Bengkel Stress Management Bersama Kakitangan MARA
Sempena workshop Healthy Living bersama kakitangan MARA di Kuantan Malaysia yang gabungkan sessi bengkal membin pelan pemakanan dan soal jawap, kami juga anjurjan sessi senaman untuk tujuan kurangkan stres (stress management) dan relaxation. Sessi ini gabungkan unsur regangan, pernafsan dan senaman untuk tangani masalah sakit belakang. Pada masa yang sama ia bertujuan untuk menghiburkan peserta sebab gelak-ketawa sememangnya dapat mengurangkan stres.
Mahirah Helmi Berat 80kg di Sekolah Menengah
- Mahirah Ahmad Helmi
- Matlamat: Kurangkan Berat Badan
- Kejayaan: Kurangkan 33kg
- Facebook: MahirahAhmadHelmi
- Instagram: mayahelmi86
Nama saya Mahirah Binti Ahmad Helmi dan berasal dari Rawang, Selangor.
Arwah ayah merupakan seorang yang berbadan besar. Keluarga saya memang suka makan. Sejak kecil saya sudah didedahkan dengan pelbagai jenis makanan terutamanya 'fast food'. Ye, saya amat menyayangi KFC dan Mc'D berbanding makanan tradisi Malaysia. Selepas akil baligh, berat saya naik mendadak. Seingat saya, ketika darjah enam. Berat saya mencapai 60 kg. Malu sangat ketika sesi timbang berat.
Berat 80kg Di Sekolah Menengah
Ketika di sekolah menengah, berat saya naik lagi sehingga mencapai 80kg. Walaupun menyertai sukan hoki , berat saya hanya turun sedikit sahaja, maklumlah, lepas latihan semestinya McD menjadi pilihan. Pengetahuan tentang diet memang kosong walaupun niat untuk kurus sudah ada. Setiap hari pasang niat untuk kurus. Tapi yelah, niat jelah. Tindakan tiada langsung.
...Selesai menduduki SPM, maka tiadalah lagi aktiviti sukan ... berat badan naik lagi sehingga 110kg ...
Selesai menduduki SPM, maka tiadalah lagi aktiviti sukan dan yang ada hanyalah aktiviti kuak lentang atas katil a.k.a tidur. Kononnya nak balas dendam. Oleh sebab itu, berat badan naik lagi sehingga 110kg.
Dipanggil Doktor Kerana Gemuk.
Saya diterima masuk ke IPTA dan masih teringat yang saya dipanggil oleh doktor di pusat kesihatan UKM kerana masalah kegemukan. Mula-mula berkobar semangat nak turunkan berat tapi semua itu hanyalah hangat-hangat tahi ayam. Tinggal di universiti tanpa pengawasan ibu bapa, menyebabkan saya semakin 'liar' terhadap makanan. Bayangkan pukul 3 pagi, lepak di mamak sambil menikmati maggi goreng ayam dan teh tarik. Kadang-kadang siap tambah, roti canai sekeping! Berat semakin naik.Read more
Panduan Senaman Bersama Bayi dan Kanak-Kanak Kecil
Sempena program bersama saya di RTM, berikut adalah beberapa gambar untuk topik panduan senaman bersama bayi, kanak-kanak dan kepentingan aktif bersama untuk mengcegah obesiti di kalangan kanak-kanak Malaysia. Lokasi penggambaran adalah di Gymboree Publika.
Azizol: Kurangkan Berat 50kg Dalam 5 Bulan
Mohd Azizol Bin Abdul Aziz
- Umur: 21
- Matlamat: Kurangkan Berat Badan & Dapatkan Badan V Shape dan 6 pack!
- Kejayaan: Kurang 50kg dalam 5 bulan.
- Twitter: @ezolaziz
- Facebook: ezolaziz
[button color=”accent-color” hover_text_color_override=”#fff” size=”medium” url=”https://kevinzahri.com/jom/ebooks/panduan-kurangkan-5kg-5minggu” text=”Mulakan Transformasi Anda!” color_override=””]
Azizol sekarang juga merupakan team leader cabaran JK1M untuk kawasan Kota Bharu, Kelantan. Info di sini.
