Senaman Circuit Bersama Siti Kamariah Jahri
https://www.youtube.com/watch?v=srE_Z5pVyN4
Dalam senaman circuit ini, jurulatih cabaran Jom Kurus 1Malaysia kawasan Johor, Siti Kamariah, Nurhasyimah Hisam dan Ad menunjukkan demo senaman circuit outdoor untuk panduan anda. Jom kita cuba.
Sports Carnival Johor 20 Best Moments
Pada 5 April 2014, saya berpeluang untuk sertai Sports Carnival JK1M bersama peserta cabaran Jom Kurus 6 minggu di Johor di Le Grandeur Palm Resort Johor, Senai?. Antara aktiviti termasuk senam aerobik Zumba, fitness bootcamp, netball, plank challenge, futsal dan bola tampar. Mahirah juga turut sama untuk kongsikan pengalaman beliau kurangkan 50kg berat badan. Tahniah kepada Shiema, Muzaffar dan semua yang terlibat untuk menjayakan program di Johor itu.
Isa Abdullah: JK1M - Sasaran BMI Ideal Tercapai!
Terima kasih JK1M 1 & 2 2014 Kevin Zahri!
Saya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Kevin Zahri atas penyediaan platform Jom Kurus 1 Malaysia (JK1M) kerana memberikan kesempatan ini untuk bersama-sama ribuan peserta di seluruh negara untuk bersama-sama menjalani kehidupan rutin yang lebih sihat dan cergas, serta cuba keluar daripada masalah obesiti yang dihadapi 44% penduduk negara.
Menjelang minggu ke-4 ini catatan berat semasa adalah 66.6kg telahpun mencapai berat badan ideal. Namun begitu mencapai BMI ideal sahaja bukanlah penentu kepada komposisi badan yang ideal. Elemen-elemen komposisi badan seperti peratusan lemak, peratusan air dalam badan, jisim otot, tahap fizikal, kadar metabolisme badan, umur badan, jisim tulang, dan kandungan lemak dalam badan perlu diambil kira.
Komposisi Badan semasa setakat 04 April 2014
BMI: 66.6 / (1.65 X 1.65) = 24.46 Normal
Julat BMI ideal: 54kg-67kg (Sasaran: 64kg)
Peratusan Lemak Badan: 19.2% (Sasaran: 16%)
Peratusan Kandungan Air Dalam Badan: 58.4% (Sasaran:60%)
Tahap Fizikal: 6 Status: Standard (Sasaran Tercapai)
Umur Badan: 28 (Sasaran Tercapai. Sasaran baru <28 tahun)
Jisim Tulang: 3.0 Status: Normal (Sasaran Tercapai)
Tahap Lemak dalam organ: 12 Tidak sihat (Sasaran: 8) Masih mempunyai risiko yang tinggi penyakit kardiovaskular yang tinggi seperti darah tinggi, kolesterol, masalah hati dan kencing manis.
Paras kolesterol dalam darah: 5.5 Berjaga-jaga. (Paras kolesterol sasaran adalah kurang daripada 5.2)
Rumusan: Beberapa aktiviti senaman perlu diteruskan seperti kardio, HIIT, 'crossfit training' dan senaman abdomen.
Pelan Kedua
Pelan pertama untuk ke lembah Kelang iaitu berurusan untuk berjumpa dengan supervisor ilmiah tidak kesampaian kerana faktor kekangan masa dan sebab-sebab lain namun pelan kedua tetap tersedia iaitu aktiviti kecergasan hujung minggu selepas berbincang dengan saudara Ezahd dan rakan-rakannya.
Aktiviti penghujung minggu ke-3
Menyertai aktiviti senaman Kardio dan 'Crossfit Training' pada 4 April 2014 di Extreme Hardcore Fitness Centre Wangsa Melawati pada sesi 8.30 pagi dan 8.00malam
Keesokannya, 5 April 2014, menyertai Fabulous Step Aerobics Ideas 2014, anjuran Fabulous Fitness di Peak Physique Health & Fitness Centre, Sogo Kuala Lumpur pada jam 10pagi untuk para jurulatih dan pencinta seni aerobik tanahair yang berlangsung selama 2jam 30 minit.
