Pesta Dodgeball JK1M 2014 Musim ke3

Tournament dodgeball Cabaran Jom Kurus 1Malaysia JK1M pada 22 Oktober 2014 ini.

Tarikh: 22/10/2014 (Rabu - Cuti Deepavali)
Tempat : KSL Sports Puchong
Masa : 8am - 1pm
Yuran penyertaan : RM150 (satu pasukan 9 orang)

Syarat penyertaan :
1. Penyertaan terbuka kepada peserta JK1M musim ke3
2. Setiap pasukan terdiri dari 3 orang lelaki dan 6 perempuan.
3. Sewaktu permainan hanya 2 lelaki dan 4 perempuan yang dibenarkan
4. Masa permainan adalah 5 minit separuh masa dan 1 minit rehat.
5. Team leader tidak dibenarkan bermain.
6. Tarikh Tutup Penyertaan: 19/10/2014 (Ahad)
Borang Pendaftaran boleh didapati dari Team Leader masing-masing.
Yuran Penyertaan hendaklah dibayar sebelum pertandingan dijalankan. Pembayaran boleh dibuat melalui deposit tunai/bank transfer ke:
Maybank 112157034515 (Mohd Ezuwan Shah Basir)

Hadiah:
Pertama : RM600 + Hamper
Kedua : RM400 + Hamper
Ketiga : RM200 + Hamper
Keempat : RM100 + Hamper

Boleh hubungi: Ezuwan : 013-2761212 ; Zie : 019-6401062


Special Offer! Seminar Jom Kurus Cuma RM50 pada 15 Okt 2014

Special offer kepada mereka yang terlepas dari menyertai sessi seminar Jom Kurus bersama Kevin Zahri di Kuala Lumpur yang sentiasa penuh. Ini merupakan special offer dengan bayaran cuma RM50 (biasa RM100) untuk seminar bersama Kevin pada 15 Oktober 2014 ini di Prince Court Medical Center, Kuala Lumpur.

[one_whole boxed="true" animation="Fade In" delay="100"]Nak join? Daftar sekarang melalui https://kevinzahri.com/jomkurus/seminar. Tempat terhad.[/one_whole]

 


Jom Kurus di Kuantan, Kota Bharu dan Penang

Sertai seminar Jom Kurus dan senaman bersama Kevin di Kota Bharu (10 Okt), Kuantan (11 Okt) atau Penang (12 Okt) hujung minggu ini.

Murphy Oil Malaysia Corporate Wellness Day

I was recently invited to be part of Murphy Oil Corporation's Wellness Day which was held at the KLCC Convention Centre. The session was divided into multiple sessions which included a fun interactive health talk and an introduction of circuit training for the professionals.

[one_whole boxed="true"]If you are looking to engage Kevin for your corporate health program in Malaysia, please visit our Corporate Wellness page for more information. [/one_whole]


JK1M Photo Contest: RM1000 Grand Prize

Enter our first online JK1M Photo Contest. The grand prize winner will receive RM1000, 2nd place RM400 and 3rd place RM200 and will be chosen by Kevin himself and announced during the JK1M winners dinner in KL.

[button color="accent-color" hover_text_color_override="#fff" size="large" url="https://kevinzahri.com/jk1m/photocontest" text="Enter The JK1M Photo Contest" color_override=""]


Jom Mantap: Experience Talk Untuk Kurangkan Berat Badan

Registration dan pembayaran boleh dibuat seperti berikut:

  1. Watsapp/SMS maklumat peribadi anda kepada Dd (019-2463779)
  2. Berikan details peribadi anda seperti:
    Nama:
    Email:
    H/P No.:
  3. Bukti Pembayaran: Pembayaran boleh dilakukan ke akaun berikut: Nur Adilla binti Abd Rahaman (Dd) – Maybank 164137462414 / CIMB 7003641593

Good news kepada semua. Kami menyediakan event ‘Experience Talk: Weight Loss & Fitness Sharing Session’ bersama-sama individu hebat yang telah mengurangkan berat badan mereka! Dari 220kg-140kg; dari 120kg-69.7kg; dari 105kg-60kg dan dari 75kg-55kg.

