Akhirnya saya Khatam Al-Quran di usia 37 tahun.
https://www.youtube.com/watch?v=Tq90L8cIua4
Berikut adalah rakaman pendek dari sessi mengaji pada 18 Nov 2015 untuk melengkapkan khatam Quran buat kali pertama.
Kenapa sekarang baru dapat khatam?
Saya dibesarkan di Jerman di mana memang kurang pendekatan kepada soal belajar baca Al-Quran. Pada usia 13 (tahun 1991) kami sekeluarga pindah ke Malaysia dan barulah mula belajar Bahasa Malaysia dan bermula dengan muqaddam tapi dengan pindahan ke pelbagai sekolah menengah berasrama (di KL, Perak dan Kelantan), usaha untuk Khatam sering terhenti sekerat jalan (bukan tiada usaha). Tanya lah kepada Ustazah Ainon di MRSM PC, yang sering sebut "Kevin, sila baca ayat etc etc etc".
Selepas SPM, saya terus ke US untuk lanjutkan pelajaran (Mechanical Engineering) dari 1997-2002. Ye lah di situ sebagai orang muda, mungkin kurang usaha untuk fokus kepada matlamat Khatam.
Kembali ke Malaysia pada 2002, ada juga usaha untuk menggaji semula dengan sessi-sessi Ustaz datang ke rumah tapi tidak consistent.
Jadi setelah dirikan rumah-tangga pada 2010 dan of coz kurnia cahayamata, semangat dan fokus untuk lengkapkan journey untuk Khatam buat kali pertama kembali. Kami ditemukan dengan Ustazah Shiela Ezan pada 2011 rasanya dan went "back to basics" dengan bermula dengan muqaddam semula.
Alhamdulillah setelah 4 tahun, semalam saya berjaya untuk khatam Quran buat kali pertama (pada usia 37tahun). Adakah saya berasa malu? Tidak.
Bangga? Tak jugak. But saya rasa bersyukur. Next week? Sessi mengaji akan diteruskan seperti biasa - mungkin dengan tafsir atau baca dari awal semula. So I am glad to say my ?#?Azam2015? was realised.
#nevertoolate
Insulin dan Pengawalan Berat Badan.
Dalam misi anda untuk mencapai berat badan yang optimal atau yang wajar bagi anda, adalah mustahak untuk anda mempelajari kaitan antara insulin dan pengurusan berat badan. Ramai orang yang mahir dalam kawalan kalori, mereka terlupa untuk memahami hormon dalam tubuh yang turut mempengaruhi perkembangan diet mereka.
Insulin ialah sejenis hormon yang kuat yang tercipta untuk memastikan badan mengimbangi paras gula dalam darah dengan betul pada setiap masa. Bermakna ia adalah sesuatu yang perlu anda titik beratkan. Jom lihat apakah yang perlu anda tahu tentang insulin dan pengurusan berat badan.
Insulin Dan Diet Rendah Kalori
Apabila anda mengamalkan diet rendah karbohidrat, biasanya paras insulin anda sangat stabil dan rendah, yang mana menyebabkan badan anda kurang menyimpan air berlebihan, maka ia turut mengawal berat badan anda. Ini adalah salah satu sebab mengapa diet rendah karbohidrat seperti Atkins dll berhasil bagi mereka yang ingin menguruskan berat badan dalam jangka masa pendek.
Tambahan pula, hasil dari kehadiran insulin yang rendah dalam sistem badan anda, anda tidak akan mengalami peningkatan tenaga yang tinggi kemudiannya jatuh rendah, seperti yang lazimnya berlaku pada diri anda yang membuat anda segera mencapai makanan yang mengandungi karbohidrat ringkas.
Insulin Dan Pengambilan Karbohidrat
Perkara pertama yang perlu kita fahami ialah bagaimana pengambilan karbohidrat boleh memberi kesan atau impak ke atas insulin. Apabila anda mengambil karbohidrat dalam diet anda, badan akan serta merta mula melepaskan insulin. Makin banyak karbohidrat yang anda makan dan lebih cepat ia dihadamkan atau diuraikan, maka semakin banyak insulin yang akan dilepaskan bagi mengawal peningkatan paras gula dalam darah.