Sesi Latihan Dogdeball bersama peserta JK1M 1 pada 5 April 2014 jam 5 petang di Sinamax Gombak.
Aktiviti santai, makan malam 'cheat meal day' di Mango Chilli, Wangsa Walk dan sesi karoks di Superstar, Wangsa Walk.
Seterusnya menyertai larian 'KL Car Free Morning 7km Run' anjuran DBKL pada 6 April 2014 jam 7.00pagi. Di dalam penyertaan kali pertama ini, larian 7km telah berjaya ditamatkan dalam masa 42 minit 58 saat.
Menyertai Jomfit Zumba di Dewan Cempaka anjuran JK1M Titiwangsa pada 6 April 2014 jam 10.00pagi yang berlangsung selama 2jam 30minit.
EKSTRA: 10 Petua Mengurangkan Lemak Di dalam Badan
1. Cuba elak atau kurangkan pengambilan gula di dalam makanan dan minuman. Tambahkan manis dalam senyuman!
2. Elakkan pengambilan karbohidrat yang telah diproses. (Seperti: roti, biskut, sandwich, pau, mee atau mihun. Lebih baik memakan nasi berbanding memakan karbohidrat yang telah diproses)
3. Meminum 2 - 3 liter air sehari (1 liter bagi setiap 25kg berat badan)
4. Tidur secukupnya ( 7-8 jam sehari).
5. Hindari diri daripada sebarang tekanan persekitaran di rumah atau di tempat kerja.
6. Banyakkan memakan sayur-sayuran dan ulam-ulaman.
7. Makan protein tanpa lemak ( putih telur/ ikan / dada ayam bakar/rebus/stim atau protein soya). Harus diingat bahawa protein berasaskan soya bukan suplemen.
8. Bersenam secukupnya mengikut kemampuan sendiri.
9. Elakkan makanan segera serta makanan di dalam tin.
10.Banyakkan memakan buah-buahan atau jus buah tanpa gula.
Penghargaan:
Jutaan terima kasih juga kepada para jurulatih dan ketua pasukan Taiping, En Mohd Faiz Hamzah, ketua pasukan Kuala Kangsar Ustaz Norazman Md Noh, serta para jurulatih saudara Azmil Mubarak, Azim Qayyum dan Meor Mohd kerana telah banyak mengorbankan masa lapang mereka untuk membantu kami peserta JK1M bangkit bersama-sama menangani masalah berat badan masing-masing.
Terima kasih yang tidak terhingga juga kepada En. Haffiz Razali, ketua pasukan dan jurulatih JK1M Titiwangsa, jurulatih Haniff Gadaffi, rakan seperjuangan saudara Ezahd, kak Rosida dan rakan-rakan JK1M 1 dan 2 TTT, serta 'autobots' atas kesudian menumpangkan saya dalam beberapa aktiviti kecergasan sepanjang hujung minggu ke-3 JK1M musim kedua ini. Sahabat Selamanya.
Acik Hanafz : Perubahan Yang Menyeronokkan!
Salam Ukhuwwah readers!
Ok tak ape, tajuk kali ni dah macam Doraemon punya alat ajaib. Tapi memang serius ah, our journey getting more fun day by days. Dah masuk minggu ketiga ni, tahniah untuk semua para peserta berjaya berdiri macho disisi team leader kawasan masing-masing. Mari tepuk bahu kanan sebagai penghargaan buat diri yang dah bertungkus lumus ke tahap ni. Weee~! ^_^ Sorry, post ketiga lambat sikit sebab nak kumpul cerita menarik minggu ni buat jadik kitab untuk tatapan dan pemangkin semangat semua. Ahaks! Meh sini nak cerita activity minggu yang awesome as peserta JK1M Season 2.
Wangsa Warrior!
