Video: Rahsia Mahirah Kurangkan 33kg Berat Badan? Part 1
Tonton video interview bersama Mahirah - yang berjaya kurangkan lebih 33kg berat badan. Dalam video ini Mahirah kongsi pengalaman, tip diet, senaman, suplemen dan gaya hidup bersama anda. Bacan kisah kejayaan beliau di sini.
Full Video: Rahsia Mahirah Kurangkan 33kg Berat Badan?
Tonton video interview bersama Mahirah yang kongsi pengalaman, tip diet, senaman, suplemen dan gaya hidup bersama anda. Bacan kisah kejayaan beliau di sini
Video: Apa itu CrossFit Malaysia?
Ingin tahu lebih mengenai senaman dan tren fitness CrossFit? Tonton video ini bersama Kevin Zahri dan Mahdu CrossFit Vidatha, Kuala Lumpur, Malaysia
Gambar Sessi Jom Kurus 16 June 2013
Berikut adalah gambar-gambar sessi Jom Kurus bersama Kevin Zahri yang berlangsung pada 16 Jun 2013 di Prince Court Medical Centre, Kuala Lumpur. Untuk sessi seterusnya, sila layari laman web Jom Kurus dan atau layari laman web Corporate Wellness untuk program korporat.
Rashikin Kurang Berat Badan 47kg Tanpa Produk Kurus
Kevin Zahri
- Nama: Muammar Rashikin bin Abdul Hamid
- Umur: 31
- Status: Berkahwin. Anak 2.
- Kejayaan: Kurangkan 47kg. Dari 130 ke 83kg.
- Matlamat: Kurangkan Berat Badan
Mulakan program anda hari ini.
Assalamualaikum,
Saya Muammar Rashikin bin Abdul Hamid, berumur 31 tahun dan telah berkahwin dengan Noramalina binti Ab Rahman serta dikurniakan 2 orang puteri. Setelah membaca banyak kisah-kisah kejayaan orang lain. Saya juga begitu teruja untuk kongsikan perjalanan menurunkan berat badan secara natural tanpa bantuan apa-apa supplement.
…Saya juga begitu teruja untuk kongsikan perjalanan menurunkan berat badan secara natural tanpa bantuan apa-apa supplement…
Bukan Gemuk Dari Kecil
Dari kecil saya bukanlah seorang budak yg gemuk. Badan saya mula naik pada darjah 4 kerana saya sangat berselera untuk makan sehinggalah saya masuk ke sekolah asrama berat saya turun kembali, mungkin kerana jadual makanan yg teratur dan terhad. Apabila di universiti, berat badan saya mula naik dan naik, saya tidak bersukan malah selera makan saya makin meningkat. Perkara ini berlarutan sehingga saya menempuh alam perkerjaan. Fast food menjadi kegemaran saya, kadang-kadang sampai 3-4 kali seminggu. Apa-apa yang saya order di restoran dan kedai makan mesti order “extra”.
Sampai masa nak tidur saya boleh habiskan sebiji burger sampai saya tak sedar berat saya sampai ke tahap obesiti 130kg. Sebelum berkahwin saya cuba menurunkan berat badan saya menggunakan supplement yang ada di pasaran, memang berjaya tapi hanya sementara.
Nekat Bermula Oktober 2012.
Semuanya bermula pada bulan Oktober 2012 selepas Aidilfitri, pada masa itu semua baju dan seluar yg saya ada sudah menjadi amat ketat. Tidur saya berdengkur kuat dan nafas tersangkut-sangkut, ramai rakan-rakan yang beritahu termasuk isteri saya. Berjalan naik tangga dah termengah-mengah, hatta nak ikat tali kasut sendiri pun tak cukup nafas kerana tertunduk.
Kurang Berat Dengan Ilmu
Semua benda yang berlaku berbuat saya semakin risau, sampai bila saya mahu begini. Saya nekad kali ini saya mesti menurunkan berat badan saya. Saya gagahkan diri membuat cardio dengan berjogging di sekitar rumah saya. Hanya tuhan saja yang tahu betapa seksanya larian pertama saya, membuat carian di internet sehinggalah berjumpa dengan eBook Kevin Zahri. Sejak dari itu mula mengenali makanan-makanan yang saya ambil dan cara menurunkan berat badan sehingga menjadi gaya hidup saya.