Ayuh join Jom Mantap “Experience Talk : Weight Loss & Fitness Sharing Session” seperti berikut:

Date : 9 October 2014 (Thursday)
Time : 8.00pm – 8.30pm : Registration
8:30pm – 9.30pm : Experience Talk
Venue : Auditorium PCMC, Level 1,
Prince Court Medical Center,
Jalan Kia Peng,
Kuala Lumpur
Fees: (1) Peserta JK1M3 : RM10 sahaja
(2) Peserta Luar : RM15 sahaja

Kelebihan Program : Anda juga boleh bertanyakan tips hebat dan bersua muka dengan mereka yang telah mengurangkan berat badan yang banyak dan bertanyakan cara-cara mereka untuk fit dan mengekalkan lifestyle yang sihat!!!


FitsKool Program MRSM Sandakan

FitsKool atau "Fit is Cool" adalah program kecergasan bersama Kevin Zahri khusus kepada pelajar sekolah menengah untuk memberi pendedahan kepada kepentingan kecergasan minda dan fizikal dalam menjadi pelajar cemerlang. Kevin sendiri pernah menjadi pelajar MRSM yang aktif dan juga mencapai keputusan cemerlang dalam SPM dll. Berikut adalah beberapa gambar program 1hari bersama MRSM Sandakan. Untuk lebih gambar, layari gallery Flickr.

[one_whole boxed="true"]Ingin jemput Kevin untuk program FitsKool atau Corporate Wellness? Hubungi Kaka di 019 282 7820 atau gunakan online contact form. [/one_whole]


Amirul Agam kurus 33kg dalam 6 bulan.

  • Muhamad Amirul Agam Bin Iryadi
  • Umur: 22 tahun
  • Tinggi: 173cm
  • Berat Asal: 98kg
  • Berat Sekarang: 65kg
  • Pencapaian:
    Kurangkan berat 33kg dalam 6 bulan
    Freelectics Malaysia
    Teamleader JK1M
  • Kerjaya: Technician Hotel
  • Facebook: amirulagam
  • Instagram: @amirulagam

Dilahirkan sempurna pada tahun 1992, kemudian membesar seperti kanak-kanak yang lain. Pada tahun 1999 permulaan masuk sekolah rendah darjah satu badan / berat saya mula naik tanpa segan silu,sehingga saya masuk ke alam persekolahan menengah,saya berjaya turun berat badan kerana aktif dalam aktiviti sukan disekolah.

Berat naik semasa di Kolej

Setelah tamat SPM,saya melanjutkan pelajaran di JB ,sebuah kolej swasta (2010). Disini bermula kisah hitam saya, naik berat badan dengan mendadak tanpa saya sedari. Boleh dikatakan saya makan nasi waktu zaman kolej 5 kali sehari dan tak kira waktu, biasalah zaman kolej selalu tidur lewat,melepak mamak tengok bola,waktu tu confirm makan tak ingat dunia.

Pada tahun 2012, selepas saya tamat pembelajaran di JB, saya dapat tawaran kerja,yang mana saya perlu pergi medical checkup untuk pastikan tahap kesihatan saya dalam keadaan baik sebelum memulakan kerja. Tahu tak apa doktor tu cakap ? dia cakap.

"... Awak ni umur baru 20 tahun tapi berat dah 98kg, kalau awak cecah 100kg saya berani jamin awak akan dapat penyakit jantung ..."

Wow!! pedih gila dengar leteran doktor,dan doktor cakap saya ditahap obesiti pertama. Waktu tu saya tak peduli pun doktor cakap apa,janji saya lulus ujian medical untuk masuk kerja.

Bila dah masuk kerja bahagian kejuruteraan ni, confirm lah banyak panjat guna tangga,nak jadikan cerita, tangga saya naik tu patah. fuhh !! betapa berat nya saya.. Tapi masih tak sedar. bila saya sedar?? bila saya perasan,waktu nak naik tangga dari ruang tamu ke bilik, yang hanya ade beberapa anak tangga tapi saya mengah yang teramat.

Saya akan hidap penyakit jantung?