Oleh itu, dengan mengawal kualiti sumber karbohidrat (ambil yang berserat), anda meletakkan diri anda pada keadaan yang terbaik untuk stabilkan insulin.
Insulin Dan Simpanan Air Dalam Badan
Apabila anda mengambil makanan tinggi karbohidrat secara tiba-tiba dan menyebabkan pelepasan insulin akan melonjak naik, tubuh akan serta merta memindahkan karbohidrat itu ke dalam simpanan otot (sebagai glikogen otot) atau simpanan lemak. Jika ia dipindahkan ke dalam sel-sel otot, ia turut membawa 3-4 gram air bersamanya. Inilah yang mengakibatkan anda kelihatan membengkak. Peningkatan yang berlaku dalam simpanan air ini akan menyebabkan berat badan anda menaik.
Sebenarnya bukan lemak yang anda perolehi, tetapi jisim tubuh anda yang meningkat akibat paras air yang tinggi dalam sistem badan anda.
Demikianlah perkara-perkara utama yang anda perlu ingat mengenai insulin dan pengurusan berat badan. Jika anda mahu mengawal berat badan anda sebaik mungkin, lakukan apa yang sepatutnya agar paras insulin anda terkawal dengan baik.
Permohonan Team Leader Cabaran Jom Kurus
Permohonan untuk menjadi team leader Cabaran Jom Kurus 2016 di Malaysia, Singapore dan Brunei kini buka sehingga 11 November 2015. Sila layari https://kevinzahri.com/tl sekarang dan isi borang tersebut dengan lengkap.
November 3, 2015
Join Senaman Jom Fit di Ipoh pada 7 Nov 2015
Sertai sessi senaman 3 jam, JomFit, di Dewan Komuniti Meru, Ipoh, Perak pada 7 November 2015 dan bakar lebih 1000kcal bersama-sama. Cuma RM40/pax (RM35 untuk bekas peserta JK1M). Boleh daftar online di sini atau hubungi Fieyla 019 299 6667
6 Tip Atasi Masalah Plateau Berat Badan
https://www.youtube.com/watch?v=1T8U6bp-ixk
Memang stres kalau dah kurang berat tapi kini ia plateau? Memang ramai yang hadapi masalah yang sama. Video ini berikan 6 langkah untuk bantu anda atasi masalah plateau berat badan ini:
- Small Car vs Big Car: Fahami lah bahawa dengan kurangnya berat badan, keperluan makanan seharian pun berkurangan. Anda perlu sesuaikan kalori intake dengan berat kini. Samalah dengan kereta. Kereta besar bakar minyak lebih berbanding kereta kecil.
- Weight Loss vs Body Composition: Kadang-kadang berat statik atau plateau tapi bentuk badan berubah. Lagi-lagi kalau anda lalui program senaman dan pemakanan yang baik di mana: 1) lemak berkurangan 2) otot naik. Gabungkan ini mungkin tidak lah bantu anda kurang berat tapi you look better. Jangan fokus kepada angka berat semata-mata.
- Senaman: Pelbagaikan lah senaman untuk terus berikan perangsang berkualiti kepada badan untuk terus berubah. Kalau anda asyik buat senaman yang sama sepanjang masa, badan tiada sebab untuk breakthrough the plateau.
- Rehat & Stres: Pastikan anda tidak abaikan kepentingan berehat as part of your fitness routine and lifestyle. Tanpa rehat yang berkualiti badan akan stres. Kalau stres, memang sukar untuk kurangkan berat badan.
- Kualiti Makanan: Fokus kepada kualiti kalori dan macro-nutrient anda. Apabila dan sudah mahir mengawal jumlah kalori, penting untuk anda baiki kualiti seperti kurang garam, kurang makanan proses, lebihkan serat, baiki ratio macros anda dll.