Masa awal2 masuk dulu sangat segan la sebab register sensorang plus tak kenal sesiapa pun kat dalam tu kecuali Kevin & team leader, Nini. Kevin pun ada dalam screen je, so boleh hai2 kat Nini la. Alhamdulillah dengan aktiviti menarik yang sangat banyak buat kami saling kenal dan kebal apetah lagi kental. Gitew.
Paling menarik sebab semua orang dalam JK1M ni mempunyai matlamat yang sama dengan kita! So, saling ingat mengingati, bagi nasihat dan cadangan nak makan apa malam karang pun semua tu sangat bermakna as a team. Nak buat aktiviti apa-apa pun orang cakap, "ada geng" nak bertungkus lumus sama-sama nak kerjakan lemak masing-masing. Best kan?
Sports carnival buat ukhuwwah kami semakin kuat sebab nak lawan team lain an. Ha, mase ni mula la nak feeling2 throwback zaman sukan sekolah. Yang buat lagi menarik is semua peserta kena main semua game. Circuit Training -Tarik tali- Dodgeball-Futsal- Netball- Balapan. Gagah tak? Masa balapan tu azab sangat. Rasa macam da pecut je tapi situ jugak. Haha. Alhamdulillah, Allah bagi kekuatan untuk habiskan semua game. Ramai jugak yang pakai jam calorie burn monitor tu. Ada yang burn 3000kcal, 4000kcal dan paling banyak 5000kcal..wow! Kalau saya lepas tu confirm berguling cari nasi kandar. Haha. Tahniah! Tahniah!
Workout & Co
By knowing all that, saya dah tak cepat penat dah bila workout. Weee
Sebab kasut terseret dengan dahsyatnya masa main tarik tali tu, makayah saya hadiahkan kasut. Semangat bertambah! Thank you makayah! Plus, minggu ni saya dapat best friend baru, dumbell nama dia. Ditambah pulak dengan peluang workout with Kevin rasa macam datang kenduri dapat duduk meja pengantin yang ada udang panjat-panjat tu. Alhamdulillah, such a bless! Kevin ajar cara weight training yang betul untuk ladies dan cara breathing yang betul. By knowing all that, saya dah tak cepat penat dah bila workout. Weee! Paling saya ingat dan take note tentang rangka workout anda. So takde lah nanti blur lepas buat squat nak buat ape. List down apa yang kita nak buat or boleh guna list yg Kevin selalu post contohnya Jom Fit Muslimah Circuit dan banyak lagi. Weight training for ladies ni pun ada via video. Nanti boleh tengok dan buat sama-sama ;)
Eat Clean?
Selalu sangat tengok hashtag eat clean ni kat Instagram jadi saya pun declare "minggu eat clean untuk acik" selama dua minggu. Sebelum mula, macam biasa kena tahu apa yang kita nak buat. Kevin kata knowledge tu penting. Eat clean ni basically kita jaga diri dan perut kita dari makan makanan yang hardcore. Pada saya makanan bergoreng semuanya hardcore. Dessert pun sama. Nak makan boleh tapi kurang kan. Sayur pun sekarang saya dah mulasuka dengan ulam & salad. Rasa dia fresh kot! Kalau nak compare dengan dulu, saya bukan herbivore =)
Supplement
Ramai orang tanya, saya ambil supplement apa dalam program ni? Nampak ceria dan cergas sentiasa. Hehe alhamdulillah. Supplement saya yang saya ambil sekarang adalah suntikan semangat dari mak,ayah, adik beradik dan semua orang sekeliling. Doa mereka adalah everything bagi saya. Doa dan usaha saya adalah ubat utama dalam tergeraknya usaha untuk jadi lebih sihat. Orang sekeliling terutama family pun main peranan penting dalam perubahan kita. Tapi harus diingat ya acik dan kawan-kawan, peranan paling penting adalah dari diri sendiri.
Setiap kali muscle sore, rasa nak berhenti usaha tapi persoalan yang sama bermain dalam kepala- Kalau bukan aku,siapa? Kalau bukan sekarang, bila? Lagi pun mak selalu pesan "jangan sia-siakan doa mak". I have to do my best for myself! Ruang dan peluang tu sentiasa ada cuma terpulang pada kita nak ke tak nak.
