Jerebu, Senaman dan Cabaran Jom Kurus Malaysia?

Cabaran Jom Kurus 1Malaysia musim ke2 akan kick-off esok di seluruh Malaysia.

Pada musim pertama, sesetengah kawasan alami keadaan banjir. Kini pantai barat pula diselimuti jerebu yang boleh menjadi penghalang kepada aktiviti riadah outdoor. Malah beberapa acara larian terpaksa ditunda mahupun dibatalkan.

Bagaimana pula dengan Cabaran Jom Kurus?

Kita terus bergerak! Jerebu, banjir, kesesakan lalu lintas, cuaca etc bukan penghalang untuk kurangkan berat badan. Kita perlu flexible dan sesuaikan keadaan, keingginan dengan aktiviti yang sesuai.

Nasihat saya kepada kumpulan-kumpulan cabaran Jom Kurus yang diselimuti jerebu:
Elak aktiviti yang outdoor dan cuba alih aktiviti kepada ruang indoor yang tertutup. Kalau keadaan betul-betul tidak mengizinkan, just tunda aktiviti fizikal kepada minggu depan. Akhirnya, kejayaan kurang berat badan ataupun tidak bergantung 70% kepada diet dan bukan kepada senaman.

Jom Kurus 1Malaysia!


Pendaftaran Online JK1M Ke2 Telah Ditutup.

Pendaftaran online untuk penyertaan cabaran Jom Kurus 1Malaysia musim ke2 telah ditutup. Sekiranya anda belum daftar tapi untuk menyertai cabaran 6 minggu yang akan bermula 15Mac 2014 ini, sila berhubung terus dengan team leader di kasawan pilihan anda.

Cara Azizatil Anum Kurang Berat 16.7kg dalam 6 minggu?

Azizatil Anum

Pemenang kebangsaan kategori wanita untuk cabaran JK1M musim pertama.

  • Umur: 30 tahun
  • Tinggi: 173.5cm
  • Kerjaya: Senior IT Executive
  • Berat Asal: 95.3kg
  • Berat Selepas: 78.6kg
  • Jangka Masa: 6 minngu
  • Pencapaian: Pemenang JK1M musim pertama dan menang wangu tunai lebih RM6000.

Assalamualaikum wbt.

Nama saya Azizatil Anum Omar, berumur 30 tahun dan menetap di Cheras, Selangor. Saya mengalami masalah berat badan ketika berumur 18 tahun.Berat saya naik mendadak dan setiap kali akan naik 5kg kerana ketika itu saya duduk di rumah sewa sekaligus mengabaikan pemakanan yang sihat.

Gaya Hidup Sebelum

Saya tidak mengikut masa makan yang betul dan seringkali makan dalam kuantiti yang banyak serta makan makanan segera terutama pada waktu malam. Selain itu, saya juga penggemar tegar minum minuman bergas dan tidak mahu langsung minum air lain selain minuman bergas. Dalam masa yang sama, saya merupakan seorang yang sangat menggemari daging lembu dan juga daging kambing.

Tidak kira apa jenis masakan semuanya saya telan sehingga perut saya kenyang yang tahap maksima.

Berat saya pada tahun 2013 adalah 102kg. Saiz pinggang bermula 29 inci sehinggalah mencecah 39 inci. Dengan berat badan yang naik mendadak telah membuatkan saya sukar untuk mencari pakaian yang cantik dan sesuai. Apa yang saya pakai semuanya kelihatan hodoh kerana nampak bentuk badan yang gempal. Saya juga malu hendak berjumpa kawan-kawan kerana mereka semuanya kurus, cantik, suka bergaya dan sangat suka bergambar. Saya rasa sangat rendah diri kerana merasakan tidak setaraf apabila bersama mereka dan saya menjadi malu bergambar bersama kawan-kawan.

Gambar Anum sebelum. (Baris atas, kedua dari kanan)
Gambar Anum sebelum. (Baris atas, kedua dari kanan)

Dari situlah timbul satu kesedaran untuk saya berubah kerana saya telah mulai rasa umur semakin meningkat dan sampai bila saya ingin kelihatan sentiasa gempal dan saya juga risau sekiranya saya mengalami penyakit jantung yang boleh menjadi ‘silent killer’. Saya juga pernah diet tetapi langsung tidak menjadi kerana saya tidak dapat mengawal nafsu makan yang sangat tinggi. Saya juga pernah makan produk pelangsingan tetapi semuanya hanya sia-sia kerana berat saya makin bertambah, kerap sakit kepala, badan menjadi lesu dan saya juga menjadi semakin stress. Dan apabila saya stress, saya akan makan tanpa ingat dunia.

Azam bermula October 2013.

