapi saya tetap melangkah dan tidak mengalah. Meski hati terkadang tercabar. Namun tetap berusaha utk tabah & sabar.

Suatu masa dulu, saya pernah beranggapan benda seperti ini mustahil untuk berlaku.
Saya sebenarnya sudah lama mahu ikut serta di dalam Program Jom Kurus Brunei, sering menonton rancangan realiti TV (biggestloser) and mengikuti Program Jom Kurus Satu Malaysia dan pernah terdetik didalam hati "kalau nanti ada dibukakan di Brunei, saya nak join!".

Lepas daripada itu, saya terserempak dengan post Kevin Zahri & CTL Brunei (AbbyAbdullah) di dalam Laman Instagram berkenaan JomKurusBrunei. Tapi tak join-join juga. Hahahaha.

Rasa takut, rendah diri dan malu

Saya mula ada hati mahu ikut sama tetapi disebabkan hati belum cukup kuat, niat belum tetap dan tekad belum kuat. Rasa takut, rendah diri dan malu juga mengatasi segalanya ?dan saya akhirnya membatalkan hasrat saya dan saya sandarkan segala impian saya pada kenangan..
Tapi tiba suatu saat, sewaktu menjalani pemeriksaan kesihatan kakitangan perkhidmatan awam. Tekanan darah saya agak tinggi, BMI saya juga ditahap yang cukup membimbangkan. 'OBESE' tahap tertinggi!

"Kau nak cepat mati?"

Bila doktor tu kata: "Jantung kau ni kecik, jantung kena kerja lebih sebab kena salurkan darah keseluruh badan dan itu boleh mnyebabkan jantung cepat rosak dan mudah terhenti. Sebab tu tekanan darah kau agak tinggi". Dia siap warning lagi,"Kau nak cepat mati?" Kata-kata tu menusuk ke jantung dan kalbu saya. Tapi saya belum sedar2 jugak! Tambahan lagi, mungkin disebabkan orang-orang dsekeliling saya dapat menerima saya seadanya dan saya terima takdir Tuhan dengan hati terbuka..

Berat badan menyekat pergerakan ibadah saya

Akan tetapi, Hari demi hari, saya rasa tahap kesihatan saya kian merosot dan agak membimbangkan.
Berat saya kian meningkat dan bertambah! Badan cepat terasa lelah dan pernafasan terasa pendek dan semput. Fizikal saya juga agak menyekat pergerakan saya dalam beribadah, kerana pergerakan yg agak terbatas dan mudah terasa lelah & letih disebabkan oleh faktor fizikal& gangguan kesihatan yg saya alami.

Saya kuatkan tekad untuk berubah.

Jadi apabila CTL Abby Abdullah keluarkan iklan dalam media sosial instagram. Pendaftaran Jom Kurus Brunei dibukakan lagi untuk musim yg ke3, sepatutnya saya terus daftar tapi saya masih agak ragu dan takut tambahan lgi rasa rendah diri yang begitu tinggi mengatasi segalanya!

Inspired dengan kisah Aizat Razak

Lepas tu saya 'stalk' website sifu Kevin Zahri dan begitu tergerak hati dengan satu kisah 'success story' JK1M ,iaitu kisah Aizat Razak yang kurangkan 125kg. Kisah itu juga merupakan kisah pertama saya baca, terharu dengan kegigihan dan pengorbanannya dan terinspirasii dari kisah perjuangannya!

...saya berbisik dalam hati kecil saya, "Kalau Aizat dgn berat badan 220kg ni boleh buat, knpa saya yg cuma 100+ ni tak boleh?...

Tapi bisik-bisikan negatif halus juga turut berbisik di telinga saya, seiring dengan semangat saya untuk berubah! "Aizat tu lelaki.. lelaki senanglah nak kuruss" dan bermacam-macam lagi yg bermain difikiran saya ketika itu. Huhuhu rasa semangat yang bekobar itu kian memudar. Tapi saya baca semula kisah-kisah success story di kevinzahri.com dan akhirnya,saya tekad untuk berbuat sesuatu, saya kena mulakan langkah diri sendiri!

Ogos 2015 - "Saya Boleh Berubah!"

