Dari 100kg ke 60kg

Isa Abdullah: Refleksi Dan Petua Turun Berat Dari 100kg Ke 60kg Dalam 4 Bulan

Jom Ubah Gaya Hidup!

“Allah tidak akan mengubah keadaan sesuatu kaum sebelum mereka mengubah keadaan diri mereka sendiri." [Surah Al-Ra’du,13 ayat 11]

“maka hendaklah manusia itu memerhatikan makanannya.” [Surah‘Abasa,80 ayat 24]

Amalan gaya hidup sihat bersama Ketua Pasukan JK1M Kuala Kangsar
Amalan gaya hidup sihat bersama Ketua Pasukan JK1M Kuala Kangsar, Ustaz Norazman Md Noh, Personal Wellness Coach.

Catatan berat sepanjang musim Jom Kurus Edisi 1 dan 2

Menjuarai peringkat kebangsaan kategori lelaki Jom Kurus 1 Malaysia Kevin Zahri, JK1M dua kali berturut-turut untuk edisi 1 dan 2 sememangnya tidak diduga. Matlamat utama sebenarnya adalah mencapai berat badan dan komposisi badan ideal untuk pencapaian peribadi bagi meneruskan gaya hidup sihat dan cergas bersama-sama rakyat Malaysia yang lain.

Berat sebelum menyertai JK1M: 104kg [22 December 2013]

Berat Permulaan: 96.5kg [11 Januari 2014]

Berat Akhir: 56.9kg [23 April 2014]

Berat Semasa: 64kg [23 Mei 2014]

Setinggi-tinggi penghargaan kepada Kevin Zahri atas penyediaan platform Jom Kurus 1 Malaysia (JK1M) kerana memberikan kesempatan ini untuk bersama-sama ribuan peserta di seluruh negara untuk bersama-sama menjalani kehidupan rutin yang lebih sihat dan cergas, serta cuba keluar daripada masalah obesiti yang dihadapi 44% penduduk negara. Terima kasih yang tidak terhingga kepada ketua pasukan Taiping dan Kuala Kangsar serta rakan-rakan seluruh negara yang telah banyak memberi dorongan dan sokongan di dalam mencapai komposisi badan ideal. Cabaran seterusnya adalah mengekalkannya!

Bersama Ketua Pasukan JK1M Taiping, En. Mohd Faiz Hamzah, NAFI Certified Personal Trainer.
Jelajah Gua Tempurung 13 April 2014: Bersama Ketua Pasukan JK1M Taiping, En. Mohd Faiz Hamzah, NAFI Certified Personal Trainer.

Petua turunkan 10kg-15kg dalam 6 minggu

Senaman ini saya sarankan kepada mereka yang beratnya 80kg ke bawah.
Lakukan senaman 3 kali sehari tanpa henti sehingga minggu ke-6. Dengan hanya kira-kira 30 minit setiap sesi. Contohnya: 6.40pagi, 5.30petang dan 8.30 malam. Masa bersenam boleh diubahsuai mengikut keselesaan dan kesesuaian diri.

Langkah 1: Berjalan pantas

Langkah 2: Berlari

Langkah 3: Joging

Langkah 4: Memecut

Untuk sesi 6.40pagi dan 5.30petang: Ulang beberapa kali bermula daripada langkah 1 ke langkah 4 di atas sehingga 30-40 minit. Ianya sesuai dilakukan di luar rumah, padang pusat rekreasi atau trek larian.

Untuk sesi 8.30 malam: Boleh mencuba senaman kardio sama ada berjalan pantas atau berlari pada tanjakan (treadmill) atau berbasikal dengan sedikit latihan kekuatan dengan membuat sebarang angkatan berat. Cadangan: lakukan kardio selama 40minit dan latihan kekuatan sekadar 10-20minit.

Bagi mereka yang berat 80kg ke atas (mahupun mereka yang baru memulakan senaman) saya sarankan terlebih dahulu supaya hanya sekadar berjalan seperti biasa sejauh 5km setiap hari terlebih dahulu sehingga hari ke-21 supaya ianya menjadi rutin. Ini berdasarkan pengalaman peribadi saya sendiri - sepanjang 3 minggu yang pertama saya hanya mampu berjalan sahaja. Saya tidak berupaya berlari mahupun lompat bintang! Pasti semput, tak cukup nafas. Mulai hari ke-22 barulah saya selang-selikan dengan berjalan biasa dengan berjalan pantas. Pada minggu kelima dan keenam barulah saya meningkatkan intensiti kepada berjalan biasa > Joging > berjalan pantas secara berselang seli. Cara ini juga sesuai untuk mereka yang baru memulakan sesi senaman bertujuan menguatkan otot betis dan peha serta mengurangkan kecederaan pada tumit dan buku lali.

