Ezuwan Kurang 19.4kg. Menang Cabaran Jom Kurus TV Alhijrah

Pada 27 Oktober 2013 Cabaran Jom Kurus bersama Kevin Zahri dan rancangan Assalamualaikum TV Alhijrah sampai ke penghujung. Suasana BBQ bersama peserta memang meriah untuk meraikan kejayaan semua yang berjaya kurangkan lebih 6kg dalam 6 minggu.

Ezuwan Shah diumumkan sebagai pemenang cabaran 6 minggu Jom Kurus bersama Kevin Zahri dan TV Alhijrah Assalamualaikum dengan kurangkan 19.4kg berat badan. Memang hebat. Di samping hadiah suplemen Nu3Facts, Ezuwan menangi hadiah wang tunai RM1000. Ezuwan juga merupakan pemenang cabaran Jom Kurus Raya bersama RTM di mana beliau kurangkan 18.6kg.

Untuk lebih info Cabaran Jom Kurus yang akan datang, sila layari laman web Jom Kurus.

Gambar sessi Jom Fit Cabaran TV Alhijrah

Berikut adalah beberapa gambar dari sessi Jom Fit, senam aerobik 3 jam di Dewan Gemilang Felda, Kelana Jaya yang just gabung peserta Cabaran Jom Kurus 6 Minggu TV Alhijrah.

Untuk sessi seterusnya, sila layari laman rasmi Jom Fit.

Cabaran Jom Kurus 6 Minggu: 2 Nov - 15 Dis 2013

Nak join Cabaran Jom Kurus 6 Minggu bersama Kevin Zahri dan 40 peserta lain? Intake baru untuk cabaran yang bermula 2 November 2013 buka untuk pendaftaran.
Yuran cuma RM300 dan termasuk yuran semua aktiviti selama 6 minggu, pakej Lifetime eBook dan video, sessi Jom Kurus dan lain-lain.

Nak join? Layari laman web rasmi Cabaran Jom Kurus sekarang.

Mountain Climbers - 2 Variasi Senaman

Mountain Climbers - 2 Variasi Senaman

Mountain Climbers adalah senaman circuit training yang popular. Ia gabungkan unsur kardio dan core training pada masa yang sama. Dalam video ini Elfaeza Ul Haq akan demonstrasikan 2 variasi asas senaman Mountain Climbers.

Video senaman rumah yang lain di https://kevinzahri.com/videos/


Norhijah Ibu Kepada Dua Anak Kurangkan 16kg

  • Nama: Norhijah Zainal Abidin
  • Status: Ibu kepada 2 anak.
  • Ketinggian: 160cm.
  • Pencapaian: Kurang 16kg dalam 9 bulan.
  • Facebook: ijahumaira
  • Instagram: ijahumaira
  • Twitter: @ijahumaira

Nak kurang berat?

Saya Norhijah Zainal Abidin menetap di Ampang, Selangor. Seorang ibu kepada 2 orang anak. Saya mengalami masalah berat badan sejak dari zaman sekolah menengah. Berat saya naik mendadak selepas saya mendapat anak kedua pada May 2008. Berat saya sebelum mengandung anak kedua ialah 68kg dan terus naik menjadi 75kg pada November 2012. Ketinggian saya pula 160cm. Saya pernah berdiet dan ambil produk-produk pelangsingan tapi semuanya tidak berkesan mungkin kerana teknik diet yang salah dan tidak teratur. Cuba juga untuk berjogging pada hujung minggu namun semuanya sia-sia kerana sangat memenatkan dan selepas berjogging kami singgah pula untuk makan di kedai mamak.

Kesedaran bermula apabila melihat gambar diri sendiri

Kesedaran timbul selepas melihat gambar percutian saya ke Indonesia pada December 2012. Agak terperanjat dengan keadaan saya yang gemuk ketika itu. Komen-komen dari saudara dan kawan-kawan juga mengesahkan bentuk badan saya yang gemuk dah berisi. Ada yang tersalah tanya saya mengandung lagi ke?

