Video: Panduan Senaman Selepas Hari Raya
Kalau anda ingin teruskan semual program senaman selepas berehat sepanjang bulan puasa dan hari raya, video berikut memberikan beberapa tip yang mudah dan praktikal. Jangan lupa subscribe to my YouTube channel.
https://www.youtube.com/watch?v=YsKk0dz_EbY
Rosniza Berjaya turunkan 13kg dalam masa 2 bulan
- Nama: Rosniza Abdul Samat.
- Matlamat: Kurangkan berat badan.
- Pencapaian: Berjaya turunkan 13kg dalam 2 bulan .
Sebelum saya menulis dengan lebih panjang lagi saya perkenalkan dulu diri saya Rosniza Abdul samat. Semasa di sekolah dan di kolej dahulu saya ini seorang yang yang yang aktif bersukan dan badan saya memang kurus tidak pernah melebihi 50kg.
Sejak saya meninggalkan alam persekolahan ini ,dan sibuk bekerja berat badan saya semakin menaik. Selera makan bertambah dan tidak pernah di control lah. Apa nak makan semua saya makan. Makanan yang biasa dan wajib saya ialah fast food KFC, McDonald’s, pizza n ABC pada setiap minggu. Semakin tahun berat saya semakin meningkat dari saiz baju 36 sehingga lah saiz 50. Saya dah mula risau dan malu dengan bentuk badan saya yang semakin hari semakin naik.
Read more
Kenapa berat badan naik semasa haid?
Betulkah berat badan naik semasa haid atau mitos semata? Memang ini perkara yang benar dan berlaku untuk kebanyakan wanita. Apa penyebabnya berat badan boleh meningkat?
Takungan air (water retention)
Kebiasaannya berat bertambah di sebabkan takungan air dalam badan ataupun edema. Jangan risau, ianya normal di sebabkan perubahan hormon yang terjadi semasa haid. Wanita menyimpan lebihan air di bahagian tertentu seperti di lengan dan perut.
Kembung perut (bloating)
Pengumpulan gas di dalam usus adalah penyebab kembung perut semasa haid. Ianya di sebabkan perubahan dalam badan dan di sebabkan tidak aktif sebelum dan semasa haid. Ia juga boleh terjadi akibat sembelit yang kebiasaannya terjadi semasa kitaran haid.Read more
Kkorset terbaik untuk perut buncit?
Korset merupakan pakaian yang direka khas untuk membuat perut, pinggul malahan dada wanita tampak lebih kecil dan tubuh kelihatan seperti langsing bagi si pemakainya. Ia telah digunakan berabad lama dahulu terutamanya di dunia fesyen. Persoalan yang sering timbul oleh orang ramai tentang penggayaan korset adalah adakah ia berkesan untuk membuang lemak di badan dan dalam erti kata lain mengurangkan berat badan?
Jika dilihat dengan fungsi korset itu sendiri, ia nya bukanlah pembakar lemak di dalam badan. Tetapi ianya lebih tepat dikatakan sebagai menolak lemak daripada bahagian perut ke atas dan ke bawah untuk ilusi bentuk badan yang lebih menawan. Dalam erti kata lain, ianya diperbuat untuk menyorok gumpalan lemak sahaja.
Read more
Radio Interview BFM: Surviving Hari Raya
I was invited by BFM 89.9 Radio to talk about surviving hari raya. You can also check out my hari raya suvival guide here.
With Hari Raya in full swing, many of us are celebrating, attending open houses, having friends and family over. And after a month of fasting - its just food galore, a food fest if you like. With all these temptations - its very easy to let our healthy eating habits and diet routines, slide. The big question is how do we keep the pounds off and stay fit and healthy?
7 Langkah Wajib Untuk Gemukkan Badan
Kebanyakkan pembaca blog saya tentunya bermasalah berat berlebihan tetapi tetap ada yang nak tambahkan berat badan kerana terlalu kurus walaupun makan nasi lemak, kek, biskut dan macam-macam lagi.
7 Langkah Anda Mesti Amalkan untuk tambah berat
Ok baiklah, berikut adalah tujuh langkah penting untuk anda mengatasi masalah terlalu kurus dan "gemukkan "diri.
- Tambah kalori! Nak tak nak anda mesti wujudkan surplus kalori untuk menambah berat badan. Kalau tidak, macamana badan ingin membesar? Pastikan pengambilan kalori seharian anda melebihi pembakaran.