Makanlah apa saja jika cukup senaman.
Makanlah apa saja jika cukup senaman. Bersama sahabat baik, Pemilik Kay Fitness Studio Sungai Petani, Cik Karmilah Jambo, Ketua Pasukan JK1M Sungai Petani Edisi 1 dan 2.

Amalan Pemakanan

Makanlah 5 kali sehari. Jangan sesekali mengabaikan atau mengorbankan masa sarapan mahupun makan tengahari anda. Tak kisah la makan apa saja asalkan cukup senaman. Gandakan pengambilan putih telur, dada ayam atau ikan dalam menu harian [Utamakan pengambilan protein di dalam pemakanan harian]. Kurangkan pengambilan makanan berminyak, manis dan bergaram. Berhenti makan sebelum kenyang. Minum air suam selepas makan untuk memberikan rasa kenyang. Jika ada air sejuk (contoh: jus oren) minum air sejuk sehingga habis terlebih dahulu sebelum menjamah makanan.

Sesi Kardio: Zumba atau senam robik mampu membakar 500kalori dalam 30minit!
Sesi Kardio seperti Zumba, senam robik, tarian moden mampu membakar sehingga 600kalori dalam 30minit!

Kepada mereka yang tidak sukakan aktiviti berjalan atau berlari, bolehlah memilih sebarang aktiviti kardio lain contohnya: zumba, senam robik, melompat tali, berbasikal, aktiviti mendaki, meredah hutan dan sebagainya. Pasti ramai yang suka menari dgn iringan muzik segar, rancak dan terkini.

Jom Kurus dan Cergas! Anda juga boleh melakukannya!

Ketika bersenam haruslah banyakkan bersabar. Bersenamlah mengikut kemampuan masing-masing jangan terlalu memaksa diri. Bersenam dalam keadaan riang gembira. Elakkan sebarang stress. Saya mengucapkan anda semua selamat berjaya, semoga perkongsian ini dapat membantu mencapai berat badan ideal anda. Salam ceria.

Akan Datang: Jom Kurus 1 Malaysia Edisi 3  Seri Iskandar Ogos 2014

2014503150731

Ingin Sertai Jom Kurus 1 Malaysia JK1M Edisi 3 bersama saya? Program akan berlangsung pada 13 September hingga 25 Oktober 2014 di bandar Seri Iskandar, Perak. Untuk maklumat lanjut hubungi saya 0178669751 sms/whatsapp atau layari kevinzahri.com dari semasa ke semasa.


Jadual seminar di Prince Court Medical Center, KL untuk peserta JomKurus Raya pada 24 Mei 2014 ini. Sessi peserta VIP dari jam 8am-12pm. Sessi peserta Seminar dari jam 12-4pm.

Peserta Santai Cabaran Jom Kurus Raya?

Peserta Santai Cabaran Jom Kurus Raya? Dapatkan borang submission berat badan anda yang perlu di-submit nanti pada 24 Mei 2014. Good luck!

Daftar sekarang untuk Cabaran Jom Kurus Raya

Pendaftaran untuk sertai Cabaran Jom Kurus Raya bersama Nana Al Haleq telah bermula. Pakej VIP terhad kepada 50 orang sahaja.

Coming Soon: Jom Kurus Raya 2014 Bersama Nana Haleq

Akan diumumkan pada 1 Mei 2014. Cabaran Jom Kurus Raya bersama Nana Haleq ini akan bermula 21 Mei hingga 24 Julai 2014 dan terhad kepada 50 peserta sahaja.


Acik Hanafz : Sehari Yang Penuh Semangat!

Haaaa, bersemangat tak tajuk tu? Hehe. Saya dah experience dengan hari yang penuh semangat ni kira-kira dalam 2 minggu lepas tapi feeling tu masih ada. Jadi saya decide untuk kongsi rasa tu hari ni. Tambahan pula dengan join program JK1M ni, lagi bertambah semangat sebab dikelilingi oleh orang-orang yang bersemangat dan tak putus-putus memberi sokongan untuk orang lain samada dalam team sendiri atau team lain.JK1M-Awesome! 