Jom Fit? :)
Acik Hanafz
Rienalissa: #3 Perkongsian Minggu Ke-3
Hai pembaca sekalian! (Konon-konon ada pembaca setia,hehe)
Ok, untuk jurnal ke-3 saya akan kongsikan segala aktiviti minggu ke-3 iaitu dari 29/03/14 hingga 04/04/14.
29/03/14: Merentas Desa, Ulu Tiram (7.00am - 12.00pm)
Aktiviti ini boleh dikatakan "pre-hiking" kerana jalan berbukit-berbukit sejauh 5.0km (pergi dan balik). Kami terbahagi kepada dua kumpulan dan berjalan dalam satu barisan atas faktor keselamatan kerana ia adalah laluan kenderaan. Perjalanan agak penat tapi oleh kerana mulut kami hiperaktif (kepoh sangat,haha), perjalanan kami diiringi dengan nyanyian lagu Johor, enjit-enjit semut, siap ada lagu M.Daud Kilau lagi. Hehe. Dalam perjalanan balik, kami berhenti seketika untuk aktiviti plank dan circuit training. Coach Shima & Coach Ad mengiringi kami dan memastikan keselamatan kami terjaga, termasuklah memaklumkan pada pihak berwajib kampung dan pihak Polis terdekat tentang aktiviti kami. Penat tapi terlajak berbaloi-baloiiiiii *both thumbs up*
30/03/14: Jatomi Fitness Gym, City Square (4.00pm - 7.00pm)
Bagi sesi di Jatomi Fitness, ia terbahagi kepada beberapa bahagian iaitu Talk Session, Fun Robic, Spinning Class, Circuit Training dan Gym Lesson. Gym ini dilengkapi deengan pelbagai kemudahan yang menarik. Nampak aktiviti yang kami lakukan macam simple tapi memang peluh membanjiri lantai, bukan sekadar menitik lagi dah. Kalau ada semut atas lantai, memang sah terhanyut. Dari aktiviti ini, kami tidak kekok lagi untuk ke Gym dan menggunakan peralatan yang selama ini kami anggap cuma sesuai untuk abang-abang sasa (body builder).
01/04/14: Latihan Futsal, Daiman Sri Skudai Sport Centre (9.00pm - 10.00pm)
Latihan ini diadakan bersempena "Sports Carnival" memandangkan kebanyakan dari kami tidak pernah menyepak bola apatah lagi bermain futsal. Sangat menyeronokkan kerana court meriah dengan bunyi jeritan, hahaha. Peluh banyak keluar sebab menjerit-jerit dan bergelak tawa sambil berlari. Terima kasih untuk Nuaim a.k.a Jason Statham yang bagi tunjuk ajar sampai pening kepala. Nasib baik tak migrain. Terima kasih jugak untuk Abg Mie, Ajat, Arif kerana melayan kami berfutsal dengan aksi sumo, rempuhan, tendang kaki dan pelbagai aksi lagak ngeri yang over. Hehe. Tolong jangan seerik berfutsal dengan kami ya.
02/04/14: 7days Fitness Gym, Kulai (8.00am - 10.00am)
Sesi ini bagi menggantikan sesi minggu ke-2 di VVK Fitness bagi mereka yang terlepas sesi tersebut.
03/04/14: Latihan badminton & futsal, Daiman Sri Skudai Sport Centre (8.30pm - 10.30pm)
Aktiviti 2 dalam 1, futsal dan badminton. Sudahnya masing-masing semput ketika berfutsal. Kalau ada rakaman video, permainan mungkin dalam mood slow motion. Hehe.
04/04/14: Fresbee Night, Padang Sri Gelam (9.00pm - 11.00pm)
Aktiviti ini sangat menyeronokkan kerana ia adalah pertama kali bagi kebanyakan dari kami. Nampak senang tetapi meemerlukan skill dan pemahaman teknik sebenar untuk membaling dan menangkap disc. Diharapkan aktiviti ini boleh dilakukan sekali lagi. Dan amat diharap wanita-wanita tidak mempraktikkan skill ini dirumah dengan pinggan mangkuk.