October 2012 ketika bercuti di Indonesia
October 2012 ketika bercuti di Indonesia
 October 2012 ketika bercuti di Indonesia
October 2012 ketika bercuti di Indonesia

Mulai dari saat itu iaitu akhir December 2012 saya tanamkan azam untuk kuruskan badan dan memulakan cara hidup sihat. Saya cari tips-tips kesihatan/diet dalam beberapa website dan blog di internet dan terjumpa kevinzahari.com. kevinzahri.com banyak membantu saya memulakan proses penurunan berat badan. Saya jadikan e-book sebagai panduan, selain itu ruangan ‘success stories” banyak membantu memotivasikan saya. Saya ambil ikhtibar dari kisah kehidupan mereka sebelum dan selepas serta mengikut cara senaman, pemakanan dan tips-tips yang diberikan. Semuanya banyak membantu saya memulakan proses penurunan berat badan.

Cara pemakanan atau diet?

  1. Saya kurangkan pengambilan karbo, lebihkan pengambilan protein, sayuran, buah-buahan dan kurangkan minyak, garam dan lemak.
  2. Tidak skip meal, makan 3 kali sehari, breakfast, lunch dan dinner. Kalau lapar antara gap meal saya makan biskut oat atau buah.
  3. Dulu saya jarang breakfast, tapi sekarang saya akan breakfast walaupun dengan 2 keping biskut oat.
  4. Untuk 3 bulan pertama saya hanya makan tengahari dengan segenggam nasi pada hari Sabtu dan Ahad sahaja. Saya pastikan dinner sebelum pukul 8 pm, cukup sekadar milo dicampur oat atau roti.
  5. Saya adakan “cheating day” sehari seminggu dan akan makan makanan kesukaan tapi dalam kuantiti yang sedikit.
  6. Saya tingkatkan pengambilan air kosong kepada 2 liter setiap hari dan tidak minum air berkarbonat dan manis.
  7. Amalkan minum green tea.
  8. Saya sentiasa cari info mengenai makanan yang dapat meningkatkan kadar metabolism badan.
  9. Pengambilan kalori harian saya kawal dengan mencatat setiap makanan yang saya makan menggunakan apps ‘calories counter’ dalam smart phone. Cara ini menjadikan saya lebih disiplin dan berhati- hati dengan kuantiti kalori harian yang saya ambil.

Senaman Di Rumah Sahaja

Saya tidak keluar berjogging atau pergi ke gym sepanjang tempoh tersebut. Malah running shoes hadiah dari suami pun masih tersimpan dalam kotak. Pada saya nak pergi gym atau jogging mengambil masa dan banyak halangan kerana perlu bersiap, perlu pilih pakaian yang sesuai, perlu memandu, anak-anak menangis nak ikut lah dan sebagainya. Jadi untuk tidak membuang masa, saya bersenam di ruang tamu dan mengikut teknik senaman beberapa instructor terkenal di youtube termasuk tips-tips senaman yang Kevin Zahri kongsikan.

...bersenam di ruang tamu dan mengikut teknik senaman beberapa instructor terkenal di youtube termasuk tips-tips senaman yang Kevin Zahri kongsikan...

Setiap hari saya akan bersenam antara 20-30 sebelum/selepas maghrib atau selepas bangun tidur. Pada awalnya memang perit dan sangat memenatkan kerana sebelumnya saya tidak pernah bersenam tapi saya kuatkan semangat dan disiplinkan diri untuk tidak berhenti sehingga mendapat keputusan yang diinginkan. Sepanjang tempoh ini saya tidak mengambil sebarang ubat, supplement atau apa-apa produk pelansingan badan.

Pada bulan pertama berat badan saya hanya turun 2kg dan tidak banyak perbezaan ketara. Namun pada bulan kedua perbezaan sangat ketara kerana semua seluar saya longgar dan terpaksa membeli seluar baru. Masuk bulan ketiga berat badan saya turun kepada 66kg. Suami sering mengusik “Teruk lah macam ni tiap-tiap bulan beli seluar baju baru” sambil ketawa.

May 2013 berat badan turun kepada 62kg
May 2013 berat badan turun kepada 62kg

Cincin tunang pemberian suami yang dulunya tidak muat sudah boleh saya sarungkan kembali di jari. Ini membuatkan saya lebih bersemangat untuk menurunkan lagi berat badan.