Bermula Ogos 2015, berkali-kali saya cuba untuk menghubungi CTL AbbyAbdullah, tapi berkali-kali saya hang-up dan batalkan niat. Tiap kali hendak kirim teks melalui WhatsApp, tiap kali itu jugalah cepat-cepat saya hapus kerana takut dan tidak percaya diri. Hari demi hari, slot kosong yang dibukakan kian surut: 10 slots.. 8 slots.. 6slots.. 5slots.. 4 slots.. Huhuhu saya takut tak sempat nak join!
Saya kembali mencari semangat untuk berubah yg kian hilang dimakan arus waktu. Saya baca semula kisah-kisah kejayaan JK1M dan menelusuri gambar-gambar aktiviti-aktiviti yang dilakukan di dalam Jom Kurus Brunei. Saya kuatkan tekad sekali lagi dan saya berusaha mengenepikan tanggapan-tanggapan negatif yang bermain di minda saya. Saya katakan pada diri saya sendiri "Saya Boleh Berubah! Saya mesti buktikan saya boleh berubah! Kalau tidak sekarang, bila lagi?"

Akhirnya pada 23 Ogos 2015, saya menghubungi CTL AbbyAbdullah untuk tempah tempat untuk #JomKurusBrunei musim ketiga. Alhamdulillah. Saya sempat book 1 slot terakhir!
Pada 24 Ogos 2015, saya join contest #kenapasayamasukjomkurus yang dibuat oleh AizatRazak dan saya juga tak sangka boleh terpilih menjadi salah seorang daripada 5 peserta jomkurus dan berpeluang mendapat bimbingan dan nasihat melalui online coaching bersama beliau.

Di Jomkurus juga. Alhamdulillah. Saya dterima baik oleh TeamLeader2 & peserta2 lain. Namun ada kalanya, diri terasa malu. Disebabkan segala pergerakan saya agak lambat dibanding dengan peserta lain dan terkadang saya turut beranggapan, saya menjadi beban kepada mereka. Tiba suatu ketika, saya katakan pada diri sendiri.

"Biarlah lambat, yang penting aku buat!! Pedulilah apa orang nak kata. Yang nak berubah saya, dan bukan mereka".

 

Perjalanan ini tidak mudah dan ianya juga tidak susah.

Tapi syukur kehadrat Allah Hingga ke detik ini, Mereka semua tak pernah tinggalkan saya! Dalam program JomKurus ini jugalah saya temui adanya cinta dan kasih sayang sesama peserta dan TeamLeader. Kami semua mempunyai satu misi satu matlamat, berganding bahu & berjalan seiring waktu menuju ke arah warga sihat.

Saya putuskan untuk terus melangkah walau apapun rintangannya. Saya berusaha menghakis dan menepis suara-suara halus dan sumbang yang memandang rendah pada impian saya untuk berubah. Jujur saya katakan, perjalanan ini tidak mudah dan ianya juga tidak susah. Saya cuma nak buktikan pada semua. Saya berhak dan saya layak untuk berubah. Bukan untuk memuaskan hati mana2 pihak dan bukan juga bertujuan utk menyakitkan hati sesiapa.

Saya juga manusia biasa. Meski saya kelihatan gembira dan bahagia. Ada kalanya saya juga tiba ke suatu tahap "Now It's my time"? Ada kalanya saya juga meroyan kerana adakalanya angka timbangan tak berpihak pada saya. Proses agak terhuyung hayang dan pencapaian tak berjalan seiring harapan sepanjang masa. Saya selalu gak pegi kat Aizat Razak and team leader yang lain untuk mengadu dan minta pandangan dan nasihat dan seringkali juga mengikut garis panduan ebook & video dari Kevin Zahri, agar kembali bersemangat.
Ingatlah, perjalanan ini adalah satu perjuangan. Perjuangan demi sebuah kehidupan. Turun naik berat adalah perkara biasa, meroyan juga seringkali menyapa. Tapi, saya tetap berusaha dan terus melangkah tanpa mengalah. Saya sentiasa bersyukur dengan segala perancangan Allah. Saya yakin Perancangan Allah untuk saya adalah jauh lebih hebat daripada apa yg saya rancangkan untuk diri sendiri.
Detik demi detik.Hari demi hari. Minggu demi minggu. Bulan demi bulan. Saya terus menetapkan misi dan target secara perlahan-lahan tapi pasti dan apa yg penting ialah 'target' mestilah sesuatu yang 'logik' dicapai oleh akal. Jangan terlalu membuat penetapan target terlalu tinggi. Dan jangan menetapkan tujuan utk jangka masa pendek sahaja.