Sekian untuk bahagian aktiviti. Kedua adalah bahagian pengalaman peribadi. Ingin saya kongsikan sesuatu disini yang mana saya percaya ada orang yang turut menghadapi situasi ini, iaitu banyak "nasihat" dari insan yang "over concern".
Melalui blog ini dan perkongsian aktiviti di Facebook, ramai rakan mengetahui saya sedang berdiet. Saya sering mendengar ayat-ayat seperti "eleh, diet konon", "kata diet, kenapa makan ni? Mana boleh makan ni", "diet tapi minum air macam tak banyak pun". Maaf saya katakan, anda tidak perlukan unsur-unsur negatif dalam hidup anda. Jadi abaikan sahaja itu semua, kerana kita tahu apa yang kita lakukan.
Kita memulakan program ini dengan menuntut ilmu, septi yang ditekankan oleh Kevin Zahri dan kita bukanlah membabi buta berhenti makan segala benda atau bersenam bagai nak gila. Masing-masing tidak perlu mengikut cara orang lain kerana kita sememangnya berbeza. Ada yang boleh berbulan-bulan tanpa nasi, ada yang susah untuk tinggalkan. Cuba secara berperingkat, kerana biar pun perubahan itu perlahan, yang penting adalah untuk jangka masa panjang. Jadi, percaya pada diri dan tolak ketepi segala yang negatif. Ayuh, kita boleh!
**Teaser: Next journal will be special sharing on Sports Carnival! :)
XoXo
Lissa
Faten Hammama Kurang 17kg Dengan Makan 5x Sehari
[one_half boxed="true" animation="Fade In" delay=""]
Faten Hammama binti Torejan
- Umur: 30 tahun
- Tinggi: 173.5cm
- Kerjaya: Client Care
- Berat Asal: 75kg
- Berat Selepas: 58kg
- Jangka Masa: 8 bulan
- Tinggi:156cm.
- Facebook: faten torejan.
[button color="Accent-Color" size="medium" url="https://kevinzahri.com/jom/ebooks/panduan-kurangkan-5kg-5minggu" text="Nak kurang berat badan?"]
[/one_half]
Dahulu saya seorang yang berisi dan memang marah kalau orang panggil saya gemuk,hihii. Tapi hakikatnye memang gemuk pun. Pernah berhabis duit beli produk-produk kurus tapi tiada hasil. Saya juga sangat malas untuk bersenam bagi saya senaman itu melecehkan.
Dulu saya selalu makan makanan yang heavy mcm nasi minyak, KFC dan tak suka minum air. Kalau pergi jogging pun hanya 10minit sebab fikir asalkan badan berpeluh kira ok lah tu..ahaha, teruknya pemikiran dulu.
Bermula dengan bengkel Jom Kurus bersama Kevin Zahri
Saya sertai bengkel Jom Kurus bersama Kevin Zahri di kuantan pada febuari 2013 dan membeli eBook Panduan Kurangkan 5kg 5 Minggu Kevin. Ooooh baru tahu macam mana nak kurus, kiraan kalori dan ia sangat membantu.
- saya amalkan kiraan kalori.
- 2 liter air masak sehari
- mengamalkan makan 5x sehari
- wajib ambil breakfast,biasanya roti 2 keeping dgn peanut butter
- makan tengahari mcm biasa cuma nasi hanya ambil segenggam
- malam hanya ambil sumber protein seperti ikan,ayam
- kurangkan pengambilan MSG
Senaman? Saya hanya amalkan senaman jogging 6x seminggu di taman selama 40minit dan sekarang berjinakjinak dengan weight training di gym.
Tip kepada yang ingin kurangkan berat badan?
Untuk kurus anda perlukan ilmu diet,nekad,usaha dan bagi saya mental kena kuat..carilah kawan@keluarga untuk memberi sokongan anda..jika ade saat perasaan "meroyan datang" tengok dan bacalah kisah2 kejayaan mereka yg Berjaya sebelum ini..