Walk 4 Humanity

10176145_630115470377276_242631302_n

Tanggal 6 April 2014 mencatatkan satu kenangan yang sangat istimewa buat saya dan semestinya para peserta Walk 4 Humanity yang lain. Program Walk 4 Humanity ini telah pun berlangsung di Padang Merbok, Kuala Lumpur bermula dari seawal jam 7.30 pagi lagi. Program ini telah dianjurkan oleh Aqsa Syarif dan Rose2Rose serta dijayakan oleh lebih seribu penyertaan dari rakyat Malaysia. Ada yang datang satu keluarga, dengan kawan-kawan dan peserta JK1M sendiri! Tahniah!

Team Leader Cheras, En. Zack bersama peserta JK!M kawasannya
Team Leader Cheras, En. Zack bersama peserta JK!M kawasannya
Penyertaan dari pelbagai bangsa =)
Penyertaan dari pelbagai bangsa =)

Mungkin ramai antara kita yang dah biasa join program charity berkonsepkan riadhah ni. Tapi bukan saya. Walk 4 humanity adalah program yang pertama saya sertai dan nyata walaupun berat masih tiga angka tapi berjaya untuk accomplish misi berjalan sejauh 5 kilometer tanpa henti. Alhamdulillah, thank you Allah!

Permulaan Yang Hebat!

Orang kata kalau kick-start yang hebat akan bagi kesan mendalam dan kita rasa nak buat lagi. And I feel that! Sampai je kat Padang Merbok sebelum mula berjalan, penganjur guide untuk regangan sebelum mula. Masa tu boleh nampak peserta dari pelbagai range umur. Kalau yang masih baby, mak ayah nya tolak dengan stroller. Pendedahan awal dari kecil pun membantu dalam tumbesaran si cilik. Eh macam iklan susu budak pulak. Hehe.

Kagum dengan semangat ibu muda ni. Dia sampai dulu dari saya!
Kagum dengan semangat ibu muda ni. Dia sampai dulu dari saya!

Walk 4 Humanity ni bukan aktiviti charity yang biasa-biasa, tapi pada saya luar biasa. Ini adalah perjalanan (walk) yang memberikan kita kefahaman dan kesedaran tentang bagaimana kita sebagai manusia perlu bersatu untuk hak-hak yang ditindas seperti sahabat-sahabat kita yang berada di Palestin, Syria dan Rohingya

Giving Up?

Bersama rakan sekolah, Dr Iman yang tak putus-putus beri semangat
Penat macam mana pun, gambar tu penting. Hehe!

Disebabkan ini program pertama saya sertai, awal-awal tu mesti lah tak yakin boleh habiskan perjalanan. Masa dah sampai kilometer ke tiga saya mula pegang kaki, urut dada. Rasa tak mampu untuk teruskan perjalanan lagi. Langkah masih diteruskan dan kembali bersemangat semula bila saya 'dipotong' oleh beberapa makcik yang membawa cucunya berjalan. Mak ai, gagahnya nenek bebudak tu. Saya masih muda dan sangat tak wajar untuk give up awal-awal. 2 km je lagi kot. Acik boleh!

Pencapaian

Berjaya! ^_^
Berjaya! ^_^

Rasa sangat beruntung sebab program ni diadakan beberapa minggu lepas sertai JK1M. At least saya dah boleh prepare diri, physically and mentally prepared. Kan first time, of coz lah nervous! Hehe. Masa nak mula tu saya ingat balik apa yang Team Leader -Marini pesan, cuba sehabis baik, kawal pernafasan semasa berlari dan tahu kemampuan diri. Saya ingatkan masa kilometer dua tu nak patah balik ambil kereta, tapi di support oleh kawan-kawan untuk habiskan berjalan. Dah set mind dah, 5 kilometer -JE. So nampak sikit. Hehe. Bila habis tu rasa excited dan kongsi dengan kawan-kawan lain yang tak join. Ada yang cakap, "alah, 5 km je pun", " 5 km je? kate nak kurus" . Haha, kalau Acik yang dulu dah 'meleleh' dah kena herdik camni. Tapi Acik yang sekarang Alhamdulillah- become more stronger! InsyaAllah. I know my effort, I have done my best and I will keep on going till I reach my goal!

Bersama team members Wangsa Warrior di garisan penamat- Yeah!
Bersama team members Wangsa Warrior di garisan penamat- Yeah!

