Cabaran JK1M Ke2: Carian Team Leader
Sempena cabaran Jom Kurus 1Malaysia atau JK1M ke2 yang akan bermula 15Mac sehingga 26April 2014, kami membuka peluang kepada jurulatih dan penggiat fitness yang terlepas peluang untuk sertai #jk1m yang pertama.
Jadi sekiranya anda ingin membantu rakyat Malaysia kurangkan berat badan dan tambah pendapatkan sehingga RM5000 (RM100/peserta) pada masa yang sama, isi borang berikut dengan lengkap sebelum 8 Feb 2014.
[gravityform id="10" name="#JK1M Ke2 Team Leader Application"]
Omar Kurang 41kg Dalam 10 Bulan Tanpa Suplemen
[one_half boxed="true" animation="Fade In" delay=""]
- Nama: Omar Muhammad Bin Omar
- Umur: 19 tahun.
- Tinggi: 172cm.
- Pencapaian: Dari 135kg ke 94kg dalam 10 bulan.
- Status belajar: Pelajar Pra-Universiti@Tingkatan 6
- Twitter: @Omar_Omark
[button color="Extra-Color-2" size="medium" url="https://kevinzahri.com/jom/ebooks/panduan-kurangkan-5kg-5minggu/" text="Nak Kurang Berat Badan?"]
[/one_half]
Nama saya Omar Muhammad bin Omar, berumur 19 tahun dan merupakan pelajar lepasan STPM 2013. Sejak dari awal lagi saya sudah menyimpan hasrat untuk berkongsi pengalaman menurunkan berat badan dalam blog Kevin Zahri. Setelah berjaya menurunkan berat sebanyak 41kg dalam masa 10 bulan, barulah saya rasa lebih confident untuk menghantar kisah saya.
Berat 125kg Semasa Tingkatan 5
Sejak dari sekolah rendah lagi saya merupakan seorang kanak-kanak yang berfizikal agak montel atau bahasa mudahnya bulat. Apabila memasuki alam persekolahan menengah, berat saya semakin meningkat dan terus meningkat. Sehinggalah ketika habis tingkatan 5 saya telah mengumpul berat sebanyak 125kg.
Semasa di sekolah, ejekan dan cemuhan sememangnya perkara biasa dan saya sendiri dah lali dengan semua itu.
Sejak dari dulu lagi saya memang sentiasa berazam untuk turunkan berat badan. Tapi akhirnya kesemua azam itu hanya ”masuk longkang”@hangat-hangat tahi ayam sahaja. Semasa di sekolah, ejekan dan cemuhan sememangnya perkara biasa dan saya sendiri dah lali dengan semua itu.
Walaupun kadang-kadang agak menyakitkan hati. Ketika menunggu keputusan SPM, saya tidak bekerja dan banyak menghabiskan masa di rumah sahaja. Aktiviti luar memang tidak dilakukan sama sekali tetapi aktiviti mengunyah pula sememangnya menjadi hobi. Tambahan pula saya seorang yang suka memasak. Segalanya sedap di mata saya. Tidak memeranjatkan apabila berat saya meningkat menjadi 130kg ketika waktu itu. Selepas itu saya menyambung pelajaran ke tingkatan 6.
Pengumuman Penting Untuk Peserta Cabaran Jom Kurus 1Malaysia
Cabaran Jom Kurus 1Malaysia 6 minggu akan bermula esok, iaitu 11hb Januari 2014. Kepada peserta yang dah daftar (dan bayar sahaja), sila berhubung dengan team leader masing-masing untuk aturcara, lokasi dan lain-lain.
JomFit PERCUMA Untuk Peserta Cabaran Jom Kurus 1Malaysia
Sempena Cabaran Jom Kurus 1Malaysia, kevinzahri.com dan Felda Wellness akan adakan sessi senaman 3 jam, JomFit, di seluruh Malaysia secara PERCUMA untuk peserta-peserta cabaran.
Utusan Malaysia: Jom Kurus 1Malaysia
STATISTIK obesiti yang dilihat semakin hari semakin bertambah membuatkan pihak-pihak tertentu begitu prihatin dan ingin menghulurkan bantuan dalam usaha mengurangkan jumlah tersebut.
Angka tersebut semakin bertambah kerana amalan gaya hidup tidak sihat yang diamalkan oleh semua lapisan masyarakat hari ini.
Begitupun hari ini mereka yang mengalami obesiti dilihat bersemangat untuk menurunkan berat badan masing-masing tetapi tidak tahu bagaimana untuk mengatasi masalah tersebut.
Apa yang mampu dilakukan hanya satu iaitu mengamalkan diet serta senaman tetapi tidak semua yang melakukannya berjaya mengatasi masalah berat badan malah kadang kala tiada perubahan yang berlaku.
Hal ini sebenarnya turut diakui oleh selebriti dan jurulatih kecergasan terkenal, Kevin Zahri.
Menurutnya, soal makanan bukanlah satu masalah besar kepada mereka yang mengalami obesiti ataupun masalah berat badan berlebihan, sebaliknya yang menjadi fokus ialah kuantiti makanan yang diambil dalam setiap hidangan.
Jelas beliau, ramai menyangka dengan tidak makan nasi mereka mampu mengurangkan berat badan. Tetapi hakikatnya nasi yang digantikan dengan makanan lain adalah sama sekiranya kuantiti yang diambil adalah sama.
Jadi katanya, dalam proses diet, kuantiti serta jumlah kalori yang diambil dalam setiap hidangan merupakan elemen penting bagi mereka yang ingin mengurangkanberat badan.