Sesuai tak Senaman Angkat Beban untuk Wanita?
https://www.youtube.com/watch?v=KpSV8dsEe5I
Ladies, adakah anda takut untuk angkat berat atau beban? Video rutin senaman rumah untuk wanita dengan gunakan dumbbell bersama Atikah, peserta cabaran Jom Kurus 1Malaysia.
Facebook Live Chat bersama Kevin Zahri.
Berikut adalah transcript image sessi chat Kevin Zahri bersama peminat Facebook.
Wan Fadhilah : Masih dilandasan yang betul...
Wahhh tajuk...hihihi....Tapi itulah hakikatnya...Perbezaan antara saya diet sendiri dan lepas saya masuk program JK1M ni...Dulu kalau diet sendiri memang tak lama lah...Pantang ada orang cakap saya nampak kurus sikit, mula lah saya makan dengan banyaknya tanpa rasa bersalah...Padahal baru 2 minggu diet..hihihihi...Lepas saya joint JK1m ni, nak makan banyak pun rasa "bersalah" sebab kawan-kawan satu team semua saya tengok gigih mengawal pemakanan mereka...Jadinya nak tak nak, terpaksa lah juga saya kuatkan mental saya untuk terus kawal pemakanan saya kan..hihihi...So Alhamdulillah harini hari ke 18 saya masih mampu untuk mengawal nafsu makan saya tu...
Dahulu saya nak bersenam pun malas..Aktiviti sukan sekolah pun saya malas nak ambil bahagian...Boleh dikatakan saya hanya aktif berkawad sahaja semasa zaman sekolah..Itupun sebab minat yang mendalam dalam Kadet Polis...Kalau tidak jangan haraplah saya nak bersusah payah nak berpanas dan letihkan diri...hihihihi.....Tapi sekarang, setiap hari saya akan bersenam dan ada sahaja aktiviti bersama team saya...Bila sehari tidak bersenam saya pula rasa bersalah pada diri sendiri....Itulah semangat baru yang saya jumpa dalam diri saya yang sebelum ini langsung tidak pernah ada....
Gambar atas ni masa aktiviti hiking di Taman Rimba Kiara, 23 Mac 2014.
Gambar lagi...hihihi...Kami pantang nampak Team Leader kami pegang kamera...Walaupun penat tapi sangat seronok...Balik rumah memang muka saya "gelap" sampai hari ini...hahaha...
Setiap minggu kami akan timbang untuk tahu berat terkini...Detik-detik ini lah yang menakutkan...hihi...Tadaaaaaaa....inilah hasilnya untuk minggu ke2...Seronok tengok...Tapi berat ni mungkin disebabkan saya mengalami cirit-birit dan muntah-muntah sehari sebelum...hahaha...Mungkin sebab itulah berat macam banyak sikit turun...
Seronok je tengok angka tu...
Muka masing-masing yang takut nak naik penimbang tu...hihi...Haffiz (Team Leader) gigih catat berat terkini kami...
Gambar atas ni masa Karnival Sukan JK1M Kuala Lumpur, 29hb Mac 2014
Sempat bergambar dengan team Cyberjaya sementara tunggu turn nak lawan dodgeball...
Gambar mase lawan futsal dengan team cyberjaya...hihihi...kalah dengan senangnya..kena "lauk" je...
Semua muka happy je walaupun tak menang...hihihhihi...
Hobi asyik bergambar jela kan...
ni pun salah satu aktiviti yang best...tambah kalori balik..hihihhi...
Sempat bergambar dengan Encik Kevin Zahri...hihi...
Ni pula gambar masa lepas main dodgeball dan netball, 31 Mac 2014
Haaaaa....ni yang kejayaan terbesar saya..hihihi...Semalam berjaya rasa kek ni sepotong kecil je..Besar ibu jari...Sukar nak percaya kan..Sebelum ni 1/4 kek ni pun saya boleh habiskan...Serius kek ni sedap tau...hihi...Kalori kalori...Kena ambil kira tau!