Pada akhir May 2013, selepas 5 bulan berat badan saya ialah 62 kg, dan sebelum Ramadhan pada Julai 2013 berat saya turun lagi menjadi 59kg. Jumlah penurunan berat setakat ini ialah 16kg. Sangat seronok kerana berat badan saya tidak pernah kurang dari 65kg sebelum ini. Saiz baju saya dari XL kini M dan saiz seluar dari 35 kini hanya 29. Kini saya tiada masalah untuk memilih saiz pakaian lagi berbanding dulu terutamanya menjelang sambutan Aidilfitri. Baju kurung yang ditempah awal Januari 2013 terpaksa dikecilkan lagi oleh tukang jahit kerana size badan saya sudah mengecil. Dulu saya sering rasa sakit lutut terutamanya ketika mendukung anak dan mendaki tangga, tapi kini rasa sakit telah hilang kerana senaman yang saya amalkan terutamanya ‘squat’ membina otot disekeliling lutut dan sendi-sendi tulang.

...Dulu saya sering rasa sakit lutut ... tapi kini rasa sakit telah hilang kerana senaman ‘squat’ membina otot disekeliling lutut ...

Sekarang saya masih lagi mengawal pemakanan dan mengamalkan senaman 3-4 kali seminggu bagi menurunkan lagi berat badan saya kepada 55kg.

August 2013 semasa Aidilfitri berat badan sekitar 59kg
August 2013 semasa Aidilfitri berat badan sekitar 59kg

Nasihat saya kepada pembaca

Nasihat kepada pembaca berdasarkan kepada pengalaman saya ini, apa-apa gambar ketika gemuk, komen negatif rakan-rakan, pandangan orang ramai dan sebagainya perlu dijadikan pendorong dan faktor yang memotivasikan kita untuk teruskan usaha dan tidak berhenti di tengah jalan. Selain itu, perlu kuatkan semangat, yakin pada diri serta disiplin jika ingin mendapatkan berat badan ideal dan bentuk badan idaman. Akhir sekali, apa yang paling penting ialah SABAR kerana result yang kita mahukan bukan datang dalam 24 jam atau seminggu, mungkin sebulan, 6 bulan atau setahun.

12 Langkah untuk kurangkan berat badan:

Berikut adalah 12 tip atau langkah yang perlu anda ambil untuk kurangkan berat badan dan ubah gaya hidup anda.

  1. Disiplinkan diri untuk amalkan pemakanan sihat.
  2. Bersenam dan buat aktiviti yang mengeluarkan peluh dan membakar kalori.
  3. Jangan skip meal terutamanya breakfast.
  4. Dapatkan info tentang kandungan kalori dalam setiap makanan yang di ambil
  5. Catat pengambilan kalori harian dan pastikan tidak melebihi had keperluan kalori harian.
  6. Minum air kosong 2 liter sehari
  7. Minum green tea
  8. Makan dengan kerap dalam kuantiti sedikit.
  9. Elakkan minuman berkarbonat dan manis
  10. Adakan ‘Cheating day’ seminggu sekali untuk memotivasikan diri.
  11. Jangan putus asa dan bersabar untuk mendapatkan keputusan yang diinginkan.
  12. Dapatkan sokongan keluarga dan rakan-rakan.

Sapura Kencana 1 Day Wellness Day Bersama Kevin Zahri

Berikut adalah beberapa gambar dar program sehari bersama Kevin Zahri dan kakitangan Sapura Kencana The Mines. Program wellness ini berlansung sepanjang hari bermula dengan sessi seminar interaktif, demonstrasi senaman mudah bersama, circuit training untuk eksekutif sibuk, demonstrasi menggunakan gym dan senam aerobik Zumba.

Berminat? Ingin adakan program kesihatan atau kecergasan bersama Cikgu Fitness Malaysia Kevin Zahri? Layari laman web corporate wellness Malaysia kami atau hubungi Afiqah di 019 282 7820 hari ini

aqeeem-kurang-60kg-berat-badan

Aqeeem: Dari 179kg ke 118kg. Kurang Berat 61kg setahun.