Perjuangan ini, untuk seumur hidup. Dan bukan untuk 6 minggu sahaja..

Sasaran Penurunan Berat Badan

Dibawah ini adalah contoh target2 yang saya tetapkan sendiri dan Alhamdulillah telah saya capai ...
#MisiBawah100 ? (04 Jan 16)
#MisiBawah90 ? ( 27 Mac 16)
#MisiBawah85 ?( 17 Mei 16)
#MisiBawah80? ( 11 Jun 16)

Misi2 seterusnya akan berjalan..Dan akan terus berjalan. Insya Allah. Saya mohon doanya..
Memulakan langkah pertama dan memulakan tekad untuk berubah. Memang agak susah di permulaannya tapi insya Allah dengan semangat kuat, segalanya pasti akan tercapai, mungkin bukan hari ini, mungkin besok dan mungkin nanti. Insya Allah. Jangan lupa untuk Mohon kepada Allah, meminta dipermudahkan segalanya :) Restu dan Doa dari kedua Ibubapa juga perlu. Usaha kita biarlah seiring dengan doa dan tawakkal juga jgn dilupa.

Akhirnya, selamat berjuang buat semua peserta-peserta cabaran Jom Kurus Brunei dan Jom Kurus 1 Malaysia.

Cari sahabat2 yg sama matlamat.

Agar kita tidak bersendirian dan mudah cepat meroyan. Dan jangan lupa untuk sentiasa kembali merujuk kepada mereka2 yg pakar untuk meminta nasihat dan pendapat. JANGAN ketepikan mereka2 yg bersamamu di detik2 awal perjuangan, meskipun sekarang kau sudah berjaya menapak megah dimana2 sudut penempatan...Kita kena sentiasa ingat, Tanpa mereka... Kita juga bukan siapa2!

Sihat itu Penting Kurus itu Bonus!

Terima kasih Allah, Terima kasih buat keluarga saya,Terima kasih Kevin Zahri, Abby Abdullahm Team Leader Brunei, Aizat Razak, peserta-peserta Jom Kurus Brunei and terima kasih buat sahabat-sahabay NS'.

With Love From: @wamieeyy


Sukan #Ohlimpik Jom Kurus

#ohlimpik adalah program anjuran Cabaran Jom Kurus 1Malaysia. Ia akan berlangsung dari 13 Ogos sehingga 24 September 2016 dengan pelbagai pertandingan sukan bagi peserta yang mempunyai BMI (body mass index) melebihi 25.
[one_whole boxed="true"]
For more information, visit www.ohlimpik.com[/one_whole]


JK1M Musim ke7 Kini Buka Untuk Pendaftaran

Cabaran Jom Kurus 1Malaysia musim ketujuh atau JK1M #7 kini buka untuk pendaftaran di lebih 100 kawasan seluruh Malaysia. Cabaran 6 minggu akan bermula pada 13 Ogos 2016 hingga 24 September 2016.
[button color="accent-color" hover_text_color_override="#fff" size="medium" url="http://cabaranjomkurus.com" text="Daftar Hari Ini" color_override=""]


JK1M7 Pre Registration Email Invitation

Bagi hampir 10,000 yang telah pre-register untuk cabaran Jom Kurus 1Malaysia Musim 7, special email invitation akan diedarkan pada 11 Julai 2016.
[one_whole boxed="true"]Belum register? Layari www.cabaranjomkurus.com. Cabaran Jom Kurus 1Malaysia Musim 7 akan bermula 13 Ogos 2016 di lebih 100 kawasan seluruh Malaysia. [/one_whole]


8 Tip Elak Berlebihan Di Rumah Terbuka

Setiap rumah terbuka membawa nikmat dan cabaran yang tersendiri. Saya berharap tip berikut dapat membantu anda tingkatkan kepuasan beraya dan kurangkan penambahan waistline badan anda. Untuk lebih tip, download eBook 25 Tip Elak Gemuk di Hari Raya.

1. Jangan Tak Beraya!

Don’t be a party pooper. Cuma tak perlu go over-board ... kot?!