Rose2Rose

 

Rose2Rose adalah satu badan khas yang ditubuhkan untuk membantu para wanita dan kanak-kanak yang ditindas seperti di Palestine, Syria dan Rohingya. Dalam kebanyakan konflik yang berlaku, wanita dan kanak-kanak adalah dua golongan yang akan paling terkesan. Jadi, charity event seperti ini dilaksanakan bagi memberi tumpuan dalam membina keupayaan wanita & kanak-kanak Palestin melalui pendidikan terutamanya pada youngsters.

10157248_656463524391316_1271093915_n

Sepertimana  yang kita dapat tonton macam di Youtube, Facebook dan lain-lain, bagaimana wanita & kanak-kanak di Palestine, Syria dan kini Rohingya telah dirogol, dibunuh dan kebuluran. Kalaupun bukan dengan wang ringgit dan tenaga, sekurang-kurangnya kita hujani mereka dengan doa-doa kita yang ikhlas keranaNya.

 

Bersama pengarah program, Sis Anfal Saari. Beliau pun kami suruh buat gaya nasi segenggam. ^_^
Bersama pengarah program, Sis Anfal Saari. Beliau pun kami suruh buat gaya nasi segenggam. ^_^

Syukur kita tak perlu berlari dari peluru, risau rumah dibedil bom mahupun kereta kebal, dikurniakan tanah air yang aman damai - jadi apa alasan kita untuk tidak terus berusaha menjaga kesihatan diri amanah Allah ni duhai Acik? Ingatan buat diri dan semua pembaca.

Stay Focus,

Acik Hanafz

sumber gambar : facebook rose2rose


Isa Abdullah: Perjalanan 100 Hari Sihat Bersama Jom Kurus

Gambar di atas merupakan gambar kenangan sempena Karnival Sukan Rakyat JK1M Perak, di SK Kg Seri Rahmat, Ipoh di bawah kelolaan koordinator yang juga selaku Ketua Pasukan JK1M Ipoh, En Adly Hassan. Alhamdulillah.. syabas dan tahniah semua peserta JK1M 1 & 2, cikgu Kevin Zahri, Ketua-ketua pasukan dan atas sokongan rakan-rakan seperjuangan walau di mana jua.

Dalam sedar tak sedar kita sudah menjalani 100 hari kehidupan yang sihat dan cergas. JK1M bermula pada 11 Januari 2014 dengan berat badan ketika itu 96.5kg. dan sehingga 19 April 2014 berat badan semasa adalah 60.8kg. Syukur alhamdulillah. Perjuangan masih lagi diteruskan sehingga hari terakhir pada 26 April 2014.

wieght

Sorotan aktiviti sepanjang minggu ke-5 dan ke-6 baru-baru ini.

12 April 2013: Ekspedisi Bukit Larut, Taiping, Perak berada pada ketinggian 1,036 m daripada aras laut. Dengan jarak perjalanan 10km secara santai, iaitu kira-kira 4 jam perjalanan ke puncak dengan purata pembakaran 1,800 kalori. Memang tabik spring la kepada semua pendaki Bukit Larut kali ini. Walaupun hampir kesemua mendaki untuk pertama kalinya, namun kami semua telah berjaya juga sampai ke puncak Bukit Larut akhirnya. Sekali nekad, pantang undur.. hehehe..

bl01bl02bl03bl04

13 April 2013: Eksplorasi dan Aktiviti Lasak 'Flying Fox' Gua Tempurung, Gopeng Perak. Cabaran tamat 3 jam 42 minit. Anggaran pembakaran kalori: 1,284 kalori. Pertama kali menghayati keindahan di dalam dan di luar Gua Tempurung siapalah yang tidak terpukau dengan stalaktit dan stalakmit terukir semulajadi pelbagai bentuk serta susur keluar masuk yang begitu unik di dalamnya. Bagi pengunjung pertama kali seperti saya, masih terbayang-bayang bagaimana debaran serta degupan jantung semakin kencang dengan keringat sepanjang perjalanan dengan pelbagai aksi menggelongsor yang menggerunkan, terjun memasuki lubang kecil gelap yang agak tinggi, 'squat' serta merangkak sambil berendam sepenuhnya di dalam air selain mengharungi ratusan anak tangga yang terpaksa dilalui untuk suatu tempoh yang berminit-minit lamanya. Begitu juga 'flying fox' pada ketinggian 30meter sejauh 120meter, tidaklah mengecewakan kunjungan kami.  Terima kasih cik Noryawati Abudin dan keluarga atas jemputan sajian sihat yang tak diduga.