Waktu tu mula teringat pesanan doktor, adakah saya akan hidap penyakit jantung? Kalau jadi apa-apa pada saya bila kene penyakit yang boleh bawa maut ni,siapa nak jaga keluarga?? Keesokan harinya,saya mula langkah pertama, saya jogging dikawasan rumah tapi mampu lakukan 10 minit je dah mintak nyawa. hahaha . Memang giveup rasanya. Kemudian pada waktu malam,saya mula cari di internet,macam mana cara untuk kurus dan sihat tanpa perlu ke gym dan ambil personal trainer.

Sebab apa saya tak nak pergi gym?

Sebab konfiden level! Malu nak pergi gym sebab badan gemok gile!! Kenapa tak nak ambil personal trainer? Sebab saya tak mampu untuk bayar yurannya. Tapi itu bukan alasan untuk saya tak boleh berubah. Jadi cari punya cari,saya jumpa senaman yang boleh dilakukan dirumah,sebenarnya banyak je senaman yang boleh dilakukan dirumah dengan percuma ,tinggal kita semangat atau tidak je untuk melakukannya.

Senaman yang saya lakukan bernama FREELETICS,senaman hight intensity interval training dan tinggal menggunakan sebarang peralatan. saya mula melakukan selama seminggu.semua dalam keadaan terkawal. kemudian saya mula untuk mencabar diri saya, saya buat cabaran untuk diri, saya ingin melakukan senaman ini selama 6 minggu dan perlu turun 10kg.

[one_whole boxed="true"]Saya hanya melakukan senaman dirumah dan taman permainan tanpa mengeluarkan duit dan tidak memerlukan peralatan. Amat sesuai dilakukan dirumah,taman permainan dan sebagainya,anda hanya perlu ruang yang sedikit sahaj untuk melakukannya kepada mereka yang nak cuba senaman ini, you guys boleh download APPS FREELETICS di Android dan iOS. [/one_whole]

Bila dah turun 10kg semangat makin bertambah!

Alhamdulillah selepas 6 minggu saya turun 10kg dengan melakukan senaman dirumah sahaja! Wow!! Bila dah turun 10kg semangat makin bertambah. Saya mula mencabar diri saya untuk melakukan cabaran 15 minggu freeletics. Selepas selesai cabaran, alhamdulillah saya berjaya turun total lebih 30kg dari berat asal dengan melakukan senaman dirumah sahaja.

...saya terima kutukan dan kritikan seperti "hangat-hangat tahi ayam" , perkataan seperti itu buat saya tambah semangat

Apa yang anda belajar dari Kevin Zahri

Kevin Zahri banyak mengajar saya sebenarnya. Walaupun sewaktu proses penurunan berat badan saya, Kevin tidak mengenali saya pun dan saya tidak pernah jumpa Kevin. Tetapi dengan bantuan video Kevin Zahri, memberi tips bagaimana nak ambil nasi dengan betul dan perkongsian beliau mengenai berat air sangat membantu saya untuk turun berat badan kerana darisitu saya mula membina diet saya yang seimbang. [/one_whole]

Pernah cuba suplemen popular!

Terus terang saya cakap,sebelum saya jumpa senaman yang boleh dilakukan dirumah,saya pernah cuba produk untuk kuruskan badan,terpedaya dengan gamba testimoni .saya habis hampir Rm300 tetapi hanya berjaya turun beberapa kg sahaj untuk 1 bulan.

Selepas tengok video kevin zahri yang menerangkan tentang suplemen hanya bantu buang berat air sahaja dari situ saya mula cari jalan yang lebih sihat untuk kurus.

Sepanjang saya melakukan transformasi berat badan, banyak juga saya terima kutukan dan kritikan seperti "hangat-hangat tahi ayam" , perkataan seperti itu buat saya tambah semangat.saya nak buktikan pada mereka yang selalu kritik perjalanan transformasi saya, Alhamdulillah mereka yang dulunya mengutuk saya ,sekarang mereka mintak tips bagaimana saya mampu menurunkan berat badan. selepas 10 bulan saya melakukan senaman ini, saya terfikir untuk berkongsi dengan orang kat luar,sebab saya percaya dengan wujudnya kelompok kumpulan untuk bersenam akan bertambah lagi semangat dan motivasi untuk kurus.