Pada October 2013,saya tanamkan azam untuk kuruskan badan. Saya cari tips-tips diet dalam beberapa website dan blog. Sehingga satu hari saya terjumpa website kevinzahri.com. Saya mula subscribe e-book di kevinzahri.com pada 31 October 2013. Di dalam website ini ada pelbagai tips atau e-book tentang cara-cara diet yang sihat, pengiraan kalori dan sebagainya.

Saya jadikan e-book sebagai panduan dan ruangan Success Stories membantu saya menjadi lebih bersemangat untuk membuang obesiti atau kegemukan pada diri saya. Saya juga terbaca ruangan saudara Adly dan saudara Zamani yang telah berjaya mengatasi masalah kegemukan dalam masa 6 minggu sekaligus membuatkan saya lebih semangat dan menjadikan mereka sebagai inspirasi saya.

Pada masa itu juga, kevinzahri.com juga ada menganjurkan Program Jom Kurus 1 Malaysia yang akan bermula bulan Januari 2014. Ini telah membakar semangat saya untuk turut serta dalam program ini. Saya telah memulakan langkah pertama dengan membayar yuran pada 8 December 2013 tetapi pada masa sama saya berasa risau saya tidak mampu dan malu jika kawan sekeliling mengetahui saya menyertai program ini. Tetapi dengan dorongan dan keyakinan dari saudara Zamani yang merupakan team leader Cheras, saya menjadi semangat dan tidak sabar memulakan program ini.

IMG-20140222-WA00061

IMG-20140301-WA00201

Sesi bermula pada 11 Januari 2014 dengan cara pengiraan kalori yang betul dan sesi timbang dengan berat permulaan 95.3kg. Selama 6 minggu saya banyak mengamalkan tips-tips dari website kevinzahri.com sekaligus membantu saya menurunkan berat badan sedikit demi sedikit. Selain itu, nasihat dari team leader Cheras juga banyak membantu saya bersama-sama untuk berdiet.

Amalan Diet Untuk Kurangkan berat badan?

Saya kurangkan pengambilan karbo, lebihkan pengambilan protein seperti ayam dan ikan, sayur-sayuran, buah-buahan, kekacang dan kurangkan minyak, garam dan lemak. Saya mengamalkan pemakanan kerap sehingga 4 kali sehari, breakfast, lunch, minum petang dan makan malam. Sekiranya saya lapar antara gap, saya akan makan 2 keping biskut. Pada waktu pagi, saya akan makan 1 keping roti bersama susu low fat. Pada tengah hari pula, saya akan makan setengah genggam nasi bersama seketul ayam atau ikan dan juga sayur-sayuran yang banyak. Minum petang pula saya hanya mengambil buah-buahan dan juga mengambil air soya. Pada sebelah malam, saya hanya mengambil sup sayur sahaja. Saya juga tidak minum air bergas (berkarbonat) dan banyakkan minum air masak sehingga 3 liter setiap hari.

Apakah bentuk senaman yang anda amalkan?

Saya akan melakukan senaman tidak kira tempat. Joging sekali sekala di tasik dapat merehatkan mata dan minda selain mengambil angin yang segar. dan di gym saya berjoging menggunakan treadmill selama 30 minit dan cycling selama 45 minit di dalam gym 3 kali seminggu. Selain itu, jika saya tiada kesempatan untuk ke gym saya akan melakukan high intensity cardio seperti jumping jacks, lateral jumps, burpees, dan sebagainya selama 20-25 minit.

Suplemen? Saya tidak mengamalkan pengambilan suplemen kerana saya tahu ianya tidak membantu badan saya dalam pembakaran lemak.

IMG-20140222-WA00061

Jadikan kritikan dari orang sekeliling pendorong pembakar semangat!

Berdasarkan pengalaman saya, apa komen atau kritikan dari orang sekeliling perlu kita jadikan pendorong pembakar semangat supaya kita akan terus berusaha menangani masalah kegemukan. Selain itu, sabar dan disiplin antara faktor yang paling penting untuk mendapatkan berat ideal dan bentuk badan yang di idamkan.

Ini adalah kerana kita telah bertahun-tahun lamanya menikmati makanan yang tidak berzat dan selama itu lemak-lemak degil telah berkumpul di dalam tubuh badan kita dan memang mustahil transformasi diri boleh berlaku dalam masa yang cepat.


Isa Abdullah: Rahsia Kurus 22.8kg dalam 6 minggu pemenang JK1M

[one_third boxed="true" animation="Fade In" delay=""]Isa Abdullah merupakan pemenang kebangsaan kategori lelaki untuk cabaran JK1M musim pertama.