- Jangan makan makanan merepek. Walaupun anda perlu tambah kalori, itu tidak bermakna anda boleh belasah segala kuih, manis-manisan dan lain-lain. Walaupun makan banyak, pastikan ia diet yang seimbang dari segi nisbah karbohidrat:protein:lemak. Apa nisbah yang sesuai? 55:30:15 memang bagus.
- Protein itu penting. Protein adalah building blocks otot anda. Jadi jangan abaikan pengambilannya sepanjang diet anda. Daripada langkah #2, jumlah pengambilan protein adalah dalam 30 peratus. Jadi kalau pengambilan kalori anda 2,500kcal sehari, 750kcal atau 187g.
Jolynn turunkan berat 80kg ke 57 kg dalam 18 bulan
- Nama: Jolynn Samantha Martin.
- Matlamat: Kurangkan berat badan.
- Pencapaian: Turun berat 80kg ke 57kg.
- Twitter: @LeanPumpkin
Nak jadi gemuk memang senang, tapi nak jadi kurus memang susah.
Nama saya Jolynn dan saya berasal dari Kuala Lumpur. Ketinggian saya pula tak lah seberapa pada 155 cm. Dah lah pendek, 'comel' pula tu. Memang gabungan yang sungguh bergaya hahaha. Sejak saya kecil, saya tak pernah kurus. Nak jadi kurus? Hahahahaha angan-angan je tu. Bagus lagi makan. Seronok pun seronok. Namun, jauh di sudut hati saya, saya memang nak jadi kurus sebenarnya. Senang sikit nak beli baju. Kalau tak, sakit hati je setiap kali nak beli baju. Baju dah lawa, tapi takde saiz. Hampa dan hampeh sungguh.
Semasa di sekolah menengah, setiap hari tanpa gagal saya akan berlari dengan penuh bersungguh-sungguh, bukan sebab masuk sukan, tapi sebab nak menjadi pelajar pertama untuk beli nasi ayam goreng di kantin sekolah saya hahaha. Kalau lambat, nanti kena beratur panjang. Tak sia-sia saya lari laju-laju sebab nasi ayam goreng kantin tu memang sedap. Balik dari sekolah pula saya akan bersenam dengan elliptical cross trainer tapi sia-sia je sebab melantak pada waktu malam. Yelah, masa tu saya mana tahu pasal calorie deficit semua tu. Saya tahu makan je hahaha.
Di permulaan peringkat diploma pula, berat saya adalah 64 kg. Okey, takde lah teruk sangat berat saya pada masa itu tapi bila melepak dengan kawan-kawan di cafe, saya akan makan banyak, sehingga kawan pun tanya, "Weh, kau ni makan ke melantak?"
Nasi lemak, nasi arab dan ayam goreng.
Aku jawab, "Dua-dua" dengan muka tak bersalah hahaha. Makanan kegemaran saya pada ketika itu adalah nasi lemak, nasi arab, ayam goreng, nasi ayam dan macam-macam makanan yang bergoreng dan berlemak. Saya akan makan nasi lemak pada waktu pagi dengan teh tarik, lunch saya pula nasi dengan 2 ketul ayam goreng dan dinner saya pula roti, nasi dan 2 ketul ayam goreng. Saya pun makan supper jugak. Maklumlah tengah belajar larut malam kan. Hahahaha alasan je tu. Supper saya adalah nasi, sup ayam dan telur dadar. Ya, saya memang suka makan. Itulah hobi saya. Terbaik!
Motivasi: RM10 untuk setiap KG yang berjaya dikurangkan
Pada akhir diploma saya, berat saya 80 kg. Mula-mula saya tak percaya, saya cakap penimbang mak saya rosak hahaha. Mak saya pula tak tahan dengan kegemukan saya lalu dia cakap nak bagi saya RM10 untuk setiap kg yang saya berjaya kurangkan. Motivasi yang bagus kan? Hahahaha. Teknik mak saya tak berkesan langsung. Masa tu, saya lebih mencintai makanan berbanding wang. Lama-lama, saya mula sedar yang saya ni gemuk, tapi tiada inisiatif yang diambil. Masa tu saya redha je dengan kegemukan saya. Saya redha. Saya pasrah. Hahaha.