2. Start Balanced

Bermula dengan hidangan seimbang. Protein (rendang, ayam, telur) & serat (sayur) mengenyangkan. Untuk lemang, keputat dan sumber karbo yang lain, cuma elak makan lebih dari segenggam (combined)

3. 5-6x Rumah Terbuka?

Jadikan setiap rumah terbuka itu sebagai 1x hidangan - percuma tu! Kalau biasa anda makan 5-6 hidangan sehari, why not jadikan setiap rumah terbuka itu 1x hidangan yang sederhanda.

4. Plan Ahead

Survey lah jamuan raya rumah terbuka dan plan nak makan apa.

5. 20 Minute Rule

Berhenti makan sebelum kenyang. Ia ambil masa 20 minit untuk rasa kenyang.

6. Puasa Enam!

Amalan puasa 6 dapat bantu seimbangan “nikmat” beraya sebulan.

7. Kurang Air Berkalori

Biasanya rendang, lemang dan ketupat jadi pilihan utama. Jadi cuba kurangkan minum air berkalori.

8. Penting!

Jangan tambah berat bulan syawal lebih dari kurang berat bulan ramadhan. Contoh: kalau anda berjaya kurangkan 4kg sepanjang ramadhan, cuba jangan tambah lebih 4kg sepanjang bulan syawal.

Selamat Hari Raya. Maaf Zahir dan Batin :)


5 Lessons My Dad Taught Me


I remember the days when my dad was my superhero. Happy times. The strength, love and comfort is something I will always remember and hold onto. My son currently (still) looks at me that way. I am who I am today largely because of my parents and following are 5 lessons or qualities I picked up from my dad.

1) Independence and perseverance.

My father faced many obstacles in life. Having migrated to Germany (from Malaysia) in the 1970s with virtually nothing, he worked hard to become who he is today. Even today at 65, he is still working. My dad was always a one man show, just like I am today, never relying on others to carve a path to success. If others help you along your journey than great but if no one does, you need to make it happen for yourself.

2) Relentless Strength

My dad is an alpha-male powerhouse. I only saw my dad cry 2x times in my life. The first time is when he lost custody of me at the hands of the German court. After custody was not granted to my dad, I tried running towards him but was held back. I remember my dad feeling helpless. Its a moment I will never forget. Of course over the years, life wears on you but its my turn to lend him strength.
[one_whole boxed="true"]Let me tell you a secret: Every man has fears. Every man, even the most powerful leaders and so do I. But I cover it with strength and positivity. We don't share it with the world. [/one_whole]

3) Be there for the family.

Despite running a home-based business in Germany and raising me as a single dad, he was always around. Always at home. He dragged me along to meeting and made me feel important. I was his world. Its important to make the people around feel relevant and needed. My dad once told me that his hardest battle in life was to keep the family together, geographically speaking that is.

..Despite running a home-based business in Germany and raising me as a single dad, he was always around...

4) Consistency

When my father said "NO" to something, that decision never changed. No is no - today, tomorrow and forever. Sounds harsh but as a child was important and gave me consistency and assurance. His behaviors and routines were always consistent and predictable too. Maybe that sounds "boring" but "boring" works! My wife calls me the most boring person she knows but its make her feel safe - she knows what to expect of me and so do my kids.

5) Quality over quantity.

My dad is a person who appreciates quality - from fabrics, hifi, cars, curtains or cooking appliances or prayers. Its always quality over quantity. It just rubbed off me and is something I integrated into my own life and work ethics.
Its never easy for a men to express how they feel. I guess the same goes for father and sons. But I hope to honor my dad by trying to be as good a father to my children as he was to me.
My dad will always be my superhero. Happy fathers day!


WHI TV3 - Puasa Diet Terbaik?

https://www.youtube.com/watch?v=hoMXCv0hcnc
Adakah puasa diet terbaik untuk kurangkan berat badan? Dapatkan tip-tip berbuka, sahur dan tip sihat Ramadhan dari slot Wanita Hari Ini (TV3) bersama saya, Dr Norman dan Fiza Sabjahan?


