Kick Off Venue Cabaran Jom Kurus bermula 5 Sept 2015
Berikut adalah senarai venue untuk kick-off Cabaran Jom Kurus. Untuk kawasan yang tidak tersenarai atau sebarang pertanyaan, sila berhubung terus dengan team leader kawasan anda.
September 4, 2015
JK1M Amie & Rizal Weight Loss Success di Malaysia Hari Ini, MHI TV3
https://www.youtube.com/watch?v=eNcR_am32-I
Cabaran Jom Kurus, JK1M di MHI (Malaysia Hari Ini, TV3) bersama weight loss success story pasangan suami isteri, Amie & Rizal, dan team leader JK1M5 - Shafiq, Nana, Esfah, Amir, Haniff dan Zack.
Cabaran Jom Kurus baru akan bermula di seluruh negara Sabtu ini - http://cabaranjomkurus.com
3rd Sept: Weight Loss Sharing Session Percuma di PCMC
September 2, 2015News & Events
Kepada semua peserta JK1M season 5 yang sudah mendaftar, mari sertai Sessi Perkongsian Mengurangkan Berat Badan dr Ikon Jk1M - Aizat Razak. Turut serta dlm sessi perkongsian ini adalah Aminah dan Sherry Halim.. Utk makluman: Free utk Peserta Jk1M5 RM20 utk peserta public (jika nk join jk1m selepas hadiri sessi tersebut, RM20 anda dikembalikan)
Limit kepada 150 pax sahaja. 1st come 1st serve!
Register sekarang dengan hubungi Zuhara di talian ?+60 11?3236 0830? (call/whatsapp)
Details program:
Date: 3rd September 2015 (Thursday)
Time: 7.30pm -10.30pm
Venue: Auditorium Prince Court Medical Centre, Jalan Kia Peng
Jumpa di sana.
Jom Kurus Seminar Tour Dates
The 2nd round of Kevin Zahri's popular Jom Kurus seminar dates around Malaysia, Singapore and Brunei are now available. You can purchase tickets here or for more information about my weight loss seminar, please visit the official Jom Kurus Seminar website.
[one_whole boxed="true"]This seminar is FREE for all participants of the upcoming 6 week Jom Kurus challenge in Malaysia, Singapore and Brunei. [/one_whole]
#1jutakg - Kempen Kurangkan Satu Juta Kilo Malaysia dalam 6 Minggu
Malaysia memerlukan bantuan anda!
Hye, nama saya Kevin Zahri, juga dikenali sebagai ‘Cikgu Kecergasan.’ Saya adalah salah seorang rakyat Malaysia yang berjuang untuk kearah Malaysia yang lebih sihat dan “ringan”. Dalam perjuangan ini, saya amat memerlukan bantuan ANDA.
Ayuh rakyat Malaysia, sertai saya dalam gerakan misi yang dipanggil #1jutakg yang bertujuan untuk mengurangkan 1 Juta KG selama enam minggu diseluruh Negara. Ia adalah perjalanan mengurangkan berat badan secara bebas yang bermula pada 5 September 2015 dan anda boleh menjadi sebahagian daripada program untuk membantu dan menggalakkan mereka yang berada disekeliling anda bersama-sama menjayakan program ini.
Pada masa ini, Malaysia adalah Negara yang mempunyai kadar obesity yang tertinggi di Asia. Tidak kira apa jua perbezaan antara kaum, budaya atau politik tertentu, ia adalah masalah yang memberi kesan kepada seluruh lapisan masyarakat dinegara ini. Tiada siapa yang boleh menafikan Malaysia adalah Negara yang rakyatnya kebanyakan mengalami masalah obesity – Oleh itu, kita haruslah memainkan peranan untuk membantu golongan ini untuk mengurangkan masalah berat badan terutamanya bagi membantu generasi akan datang yang lebih sihat dan cergas. Kadar obesity dikalangan kanak-kanak pada hari ini amat membimbangkan, dan jika permasalahan ini tidak dibendung dari sekarang, ianya akan menyebabkan masalah ini menjadi rumit pada masa akan datang. Jika sekarang kita tidak berjaya memimpim dan membimbing mereka melalui tauladan, masalah obesity tidak akan dapat dibendung sehingga bila-bila.
Kita semua adalah pemimpin dan kita haruslah memimpin melalui tauladan.