15 Tip Dan Amalan Saya Untuk Kurangkan Berat Badan
Disini saya ingin kongsikan apa yang telah saya pelajari dan lakukan sepanjang menurunkan berat badan secara natural.
- Belajar tentang nutirisi makanan, apa itu protein, Karbo, lemak serta fungsinya. Saya kawal pengambilan makanan sehari dengan mengambilkira kalori yang masuk.
- Saya tidak lagi mengambil air manis dan berkabonat
- Saya juga meninggalkan junk food dan process food
- Saya cuba jadikan makanan yang saya ambil se”bersih” dan sesihat yang
mungkin - Senaman kardio 3-4 kali seminggu selama 20-30minit
- Kerap membuat latihan bebanan di rumah menggunakan berat badan sendiri dan
kadangkala saya ke gym - Sertai program jomfit bakar 1000kcal kevin
- Setelah hampir 8 bulan perjalanan menurunkan berat badan saya
- Dulu saya tidak boleh berlari walaupun jarak yang dekat, kini saya boleh berlari 10km
- Dulu saya sentiasa bernafsu untuk makan, kini saya boleh mengawal nafsu dan makan mengikut keperluan.
- Dulu saya tidur berdengkur, kini tidur saya senyap (menurut isteri saya).
- Dulu saya naik lif walaupun setingkat, sekarang saya naik tangga walaupun 3 tingkat.
- Dulu saya tak suka cermin, sekarang asyik nak tgk cermin
- Dulu saya memakai seluar bersaiz 44inci, kini 32inci.
- Dulu berat saya 130kg, sekarang 83kg
eBook Baru: Panduan Kurang 4kg Air Dalam Seminggu
Kepada mereka yang ingin kurangkan masalah gemuk air atau mencari cara untuk kurangkan berat dalam jangka masa pendek, dapatkan eBook Kevin Zahri terbaru berjudul Panduan Kurang 4kg Dalam Seminggu.
Gemuk air atau gemuk lemak?
Bagaimana untuk bezakan masalah gemuk air berbanding gemuk lemak? Belajar caranya melalui video ini bersama Kevin Zahri
Wanita Hari Ini TV3 - Senaman Outdoor Berkesan?
Perlu kah seseorang bersenam di gym atau adakah senaman outdoor seperti berbasikal, berjalan cukup untuk tingkatkan kecergasan anda? Jom tonton video ini.
In Your 40s? How To Gauge Your Fitness Level
Not that I am there yet but at 34, I am very much aware that my body is not getting any younger. So if you’re in your 40’s or beyond, you should take a good look at your current health status and assess what can be done to improve your positioning. Making sure that you’re doing everything possible to keep yourself in top shape will be important so that you can enjoy all the years to come. As part of the process, assessing where you currently stand and then taking a good look at what you can do moving forward to improve your positioning will be important.
Let’s have a quick peek at the top methods that you can use to gauge your fitness level.
Read more
Rutin Panaskan Anggota Badan Sebelum Senaman
Belajar teknik panaskan dan gerakkan anggota badan termasuk sendi-sendi sebelum mulakan senaman.
7 Tip Kurangkan Masalah Kolesterol Tinggi
Anda berkolesterol tinggi? Dalam video ini, Kevin Zahri memberikan 7 diet, gaya hidup dan suplemen yang penting untuk memahami dan kurangkan paras kolesterol badan anda.
Cabaran Fitness Bootcamp di PELAPIS UKM
Untuk Cabaran iSihat musim ketiga, kami mencabar peserta dengan aktiviti bootcamp di PELAPES, UKM Bangi. PALAPES adalah singkatan bagi Pasukan Latihan Pegawai Simpanan yang biasanya khas untuk pegawai tentera simpanan dalam Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
Cabaran ini gabungkan unsur kardio, balance, endurance dan juga kekuatan fizikal dan mental peserta.