Zombie Games Bersama Pelajar SK Sijangkang Jaya

Lawatan saya ke Sekolah Kebangsaan Sijangkang Jaya disambut dengan begitu meriah bersama pelajar darjah 4-6 untuk pelbagai aktiviti dan permainan bersama.

Dalam setiap lawatan sekolah, niat saya sentiasa untuk menghiburkan pelajar dengan pelbagai permainan fitness seperti Zombie, Beruang, Boogeyman dll. Games adalah antara kaedah yang terbaik untuk menanamkan minat pelajar untuk menyertai aktiviti bersama. Dan pada masa yang sama ia menerapkan elemen kecergasan seluruh badan.

Untuk kurangkan obesiti, pelajar peru seimbangkan stress akademik dengan akitivit fizikal seperti sukan, Pendidikan Jasmani dan gaya hidup aktif secara am. Bukan untuk sebulan setahun tapi sepanjang tahun.

Kanak-kanak memang aktif secara semula jadi sehingga lah kebolehan mereka untuk kekal aktif sering disekat.


Ping Pong Bersama Pelajar SMK Tinggi Setapak

Baru ini saya lawat SMK Setapak High School untuk menjadi juri pertandingan senam aerobik bersama pelajar tingkatkan 3 yang sedang menanti keputusan PT3.

Overall it was super fun dengan sedikit perkongsian tentang kempen Jom Kurus Sekolah tapi the real fun began selepas pertandingan senam aerobik dengan permainan Ping Pong santai dan tak terancang bersama mereka.

Terima kasih di atas jemputan dan luangkan masa bersama saya.

I had a lot of fun!


Ubat Kurus: Apa Yang Anda Wajib Tahu

Sila kongsi video ini dengan kawan-kawan yang cepat “terpedaya” dan kongsi pendapat anda dalam ruangkan komen.??Ramai yang sering bertanya kepada saya: “adakah ia betul2 berkesan dan patutkah saya membelinya?”.

Adaha Ubat Kurus "Berkesan"?

In teory “yes”. Kandungan2 produk2 berkenaan seperti halia, guarana, coffee atau electro muscle stimulation yang mempunyai fungsi yang tersendiri dalam pemakanan atau gaya hidup secara tapi tidak lah mempengaruhi berat badan atau "kuruskan anda" dengan begitu sahaja yang sering digambarkan oleh penjual dan selebriti-selebriti yang mempromosikan produk, gajet dan ubat kurus.

Ingat: Kalau semudah ubat, spray, pistol, losyen kurus, sudah pasti semua warga dunia dah kurus.

Berkesan untuk kuruskan anda? Kebarangkalian besar tidak. Impak produk-produk itu untuk kuruskan atau fitkan anda sangat kecil berbanding kepentingan pemakanan dan gaya hidup sihat secara am.

Kalau anda lihat majoriti model dan selebriti yang iklankan produk-produk berkenaan, majoriti if not semua memang dah “kurus” dan fit.

Jadi boleh kah anda melanggan? Selagi ia “diluluskan” jualan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia, ia hak pengguna untuk melanggan dan hak penjual untuk menjual.

https://www.youtube.com/watch?v=byVwUjd2rjg

TAPI …

Pihak berkuasa perlu melindungi pengguna dari janji-jani produk yang misleanding pada pengguna. Kesian pengguna yang terpedaya.

Penjual harus ikhlas dan memasarkan produk dan tidak pentingkan keuntungan semata-mata (but i know this is not going to happen but still).

Pengguna harus educate diri. Tiada produk yang magically boleh kuruskan sesiapa. There is no such thing. Pengguna boleh melanggan tapi cuba educate-kan diri tentang kandungan dan kesan sampingan yang terlibat. Jangan ia beri impak negatif pada badan. At that time, it is too late.

Patut kah anda membeli?

I would not recommend anda membeli mana2 produk sekiranya pemakanan & gaya hidup anda tidak terurus dan anda tidak faham kandungan atau cara ubat kurus itu berfungsi. Yes saya faham, pemakanan dan gaya hidup mungkin “membosankan” tapi that is as real and free as it gets :)

Adakah saya guna mana-mana produk atau suplemen?