- Trial and Error: Get to know your body dan eksperimen lah dengan bentuk senaman dan pemakanan yang berbeza. Apa yang berkesan untuk orang lain tidak semestinya berkesan untuk anda - dan sebaliknya.
Apa-apa pun jangan give up. Giving up does not solve your problem. Untuk panduan kurangkan berat badan yang lebih mendalam, langgan keahlihan eBook dan Video.
Apakah Cabaran Jom Kurus 1Malaysia?
https://www.youtube.com/watch?v=9xfSB-CuVz4
Ini lah video penutup cabaran Jom Kurus musim 5 dan pengumumkan untuk cabaran JK1M, JKSG, JKBrunei bagi awal 2016. Nak join, sila layari http://cabaranjomkurus.com
JomFit Tour Nov-Dec 2015.
Sertai sessi senaman 3 jam, JomFit, sepanjang bulan November-December 2015 dan bakar lebih 1000kcal bersama-sama. Cuma RM40/pax (RM35 untuk bekas peserta JK1M). Lebih info di sini atau hubungi Fieyla 019 299 6667
Petronas: All About Youth Circuit Training Session
Following are some photos from Kevin's recent circuit training session with award winning students from Petronas' All About Youth community competition. The 90min fun and high intensity session was held at Twin Tower Fitness Center. The session was assisted by our Jom Kurus trainers Nana Haleq, Shafiq, Zamy and Meor. View full album on Flickr.
[one_whole boxed="true"]Interest to engage Kevin? Check out our corporate wellness offerings. [/one_whole]
Gambar Seminar Jom Kurus Putrajaya
Berikut adalah beberapa gambar dari seminar Jom Kurus bersama Kevin Zahri di Putrajaya baru-baru ini. Lebih 1200 peserta dari kawasan Lembah Klang hadir untuk sama-sama kurangkan berat badan menerusi program JK1M. Lebih gambar di laman Flickr Kevin Zahri.
[one_whole boxed="true"]Jom join! Dapatkan info Seminar Jom Kurus Tour of Malaysia atau engage Kevin Zahri untuk event corporate wellness anda. [/one_whole]
Kick Off Venue Cabaran Jom Kurus bermula 5 Sept 2015
Berikut adalah senarai venue untuk kick-off Cabaran Jom Kurus. Untuk kawasan yang tidak tersenarai atau sebarang pertanyaan, sila berhubung terus dengan team leader kawasan anda.
September 4, 2015
JK1M Amie & Rizal Weight Loss Success di Malaysia Hari Ini, MHI TV3
https://www.youtube.com/watch?v=eNcR_am32-I
Cabaran Jom Kurus, JK1M di MHI (Malaysia Hari Ini, TV3) bersama weight loss success story pasangan suami isteri, Amie & Rizal, dan team leader JK1M5 - Shafiq, Nana, Esfah, Amir, Haniff dan Zack.
Cabaran Jom Kurus baru akan bermula di seluruh negara Sabtu ini - http://cabaranjomkurus.com
3rd Sept: Weight Loss Sharing Session Percuma di PCMC
Kepada semua peserta JK1M season 5 yang sudah mendaftar, mari sertai Sessi Perkongsian Mengurangkan Berat Badan dr Ikon Jk1M - Aizat Razak. Turut serta dlm sessi perkongsian ini adalah Aminah dan Sherry Halim.. Utk makluman: Free utk Peserta Jk1M5 RM20 utk peserta public (jika nk join jk1m selepas hadiri sessi tersebut, RM20 anda dikembalikan)
Limit kepada 150 pax sahaja. 1st come 1st serve!
Register sekarang dengan hubungi Zuhara di talian ?+60 11?3236 0830? (call/whatsapp)
Details program:
Date: 3rd September 2015 (Thursday)
Time: 7.30pm -10.30pm
Venue: Auditorium Prince Court Medical Centre, Jalan Kia Peng
Jumpa di sana.