Ini bukanlah satu perjuangan tertentu yang dikhaskan untuk badan-badan kerajaan, atau guru-guru sekolah; ia adalah perjuangan dimana kita semua terlibat dan mengambil bahagian. Sama ada anda seorang pemimpin politik, tokoh korporat, ibu bapa, adik-beradik, atau seorang yang beriman, kita semua mewakili individu yang mereka boleh jadikan contoh tauladan. Oleh itu, kita haruslah menunjukkan kepada mereka jalan yang betul dan kita tidak boleh menasihati atau memberikan ‘dakwah kesihatan dan kesejahteraan’ jika kita sendiri tidak boleh membantu diri sendiri terlebih dahulu.
Jadi, bagaimana anda boleh membantu mereka yang berada disekeliling anda?
Sertai Projek #1jutakg kami dengan mendaftar di www.1jutakg.com . Disana , anda akan menamakan beberapa individu dan berjanji dan berikrar untuk mengambil bahagian dengan menyumbang berapa jumlah KG yang akan anda kurangkan. Dengan ini, kami juga akan menyediakan anda dengan garis panduan PERCUMA iaitu ebook dan video bagaimana untuk mengurangkan berat badan yang berkesan berasaskan cara hidup rakyat Malaysia.
Anda masih perlukan maklumat lanjut untuk menyakinkan anda? Sila lihat pada perubahan berat badan yang menakjubkan yang telah mereka lalui melalui projek Jom Kurus kami yang telah dijalankan di seluruh Negara sebagai sumber inspirasi anda!
Ia adalah hidup anda dan ini adalah Negara kita. Jom kita bekerjasama untuk membantu Malaysia yang lebih ringan. www.1jutakg.com
#1jutakg - Corporate Weight Loss Program
August 19, 2015Corporate Wellness
Are you looking to offer your very own corporate weight loss program to your organisation? Why not join our nationwide campaign, #1jutakg, and help us fight obesity in Malaysia together. For more information on how to join for FREE, please visit http://www.1jutakg.com/cw.html
[button color="accent-color" hover_text_color_override="#fff" size="large" url="http://www.1jutakg.com/cw.htm" text="#1jutakg - Corporate Edition" color_override=""]
100 Tip Kurangkan Berat Badan
Berita yang hebat untuk semua. Sempena pelancaran kempen #1jutakg yang akan bermula 5 September selari dengan cabaran Jom Kurus, kami sediakan panduan eBook percuma untuk semua yang telah pledge penurunan berat badan.
[one_whole boxed="true"]
Cara untuk muat-turun eBook ini? Layari www.1jutakg.com, sokong kempen tersebut dengan pledge penurunan berat badan, sahkan email and semak email anda untuk link download eBook 100 Tip Kurangkan Berat Badan.
[/one_whole]
[carousel easing="linear" carousel_title="Contoh Kandungan" scroll_speed="700"]
[item] [/item]
[item] [/item]
[item] [/item]
[item] [/item]
[/carousel]
Astro Awani: Keistimewaan kempen #1jutakg
Liputan kempen #1jutakg di Astro Awani. Belum ledge your kilos? Layari www.1jutakg.com
Video Transformasi Aizat Razak Kurang 125kg
August 3, 2015Video,Success Stories
https://www.youtube.com/watch?v=NAXP6I_g6fg
Video transformasi dan perjuangan mental & fizikal Aizat Razak mengurangkan 125kg berat badan dari 220kg ke 95kg dalam 18 bulan.
Anda boleh baca kejayaan kisah beliau di sini atau CNN iReport
Aizat merupakan peserta cabaran Jom Kurus 1Malaysia (JK1M) musim 1 hingga 4 tapi juga dibimbing oleh pebagai jurulatih, family dan rakan seperjuangan.
Aizat Razak Kurang 125kg Dalam 18 Bulan
Cikgu Fitness #1 Malaysia
Turun 125 kg dalam 18 bulan? Mungkin anda tidak hairan sangat jika anda bukan berstatus Mega-Obes seperti saya. Ok. Apa kata, kalau saya kongsikan rekod 6 bulan pertama saya berjaya turunkan 60kg? Mungkin anda berminat untuk terus membaca…”
Saya Aizat Razak, berumur 31 tahun. Tanpa disedari, leka dalam kesibukan kerja, makan, minum, lepak tengah malam dan tidak membuat sebarang aktiviti yang mengeluarkan peluh, berat semakin bertambah sehingga 220kg dan makin banyak kesulitan yang dihadapi. Antaranya, tali pinggang kereta sudah semakin ketat, nak pilih kerusi di restoran untuk makan pun semakin susah, naik tangga penat, dan kalau naik flight atau bas pasti tidak muat, sedangkan saya suka melancong ke sana sini. Paling penting, bila mahu solat, kena solat duduk sebab susah nak duduk dan bangun.