Freelectics Malaysia

Saya menubuhkan Kumpulan senaman untuk bersenam secara berkumpulan dikawasan ampang mulanya, kemudian merebak disekitar lembah klang dan sekarang hampir ke seluruh Malaysia. Kumpulan yang digelar FREELETICS MALAYSIA, alhamdulillah niat dari nak kurus dan sekarang saya mampu berkongsi sesuatu dengan orang ramai.

InsyAllah pahala menanti disyurga.

Bagaimana cara pemakanan saya?

Saya akan pastikan pengambilan kalori harian saya tidak akan lebih. Contoh kalori yang saya perlu ambil 1700kcal, jadi saya akan makan tidak melebihi 1700kcal atau lebih tepat 1500kcal.

Menu makanan saya.

  • Sarapan pagi- Capati , teh tarik (gula baik untuk mulakan kerja harian) dan 2 gelas air suam.
  • makan t/hari- nasi (segenggam) , ayam , sayur dan juga 4 gelas air suam ( 3 gelas air suam sebelum memulakan suapan)
  • malam (sebelum 7.00pm)- tossei,telur rebus 2 biji (putih sahaja) dan air suam 4 gelas ( 3 gelas air suam sebelum memulakan suapan)
  • snek malam (10.00pm)- apple hijau.
  • elakkan tidur lewat malam kerana tidur lewat akan membuat anda rasa lapar.
  • cheatday (makan apa sahaja tetapi tidak lebih had, contoh saya menikmati KFC tapi bukan 3 ketul tetapi 1 ketul sahaja)

Tips yang saya ingin berikan.

  1. Semangat: Jika anda mempunyai semangat untuk berubah,pasti anda akan berjaya .
  2. Motivasi: cari Seberapa banyak motivasi yang boleh buat anda bersemangat dan tidak giveup.macam saya dulu suka tonton video transfomasi badan dari youtube untuk beri motivasi.
  3. Disiplin: anda kena ada displin yang tinggi untuk pastikan anda berjaya turunkan, disiplin dari segi pemakanan dan senaman.
  4. Target: kene ada target baru boleh berjaya,contoh macam saya target nak turun 10kg dalam masa 6 minggu ,so saya push untuk capai target saya.

Akhir sekali pesanan saya tidur kene cukup sepanjang progress anda dan diet perlu bijak untuk capai matlamat anda.


Futsal Tournament JK1M Musim ke3.

Futsal Tournament JK1M Musim ke3 pada 11Okt 2014 di Sports Planet, Kota Damansara. Hanya open kepada peserta #jk1m musim ke3. Utk pendaftaran dan info lain, sila berhubung dgn Firdaus 013-674-6308 atau Naailah 017-300-9090.

Untuk pelbagai event dan tawaran untuk peserta JK1M, visit our event page.


Terengganu Scientific Conference: Jom Kurus Methodology

As part of the 5th Terengganu Scientific Conference 2014 for innovative approach to healthcare, I was invited to share my weight loss seminar methodology or popularly known as "Jom Kurus". The conference was organized by the Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu and attended by doctors and other medical professionals.

[one_whole boxed="true"]For more information or to engage me for your event, visit my corporate wellness page. [/one_whole]

 


Kisah Kurus: Zuhara Kurangkan 40kg dalam 2 tahun.

Zuhara binti Zainal Abidin

  • Umur: 33 tahun
  • Tinggi: 157cm
  • Berat Asal: 111kg
  • Berat Sekarang: 70kg
  • Pencapaian: kurang 55kg dalam 18 bulan
  • Kerjaya: Bekerja sendiri
  • Facebook: zuhara.zainal.abidin
  • Instagram: @zuharaza