[one_half boxed="true" animation="Fade In" delay="200ms"]
Syed Mustaqim Bin Syed Yusoff

  • Umur: 33 tahun
  • Durasi: 1 tahun
  • Berat Asal: 179kg
  • Berat Kini: 118kg
  • Facebook: aqeeem
  • Instagram: aqeeem
  • Perjalanan masih diteruskan

[button color="Extra-Color-3" size="medium" url="https://kevinzahri.com/jom/ebooks/panduan-kurangkan-5kg-5minggu" text="Nak kurangkan berat badan?"]

[/one_half]

Assalamualaikum wbt.

Saya, Syed Mustaqim Bin Syed Yusoff, berusia 33 tahun, sudah berumahtangga dan mempunyai sepasang cahayamata. Anak kedua dr 5 adik beradik. Bekerja dalam bidang IT.

Dari kecil, saya telah tergolong dalam golongan berbadan besar. Dari 5 beradik, saya dan adik bongsu yang berbadan besar. Namun, saya sering tidak ambil peduli apa orang sekeliling saya nak kata.

Walaupun berbadan besar, saya aktif bersukan. Di sekolah rendah, saya mewakili sekolah dalam acara hoki, dan bila disekolah menengah saya mewakili sekolah dalam sukan ragbi. Memasuki universiti, saya juga merupakan wakil universiti dalam sukan ragbi dan pernah bermain dengan sebuah kelab ragbi tempatan. Mungkin kerana selalu bersukan, saya tidak pernah kisah mengenai pemakanan dan badan saya.

2005
2005
2009
2009

Namun apabila mula melangkah ke alam pekerjaan pada tahun 2003, saya telah mula kurang bersenam malah tidak langsung bersenam sebenarnya. Berat semakin naik dan kadangkala mula risau mengenai berat badan. Lalu seorang kawan memperkenalkan saya dengan produk supplement yang baru memasuki pasaran pada masa tersebut. Walaupun produk tersebut mengurangkan berat badan pada ketika itu, namun kurangnya disiplin dan faktor harga produk tersebut, saya terpaksa berhenti menggunakan nya.

Berat badan meningkat sehingga 179kg

Berat badan terus meningkat dan tiba waktu untuk melangsungkan perkahwinan pada 2010. Saya sekali lagi diperkenalkan dengan produk supplement yg baru dan berjaya mengurangkan berat sebanyak 15 kg dalam 3 bulan. Setelah berkahwin, saya berhenti menggunakan produk tersebut dan berat saya semakin meningkat dan mencecah 179kg.

Bersama ister di hari perkahwinan July 2010
Bersama ister di hari perkahwinan July 2010

Read more


Why Can’t I Lose Weight. Bella NTV7

Kevin as guest on Bella NTV7 to discuss why some find it hard to lose weight. Also on air is Marini Amin who share her 35kg weight loss success story.


Futsal Fitness Untuk Cabaran Jom Kurus TV Alhijrah

Sempena program Jom Kurus Assalamualaikum TV Alhijrah, kami anjurkan pertandingan futsal bersama 40 peserta. Dengan adanya arena pertandingan, semangat dan intensiti senaman futsal dapat ditingkatkan supaya peserta-peserta bukan sahaja dapat membaiki kecergasan masing-masing tapi juga tingaktkan pembakaran kalori.


Serious bikes are fun to ride fast

Separated they live in Bookmarksgrove right at the coast of the Semantics, a large language ocean. A small river named Duden flows by their place and supplies it with the necessary regelialia. It is a paradisematic country, in which roasted parts of sentences fly into your mouth.

Even the all-powerful Pointing has no control about the blind texts it is an almost unorthographic life One day however a small line of blind text by the name of Lorem Ipsum decided to leave for the far World of Grammar. The Big Oxmox advised her not to do so, because there were thousands of bad Commas, wild Question Marks and devious Semikoli, but the Little Blind Text didn’t listen. She packed her seven versalia, put her initial into the belt and made herself on the way. l using her.Far far away, behind the word mountains, far from the countries Vokalia and Consonantia, there live the blind texts. Separated they live in Bookmarksgrove right at the coast of the Semantics, a large language ocean. A small river named Duden flows by their place and supplies it with the necessary regelialia.