Read more
Video: Tip Diet Hari Raya
Berikut adalah video di mana saya kongsi beberapa tip diet mudah untuk menghadapi hari raya aidilfitri. Sesetengah tip dalam video ini adalah daripada eBook terbaru saya 25 Tip Elak Gemuk di Hari Raya.
eBook Baru: 25 Tip Diet Elak Gemuk di Hari Raya
Sempena hari raya aidilfitri yang akan tiba tidak lama lagi, dapatkan eBook terbaru saya yang berjudul "25 Tip Elak Gemuk di Hari Raya" yang memberikan pelbagai tip termasuk:
- Panduan hadapi rumah terbuka.
- Panduan pilihan makanan yang sesuai
- Cara ganjarkan diri
- Panduan mulakan senaman selepas berpuasa sebelum.
- Senarai kalori makanan, biskut dan kuih-muih popular hari-raya seperti lemang, ketupat, rendang, longtong, laksa dan lain-lain lagi.
Percuma untuk pemilik eBook Lifetime Pakej
eBook ini boleh dimuat-turun percuma untuk pembeli Lifetime All-in-One Package. Macamana nak download? Hanya perlu:
- Log masuk ke akaun anda di https://kevinzahri.com/login/
- Klik pada "Completed Orders"
- Klik pada "Download Files"
- Klik hariraya-bm.1.0.pdf
- Enjoy!
Kardio boleh kempiskan perut? Bukan Sit-ups ke?
Rata rata persoalan yang timbul dari orang ramai ialah tentang perut dan senaman yang sesuai. Lelaki selalunya bertanya. Biasalah, lelaki akan lebih konfiden dan macho kalau mempunyai perut yang kempis dan ada shape – 6 pax, kan? Sebenarnya bukan susah anda mahukan apa yg diidamkan, hanya dengan teknik yang sesuai dan ilmu yang secukupnya sudah memadai. For now, focus yang diberikan untuk senaman cardio bagi mengempiskan perut anda iaitu dengan apa-apa jua senaman yang berbentuk cardio seperti jogging, badminton, futsal mahupun berenang.Read more
Weight Loss Experience of Taufiq Suhamin
- Name: Taufiq Suhamin
- Age: 18 Tahun (as of 2012)
- Goals: Healthy lifestyle, Weight Loss and Slim & Ripped!
- Achievement: Lost 17kg
- Facebook: taufiqsuhamin
- Twitter: @taufiqsuhamin
Asslammualaikum and hello to all readers of KZ’s official website. I am Taufiq Suhamin from Brunei Darussalam, 18 years old, a full-time pre-university college student at the Laksamana College of Business, Brunei Darussalam.
I am writing a weight loss success story under KZ’s success stories’ section to motivate everyone who is keen to lose weight. Indirectly, this motivates me too to reduce more and more weight. Yet, weight loss may be the second goals of mine as healthy lifestyle comes first in my life.
Temptations and excuses are everywhere – college, junk foods, yummy foods, delicious foods and everything, You Name IT! Just like the other students who want to lose weight but keep on dragging ‘college, university, school’ as an excuse not to lose weight just because insufficient time, busy with important tasks and all that.
Impossible Dream For Me:
I have always exposed myself with fashions and most importantly in my life; I love shopping, buying clothes, shoes, jeans and stuff. Due to my weight and shape, I have to limit myself. I only can buy the clothes when there are bigger sizes available. Now still in my disbelief that I can fit “S” or “M” sized tees depending on the cuttings. Let alone my dream to have a lean body like the male models of Calvin Klein and Donna Karan New York.
Overweight Since Childhood:
When I was still in primary school, Primary Six if I am not mistaken, my weight reached 65kg+. I have been an overweight since I was a kid until last year, 2011 not to mention the apprehension of reaching the bad level that is severely obese. I gained more than 20kg when I was in Form 3 and Form 4 and reached 97kg of weight last year.
Read more
Infographic: MILO® PLAY MORE, LEARN MORE® Campaign
Identifying the very need of sports in every child's life, Nestlé MILO® has been advocating sports among children through the MILO® PLAY MORE, LEARN MORE® campaign since 2009 and continues to play an active role in the grassroots level to promote play time for sports among children.
This nationwide commitment targets children aged 6 to 12, families and local communities. Including the local communities in this camp is among the many ways for MILO® to understand the real needs required at grassroots level. MILO® works closely with local communities by providing financial assistance and necessary equipments while local communities contribute by encouraging the community to come together and participate during the camp.
Read more