Assalamualaikum para pembaca,

Saya, Zuhara bt Zainal Abidin, berumur 33 tahun dan tinggal di Nilai, Negeri Sembilan. Sepanjang hidup saya memang berat berlebihan, bermula pada usia 13 tahun. Semasa kecil saya memang seorang yang sangat kurus hingga merisaukan keluarga. Ini kerana, saya tidak suka makan nasi dan sayur. Bermula usia 13 tahun, berat saya semakin bertambah dan bertambah dan tidak pernah kurus lagi sehinggalah sekarang. Saya bukanlah seorang 'food addict' tetapi saya memang tidak pernah ambil pusing tentang apa yang saya makan atau kuantiti makanan yang diambil. Selagi perut tidak penuh selagi itu saya akan makan sehingga betul-betul kenyang dan sengkak. Itu belum lagi dicampur dengan amalan suka minum minuman manis dan tidak suka langsung mengamalkan minum air putih (air kosong). Semasa umur belasan tahun, saya boleh minum air coklat kesukaan saya sebanyak satu jug besar seorang diri. Minuman coklat itu boleh habis satu tin dalam masa kurang seminggu!!

Dari segi aktiviti fizikal juga, saya memang bukan seorang yang suka bersukan atau aktif bersukan. Walaupun ada ketikanya saya ke sekolah menaiki basikal, tetapi itu bukanlah apa yang saya kategorikan sebagai 'senaman'. Sesekali saya juga akan bermain badminton bersama adik-adik dan kakak-kakak saya tetapi bermain secaa santai sahaja.

Semakin lama, dari tahun ke tahun, berat saya semakin bertambah dan bertambah sehinggakan dari 2 angka mencecah ke 3 angka dalam masa beberapa tahun sahaja. Kemuncaknya pada awal Januati 2012, di mana penimbang saya menunjukkan angka 111kg. Pada waktu tersebut saya sangat terperanjat melihat angka tersebut dan secara tiba-tiba bertekad untuk terus berbuat sesuatu untuk menurunkan berat badan. Di dalam masa 2 bulan lebih, berat saya berjaya diturunkan sebanyak beberapa kg.

Banyak masalah yang telah saya alami apabila mempunyai berat badan obese. Di antaranya kesukaran mencari pakaian yang sesuai dengan saiz badan dengan harga yang berpatutan. Badan besar juga menyebabkan saya tidak membeli baju raya selama lebih 10 tahun kerana mahu menunggu badan kurus dahulu. Akibatnya saya kerap memakai pakaian yang sama berulang kali.

Walaubagaimanapun, titik permulaan proses perjalanan menurunkan berat badan saya bermula dengan program Cikgu Fitness Malaysia, iaitu En. Kevin Zahri.

Apa yang anda belajar dari Kevin Zahri

Saya memulakan perjalanan menurunkan berat badan secara serius pada 2012, iaitu apabila satu hari saya terbaca di satu majalah tentang satu pertandingan menurunkan berat badan selama 6 minggu. Sebaik sahaja saya membaca iklan tersebut, saya terus mengisi borang permohonan secara online dan beberapa minggu selepas itu, saya menerima berita gembira melalui emel yang mengatakan saya diterima menjadi salah seorang peserta program berkenaan.

Tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa program tersebut amat membuka mata saya tentang kesihatan badan secara menyeluruh. Buat pertama kalinya dalam hidup saya, saya belajar tentang apakah itu kalori, lemak, jenis lemak dalam badan, cara pemakanan yang betul dan sesuai, dan pelbagai informasi berguna lain yang tidak pernah saya ambil tahu sebelumnya. Saya memulakan azam untuk menukar gaya hidup saya kepada lebih sihat dan aktif.

Program tersebut juga sangat menarik minat saya kerana setiap minggu pelbagai aktiviti menarik dilakukan seperti paintball, larian 10km, seminar kesihatan, senamrobik, jungle trekking, cycle and hunt. Kesemua aktiviti ini sangat menarik pada pandangan saya kerana secara peribadinya saya belum pernah melakukan aktiviti-aktiviti tersebut sebelum ini, Jadi itu juga di antara sebab mengapa saya sangat berminat menyertai program tersebut. Alhamdulillah kesemua program tersebut berjaya dilaksanakan dengan jayanya tanpa sebarang masalah. Malah saya juga menerima ramai rakan baru melalui program ini.

Sejak 2012-2014, sebanyak empat kali program anjuran kevin zahri yang telah saya ikuti. Dan saya berjaya menurunkan banyak berat badan semasa berlangsungnya kesemua program tersebut.

