Dubai Dessert Adventure
As this is the last year before my son, Rafael, starts school and we will bound by the academic calendar for travel, I decided to take whole year off work. Crazy? Probably but "crazy" I can fix but time is finite and as most parents will tell you,
So our one in a lifetime adventure started with a 5 day trip to Dubai. Its location half-way in between Malaysia and Europe is perfect as it allows us all (especially the kids) a "transit" point and a milder adjustment to the time difference and what the heck, we all wanted to check out the Burj Khalifa, some shopping and yeah the dessert.
New Video Siri: 25 Soalan Bersama Nana Al-Haleq
https://www.youtube.com/watch?v=Hj0cxsvN89Q
Siri video ini membawa lebih 25 soalan bersama fitness motivator dan ikon Cabaran Jom Kurus, Nana Al Haleq. Beliau akan kongsi tip-tip pemakanan, amalan gaya hidup, panduan suplemen, tip senaman ketika haid, cara menegangkan payudara dan cara beliau dapatkan punggung yang bootilicious. Ia percuma untuk semua ahli Lifetime eBook & Video Membership dan peserta Cabaran Jom Kurus.
[button color="accent-color" hover_text_color_override="#fff" size="medium" url="https://kevinzahri.com/videos/nanaalhaleq/" text="Tonton: 25 Soalan Bersama Nana Al Haleq" color_override=""]
Rahsia Kurang 4kg Minggu Pertama Cabaran Jom Kurus?
Dalam minggu pertama Cabaran Jom Kurus atau mana-mana program kurangkan berat badan, ramai yang akan berjaya kurangkan 2-4kg. Sudah tentu mereka gembira tapi selepas itu hasil pembuangan berat berat akan “slow down” dan mereka akan rasa “down” dan kecewa. Video ini akan terangkan hubungan gemuk air dengan penurunan berat badan minggu pertama dan KENAPA IA TIDAK AKAN BERTERUSAN SELEPAS MINGGU PERTAMA.
Kenapa lelaki kurus cepat berbanding wanita?
Ramai wanita (terutama dalam cabaran Jom Kurus) sering tertanya kenapa lelaki boleh kurus cepat berbanding wanita.
Lelaki mempunyai purata berat yang lebih tinggi.
Maka BMR atau Basal Metabolic Rate mereka lebih tinggi. BMR adalah pembakaran kalori seharian tanpa aktiviti. Ini membolehkan meraka adanya defisit kalori yang lebih tinggi juga.
Lelaki mempunyai otot yang lebih.
Ini pun akan tingkatkan BMR semulajadi lelaki. Ini mungkin bukan soal metabolisma tapi lelaki (in my experience dalam Cabaran Jom Kurus terutamanya) lebih "all out" dalam amalan diet dan senaman. Bukan lah bermakna cara mereka lebih baik tapi lebih extreme (mungkin pantang dicabar dll) dan ini membolehkan mereka create defisit yang lebih extreme jugak.
Lelaki juga tiada menstrual cycle yang biasanya menggangu penurunan berat badan, terutama dari segi gemuk air dan nafsu makan yang agak tinggi.
10 Tip Kurus dan Cergas Bersama Nana Al Haleq
Berikut adalah 10 tip kurus dan cergas bersama Ikon JK1M Nana Al Haleq. Antara tip yang penting, terutama bagi wanita: tip senaman ketika haid, tip kentalkan badan, tip elak payudara sagging, beza inceloss vs weight loss dll.
Nak lebih tip oleh Nana? Nantikan video siri 25 soalan bersama Nana di https://kevinzahri.com/videos. Sudah tentu percuma untuk peserta Cabaran Jom Kurus dan ahli2 eBook dan Video KevinZahri.com.
10 Tip Aizat Razak Kurangkan 125kg Berat Badan
https://www.youtube.com/watch?v=OhxIbl8JBYM
Berikut adalah 10 tip ringkas oleh ikon JK1M, Aizat Razak, yang berjaya kurangkan 125kg melaui 4 musim cabaran Jom Kurus. Untuk lebih tip video bersama Aizat Razak layari: 25 Soalan Bersama Aizat Razak
Cabaran Jom Kurus Starts Tomorrow: Kick Off Venues
Cabaran Jom Kurus 1Malaysia, JK1M, dan cabaran Jom Kurus Brunei akan bermula ESOK di lebih 100 kawasan. Sila semak info kick-off location dan butir lanjut di cabaranjomkurus.com/jk/kickoff
JK1M6 - Sudah Anda Bersedia Untuk Cabar Diri?
https://www.youtube.com/watch?v=GNha-kr0ZBk
Cabaran Jom Kurus 1Malaysia dan Brunei akan bermula pada 16 Januari 2016 ini. Sertai cabaran kurangkan berat badan terbesar di Malaysia dan Brunei. Cabar diri dan daftarkan diri di http://cabaranjomkurus.com
Video: Senaman Malam Membawa Maut?