gt01gt02gt03gt04
20 April 2013: Seterusnya Karnival Sukan Rakyat JK1M Perak, yang telah selamat berlangsung di Sekolah Kebangsaan Kampung Seri Rahmat, Lahat, Ipoh dikendalikan sepenuhnya Ketua Pasukan JK1M Ipoh, En Adly Hassan dan jawatankuasanya. Program ternyata berjalan lancar tepat pada masanya, begitu juga kemeriahan dan hilai tawa mereka bagai kanak-kanak riang turut dirasai para peserta Teluk Intan dan Taiping. Memang kelakarlah bersukaria sambil membakar kalori bermain pelbagai permainan tradisional seperti menggelek tayar, lari dalam guni, menarik upih, tarik tali, sepak raga dan sebagainya.

ipoh01ipoh01aipoh05ipoh02ipoh04ipoh03

Transformasi Bersama JK1M Musim Pertama (11 Januari - 22 Februari 2014)

ba01
Berat Permulaan: 96.5kg             Berat Akhir: 73.7kg

Nota: Berat badan ternyata naik mendadak jika tidak bersenam sehingga 3 minggu lantaran kesibukan menyiapkan tugasan ilmiah. Masih ada ruang bersenam sebenarnya, namun motivasi menurun apabila berseorangan tanpa dorongan dan saranan daripada ketua pasukan dan sesama ahli pasukan.

Transformasi Bersama JK1M Musim Kedua (15 Mac - 26 April 2014)

ba03
Berat Permulaan: 79.7kg              Berat Akhir: Belum diketahui. (60.8kg Setakat 19 April 2014)

Menangani Masalah Plateau Yang Saya Pernah Alami

Siapa yang tidak panik jika bersenam setiap hari tanpa henti tetapi berat tidak turun-turun. Saya pernah mengalami plateau selama 6 hari, statik kepada 64kg pada 7-13 April 2014. Berikut adalah beberapa langkah yang pernah saya lakukan atas nasihat En. Haffiz Razali (Ketua Pasukan Titiwangsa), En Faiz Hamzah( Ketua Pasukan Taiping) dan Ustaz Norazman Md Noh (Ketua Pasukan Kuala Kangsar):
1. Tingkatkan amaun kalori pemakanan harian daripada 1000 kalori kepada 1500 kalori.
2. Bersenam pada purata pembakaran 2000-2500 kalori harian. Elakkan senaman yang berlebihan.
3. Fokuskan kepada senaman yang mempunyai intensiti tinggi iaitu pada kadar denyutan nadi 145-170 seminit.
4. Sentiasa menukar rutin senaman. Jika berlari, ubah corak larian atau bertukar trek larian.
5. Kurangkan memakan makanan yang diproses, berminyak, bergula dan masin.
Defisit kalori serta pembuangan air menerusi peluh itulah sebenarnya dapat membantu di dalam penurunan berat badan seseorang.

Strategi Menurunkan Berat Badan Di Saat Akhir

Cuba sedikit eksperimen ini.
[Sila dapatkan khidmat nasihat jurulatih/ketua pasukan, dengan pengawasan mereka jika perlu].
1. Timbang dan ambil catatan berat badan awal.
2. Bermula dengan sesi memanaskan badan, lakukan sebarang aktiviti kardio tanpa henti (mengikut kemampuan masing-masing) selama 30minit.
3. Rehat 10-15minit biarkan peluh semua dah habis keluar daripada badan.
4. Salin pakaian sukan baru yang kering.
5. Timbang dan ambil catatan berat badan.
6. Minum air pada bila-bila masa sesi ini dan hadkan pengambilan kepada 250ml.
Ulangi langkah 2-6 di atas sebanyak 3-4kali.
Semoga berjaya.
P/s: Hakikat penurunan berat badan jangka pendek adalah hasil daripada pembuangan peluh daripada badan. Hadkan pengambilan air minum mengikut nisbah 25kg berat kepada 1 liter air (sepanjang hari) supaya tidak mengalami masalah dehidrasi ketika bersenam.