Ramadhan: How to exercise while fasting

[one_whole]FREE Ramadhan eBook: Don't forget to download my free Ramadhan Fitness Guide here. [/one_whole]
Today, over 1.5 billion muslims around the world will embrace the holy month of Ramadhan. And just like any holiday season, everyone wants to look their best when festivities of aid (the end of Ramadhan) hit home.
Now to help you get in shape this Ramadhan, I would like to provide you on how to exercise while fasting during Ramadhan.
First the good news: I can confidently say that over 80% of fasting Muslims will lose weight this Ramadhan. With or without exercise. The daily calorie restrictions and fasted insulin levels (due to lengthy carbohydrate restrictions), will result help the average person drop some 3-4kg over 30 days.
But if you want to lose more, exercising during Ramadhan can be an excellent opportuniy to shred more fat but there are vital risk factors that you need to be aware off.

Can you exercise while fasting?

The hardest part of exercising while fasting is not the lack of energy (food) but the restriction of water. Dehydration is biggest obstacle for exercising during Ramadhan, especially as most Muslims life very hot climate where dehydration is a serious illness.
Fitness enthusiasts are quick to associate fasting during Ramadhan with Intermittent Fasting (IF) but there is a key difference: IF allows you to continually drink (any) calorie free fluids. Ramadhan does not. Water changes everything.
If you must exercise whilst fasting, I would recommend keeping it to low intensity workouts like brisk walking, slow jog or light indoors sessions as close to breaking fast as possible. This limits the risks of dehydration and gets vital fluids and calories back into your system as soon as possible.
[one_whole boxed="true"]

Ramadhan fat burning secret...

The best ways to burn fat during Ramadhan are low intensity workout before your break fast OR high/low intensity workout just after you break fast (water only). Why? Because by that time, the body has depleted its glycogen levels (main source of energy) and in its absence is forced to tap into its fuel reserves, FAT. [/one_whole]

What about High Intensity (HI) Workouts?

I would keep any high intensity workouts like vigorous sports training, HIIT, weight training and any exercise where your heart rate reaches 80% max POST fasting. Safety needs to be your number one priority.
Dehydration and fatique from high intensity training while fasting can lead to cramping, dizziness, nausea, loss of performance, disorientation, cardiac arrest and even death. Its this reason most muslim footballers like Mesut Ozil will opt not to fast during the upcoming EURO 2016.

What about taking a month off execise?

If you are active all year round, there is a lot of wear n tear that your joints, tendons and muscles have to ensure. And just as professional athletes' post season, Ramadhan can be that once a year off mode. I personally take a month of exercising during Ramadhan but the choice is yours.
Happy fasting to all muslims around the world.


Apply Now As Team Leader for JK1M Musim 7

Team leader application for the upcoming Cabaran Jom Kurus 1Malaysia, JK1M, season 7 is now open.

Panduan Senaman Bulan Puasa Ramadhan

Bersenam dalam bulan puasa ramadhan tidak semudah hari lain. Sesuaikan panduan berikut dengan objektif dan kemampuan diri sendiri.

1) Waktu terbaik bakar lemak?

Dalam 1jam sebelum berbuka atau terus selepas berbuka dengan air (tidak berkalori) sahaja. Lakukan senaman intensiti rendah (heart rate tidak melebihi 65% kadar maksimum) seperti slow jog, brisk walk (iktu kemampuan individu), casual sports dll. Setelah berpuasa sehari dan kehabisan glycogen, badan terpaksa membakar lemak untuk sumber tenaga senaman.
Panduan: Untuk pastikan anda dalam lingkungan 65% heart rate, pastikan anda berasa beban senaman tapi masih boleh bercakap dengan orang sebelah tanpa tercunggap-cunggap.
[one_whole boxed="true"]Safety: Dengan keadaan cuaca yang amat panas dan lembap, saya syorkan senaman ringan ini dilakukan indoors atau tempat yang agak redup, tidak berseorangan dan berdekatan rumah atau public area. Berhenti sekiranya berasa pening atau loya pada bila-bila masa. [/one_whole]

2) Senaman HIGH Intensity boleh?

Saya tidak galakkan anda lakukan senaman high intensiti seperti HIIT, Tabata, competitive sports, high intensity cardio dalam keadaan puasa. Penting! Senaman intensiti tinggi tanpa air sememangnya bahaya dan boleh akitbatkan pelbagai risiko kecederaan, pengsan, serangan jantung dan masalah yang tidak berbaloi. Please utamakan keselamatan diri.
Nota: Diet popular Intermittent Fasting atau IF benarkan HIIT atau senaman lain dalam keadaan berpuasa TAPI “puasa IF” dan “puasa Ramadhan” tidak sama kerana IF benarkan minum air (tidak berkalori) semasa “berpuasa”.