Tidak keterlaluan untuk dikatakan program Kevin Zahri sangat membantu saya dan ianya sesuatu yang tidak akan saya lupakan sehingga akhir hayat saya.

Amalan gaya hidup dan diet sebelum sebelum berjaya kurang berat?

Sebelum 2012, seperti yang dinyatakan sebelum ini, saya memang makan apa sahaja tanpa rasa bersalah. Saya tidak pernah langsung memikirkan tentang kalori yang diambil mahupun yang dibuang. Saya tidak menganggap diri saya seorang yang cintakan makanan (food lover/food addict) kerana saya rasa cara pemakanan saya tidaklah keterlaluan. CUma satu sahaja masalah besar yang saya hadapi iaitu kesukaran meminum air putih dan kecintaan saya meminum air manis dan bergula tinggi. Sangat sukar untuk saya tinggalkan minuman manis di mana sahaja saya berada.

Satu lagi masalah ialah tidak melakukan sebarang aktiviti fizikal khusus sebagai senaman. Gaya hidup sihat tidak pernah berada dalam diari hidup saya dan saya tidak begitu ambil peduli tentang perkara tersebut. Keluarga saya juga ramai yang berlebihan berat badan dan kami sama-sama tidak mengambil sebarang inisiatif untuk mendapatkan kesihatan yang baik.

Sebagai seorang yang obese, sudah tentu dahulunya saya sangat terpengaruh dengan pelbagai iklan produk untuk menguruskan badan. Samada produk sapuan, makanan, minuman atau mesin, hampir kesemuanya saya sudah cuba. Semuanya tidak pernah menjadi, malah ada yang menyebabkan saya makan semakin banyak. RIbuan ringgit telah dihabiskan, malah kesihatan juga turut terancam akibat memasukkan pelbagai jenis bahan kimia dalam badan. Saya tidak pasti kenapa produk-produk tersebut tidak berjaya membantu saya menguruskan badan, samada saya tidak betul-betul berdisiplin semasa mengamalkannya atau sememangnya produk tersebut tidak sesuai untuk saya.

Amalan Diet Untuk Kurangkan berat badan?

Sebaik sahaja menyertai program anjuran Kevin Zahri tersebut, saya banyak belajar untuk mengurangkan berat badan secara sihat dan teratur. Pemakanan seimbang dan diet yang betul mual saya praktikkan.

Satu perkara yang banyak saya ubah semasa menyertai program tersebut adalah dengan banyak memakan sayur-syauran serta memasaknya dengan cara yang lebih sihat. Jika dahulu semuanya digoreng dengan minyak yang banyak, kini semuanya direbus, dikukus dan dibakar secara sihat. Rasanya lebih sedap dan kepuasan menikmati makanan juga lebih dirasai. Selain banyak makan sayur dan mengurangkan daging merah, saya juga mula belajar makan buah setiap hari. Jika dahulu saya jarang makan buah, tetapi kini saya akan makan sekurang-kurangnya sebiji oren dan epal setiap hari. Air putih juga saya cuba untuk ambil lebihlagi berbanding sebelumnya, namun kebanyakan hari memang saya hanya ambil sedikit sahaja kuantiti air putih kerana tidak biasa.

Di antara menu yang sering saya ambil setiap hari adalah ayam bakar dengan sayur campur bakar. Ini merupakan antara menu kesukaan saya. Roti juga saya sering ambil samada roti putih atau roti mil penuh (wholemeal). Roti ini kadang-kadang saya bakar dan makan bersama kaya atau bersama sandwich sardin. Sekali sekala saya akan makan nasi juga, bukanlah membuang terus nasi dari menu utama saya.

Saya juga banyak minum susu low fat kerana susu juga antara menu kegemaran saya. Selain rasanya yang memang sedap dan sesuai dengan tekak saya, ia juga sangat baik untuk tulang saya.

Apakah bentuk senaman yang anda amalkan?