Penyertaan Program Kecergasan Akan Datang

MEI 2014
3 - Jom Kurus FitClub @ Metabolistics Interval Training, Taman Tasik Titiwangsa
4 - 5th KL Car Free Morning 7km Run
10 -11 - Backpackers.My @ Gunung Irau, Brinchang, Cameron Highlands
16 - Aerodance Class @ Kay Fitness Studio, Sungai Petani Kedah
17 - Brook Run Happy, MAEPS Serdang
24 - Fit Malaysia 7km Fun Run, KBS Putrajaya
24 - Backpackers.My Wall Climbing @ Taman Cabaran, Putrajaya
24 - Success Sharing Session  with Jom Kurus Raya participants @ Prince Court Medical Centre, KL
24 - Backpackers.My @ Bukit Apek, Hatamas, Cheras
25 - Aerobicthon @ Taman Putra Perdana, Putrajaya
31 - Jom Kurus FitClub Broga Hill, Semenyih,  Selangor.
31 - Jom Kurus FitClub  TRX + Strength Training @ Musclezilla Gym, Seri Kembangan.
31 - Jom Kurus FitClub Bowling Fun Game @ Wangsa Walk

JUN 2014
1 - Score FitMob BodyCombat Class, Hall 6 KL Convention Centre
1 - 6th KL Car Free Morning 7km Run, DBKL
8 - Backpackers.My @ Gunung Datok, Rembau, Negeri Sembilan.
12-15 - NAFI Certified Personal Trainer Training

JULAI 2014
5 - 7th KL Car Free Morning 7km Run
OGOS 2014
9 - Energizer Night 15km Run
10 - NM Galaxy 10km Road Run

SEPTEMBER 2014

OKTOBER 2014
19 - CAPAM International Run Putrajaya

NOVEMBER 2014
1 - Viper Challenge 2014
9-11 - Ekspedisi Mendaki Gunung Kinabalu, Sabah
16 - Penang Bridge Run

Matlamat Selepas Aktiviti Jom Kurus

1. Menjadi seorang Jurulatih Kecergasan bertauliah di peringkat kebangsaan.
2. Menjadi seorang Instruktor Senamrobik dan Body Combat Daerah Perak Tengah.
3. Meneruskan sebarang aktiviti Jom Kurus di bawah selebriti Kevin Zahri selagi diperlukan.
4. Membuka kelas kecergasan untuk masyarakat setempat di Seri Iskandar, Perak.


20 Senaman Peha yang boleh diamalkan di rumah

Ingin peha dan punggung yang kecil, cantik dan seksi? Cuba 20 jenis senaman ini yang anda boleh lakukan dimana-mana tanpa alat yang canggih.


Jom Cabar Diri: Fitness Cardio Challenge

https://www.youtube.com/watch?v=XTDYqSSdbws

Nak cabar diri? Jom cuba our JK1M Cardio Fitness Challenge. Cuma 2-3minit dengan senaman cardio berterusan. Anda tidak perlukan alat2 canggih dan kalau tingkatkan cabaran ini lagi, buatlah di kawasan outdoor yang panas dan lembab (seperti dalam video ini) tapi sila utamakan keselamatan. Cabaran Fitness Challenge ini tidak digalakkan untuk mereka yang baru mulakan program kecergasan.


Wan Fadhilah : Aktiviti membakar lemak yang menghiburkan!

Assalammualaikum...

Dah lama tak update cerita pasal perkembangan saya kan...hihihihi...Banyak sangat aktiviti dengan team JK1M saya...Banyak sangat gambar nak share...Sebelum tu nak share pasal berat saya...lepas timbang 2 minggu lepas 61.8kg, berat saya naik semula tau!!!!...Tension je masa tu..hahaha...yelah dah bersenam dah jaga pemakanan tapi berat boleh naik pula...Berat saya naik ke 63.5kg semula lepas seminggu tu...Dan terkini berat saya akhirnya turun kembali...Pagi tadi 61.5kg...Tapi yang best nya, perubahan ketara yang saya nampak ialah seluar saya longgar...Ya!!...Memang sangat longgar kat pinggang...Masalah peha je yang susah nak kurus...hahaha..Jom tengok gambar aktiviti-aktiviti yang saya dan team saya lakukan...Itupun tak semua saya pergi...Memang sangat padat dengan aktiviti....

friendly dodgeball

Gambar masa friendly dodgeball dengan Mr Kevin Zahri dan Team Leaders....Kami memang suka bergambar....hihihihi...

dodgeball

Kami bersama-sama Mr. Kevin Zahri...

 

26

Masa lawan dengan Mr Kevin + Team leaders...Kami kalah...hihihihihi...3 set game...1-2..kira ok lah juga kan... :P

44

Dimana ada "tongkat" monopod pergi disitu mereka akan berada...hahahaha...

30

Lagi......

54

dan lagi....hihihi...Tengok muka Mr.Kevin..hahaha...

52

Sama-sama dengan teamleaders yang hadir..

