RTM1 - Senaman Mudah Perut dan Pinggang Waktu Pagi
Belajar cara amalan senaman mudah waktu pagi untuk kuatkan bahagian core badan, iaitu bahagian abdominal, oblique dan bahagian pinggang (bahagian belakang bawah) di rumah.
Minum Air atau Air Ais Membuncitkan?
https://vimeo.com/64039395
Ramai yang sering salahkan air ais atau minum air berlebihan sebagai punca buncitnya perut. Tapi betulkah ia salah air atau perkara yang lain?
Makan Nasi Untuk Kurus?
Ramai yang elak makan nasi semasa ingin kurangkan berat badan.
Tapi salah ke nasi? Boleh ke makan nasi untuk kekalkan atau kurangkan berat badan.
RTM1 - Tip Diet Mudah dan Kawalan Nafsu
Belajar tip-tip mudah amalan diet Malaysia dan kenapa sesetengah makanan tidak mengenyangkan.
Defisit Kalori? Apa tu!?
https://vimeo.com/61007637
Dalam kebanyakkan kisah kejayaan bagi mereka yang berjaya mengurangkan berat badan, isilah defisit kalori sering menjadi topik penting. Belajar konsepnya di sini.
Tidur 8 Jam Bakar 500kcal?
Betul tak tidur 8 jam membakar 500kcal? Belajar cara mengira jumlah pembakaran kalori semasa anda tidur.
Aktiviti kerja harian di rumah sebagai satu senaman?
https://vimeo.com/57829116
Perlukah anda ke gym atau bersukan untuk mengurangkan berat badan? Atau adakah aktiviti seperti mengemas rumah boleh dijadikan pengganti?
Cara Sit-up yang betul?
https://vimeo.com/58018298
Panduan video menunjukkan cara betul dan salah dalam amalan senaman popular - sit-up atau abdominal crunch.
Panduan Kalori 17 Minuman Popular Malaysia
Berikut adalah jumlah kalori 17 minuman popular di Malaysia. Nilai kalori-kalori adalah anggaran. Jumlah sebenar bergantung kepada resepi masing-masing.
Gambar-gambar Jom Kurus Utara: Alor Setar, Kepala Batas dan Ipoh
Berikut adalah beberapa gambar dari sessi Jom Kurus bersama Kevin Zahri buat kali pertama di Alor Setar, Kepala Batas dan Ipoh. Terima kasih kepada semua yang hadir dan selamat berjaya dalam melakar dan execute pelan kurangkan berat badan yang tersendiri.
Read more
Cabaran Biggest Loser Bersama Wardina Safiyyah
Hello semua! Saya Wardina Safiyyah sangat teruja dengan program “Biggest Loser Challenge” saya bersama Kevin. Kenapa? Sebab utamanya, saya nak kurus! Berat saya tanpa sedar sudah naik 10 kg dan saya perlu melakukan sesuatu. Saya mahu menggurangkan berat badan dan merasa sihat kembali dengan CARA yang sihat dan tanpa mengeluarkan ribuan ringgit. Maka saya mahu mencabar diri dan semua peminat saya yang mahu melakukan yang serupa.
Maka saya mahu mencabar diri dan semua peminat saya yang mahu melakukan yang serupa.
Bersama Kevin Zahri.
Saya lebih teruja kerana Kevin menerima idea saya yang mahu mengurangkan berat badan bersama para peminat saya yang sudah lama menyimpan impian tetapi kurang bermotivasi kerana tiada ilmu dan sokongan. Saya akan bersama 40 rakan/peminat istimewa untuk berjuang selama 6 minggu (buat permulaan) untuk bersama-sama berkongsi tips, motivasi, dan impian untuk menggurangkan berat badan dengan cara yang paling sihat. Program Jom Sihat serta Jom Kurus pada 23 dan 24 Mac bersama Kevin Zahri adalah permulaannya.
Langkah yang pertama adalah untuk menimba ilmu. Mari kita lakukan bersama. Saya ada 10 kg untuk dikurangkan Anda? Mahu bersama saya? Mari kita siapkan minda dan InsyaAllah capai target yang diidamkan!
Ridwan Mustafa: Dulu Obes 120kg tapi kini seorang Perawagan
Kalau anda pembaca kevinzahri.com, tentu anda pernah membaca artikel dan kisah kejayaan Ridwan Mustafa mengurangkan 30kg dalam 8 bulan. Saya sendiri memang rasa bangga dengan kekekalan azam Ridwan sehingga dapat tawaran menjadi peragawan fashion.
Tahniah Ridwan! Teruskan gaya hidup sihat dan insyallah terus menjadi inspirasi kepada mereka yang ingin ikuti jejak Ridwan.