Senaman juga mula saya praktikkan setiap hari. Semasa program tersebut, saya kerap menaiki basikal statik (stationary bike) setiap hari dan joging beberapa kali seminggu. Saya jarang pergi ke gym kerana tiada minat dan oleh kerana itu saya lebih suka menaiki stationary bike sahaja kerana saya suka berbasikal. Ianya memberi satu jenis kepuasan yang berbeza buat diri saya berbanding sukan lain. Joging juga sering saya lakukan pada awal pagi atau lewat petang untuk membakar lemak dan menggerakkan badan secara keseluruhan.

Saya juga mula mengenal sauna pada awal program ini dan kerap melakukan sauna, dalam 3-4 kali seminggu. Saya sangat suka bersauna kerana badan saya snetiasa rasa segar selepas bersauna dan lenguh-lenguh badan juga berkurangan.

Kini, sejak awal 2014, saya juga sering mengikuti kelas aerobik dan zumba anjuran gym dan individu di sekitar Nilai. Ia bukanlah antara aktiviti kegemaran saya tetapi ianya alternatif yang bagus kepada basikal dan joging. Sesekal kita harus juga bertukar jenis senaman supaya tidak cepat bosan.

Saya juga mula mengamalkan senaman circuit training samada di rumah atau pun semasa melakukan aktiviti di luar. Ia juga sesuatu yang baru bagi saya dan saya sukakannya, walaupun ada di antaranya yang agak sukar untuk saya lakukan.

Satu lagi ialah saya suka menyertai program larian samada untuk 'charity' atau anjuran syarikat-syarikat yang berkaitan. Walaupun saya tidak suka joging atau berlari, tetapi semasa berlari di dalam program tersebut ia memberi saya masa kepada diri saya sendiri untuk memikirkan tentang kehidupan dan apa yang saya hendak lakukan di dalam hidup.

Adakah anda gunakan suplemen?

Saya pernah menggunakan beberapa jenis produk menguruskan badan untuk membantu menurunkan berat badan. Tetapi hampir kesemuanya tidak berkesan dan jika berkesan pun hanya menurunkan sedikit sahaja berat badan saya. Saya pernah mencuba yang murah, yang mahal, produk tempatan mahupun antarabangsa, namun saya sering kecewa dengan hasil yang diperoleh. Saya tidak mahu menyebut nama-nama produk tersebut tetapi saya yakin untuk berkata kesemuanya bukan untuk saya.

  • Sertai aktiviti riadah yang bersesuaian dengan minat anda (larian, zumba, aerobik, dll). Boleh juga menyertai pertandingan khusus untuk menurunkan berat badan seperti cabaran yang saya masuk anjuran kevin Zahri (Cabaran SIhat, Jom Kurus, Jom Kurus 1 Malaysia). DI samping mengurangkan berat badan, anda juga boleh mendapat rakan fitness baru yang sama-sama berjuang dan memahami apa yang anda lalui.
  • Jangan 'skip' makan secara sengaja, atau laparkan diri anda untuk kurus. Sangat tidak berbaloi malah boleh membahayakan kesihatan anda.
  • Amalkan minum air putih. Walaupun mudah untuk menyatakannya namun sangat sukar untuk melakukannya. Saya amat tahu tentang ini kerana saya sendiri seorang yang agak degil untuk membanyakkan minum air putih.
  • Jangan pedulikan dengan sindiran sinis, perli, sikap negatif orang lain terhadap apa yang anda mahu buat. Tekadkan dalam hati anda membuat semua ini untuk diri sendiri dan bukan orang lain. Positifkan minda dengan membaca ayat-ayat motivasi dari orang yang berjaya dalam menguruskan badan dan ingat kata-kata tersebut. Selalunya ada rakan-rakan atau ahli keluarga yang mungkin bersikap negatif terhadap perubahan yang anda ingin lakukan. Jangan tunduk pada sindiran mereka!
  • Bacalah pengalaman orang lain dalam perjalanan mereka mendapatkan berat yang diingini. Jangan segan bertanya tips-tips mereka dan cuba amalkan sendiri.
  • Belilah buku KURUS yang ditulis oleh Sifu KEVIN ZAHRI kerana kesemuanya amat membantu dalam perjalanan anda untuk mendapatkan kesihatan yang terbaik. Anda tidak rugi walau satu sen pun, malah bakal mendapat banyak ilmu dan manfaat berguna.