Ramai yang sering bertanya: Boleh ke bersenam waktu malam?
Video ini akan terangkan hubungan senaman malam dengan STRES kehidupan. Ingat selagi ia tidak mengganggu kualiti dan durasi tidur anda, senaman malam bukan punca muat. Yang penting anda perlu mahir mengawal STRES kehidupan termasuk kerja, trafik, senaman, obesiti, social media dan lain-lain.
Panduan eBook Kurangkan Berat Badan Malaysia
Ingin kurangkan berat badan dengan ? Dapatkan eBook-eBook kurus saya untuk bantu anda mulakan #azamkurus2016 dengan mudah.
December 31, 2015
Kosmo: Misi Kevin capai #1jutakg
Berikut adalah salinan artikel yang baru diterbitkan dalam suratkhabar Kosmo pada 20 Disember 2015 baru-baru ini. Ia juga boleh dibaca di laman web Kosmo.
“ALI membaca buku. Ali berjalan kaki.”
Barisan ayat itu cuba difahami maksudnya. Agak sukar bagi seorang remaja berdarah Jerman yang berusia 13 tahun untuk mempelajari bahasa asing.
Beliau cuba membelek helaian kamus untuk mencari makna perkataan membaca dan berjalan itu setelah telahannya gagal.
Bagaimanapun, usaha Kevin Zahri Abdul Ghaffar, 38, masih gagal.
“Bagaimana saya mahu belajar bahasa ini jika perkataan yang saya temui tidak ada dalam kamus.
“Buku Tatabahasa Bahasa Melayu yang saya pegang berterbangan ke dinding kerana geram,” cerita Kevin Zahri yang lebih mesra disapa sebagai Kevin itu mengimbau memori silam ketika mula-mula belajar bahasa Melayu.
Dilahirkan pada 12 Disember 1977 dan dibesarkan di Jerman selama 13 tahun, Kevin mempelajari bahasa Melayu buat pertama kalinya tatkala berpindah ke Malaysia pada awal 1990-an.
Kevin berdarah kacukan Jerman menerusi ibunya, Anita Schwerin manakala bapa, Abdul Ghaffar Zahri warga Malaysia. Situasi itu menyebabkan anak bongsu daripada dua adik-beradik tersebut fasih berbahasa Melayu selain mahir bertutur dalam bahasa Jerman dan Inggeris.
Lebih signifikan dengan gelaran Cikgu Kecergasan, pengasas kepada program Jom Kurus 1Malaysia (JK1M) itu berkata, dia hanya menemui maksud perkataan-perkataan tersebut setelah mengikuti tuisyen di rumah dan diperkenalkan tentang konsep imbuhan.
Mengikuti persekolahan di pelbagai sekolah menengah di negara ini, dia mempunyai banyak pengalaman menarik dan pencapaian tersendiri ketika belajar.
Suami kepada Rio Elany Rio Kamal Yuhya yang mengakui rindukan zaman kanak-kanaknya di Jerman sebelum era digital itu memberitahu, pengalaman membesar di negara ini sangat berbeza dan mencabar khususnya ketika belum fasih berbahasa kebangsaan.
Detik bermakna
“Pelajar-pelajar di sini difokuskan kepada aspek disiplin dan prestasi pelajaran. Saya dihantar ke sekolah berasrama penuh di Sekolah Menengah Seri Perak, Teluk Intan, Perak untuk menghayati kehidupan yang lebih susah.
“Di sana, ramai pelajar yang datang dari keluarga susah tetapi mereka fokus kepada pendidikan agama. Pengalaman menuntut di sana akhirnya membawa detik sangat bermakna kerana menimbulkan kesedaran serta rasa rendah diri selain membentuk perwatakan saya,” ujarnya.
Beliau kemudiannya menyambung pengajian di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM), Pengkalan Chepa, Kelantan ketika menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
Berkat usaha gigih, Kevin dinobatkan sebagai pelajar terbaik SPM di sekolahnya dan terpilih menerima pelbagai biasiswa untuk melanjutkan pengajian.
Bapa kepada Rafael Zahri dan Rio Mikaela itu kemudiannya memilih tajaan daripada Proton untuk menyambung pengajian di Amerika Syarikat (AS) dan bergraduasi pada tahun 2002 dengan dua ijazah kepujian dalam bidang Kejuruteraan Mekanikal dan Ekonomi.
Meskipun bergraduasi dalam kedua-dua bidang itu, Kevin yang pernah bekerja di Proton selama lima tahun mula fokus dalam bidang kecergasan dan pemakanan.