"Jadi kepada sesiapa sahaja yang ingin mengurangkan berat badan dan mendapatkan berat badan yang ideal, mereka seharusnya tahu apa yang diambil dalam setiap hidangan dan bukannya dengan tidak mengambil nasi.
"Apa yang perlu dilakukan golongan ini (obesiti) sebelum memulakan program diet ialah ilmu, panduan serta pendidikan yang betul mengenai diet," ujarnya ketika ditemui pada majlis sidang media mengenai Jelajah FWC NutriXprezz bersama Program Jom Kurus 1Malaysia di ibu negara, baru-baru ini.
Berbicara mengenai Program Jom Kurus 1Malaysia tersebut, Kevin menjelaskan ia adalah kesinambungan daripada program Jom Kurus yang dianjurkan pihaknya pada tahun lalu.
Program tersebut yang membantu orang ramai mengurangkan berat badan dengan memberi penekanan dalam mendidik mereka mengenai senaman dan pelan pemakanan yang betul, serta mengamalkan gaya hidup sihat, mendapat sambutan di luar dugaan.
Melihat daripada maklum balas serta permintaan yang menggalakkan, Kevin memberitahu ia diteruskan lagi pada tahun ini.
Program tersebut yang akan berlangsung selama enam minggu di seluruh negara, menawarkan ganjaran wang tunai lumayan buat peserta lelaki dan perempuan yang berjaya daripada setiap pasukan yang bertanding.
- Setiap pasukan akan mewakili sebuah kawasan dan lebih 60 daerah telah di kenal pasti dari seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak.
- Setiap pasukan terdiri daripada 40 orang peserta dan akan diketuai oleh jurulatih-jurulatih kecergasan berkelayakan yang dipilih khas oleh Kevin sendiri.
- Seorang juara keseluruhan akan dinobatkan pada akhir cabaran ini.
"Saya sedar perkara paling berharga dalam program ini bukan sekadar motivasi dan sokongan sahaja, malah persahabatan dan hubungan yang terbina di antara para peserta boleh menggalakkan mereka mencapai matlamat kecergasan yang diingini.
"Walaupun begitu para peserta juga dinasihatkan agar tidak bergantung kepada jurulatih ataupun sebarang produk untuk kurus tetapi ia sebenarnya lebih kepada diri sendiri.
"Melalui program ini, sekurang-kurangnya golongan obesiti tahu apa yang perlu dilakukan," katanya lagi.
Sehingga 6 Januari lalu, lebih daripada 1,000 rakyat Malaysia telah mendaftar untuk program ini.
Jadi kepada mereka yang inginkan maklumat lanjut mengenai program ini bolehlah lawati laman sesawang www.kevinzahri.com/jomkurus/1malaysia.
© Utusan Melayu (M) Bhd
Majlis Pelancaran Cabaran Jom Kurus 1Malaysia bersama Media
Semalam berlangsungnya sessi pelancaran Cabaran Jom Kurus 1Malaysia bersama media di Wisma Felda, Kuala Lumpur. Ribuan terima kasih kepada semua media yang hadir, rakan team leader dan testimoni cabaran Jom Kurus dan semua yang terlibat untuk menjayakan majlis semalam.
9 Tip Mudah Azam Kurangkan Berat Badan 2014.
Bagi mereka yang berazam untuk kurangkan berat badan pada 2014, berikut adalah foto dari akaun Instagram saya yang berikan 9 tip mudah untuk pastikan anda dapat merealisasikan azam 2014 anda, insyallah.
Siri Video: Jom Kurus bersama Kevin Zahri
Intro kepada siri Jom Kurus bersama Kevin Zahri yang berikan panduan step-by-step untuk melakar pelan kurangkan berat badan. Ala-ala seminar Jom Kurus melalui video.
Video: Apa dia Cabaran 6 Minggu Jom Kurus?
Ingin kurangkan berat badan bersama-sama dan sertai pelbagai aktiviti menarik?
Sertai cabaran Jom Kurus 6 Minggu bersama Kevin Zahri. Untuk informasi jadual dan cara penyertaan, layari http://bit.ly/KmeRKN sekarang.
Azrin Irzal 13 tahun: Kurangkan 14kg Dalam 3 Bulan
- Nama: Muhammad Azrin Irzal Shah bin Azman Shah
- Umur: 13 tahun.
- Tinggi: 148cm.
- Pencapaian: Kurang 14kg (59-45kg) dalam 3 bulan.
- Status belajar: Pelajar Sekolah Menengah
- Facebook: azrinirzal
- Twitter: @Shahirzal
- Instagram: irzal_shah
Saya bukan dari kalangan pelajar yang obes, malah ketika saya di sekolah rendah, berat saya sangat rendah dan terlalu kurus. Saya mula sedar saya menjadi obes apabila di darjah 5. Ketika saya baru masuk ke tingkatan 1, saya mula sedar yang badan saya dah menjadi seperti peserta The Biggest Loser.
I hate looking at my perut. Berat saya mencecah 60kg. Pada ketika itu, saya cuma tidak ambil peduli tentang risiko dan keburukan obesiti. Saya ingin berubah kerana melihat pelbagai penyakit yang menimpa orang obesiti selain itu, kebanyakan seluar dan baju saya semakin ketat dan saya sangat malu untuk berdepan dengan orang lain. Saya juga adalah jenis pemalas nak buat kerja.. Hehe.
Read more