3) Jadi bila nak buat HIIT atau weight training?

Hanya selepas berbuka puasa. Kalau nak bersenam TERUS selepas berbuka? Stick to makanan dan minuman mudah hadam (elak solid foods), jangan makan banyak sangat dan tunggu dalam 10-20 minit sebelum mulakan senaman. Contoh: Kurma 2x, air suam, maybe 100Plus dan whey protein (ia protein mudah hadam). Kalau anda berpuasa dengan makanan yang agak berat, anda boleh lakukan HIIT atau weight training dalam 60-90min selepas berbuka.

4) Tak nak senam bulan puasa boleh?

Ok jugak tu. Saya sendiri biasa akan kurangkan senaman atau berhenti terus bersenam sepanjang bulan ramadhan. Ini untuk rehatkan badan yang aktif sepanjang tahun dan membolehkan badan baiki segala wear-n-tear.
Ingat: World class athletes pun ada off-season jadi tak salah untuk shut-off from segala activity kecergasan dan fokus mungkin beri lebih tumpuan kepada amalan rohani bulan ramadhan.

5) Terawih tu boleh kira “senaman” tak?

Yes ia bakar kalori (mungkin sehingga 200-300kcal bergantung kepada durasi dan suhu masjid/surau) tapi objektif utama solat terawih tu bukanlah sebagai aktiviti kecergasan.
Tapi disamping pahala ia tetap bantu kesihatan jasmani dan rohani lagi-lagi kalau anda berjalan kaki ke masjid.
Bagi saya, ramadhan adalah bulan yang baik untuk fokus kepada aspek kehidupan yang lain (termasuk akhirat), eratkan
silaturrahim dan kurangkan stres-stres kehidupan.
Wasatiah.


8 Tip Diet Mudah Sahur

Amalan bersahur sunnah Nabi S.A.W. Ia penting untuk bekalkan anda dengan tenaga dan nutrisi untuk hadapi cabaran puasa.
[one_whole boxed="true" centered_text="true" animation="Fade In" delay=""]Tip berikut dipetik dari eBook 20 Tip Kurus Ramadan yang anda boleh muat-turun secara percuma. [/one_whole]

1. Jangan skip sahur.

Sahur penting untuk bekalkan nutrisi, air dan tenaga untuk amalan berpuasa. Lagi-lagi dalam keadaan cuaca yang panas dan lembap di Malaysia.

2. Komplex Karbo.

Pastikan karbohidrat kompleks menjadi pilihan diet anda semasa bersahur. Kenapa? Karbohidrat kompleks bekalkan sumber tenaga yang lebih perlahan dan lebih mengenyangkan.
Contoh sumber: Roti perang, nasi perang atau nasi putih yang ada serat dan rendah GI (glycemic indeks)

3. Target Kalori: dalam 500kcal

Secara purata, target pengambilan kalori untuk hidangan sahur should be dalam lingkungan 500kcal. Pastikan ada sumber protein dan karbohidrat berserat. Contoh hidangan:

  • Segenggam nasi, lauk ayam, sahur dan air.
  • Roti perang 2x keping + sapu, tuna ikan dalam sos tomato (awas sos-sos biasa tinggi garam)
  • 1x mangkuk cereal berserat + susu lemak rendah.

4. Protein yang bersih.

Makanan berprotein seperti ayam, ikan sangat mengenyangkan dan mengambil masa berjam untuk lalui proses penghadaman.

5. Elak Garam.

Garam adalah penyerap atau penyimpan air. Ya betul ia penting untuk kurangkan dehydration semasa bersukan tapi dalam keadaan berpuasa, pengambilan sumber makanan bergaram seperti biskut, kicap, masakan bergoreng etc ia lagi cepatkan dehyration dan akan buat anda cepat berasa haus.

6. Elak Kafein

Kafein dalam minuman seperti teh tarik, teh hijau, Nescafe, kopi, milo dan lain-lain adalah diuretik - kualiti yang memaksa badan buang air. Ini lagi mempercepatkan dehydration semasa berpuasa.

