Muay Thai Fitness bersama Wes Jaya
Sessi senaman muay thai Kevin yang pertama. Di sini dengan jaguh Muay Thai Malaysia Wes Jaya.Kalau anda bermint untuk adakan sessi peribadi bersama Wes Jaya di rumah anda, hubungi mereka di killerbees@gmail.com +6011 2303 8314 (Alia) +6019 300 9643 (Wes)
Esyam Berjaya Kurang Berat Badan Tanpa Ubat Kurus.
[one_third boxed="true"]
- Nama: Mohamad Nor Hisyam Bin Abdul Hassan
- Umur: 21
- Matlamat: Kurangkan Berat Badan
- Facebook: esyam.abdhassan
[button color="accent-color" size="medium" url="https://kevinzahri.com/jom/ebooks/panduan-kurangkan-5kg-5minggu" text="Ingin Kurang Berat Badan?" color_override=""]
[/one_third]
Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera.
Nama saya Mohamad Nor Hisyam Bin Abdul Hassan. Saya berumur 21 tahun dan menetap di Kuching Sarawak. Sekarang saya penuntut tahun akhir di sebuah IPTA di Kuching. Setelah dipelawa oleh Encik Kevin Zahri untuk berkongsi tips dan pengalaman menguruskan badan, maka amat besarlah hati saya untuk berkongsi serba sedikit tips dan pengalaman saya.
... di zaman persekolahan, saya sudah cukup kelihatan 'gergasi' berbanding rakan-rakan sebaya yang lain...
Semasa zaman persekolahan, saya dikategorikan sebagai seorang yang gemuk. Dengan berat 115kg dan ketinggian 175cm, saya sudah cukup kelihatan 'gergasi' berbanding rakan-rakan sebaya yang lain. Malah saya juga telah dikategorikan sebagai obes. Ejekan dari orang sekeliling telah lali untuk saya dengar. Pelbagai jenis gelaran diberikan kepada saya.
Mee Goreng dan Nasi Lemak Menjadi Kegemaran
Dahulu, saya mempunyai tabiat makan yang tidak teratur dan teruk. Saya akan makan apa sahaja yang diinginkan selera saya tanpa mengira waktu. Sewaktu sarapan, saya gemar memakan mee goreng, nasi goreng dan nasi lemak. Ditambah masakan ibu saya yang sangat sedap, maka sepinggan hidangan tersebut tidak mencukupi bagi saya. Di sekolah, semasa waktu rehat, saya gemar membeli burger atau mee laksa sarawak, suatu makanan yg tinggi kandungan santannya. Selain itu, saya turut membeli keropok atau jajan sebagai 'makanan tambahan'. Bila balik sekolah pula, ibu sudah menyediakan makanan tengah hari untuk kami sekeluarga. Seperti biasa, sepinggan hidangan tidak mencukupi bagi saya. Semestinya saya akan menambah nasi melebihi dari kuantiti yang sepatutnya. Nasi pula sudah cukup banjir dengan kuah yang tinggi kandungan minyaknya.
...Setelah makan, semestinya perut kita kenyang dan waktu itu adalah waktu paling enak untuk tidur...
Setelah makan, semestinya perut kita kenyang dan waktu itu adalah waktu paling enak untuk tidur. Tanpa berfikir panjang, saya terus melelapkan mata dengan hati yang senang. Waktu petang, setelah bangun dari tidur, saya mesti meminta kepada ayah saya untuk membeli cucur pisang. Saya pada waktu itu boleh menghabiskan 10 biji cucur pisang seorang diri. Dan waktu petang saya tidak diisi dengan aktiviti riadah atau senaman. Sukan jauh sekali. Saya jadikan saiz tubuh badan saya sebagai alasan untuk tidak aktif dalam mana-mana sukan. Waktu petang saya hanya diisi dengan melepak bersama kawan-kawan ataupun duduk menghadap komputer bermain game ataupun laman internet.
Read more
Boleh ke elak makan sarapan pagi untuk kurus?
Pernah amalkan tinggal sarapan untuk kurangkan berat badan? Dalam video ini, dapatkan pandangan dan panduan dari Kevin Zahri dan pelbagai fakta menarik lain.
Farah Fathin Mansor: Pemenang Biggest Loser Wardina Safiyyah
Farah Fathin Mansor diumumkan sebagai penemang Cabaran Biggest Loser 6 minggu bersama Wardina Safiyyah dan Kevin Zahri pada jamuan makan malam atau acara penutup cabaran kurangkan berat badan yang bermula pada 23 March 2013 dengan sessi Jom Kurus.
Berikut adalah koleksi gambar dari jamuan makan malam santai di Ben's Publika, Kuala Lumpur.
Video: Kalori Oh Kalori
Dalam segmen RTM1 ini, Kevin Zahri membincangkan apa itu kalori dan apakah hubungan kalori dalam kawalan berat badan, senaman dan simpanan lemak badan.
PRU13 - Kenapa kebanyakan pemimpin negara obes?
...Dari kebanyakkan poster calon-calon pemimpin, ramai yang obes dan sebagai pengundi sendiri, adakah ia memainkan peranan penting? ...
Dari kebanyakan poster calon-calon pemimpin, ramai yang obes dan sebagai pengundi sendiri, adakah ia memainkan peranan penting? Berikut adalah persepsi saya sendiri:
- Contoh teladan negatif: Seorang pemimpin sepatutnya lead by example tapi kalau beliau tidak pandai menjaga diri sendiri, macam mana pulak dia nak menjaga orang lain - rakyat?