Saya tidak mengguna mana produk atau suplemen “kurus” tapi saya amalkan suplemen seperti organic/raw honey, whey protein dan calcium/magnesium.


Sabun Kurus, Spray Kurus dan Pistol Kurus? OMG

Sabun kurus, spray kurus dan pistol kurus? Macam-macam produk yang dipasarkan untuk "bantu" pelanggan kurangkan berat badan. Malangnya ramai yang akan terpedaya dengan janji-janji manis dan pemasaran bersama artis pujuaan ramai.

Kenapa ramai yang masih melanggannya ...

https://www.instagram.com/p/B3WBXDdgCFE/


Marvel Run Putrajaya: Mika and I at our 1st official run together

Firstly huge shoutout to Paula from Disney who invited my daughter and I to participate in their inaugural Marvel Run at Putrajaya.

Her first 1200m dash

My daughter never ran in any official event before. Naturally was she was super excited. But despite not being much of an event runner myself, we had a blast meeting all the characters, mini booth challenges and yes Mika and I completed her (not mine) 1200m dash.

Thanks again to Disney and everyone who made it such an awesome experience for my daughter and I. See you next year.

 


3 Sebab Saya Pilih Quaker Oats Untuk Sahur

Selain sumber fiber yang sangat hebat untuk bekalkan tenaga yang berkekalan semasa berbuasa, oats sering menjadi pilihan saya untuk bersahur.


Ramadhan Caffeine Withdrawal Syndrome

Ia akan berlaku setiap tahun, terutamanya permulaan bulan ramadhan di mana badan yang biasa dengan kopi panas berkafein, tiba-tiba berdepan dengan "caffeine drought"

Tanda-tanda caffeine withdrawal syndrome?

Kalau anda pemggemar kopi, baru berpuasa dan tiba rasa:

  • sakit kepala
  • tidak boleh lihat cahaya terang
  • tidak boleh bercakap
  • sakit badan
  • mood swing
  • lemah dan tidak bermaya
  • dan macam-macam lagi.

Short-term withdrawal

Tapi jangan risau, ia hanya bertahan selama 2-3 hari awal Ramadhan. Untuk panduan pemakanan, senaman dan kurangkan berat badan sepanjang bulan puasa Ramadhan, sila layari kevinzahri.com/ramadhan.

Selamat Berpuasa.


50 Soalan Sihat Cergas Ramadhan

Cikgu Fitness #1 Malaysia

Sempena bulan ramadhan, saya telah menjawap pelbagai soalan di laman instagram saya dengan lebih 50 video yang menjawap pelbagai soalan tentang amalan pemakanan, tip kurus, sahur, panduan senaman semasa berpuasa dll.

50 Soalan Fitness Ramadhan

10 Tip Diet Sahur Untuk Ramadhan

https://www.instagram.com/p/Bw_IvKBAthu/

Berikut adalah 10 amalan mudah saya semasa sahur sepanjang bulan puasa Ramadhan. Selamat mencuba.


Touch Rugby Bersama Peserta Jom Kurus Kedah

Gambar dari sessi Jom Kurus Fiesta Kedah bersama peserta Jom Kurus musim 12 dan pelajar Sekolah SMKSL Sungai Petani. Selain pelbagai aktiviti dan perkongsian, antara kenangan manis adalah permainan Touch Rugby bersama saya.

Tahniah buat Coach Amy, para team leader, cikgu Sekolah, penaja dan semua peserta yang bekerjasama untuk menjayakan event bersama.

 


Ganti nasi putih dengan Nasi Cauliflower Untuk Kurus?

https://www.instagram.com/p/BuIn-iNgr0i/

Tiada masalah untuk makan nasi cauliflower atau pengganti nasi putih dalam amalan pemakanan untuk kawal berat badan atau kesihatan secara am. Tapi jarang ia akan menjadi tabiat seharian dan majoriti pembaca di sini pasti akan makan nasi putih sebagai amalan harian.