59

Ni pula gambar masa di Puchong...Kami cuba sukan air pula...Memang sangat best...Aktiviti yang lain dari aktiviti harian kami...Hasilnya, tadaaaaaa...kulit jadi hitam...hihi

water sport

Teamleader kami pun dah pandai "selfie"..hihihihi....Haffiz buat muka comel eh??

P1010944

P1010971

P1020027

P1020025

P1020282

P1020296

Selain dari sukan air, kami juga adakan telematch untuk bakar lebih kalori...hihihi...

P1020155

Aktiviti paling disukai...makan...hihi...

119

Ni pula, kami pergi ke gym bersama-sama...Memang sentiasa padat aktiviti membakar lemak kami...

118

70

Ni pula gambar masa Zumba....Memang sangat best...Penat dan berpeluh-peluh...

71

92

Jangan tak percaya...Aktiviti renang pun ada...Apa sahaja janji boleh bakar kalori...hihi

95

Tengok...Aktiviti makan aiskrim bersama pun ada...hahaha...Sapa kata diet tak boleh makan aiskrim...Aiskrim tidak bersalah...hihi...Boleh makan...Tapi kongsi la...

56

Saya berkesempatan jumpa dengan Encik Isa Abdullah...hihihi...Akhirnya dapat juga jumpa masa Zumba...

73

Sukan baru yang saya cuba...Squash...Terima kasih kepada Mr Kevin sebab anjurkan Squash nite...Terima kasih kepada Byda sebab bagi pinjam raket..hihi...

8396116

115

114

Hihihih...Aktiviti yang wajib....

77

Ni pula masa Explorace JK1m di Cyberjaya minggu lepas....Team kami TTTA dapat tempat kedua...Tak sangka pula...hihihi...Sangat penat..Tapi seronok...

84

Bangga...hihihihi...

102

 

112

99

98

97

88

87

Kami bergambar dengan Teamleader Wangsa Maju, Marini...

86

81

80

76

74

75

Ini yang paling penat yang saya kena buat..Kena campak tayar dan kutip semula sampai habis satu pusingan laman tu...Penat!!...tak mampu senyum dah..haha..

94

Dicelitkan dengan gambar makanan..hihihi...Banyak kan lauk saya ambil??Dalam seminggu saya akan ada "cheat day"..hahahah...Tak pasti la konsep saya ni betul atau tidak...Yang penting nasi tetap segenggam...

90

Ini pula gambar semalam...Selepas habis full body circuit training bersama Afzarina..Terima kasih Mr Kevin atas ilmu yang telah diberikan...Sangat penat sebenarnya..hihi

91

 

Ok, Banyak tak gambar yang saya kongsikan??Ini diantara aktiviti-aktiviti yang telah kami lakukan sepanjang 2 minggu ini...Banyak lagi aktiviti yang saya tak dapat hadir kerana komitment kepada keluarga...Tetapi saya akan pastikan saya tetap akan lakukan senaman di rumah contohnya seperti circuit training yang telah diajar oleh teamleader kami atau saya rujuk di Facebook Kevinzahri untuk senaman-senaman yang boleh dilakukan dirumah...Sibuk dengan urusan harian bukan alasan untuk tidak bersenam ya...

Kini saya sangat gembira  kerana telah berjumpa dengan rakan-rakan yang mempunyai satu tujuan yang sama iaitu ingin mengurangkan berat badan...Terima kasih kepada Mr Kevin kerana menganjurkan program yang sangat berguna ini...Disamping boleh kuruskan badan, saya dapat ramai kawan...

Jom tengok perubahan saya...hihihihi...

93

Walaupun berat saya tak turun banyak...Tapi ukur lilit badan saya berkurangan...Seluar saya banyak yang dah longgar...hihi...Seronok!


Aizat Razak: JK1M mengubah kehidupan 360 darjah

Assalamualaikum dan salam Sejahtera semua.

Mohon maaf kerana lewat menyambung cerita. Komitmen kerja + workout menyebabkan tidak sempat berkongsi kisah di sini. Mohon maaf sekali lagi.

Berita gembira, kini berat saya sudah 184.4kg. Ini bermakna saya sudah hilang 35.6kg dalam masa 3 bulan lebih bermula 1 Januari 2014 yang lalu. Lihat semua sudah longgar siap dengan kasut sekali.

Seluar dah boleh masuk tangan.. Kasut dan macam pakai kasut mc donald.. So how? Syukur alhamdullilah.
Seluar dah boleh masuk tangan.. Kasut dan macam pakai kasut mc donald.. So how? Syukur alhamdullilah.