  • Umur: 43 tahun
  • Tinggi: 1.65m
  • Berat Asal: 96.5kg
  • Berat Selepas: 73.7kg
  • Jangka Masa: 6 minngu
  • Pencapaian: Pemenang JK1M musim pertama dan menang wangu tunai lebih RM6000.

[button color="Extra-Color-1" size="medium" url="https://kevinzahri.com/jom/ebooks/panduan-kurangkan-5kg-5minggu" text="Jom Kurang Berat Badan"]
[/one_third]Hi Saya Isa Abdullah berasal dari Tuaran, Sabah. Berumur 43 tahun, sedang menuntut di salah sebuah IPTA di Selangor selain bekerja sebagai pensyarah sambilan.

Amalan gaya hidup sebelum cabaran JK1M?

Sebelum ini berat saya hanya di sekitar 68-72kg sahaja, namun selepas nekad berhenti merokok pada tahun 2010 berat badan saya saban hari semakin bertambah sehingga mencecah hampir 100kg. Kesan daripada itu telah membuatkan saya sentiasa berasa lapar dan semakin kerap mengunjungi restoran makanan segera tanpa mengira waktu. Saya mula menyedari perubahan fizikal saya apabila terpaksa membeli pakaian baru yang lebih longgar dan besar.

Saiz pinggang saya telah meningkat daripada saiz 32 kepada 40 dengan begitu cepat sekali. Semakan banyak pakaian terpaksa disimpan kerana sudah tidak muat untuk pakai lagi. Melihat keadaan badan saya yang semakin membesar saya telah mencuba pelbagai produk pelangsingan namun percubaan tersebut menemui jalan buntu.

Saya berasa cepat letih, sering sakit kepala sehingga berhari-hari lamanya, cepat stress, tekanan darah semakin tinggi dan semakin hilang keyakinan diri. Saya tidak suka mengambil gambar mahupun bergambar dalam keadaan yang saya tahu saya sudah pun gemuk dengan perut yang membulat dan menggeleber ke hadapan.

Gambar lama.
Gambar lama.

Namun selepas membaca iklan tentang cabaran Jom Kurus 1 Malaysia JK1M Musim pertama baru-baru ini di media sosial, seolah-olah ianya telah memberi suatu peluang dan sinar baru dalam hidup saya untuk melakukan perubahan ke atas diri saya. Dengan mendapat inspirasi daripada para pemenang iSihat musim lalu, saudara Adly, Zamani dan Nasriq, dengan serta-merta saya terus mendaftar dan membuat pembayaran secara online menerusi Paypal dengan menyertai pasukan Kuala Kangsar. Semasa sesi timbang kali pertama berat permulaan saya adalah 96.5kg. Ketika memulakan senaman low impact kali pertama pun saya sesak nafas dan tercungap-cungap.

Amalan diet sepanjang cabaran 6 minggu?

Sepanjang 6 minggu tersebut saya dapat belajar tentang ilmu pemakanan sihat menerusi ebook dan video Kevin Zahri serta nasihat ketua pasukan Kuala Kangsar, dan para jurulatih.

Ketika sarapan pagi saya cuba memfokuskan kepada sumber protein utama seperti putih telur, susu segar, ayam, ikan, protein soya yang saya makan secara bersilih ganti. Protein mampu mengenyangkan sehingga waktu makan seterusnya serta merangsang pembakaran lemak dalam badan.

Minuman kesukaan saya ialah campuran buah-buahan dengan dua gelas air batu bersama sedikit madu/kurma di blender sendiri menjadi iced blended buah yang sangat mengenyangkan. Saya meminumnya pada 10 pagi, 4 petang dan ketika makan malam bagi melengkapkan 3 liter yang diperlukan dalam badan. Air batu ternyata meningkatkan metabolisme badan seterusnya menggandakan kadar pembakaran kalori per minit, amat membantu dalam penurunan berat badan.

Ketika tengahari saya makan segenggam nasi bersama setengah pinggan sayur-sayuran bersama protein ikan/ayam.

Ketika malam saya cuba elakkan sebarang jenis karbohidrat kerana dikhuatiri akan membentuk lemak di dalam badan sekiranya senaman tidak mencukupi. Saya cuba memastikan meminum air secukupnya sehingga air kencing berwarna jernih, tidur secukupnya, serta menghindari sebarang bentuk stress.

isa-75-2

isa-75-1

Bagaimana dengan senaman Isa?

Saya mengikuti program kecergasan yang telah disediakan oleh ketua pasukan bersama-sama jurulatih jemputan sekurang-kurangnya dua kali seminggu. Jika berkesempatan pada awal pagi saya akan membuat senaman kardio seperti berlari di sekeliling tasik UTP atau senamrobik dan pada sebelah malamnya saya cuba membakar 1000 sehingga 1500kalori di pusat kecergasan berdekatan dengan senaman mengangkat berat dan kardio berbasikal.