Jom teruskan usaha untuk kuruskan badan...Jangan buat separuh jalan...Peringatan untuk diri sendiri juga...
Muslimah Workout: Senaman Perut
Dapat rutin senaman untuk bahagian perut anda dalam siri workout JomFit Muslimah ini yang anda boleh buat di mana-mana. Rutin senaman ini melibatkan heel touch, cross plank rotation, bicycle crunches, flutter kicks dan leg raises.
Gambar Pelancaran Cabaran Jom Kurus Brunei di Fitness Zone
Berikut adalah beberapa gambar dari sessi pelancaran Cabaran Jom Kurus 6 minggu Brunei bersama Kevin Zahri di Fitness Zone, Bandar Seri Begawan pada 30 Mac 2014. Sessi kickoff tersebut termasuk sessi bengkel untuk membine pelan kurangkan berat badan dan sessi senaman bersama Kevin Zahri, team leader Brunei Abby Nur Nabillah Abdullah dan hampir 20 peserta.
Peserta cabaran Jom Kurus Brunei ini akan melalui cabaran kurangkan berat badan selama 6 minggu sehingga 10 Mei 2014. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Abby di +6738115536.
Rienalissa: #2 Teamwork and Destiny/Coincidence
Hi Dearest Reader!
This is my second journal and I would like to share my experiences and all previous awesome activities!
Before that, I had two great things to share;
1. Teamwork
Last Saturday, we had a boot-camp at Tg. Balau. We were divided into two groups, handled by Coach Shima, Coach Ad and Coach Mus. I was in the first group to start the activity and for the first two rounds, I started mumble alone because I was extremely exhausted (I thought I was, but it was actually an excuse to stop pushing myself). I had to jump, run, crawl and dragging car tire. I did and stop, did and stop again. At the beginning of activity, our coach reminded us that our safety is most important, so don't force ourselves. However, thing that keeping me enthusiastic were the support from team. As I stop, they said "You can do it!", "You look thinner!" (haha, i knew it was a lie). I was second last person to complete the activity, but I still did! 8 rounds of that and I felt great!! Thanks teammate!
2. Destiny/Coincidence
After the boot-camp, I had a small conversation with one of the teammate, Kak Elzura. I told her that it was a coincidence that I worked in Health & Safety field so I would start to take good care about my own self. She said something that was simple but deeply meaningful; "Nothing is a coincidence in our life. It's not a coincidence you got that job, you joined JK1M and you got a chance to inspire other through your journal but Allah SWT had wrote our life journey nicely." I felt a big knock on my head, just like I woke up from a dream. Yes, just because of our simple conversation, I start to appreciate my life better than before. Thanks Kak Ell!
Our Activities
For week 2 (22-28/03/14), below were our activities;
- Saturday: Boot-camp
- Sunday: Gym Session
- Tuesday: Aerobic
- Wednesday & Thursday: Badminton
- Friday: Jogging
I'm lucky to be in one team with passionate people. Most of the activities had a positive involvement from us and coach keeps on supporting us. During the activity, coach will share with us a valuable knowledge such as about our body parts, food intake and calculation for BMR. It helps us a lot to improve our healthy life.
Positive Changes
It's something hard to believe that I didn't drink cold/iced water anymore, and I eat vegetable daily. Honestly, I hate vegetable so much and I didn't eat it at all. But in the past two weeks, even my mother was shocked when I ate it daily. It taste good actually! I wish I ate it for the past 27 years, so my body might be healthier and slimmer, hehe.
I had lost 4.2 kilos within this two weeks. My target is higher than than, but more important is my stamina is way better than before. Previously when I go to gym, after burning around 100 calories, I would stop. But now, I can easily burnt at least 400 calories. I didn't get nervous and shy anymore to go to the gym because coach had teach us what should we do at the gym.
I hope that I can improve and maintain all of the changes for a better healthy life. Last but not least, do not just depends on supplement, cream, girdle to loss weight without doing any exercise. Exercise is the simplest and cheapest way, and you'll feel great as I did! :)
Till meet you again on the update for week 3.
XoXo
Lissa