Semuanya bermula 11 Januari, secara rasminya saya menyertai JK1M siri 1 di Bangi. Berkenalan lah saya dengan keluarga baru saya dan team leader saya AKA Coach Aizzat Adnan. Orangnya ada di atas sana. Ini pula keluarga baru saya:

Pertemuan kali pertama
Pertemuan kali pertama

Dalam proses menguruskan badan secara sihat, formula utama dalam senaman adalah dilakukan secara progressive dan ikut kemampuan. Itulah yang diajar oleh coach saya dan sebab itu kami sangat suka dengan kaedah ini dan semuanya dilakukan dengan gembira dan kami semua menjadi gian untuk sentiasa mengeluarkan peluh! heheheh..

Sepanjang JK1M #1, banyak ilmu yang kami dapat dari coach Aizzat. Dari diet yang betul sehinggalah apa jua jenis senaman yang di ajar. Setiap hujung minggu Sabtu & Ahad sentiasa penuh dengan aktiviti yang memenatkan tetapi berbaloi. Apabila konsistensi dalam senaman, pasti stamina kita akan bertambah.

Alhamdulillah, memang JK1M mengubah kehidupan saya 360 darjah. Pemakanan saya dan juga hidup lebih aktif. Penting untuk diketahui diet adalah faktor utama untuk kita mengurangkan berat badan. Banyak ilmu yang saya dapat dan kita perlu sesuaikan dengan kemampuan kita. Coach saya pesan amalkan diet yagng boleh diamalkan dalam jangka masa panjang dan bukan yang pendek.

Bagaimana dengan pemakanan saya? perlu diakui pemakanan diet saya sedikit ekstrim dan alhamdulillah saya masih mampu mengamalkannya. Antaranya:

  1. Minum air putih sekurang-kurang 4L sehari (jangan minum malam nanti tidur tak tenang)
  2. Tidak mengambil makanan bergula, garam, minyak.
  3. mengurangkan pengambilan karbo. Setiap hari saya hanya makan 2 keping roti wholegrain bagi menggantikan nasi, yang penting kena ada karbohidrat.
  4. Sarapan dengan dua biji telur putih, salad, dan roti
  5. Makan tengah hari  dan malam dengan protien (ayam/ikan) yang dibakar/kukus/sup (make sure less oil ya) bersama sayur-sayuran yang dikukus atau direbus atau masak air.
  6. Snack sampingan - Epal hijau.

Ini yang saya amalkan hingga hari ini. Disipilin dan minda yang penting.

Awalnya memang saya menjaga pemakanan saya dengan ketat. Tapi apabila kita berjaya mengaktifkan diri kita dengan melakukan senaman, ini sedikit sebanyak saya melonggarkan sedikit amalan diet saya.

Tipu lah kalau saya tidak teringin macam-macam seperti mana yang orang lain dan saya makan sebelum ini. Saya ini peminat dessert. Pantang nampak.. pejam mata je habis. heheh jadi apa yang saya buat, kalau betul-betul teringin akan saya makan satu sudu kecil sahaja buat cukup syarat. Lebihnya saya beri pada kawan ataupun keluarga. Jadi, kita boleh makan apa sahaja yang diingini, tetapi portion / kuantiti itu perlu di jaga. Bak kata Kevin, Nasi Segenggam!

Banyak senaman dan aktiviti pembakaran kalori dilakukan. Nanti saya kongsikan. Sebelum itu saya kenalkan pula keluarga kedua saya JK1M #2 Bangi.

Bersama Keluarga Siri Kedua JK1M Bangi
Bersama Keluarga Siri Kedua JK1M Bangi

Seronoknya ramai kenalan yang mempunyai misi yang sama iaitu KURUS & FIT!

Ini wajah terkini saya jika dibanding Selfie Pertama pada 11 Januari lalu..

Merah - Jom Fit 12 Januari Pink - wajah sekarang 16 April
Merah - Jom Fit 12 Januari
Pink -  Wajah Sekarang 16 April

Perjalanan masih jauh dan masih panjang.. semangat perlu kuat. Insyallah semuanya akan berjalan dengan baik-baik sahaja.

 

 


JomFit Muslimah Workout #3

Rutin senaman circuit ketiga dalam siri senaman JomFit Muslimah yang boleh dilakukan dimana-mana ikut kesesuaian dan kemampuan masing-masing.