Cabaran Jom Kurus TV Alhijrah: Interval Running Workshop

Berikut adalah gambar dari running workshop bersama Kevin Zahri dan 40 peserta cabaran Jom Kurus bersama Assalamualaikum TV Alhijrah. Sessi santai bertujuan untuk memperkenalkan peserta kepada konsep interval running serta panduan teknik larian, pernafasan dan lain-lain.

Sessi itu turut diiringi oleh dua kisah kejayaan kevinzahri.com iaitu ratu marathon Eda Fuzy dan Ridwan Mustafa yang sekarang memang aktif dalam larian marathon.Read more


Burpees

Burpees adalah satu senaman kardio fitness yang mencabar. Melatih seluruh anggota badan tanpa peralatan. Ada pelbagai variasi. Sesuaikan dengan kebolehan fitness anda.


Lompatan Bintang atau Jumping Jacks

Senaman jumping jacks atau lompatan bintang yang dilakukan oleh elfaeza ul-haq sesuai dilakukan untuk warm up, kardio atau senaman circuit sekaligus. Lagi-lagi kalau ruang terhad untuk berlari.


Plank

Plank adalah senaman asas untuk kuatkan bahagian core badan (abs, pinggang dan obliques). Ia adalah senaman yang perlu anda mahiri tak kira tahap kecergasan diri.
Jangan tahan nafas semasa tahan kedudukan.


Aida Ahmad Kembali Berat Badan 55kg Selepas Bersalin

[one_third boxed="true"]

  • Nama: Aida Ahmad
  • Umur: 32.
  • Matlamat: Kurangkan berat badan
  • Kejayaan: Kurangkan 23kg selepas bersalin.

[button color="accent-color" size="medium" url="https://kevinzahri.com/jom/ebooks/panduan-kurangkan-5kg-5minggu" text="Ingin Kurang Berat Badan?" color_override=""]
[/one_third]
Hi, saya Aida Ahmad. Berumur 32 tahun , seorang surirumah sepenuh masa dan juga ibu kepada 2 orang anak. Saya mengalami masalah berat badan selepas bersalin. Berat asal saya ialah 55kg dan bertambah 23kg menjadikan berat saya ialah 78kg.

Selepas bersalin pada Sept 2011, berat saya hanya susut sebanyak 73kg dan mula bertambah selepas pantang dan menjadikan saya 75kg kembali.

Cuba pelbagai diet untuk kurus

Saya mencuba pelbagai cara berdiet dan ada ketika saya tidak langsung menyentuh makanan dan hanya bergantung pada air kosong semata. Namun usaha saya sia-sia malah saya tidak bertenaga melakukan urusan harian dirumah. Mood serta tidur saya turut terganggu akibat cara pemakanan yang tidak menentu. Sepert surirumah lain saya juga tiada masa untuk bersenam dan ke gym kerana kerja-kerja rumah yang agak banyak.
Read more


Squat Jumps

Satu lagi variasi senaman squat tapi dengan lompatan. Dari kedudukan bawah squat, gunakan otot peha untuk melompat ke atas ikut kemampuan anda. Pada masa yang sama, gunakan tangan untuk seimbangkan dan luruskan badan semasa melompat.

Amaran: Senaman squat jump agak tinggi impak (high impact) dan tidak sesuai untuk mereka yang bermasalah
lutut, sendi, mengandung atau baru mulakan program kecergasan. Sila rujuk kepada doktor anda sekiranya anda was-was.

Jom Kurus Bersama Assalamualaikum TV Alhijrah

Ingin kurangkan berat badan? Jom sertai cabaran Jom Kurus bersama Kevin Zahri dan rancangan Assalamualaikum TV Alhijrah. Layari kevinzahri.com/alhijrah untuk maklumat lanjut.


Senaman Circuit Training Untuk Peha dan Punggung

Panduan senaman circuit yang telah disiarkan melalaui rancangan Selamat Pagi Malaysia RTM1. Circuit workout ini lebih fokus kepada bahagian kaki, peha, punggung yang anda boleh lakukan di rumah. Untuk lebih video senaman, sila layari kevinzahri.com/videos/


Sumo Squats

Variasi senaman squat biasa tapi dengan kedudukan kaki yang lebih lebar. Berbeza dengan squat biasa, sumo squat target bahagian punggung dan peha dalam.


Prisoner Squat

Senaman squat target bahagian punggung dan peha anda tapi dengan siku to belakang kepala, membantu anda tegakkan postur badan semasa lakukan senaman squat dan melindungi bahagian belakang bawah anda.


Work Life Balance Health Talk with Petronas Carigali

Following are a few pictures from our fun and interactive health talk entitled Taking Control of Your Health at Work. This short 1-2 hour session focuses on the importance of balancing work, stress, fitness and health for working professionals.

If you are interested to contact a similar session or health program for your organisation in Malaysia, do visit out corporate wellness page here or contact Afiqah Yadiey at 019 282 7820.