[nectar_single_testimonial testimonial_style="bold" color="Accent-Color" quote="But nothing the copy said could convince her and so it didn’t take long until a few insidious Copy Writers ambushed her" name="Robert Johnson" subtitle="ThemeNectar"]

The Big Oxmox advised her not to do so, because there were thousands of bad Commas, wild Question Marks and devious Semikoli, but the Little Blind Text didn’t listen. She packed her seven versalia, put her initial into the belt and made herself on the way. When she reached the first hills of the Italic Mountains, she had a last view back on the skyline of her hometown Bookmarksgrove, the headline of Alphabet Village and the subline of her own road, the Line Lane. Pityful a rethoric question ran over her cheek, then she continued her way. On her way she met a copy.

Separated they live in Bookmarksgrove right at the coast of the Semantics, a large language ocean. A small river named Duden flows by their place and supplies it with the necessary regelialia. It is a paradisematic country, in which roasted parts of sentences fly into your mouth. Even the all-powerful Pointing has no control about the blind texts it is an almost unorthographic life One day however a small line of blind text by the name of Lorem Ipsum decided to leave for the far World of Grammar.

The Big Oxmox advised her not to do so, because there were thousands of bad Commas, wild Question Marks and devious Semikoli, but the Little Blind Text didn’t listen. She packed her seven versalia, put her initial into the belt and made herself on the way.

l using her.Far far away, behind the word mountains, far from the countries Vokalia and Consonantia, there live the blind texts. Separated they live in Bookmarksgrove right at the coast of the Semantics, a large language ocean. A small river named Duden flows by their place and supplies it with the necessary regelialia.


Sime Darby Plantation Malaysia Lunch Health and Fitness Talk

Berikut adalah gambar dari sessi lunch talk bersama Sime Darby Plantation yang bertajuk "Lets Talk Fitness". Sessi tersebut bincangkan pelbagai topik kesihatan dan kecergasan seperti senaman ringkas, masalah berat badan, peranan suplemen, cara tingkatkan kecergasan dan pelbagai soal jawap.

Berminat untuk adakan sessi bersama Kevin Zahri? Layari laman web corporate wellness kami atau hbungi Afiqah di 019 282 7820.

Shafizan Sapie Kurangkan 32kg Untuk Lebih Sihat Dan Cergas

  • Nama: Mohd Shafizan Bin Sapie
  • Umur: 34 tahun
  • Tinggi: 1.65m
  • Berat Asal: 92kg
  • Berat Kini: 60kg
  • Facebook: shafizansapie
  • Target: Untuk hidup lebih sihat dan cergas

Nak kurang berat?

Salam perkenalan semua. Saya Shafizan. Sejak kecil saya merupakan kanak-kanak yang aktif seperti yang lain. Saya seorang yang suka makan dan tidak pernah mengawal pola pemakanan saya. Bak kata orang dulu-dulu, tolak batu kayu aje..kkkkk. Setelah habis SPM, saya mula gemar makan lewat malam terutama ketika menuntut di universiti. Standardlah, time tu, gerai/kedai yang murah dan dapat banyak kuantitinya, gerai/kedai tu lah yang akan saya cari. Mungkin kerana saya masih muda dan aktif bersukan (tinggi metabolisma agaknya), saya masih kekal kurus.

Menjadi raja sehari, Februari 2005. Berat 65kg
Menjadi raja sehari, Februari 2005. Berat 65kg

Menjadi raja sehari, Februari 2005

Saya kemudiannya telah berkahwin pada tahun 2005. Ketika itu, berat badan saya masih 65kg. Hanya selepas tiga bulan berikutnya, berat badan saya naik 10kg. Pada mulanya, saya agak tersentak tetapi sikap malas semakin menguasai diri. Saya semakin pasif dalam bersukan dan bersenam. Ditambah selera makan yang tidak pernah pudar dan kesibukan kerja, membuatkan saya semakin lalai dan tidak mengambil berat dalam penjagaan kesihatan diri. Berat badan saya semakin meningkat dari hari ke hari.
Read more