- Kelihatan tidak bermaya: Seorang pemimpin perlu cergas untuk memenuhi masa untuk mempertahankan keperluan rakyat. Tapi kalau diri mereka tidak sihat, kurang upaya dan stres dengan fizikal badan yang obes, memang susah untuk memenuhi tanggungjawab.
- Refleksi imej parti dan Malaysia: Nak tak nak, setiap calon merupakan wakil fizikal parti masing-masing dan kalau terpilih, maka mereka juga mewakili imej Malaysia. Mereka harus memikul tanggungjawab dan pastikan imej itu terjaga.
- Stres Badan: Obesiti itu sendiri pembawa stres yang berterusan dan justeru pembawa pelbagai penyakit yang lain. Ini tingkatkan kebarangkalian mereka tidak dapat berkhitmat sepenuhnya untuk masa depan rakyat.
...dan since ramai yang pentingkan perubahan, apa salahnya pemimpin itu bermula dengan diri sendiri...
Saya tidaklah mengharapkan pemimpin negara untuk berlari marathon tetapi harapan saya supaya mereka pandai mengawal kesihatan dan kecergasan diri. Lead by example! ... dan since ramai yang pentingkan perubahan, apa salahnya pemimpin itu bermula dengan diri sendiri.
Akan Datang: eBook Panduan Kurangkan 4kg Gemuk Air
Ingin kurangkan berat badan dengan cepat? Atau adakah berat badan anda yo-yo turun dan naik? Mungkin adalah bermasalah gemuk air. Ingin tahu perbezaan dan pelbagai soalan-soalan lain berkenaan air? Nantikan eBook baru yang berjudul Panduan Kurangkan 4kg Air Dalam Seminggu.
Sessi Pelancaran Cabaran iSihat Musim Ketiga
Oleh Utusan Karya
MENYERTAI program menurunkan berat badan bersama pakar kecergasan tekenal, Kevin Zahri sememangnya peluang keemasan yang tidak mungkin dilepaskan lebih-lebih pada individu yang menghadapi masalah obesiti.
Untuk itu jangan lepaskan peluang merebut tempat dalam Cabaran Sihat 6 Minggu Bersama iSIHAT & Kevin Zahri (Cabaran Sihat).
Program anjuran majalah iSIHAT dan pakar perunding program, Kevin Zahri itu, memasuki musim ketiga yang dijangka lebih meriah dan hebat.
Berbanding musim lalu yang hanya terbuka kepada kategori dewasa, kini golongan remaja yang berusia antara 15 hingga 20 tahun boleh menyertainya.
Bilangan peserta juga ditambah daripada 30 menjadi 40 orang.
Musim baru ini juga menjanjikan hadiah lebih lebih lumayan iaitu wang tunai RM4,000 untuk juara kategori dewasa, manakala untuk kategori remaja pula RM2,000.
Tempat kedua dan ketiga kategori dewasa masing-masing akan membawa pulang hadiah wang tunai RM3,000 dan RM2,000, manakala RM1,500 dan RM1,000 bagi tempat kedua dan ketiga kategori remaja. Kesemua pemenang turut membawa pulang hadiah sampingan.
Namun apa yang lebih menarik sudah pastilah mendapat bimbingan secara ?peribadi? daripada Kevin Zahri atau lebih mesra dipanggil Cikgu Kevin selama hampir dua bulan. Peserta terpilih berpeluang bersua dan berbicara empat mata dengan beliau selain mendapatkan tip dan panduan yang cukup praktikal dan bernas.
Aktiviti ini akan dimulakan dengan majlis pelancaran program pada 1 Mei 2013.
Aktiviti pertama dimulakan dengan bengkel dan kaunseling yang disampaikan oleh Cikgu Kevin sendiri pada 4 Mei.
Seterusnya ialah sesi senamrobik dan latihan kecergasan (11 Mei), mencari harta karun (18 Mei), boot camp (25 Mei), merentas hutan (1 Jun), merentas desa sejauh 10 kilometer (8 Jun) dan acara penutup dan pengumuman pemenang (15 Jun).
Video Kepentingan Perlawasan Dalam Kawalan Berat Badan.
Anda sering seimbelit? Sukar untuk kurangkan berat badan? Pastikan anda pandai mengawal dan melancarkan sistem perlawasan badan anda. Dapatkan panduan diet dalam video ini.
Video: Tip Kurus Ridwan Mustafa Kurangkan 40kg.
Dalam video ini, Kevin membawa Ridwan Mustafa ke studio untuk kongsi bersama tip-tip diet dan senaman yang beliau amalkan untuk kurangkan 40kg berat badan.
Seminar Fitness bersama Tiaranita Telekom Malaysia
Berikut adalah beberapa gambar sessi seminar fitness dan senaman ringkas bersama Kevin Zahri dan 500 peserta Persatuan Isteri-Isteri & Anggota Wanita Telekom Malaysia (TIARANITA) pada 28 April 2013 di Menara Telekom, Kuala Lumpur.
Siapa kata irama malaysia tidak sesuai untuk senam aerobik?
Senam aerobik irama malaysia bersama uchop matt di jomfit bersama kevin zahri dan almy nadia.