Kevin yang gemar bersukan dan meminati rekaan web dan fotografi berkata, meminati bidang kecergasan dan mahu setanding dengan atlet AS ketika belajar di sana mendorong dia mengambil inisiatif sendiri untuk mendapatkan kelulusan serta pengiktirafan dalam lapangan tersebut.
Kursus sampingan itu benar-benar mengubah kehidupan Kevin meskipun pada awalnya ia sekadar minat dan tidak terdetik untuk dijadikan karier.
Menjadikan arwah abang, arwah ibu, bapa, isteri dan anak-anak sebagai inspirasi, Kevin memulakan JK1M pada tahun lalu dengan misi untuk mengurangkan kadar obesiti di Malaysia yang kini mempunyai pengaruh tersendiri.
Begitupun popular dengan program menguruskan badan dan gaya hidup sihat, siapa sangka Kevin merupakan penggemar coklat.
“Boleh dikatakan setiap hari saya akan memakan coklat. Namun, dengan kuantiti yang sedikit. Saya bukan mengamalkan gaya hidup sihat yang sempurna tapi lebih kepada keseimbangan seperti yang selalu diterapkan dalam JK1M.
“Ada masanya pilihan makanan itu sihat dan ada masanya tidak, namun pengambilannya biarlah seimbang,” terangnya.
Bakal memasuki siri keenam pada awal tahun depan, program berbentuk cabaran selama enam minggu itu disertai lebih 10,000 peserta.
Masa berkualiti
Malah, ia turut merentas sempadan Singapura, Brunei dan bakal ke Indonesia pada tahun hadapan.
“Sejak ia diperkenalkan, kira-kira 50,000 kilogram berat keseluruhan peserta dapat dikurangkan. Saya juga mempunyai projek komuniti #1jutakg yang turut melibatkan orang awam untuk menyumbang penurunan kilogram meskipun bukan peserta JK1M.
“Saya percaya misi #1jutakg akan dicapai. Insya-Allah. Siapa tahu program ini juga bakal menjelajah serata dunia,” ujarnya yang bakal berehat selama setahun daripada sebarang program untuk memberi fokus kepada keluarga pada tahun hadapan.
Mengulas tentang perkara itu, Kevin mahu meluangkan masa yang berkualiti buat dua cahaya matanya yang disifatkan begitu cepat membesar.
JK1M yang masih diteruskan dan akan dikendalikan oleh jurulatih-jurulatih serta ikon-ikon JK1M.
“Saya berazam untuk meluangkan lebih banyak masa bersama anak-anak dan keluarga pada tahun hadapan.
“Saya mahu meneroka dunia bersama mereka. JK1M mungkin boleh digantikan dengan orang lain untuk diteruskan. Namun, tiada pengganti ayah kepada anak-anak saya selain diri saya sendiri.
“Duit boleh datang dan pergi, namun kita tidak boleh membeli masa,” kongsinya penuh mendalam sambil memberitahu ia juga sebagai kesedaran bahawa waktu bersama anak-anak kecil sangat terhad.
Kevin berkata, beliau merindui zaman kanak-kanak dan terkilan kerana tidak dapat berjumpa arwah ibunya selama 10 tahun sebelum wanita itu sakit tenat dan meninggal 13 tahun lalu.
Dalam pada itu, video Kevin khatam al-Quran menjadi viral baru-baru ini selepas dimuat naik di laman sosial miliknya, sekali gus memberi satu persepsi positif buat masyarakat yang mahu berubah dan merealisasikan azam meskipun sukar.
Tidak berasa malu meskipun khatam al-Quran ketika berusia 37 tahun, pengajian selama empat tahun berhasil, sekali gus berjaya memenuhi salah satu azam pada tahun ini untuk khatam al-Quran.
Beliau bersyukur dengan kejayaan itu dan mahu mendalami lagi kitab ulung itu.
Tidak berniat untuk menunjuk-nunjuk mahupun berbangga dengan pencapaian itu, lelaki setaraf selebriti tersebut mengakui, dia bukan seorang yang gemar menghadiri mana-mana majlis dan sangat mementingkan privasi selain menolak sifat angkuh dan megah.
[one_whole boxed="true"]
Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=1221&pub=Kosmo&sec=GenK&pg=gk_02.htm#ixzz3vhJi0Dvl
Hakcipta terpelihara.[/one_whole]
24 Gambar Gala Dinner JK1M5
Pada 6 Disember 2015 kami telah meraihkan Gala Dinner Cabaran Jom Kurus musim #5 bersama pemenang-pemenang kawasan, top 50 penurunan berat badan dan team leader dari seluruh negara. Berikut adalah 24 gambar pilihan dari malam yang penuh inspirasi dan tenaga positif. Untuk kesemua gambar, sila layari akaun Flickr
[one_whole boxed="true"]Nak join Cabaran Jom Kurus 2016? Layari laman web rasmi untuk pendaftaran segera.[/one_whole]