Rahsia Marini Amin Kurangkan 35kg Berat Badan

[one_half boxed="true"]

Marini Amin

  • Umur: 23.
  • Matlamat: Kurangkan berat badan
  • Kejayaan: Kurangkan 35kg.
  • Instagram: mariniamin

[button color="Extra-Color-2" size="medium" url="https://kevinzahri.com/jom/ebooks/panduan-kurangkan-5kg-5minggu" text="Nak Mulakan program kurang berat anda?"]
[/one_half]

Hai, saya Marini Amin berumur 23 tahun, dan berasal dari Kuala Lumpur. Saya mengalami masalah berat badan sejak dari sekolah menengah. Pada tingkatan 5 berat badan saya naik mendadak sehingga 110 kilogram. Dengan ketinggian 171cm, dan size rangka yang besar, saya kelihatan seperti giant. Kawan2 sekolah ada yang panggil saya 'Big Show'. Ketika itu size seluar saya adalah size 40 yang saya masih simpan sehingga kini. Lepas SPM (2007) , saya meneruskan pelajaran ni IPT (2008) dan di situ berat saya turun sehingga 80 kilogram tetapi dengan cara pemakanan yang tak sihat & pengambilan pil kurus yang sering menyebabkan saya sering rasa pening dan pitam.

Bila saya hentikan pengambilan pil tersebut berat saya naik mendadak menjadi 87 kilogram. Saya cuba senaman dan kononnya jaga makan tapi sekadar hangat - hangat tahi ayam. Ada juga saya mengambil meal replacement tapi tak lama kerana saya masih belajar dan tak mampu nak teruskan program tu. Berat saya berterusan yo-yo sepanjang saya belajar sampai ke tahun 2011.

marini-amin-sebelum

...lebih tapi Kevin selalu pesan slow progress is better than no progress, yang penting kita tahu cara nak kawal...

Sertai Jom Kurus dan Jom Fit

Akhirnya saya give up, dan makan je ikut suka sampai saya jumpa Facebook milik Kevin Zahri. Dari situ saya sedikit sebanyak mengikuti tips - tips yang di sedia kan. Saya paling tertarik dengan konsep 'segenggam nasi' beliau. Saya cuba ikut apa yang di sarankan dan berjaya turun sebanyak 2 kilogram. June 2012 (85kg) , saya menyertai 'Jom Kurus' di Prince Court bersama Kevin dan dari situ saya pasang niat untuk serius turunkan berat badan ikut cara Kevin. Saya mula bersenam (brisk walk) 5 kali seminggu selama satu jam dan makan mengikut perkiraan kalori yang Kevin ajar. Sejak dari tu saya rajin sertai aktiviti kesihatan seperti 'Larian 40 Taman' bersama M.Zulkifli, 'Jom Fit' Kevin Zahri, 'Fit for Life'.

marini-amin-kevin-zahri

Berat saya turun sebanyak 10 kilogram dengan mengambil masa selama 10 bulan. Sebulan hanya kurang satu kilogram. Jumlah yang sikit kalau nak bandingkan dengan orang lain yang boleh turun lebih tapi Kevin selalu pesan slow progress is better than no progress, yang penting kita tahu cara nak kawal. Setiap kali berpeluang jumpa Kevin, beliau sentiasa berpesan dan berikan saya semangat.

Kevin turut menjemput Marini untuk senaman circuit bersama di Selamat Pagi Malaysia RTM1.

...Setiap kali berpeluang jumpa Kevin, beliau sentiasa berpesan dan berikan saya semangat...

Berat badan saya masih kekal 75 kilogram sehingga ke hari ini. Dua bulan lepas, saya menyertai pusat gymnasium dan mengamalkan senaman campuran cardio dan juga latihan beban sebanyak 30 mins per session (cardio + weight) , 5 kali seminggu dengan dua hari rest day. Berat badan saya kekal tapi ukuran saya berkurang. Ini mungkin kerana faktor size tulang dan ketinggian saya dan juga jenis latihan senaman yang saya buat. Setakat ini ukuran saya berkurang sebanyak 10 inci dan saya mengharap kan lebih lagi.

Lebih 30,000 downloads. Cuma RM40.
Lebih 30,000 downloads. Cuma RM40.

Dengan tunjuk ajar Kevin dan panduan dari e-book 5kg dalam 5minggu, saya masih boleh menikmati semua jenis makanan dengan syarat, tidak melebihi account calorie keperluan saya.

Saya nak kongsi sedikit tips pengawalan yang saya amalkan ketika hari raya:

  1. Makan bila perlu. Saya hanya akan makan main meal pada waktu sarapan, makan tengahari dan makan malam. In between saya akan makan kurma atau almond as snack. Tak setiap rumah saya makan.. hehe
  2. Limit kuih raya hanya 5 biji sehari.
  3. Minta air putih instead of air gas. Kalau segan nak minta, spare mineral water dalam handbag.
  4. 30 minit bersenam. Saya hanya buat di rumah sahaja. Contoh; circuit workout atau pun cycling.
  5. Kalau teringin sangat nak makan hidangan tuan rumah, saya akan jamah dalam kuantiti yang sedikit contohnya nasi impit 3 biji (size kecil) dengan kuah kacang satu sudu.

Proses 'kurus' ni jujur saya kata kan bukan mudah.

marini-amin-transformation
Untuk para pembaca yang sedang usaha 'buang' berat badan berlebihan, saya harapkan anda semua JANGAN sesekali putus asa. Be strong. Kalau rasa macam down, cari balik point untuk BANGUN & teruskan USAHA. Semangat yang kuat sangat sangat perlu! Ingat, slow progress is better than no progress. Jangan tamak. Setiap individu punyai badan yang cara kerja nya berbeza, jadi anda kena kenal diri sendiri dan guna cara yang sesuai. :)