Adakah Isa gunakan sebarang suplemen? Tidak.

Tip dan nasihat Isa kepada yang ingin kurangkan berat badan?

Pada 22 Februari 2014 iaitu pada sesi timbang terakhir berat saya ialah 73.7kg. Ini bermakna berat saya telah berjaya turun sebanyak 22.8kg iaitu 23.62% daripada berat asal. Semua ini memanglah usaha sendiri, tetapi tanpa desakan, sokongan moral, motivasi berterusan daripada isteri tercinta, ketua pasukan, para jurulatih serta persekitaran yang positif sudah pasti ianya tidak mungkin berhasil.

Kepada rakan-rakan di luar sana, jangan putus asa membakar lemak badan anda. Ada masanya motivasi kita jatuh, namun cuba tabahkan hati. Ada ramai peserta JK1M lain untuk kita sama-sama berkongsi luahan masalah dengan beberapa pilihan penyelesaian dengan kebijaksanaan ketua pasukan serta para jurulatih di sekeliling kita. Saya yakin anda semua pasti berjaya! Mencegah penyakit lebih berbaloi berbanding mengubati yang belum tentu dapat menyembukan penyakit. Jom Kurus!


JK1M Video Memories

Memori Kevin Zahri sepanjang perjalanan beliau seluruh negara untuk aktiviti-aktiviti Cabaran Jom Kurus 1Malaysia musim pertama yang telah berlangsung daripada 11 Jan hingga 22 Feb 2014.

Musim ke2 akan bermula 15 Mac 2014 nanti. Jom join us.


JK1M Gala Dinner Untuk Pemenang

Terima kasih kepada semua peserta, TL, sponsor dan lain-lain yang bersama-sama menjayakan program Jom Kurus 1Malaysia musim pertama yang berakhir semalam. Lebih 1500 peserta mengambil bahagian dan kurangkan lebih 7000kg untuk seluruh Malaysia. Tahniah kepada semua yang memang (small or big)

Kalau anda ingin sertai cabaran Jom Kurus 1Malaysia musim ke2 yang akan bermula 15Mac nanti, sila layari https://kevinzahri.com/jomkurus/1malaysia


9.87kg: Purata penurunan pemenang kawasan JK1M musim pertama.

9.87kg purata penurunan berat badan untuk pemenang-pemenang dari 56 kawasan cabaran 6minggu#jk1m seluruh Malaysia. TAHNIAH!

[button color="Accent-Color" size="large" url="https://kevinzahri.com/jomkurus/1malaysia" text="Nak join cabaran #jk1m?"]


Panduan Suplemen untuk Sukan?

Ingin gunakan suplemen untuk tingkatkan kecergasan, stamina, membina otot dan lain-lain. Jom kita bincang.


Panduan Senaman Bahu

Panduan senaman pemberat untuk bahagian bahu badan bersama jaguh bina badan terkenal Syed Fazli.


Pertandingan Dodgeball JK1M

Pada 23hb Februari 2014, berlangsungnya pertandingan dodgeball bersama peserta Cabaran Jom Kurus 1Malaysia. Sebanyak 32 pasukan mengambil bahagian untuk rebut maruah dan hadiah wang tunai RM500. Akhirnya, pasukan Taman Tasik Titiwangsa bersama team leader Haffiz berjaya menjadi juara dan kalahkan pasukan Damansara Dragons.

Berikut adalah beberapa gambar yang gambarkan suasana hangat, intense, seronok dan sememangnya penat!

[button color="Extra-Color-2" size="medium" url="https://kevinzahri.com/jomkurus/1malaysia" text="Nak sertai aktiviti seperti ini? Jom join keluarga JK1M."]


Singapore dan Brunei: Pencarian Team Leader Jom Kurus

Hasil permintaan tinggi untuk adakan cabaran 6 minggu Jom Kurus di Brunei dan Singapore, kami ingin membuka pendaftaran untuk pencarian team leader terlebih dahulu. Tanggungjawap team leader adalah untuk mengatur aktiviti dan membimbing peserta sepanjang program 6 minggu. Kepada yang berminat, sila isi borang berikut atau hubungi Jameelah di +6012-494-6760. Program Jom Kurus di Singapore dan Brunei akan berlangsung serentak dengan JK1M bermula 15 Mac sehingga 26 April 2014. Sila apply sebelum 1 Mac 2014.

[gravityform id="12" name="Jom Kurus Team Leader Application: Brunei dan Singapore" ajax="true"]