7. Kenali kandungan kafein minuman

Air gas, teh dan cholatate pun biasa mengandungi kafein. Kandungan kafein dalam setiap minuman berbeza-beza. Jadi kalau nak minum air koklat (contohnya) tidaklah menjadi masalah yang besar tapi kalau boleh, kurangkan kuantiti pengambilan.

8. Jangan minum banyak sangat!

Lagi banyak anda minum, lagi cepat badan akan membuangnya dan lagi lah cepat anda anda berasa haus. Sebagai panduan: Jumlah: 2-3 gelas sederhana dah cukup. Suhu: Paling baik yang suam. Kalau yang ais pun boleh tapi pagi-pagi buta, badan agak terkejut dengan air ais. Jenis? Kalau nak air manis pun, jangan lebihkan dari air kosong. Contoh: 1 gelas manis, 2 gelas air kosong.


Cabaran Menjadi Seorang Stay Home Dad. #azam2016

Sudah hampir enam bulan saya bergelar stay home dad kepada Rafa (5 tahun) dan Mika (3tahun). Sudah tentu ia berikan pelbagai nikmat dan keindahan untuk meluangkan hampir 24jam bersama anak SETIAP HARI. Tapi ia juga comes with various challenges yang saya ingin kongsi bersama.
[mks_pullquote align="right" width="300" size="18" bg_color="#607d8b" txt_color="#ffffff"]PENTING – saya sangat bersyukur dengan kurnia dan izin Allah swt untuk berikan peluang #azam2016 ini kepada saya dan bukan niat saya untuk “complain” (jutaan manusia ada masalah yang jauh lebih besar) tapi saya rasa penting untuk saya kongsikan pengalaman saya kepada yang mungkin tergerak hati untuk “cuti setahun” bersama anak2.[/mks_pullquote]

Sukar untuk tidak bekerja.

One year is a long time. Sejak zamam kanak2, saya memang suka bekerja. Bukanlah untuk kewangan semata2 tapi untuk salurkan tenaga dan kreativiti saya kepada sesuatu yang membina. Jadi buat kali pertama tinggalkan "my passion for work" untuk jangka masa berpanjangan. The mental drain sangat sangat terasa selepas 3-4 bulan.

Financial strain?

Saya seorang yang agak financially savvy dan of course telah merancang kewangan sebelum ambil langkah untuk berhenti kerja setahun. Tapi walaupun financially saya mampu untuk menunaikan azam "stay home dad", the psychological impact of only spending without making money is not easy.
Lagi-lagi sebagai seorang usahawan, cash flow biasanya terurus tapi kini ia hanya lah outflow. Yes memang dah tahu sebelum merancang tapi planning dan going through the experience is well its a new experience.

Sense of betrayal.

Musim JK1M ke-emam baru2 ini merupakan kali pertama saya tidak terlibat dan serahkan tanggujawap kepada barisan team leader hebat. That was not easy. Keinginan untuk berjumpa semua peserta dan kongsi ilmu bersama sangat terasa di hati (sampai lah hari ini).

Time does not stop.

Walaupun saya meluangkan hampir sepanjang hari bersama Rafa dan Mika, masa berlalu dengan begitu cepat. Dalam 5 bulan lalu, begitu banyak pengalaman yang kami berempat cipta bersama. Ia akan menjadi kenangan sepanjang hidup tapi walau macamana pun, kita tidak boleh "control" masa.
Jauh di mata, dekat di hati atau kata orang putih "distance makes the heart grow fonder". Kalau dulu my son would say "enough working Papa", baru2 ini dia berkata "papa, you should go work and make more money". Lol. Funny how the irony works.

Pernah tak saya rasa menyesal?

Oh tidak! Life is about taking risks. Without risks tiada potensi for reward. Peluang untuk bersama anak2 sepanjang 2016 adalah priceless reward yang saya sangat hargai. Tapi ia bukan mudah and datang dengan cabaran yang tersendiri.
Jadi adakah saya akan teruskan #azam2016 saya? Insyallah. Sepertimana yang saya katakan pada awal tahun, 2016 adalah hadiah saya kepada anak saya. Janji harus ditunaikan. Tapi saya akan kembali untuk JK1M musim 7 untuk tunaikan tanggungjawap kepada anda dan mengisi mental void minda saya :)