Nama saya Mohd Azizol Abdul Aziz, berumur 21 tahun merupakan seorang pelajar di UiTM Kelantan. Berkongsi perjalanan menurunkan berat badan di Blog Kevin merupakan impian utama saya sejak saya mula-mula mengenali erti sebenar “SEDAR DIRI”. Perjalanan saya bermula pada awal bulan November 2012 dimana selepas saya tamat pengajian dalam bidang diploma di UiTM Terengganu (Dungun).
Read more
NTV7 Bella - Everything You Need to Know about Proteins
Hosted by Vanessa Chong, this 35min video which was aired on NTV's Bella program, Kevin Zahri discusses everything you need to know about protein intake and much more.
TV AlHijrah Soal Wanita - Topik Obesiti
Episod 50minit bersama Kevin Zahri di program Soal Wanita TV Alhijrah untuk diskusi dan panduan atasi masalah obesiti di kalangan wanita muslimah.
RTM: Video Senaman Circuit 10 minit.
Jom sertai sessi senaman Circuit Training bersama selama 10minit untuk sessi senaman yang gabungkan unsure kardiovaskular dan melibatkan seluruh anggota badan.
Video Senaman Bahu Bersama Syed Fazli
Ikuti video ini untuk panduan senaman dan tunjuk-ajar Syed Fazli untuk bahagian bahu.
Video Panduan Makan Sihat di Mamak.
https://vimeo.com/63542167
Kita di Malaysia tidak boleh lari dari amalan makan dan lepak di mamak tapi jangan biarkan ia menjadi punca kegemukkan.
Bagaimana Hadapi ajakan rakan makan berlebihan?
Dalam amalan diet, kita tidak boleh lari jauh daripada ajakan atau masakan kawan dan ahli keluarga yang memang sedap. Ikuti tip dalam video ini untuk sama-sama atasinya.
Azrul Affendi Berjaya Kurangkan 30kg dalam 12 bulan.
- Name: Azrul Affendi
- Age: 21
- Goal: Kurangkan Berat Badan
- Achievement: Kurang 30kg dalam 12 bulan.
- Twitter: @azrulaffendi
Assalamualaikum,
Saya Muhammad Azrul Affendi B. Mohd Anuar, 21 tahun berasal dari Kajang, Selangor. Sekarang masih belajar di sebuah IPTA di Selangor. Setelah sekian lama menyimpan hasrat untuk menghantar dan berkongsi pengalaman saya mengurangkan berat sebanyak 30kg dalam masa kurang dari 12 bulan, akhirnya saya merajinkan diri untuk menghantar kisah pengalam saya ini.
Sejarah
Saya memang budak yang bukan kuat bersukan, kaki bangku. Sejak dari kecil saya memang berbadan “sederhana” sehinggalah saya masuk tingkatan 4, semasa tu saya bersekolah asrama penuh di Taiping, dan boleh dikatakan sepanjang tempoh saya bersekolah di sana berat badan saya telah mula meningkat sehingga lah saya menyambung pelajaran ke peringkat IPT. Masuk je IPT, berat badan saya naik secara mendadak, boleh dikatakan setiap malam, budak budak bilik saya akan membuat panggilan ke “McDonalds” dan “Dominos”, dan saya juga tidak mengawal pola pemakanan. Ini merupakan antara punca berat badan saya boleh naik mendadak.
Saya boleh dikatakan budak yang introvert, malu untuk bergaul dengan orang, lebih suka menyendiri. Mungkin disebabkan oleh berat badan yang berlebihan ketika itu. Saya lebih suka meluangkan masa atas katil dan depan laptop bermain “DOTA” daripada keluar ke padang untuk bersukan. Disebabkan itu, berat badan saya memang sentiasa naik dan sampai satu tahap saya sudah tidak mengendahkan berat badan saya.
Read more
Bagaimana Kecilkan Bahagian tertentu pada badan?
https://vimeo.com/63539944
Ingin kecilkan bahagian punggung, peha atau perut anda? Dapatkan jawapan daripada Kevin Zahri dalam video ini.