“Dah takdir aku macam ini, nak buat macam mana lagi?” “Bukannya aku minta dilahirkan gemuk” “Apa yang penting adalah dalaman seseorang, bukannya penampilan luaran”
Entah berapa kali saya pujuk hati saya dengan ayat-ayat di atas.
Tetapi mama tak jemu-jemu memberi nasihat untuk berubah. Sehinggakan pada sekitar November 2013, nasihat mama agak berlainan. Kedengaran mama seperti merajuk dengan saya.
“Berubahlah Aizat. Kalau Aizat masih tak sihat macam sekarang ini, siapa nak jaga Aizat bila mama dah tiada nanti?”
Darah saya berderau. Langsung saya terdiam tanpa kata-kata. Seharian saya mengulang-ulang kata-kata mama dalam kepala.
Apa yang membuatkan saya terdiam bukanlah kerana saya buntu mencari siapa yang akan menjaga saya apabila mama sudah tiada nanti. Tetapi saya buntu memikirkan – bagaimana dan bila saya dapat membalas jasa mama kalau mama pergi dahulu?
“Ya Allah, izinkanlah aku berbakti kepada mamaku sebelum Kau panggilnya buat selama-lamanya. Berilah aku peluang untuk menjaga mamaku sebagaimana dia menjagaku sejak kecil.”
Saya nekad. Saya perlu berubah. 1 Januari 2014 adalah tarikh terbaik untuk saya mulakan gaya hidup baru.
Jan 2014: Permulaan di JK1M
Azam tahun baru saya semakin serius apabila saya melihat program terbaru @kevinzahri – Jom Kurus 1Malaysia 2014 (JK1M) siri yang pertama. Pucuk dicita ulam mendatang. Yuran program yang mampu bayar. Ada pula kawasan berhampiran dari rumah. Kebetulan pula duit ada lebih sedikit di bank.
Latar belakang jurulatih-jurulatih program JK1M pun sangat mengagumkan. Di Bandar Baru Bangi (kawasan rumah saya), jurulatih tersebut mempunyai Ijazah Sarjana dalam Sains Sukan. Coach Aizzat Adnan namanya.. Semuanya bermula dengan ?#?jk1m?… ia mengubah kehidupan saya 360 darjah.
Alhamdulillah selepas setahun setengah saya mencapai misi saya misi bawah 100kg dan ini hasil penurunan saya.
Jan 2014 – Jun 2014 = 220kg ke 160kg (Penurunan 60kg)
Julai 2014 – Dis 2014 = 160kg ke 138kg (Penurunan 22kg)
Jan 2015 – Mac 2015 = 138kg ke 128kg (Penurunan 10kg)
April 2015 – Jun 2015 = 128kg ke 95kg (Penurunan 33kg)
“OK, Sebelum saya kongsikan tip-tip apa yang saya lakukan untuk 6 bulan pertama, maybe this is my very golden tips untuk anda. Perasan kan pada period kedua dan ketiga, saya alami penurunan yang SIPUT sekali? Hati-hati….itu fasa plateu namanya. Boleh bikin hati resah dan gundah gelana dan boleh bikin kita tewas di pertengahan jalan. Ini tips.
1. Tukar pelan pemakanan yang baru yang bersesuaian dengan berat badan kita yang baru. Jika masih mengamalkan pelan pemakanan lama tanpa ada ubahsuai, walaupon pelan tersebut juga adalah pelan diet sihat, maka plateau akan mudah mendampingi kita.
2. Tingkatkan dan pelbagaikan latihan dari segi durasi latihan ataupun intensity latihan. Sebagai contoh, gabungkan ‘resistance training’ atau bahasa mudahnya weight training dan juga cardio training.
Itu tip-tip bagi stage plateu untuk mereka yang sudah sampai ke fasa itu. Bagi mereka yang baru bermula, seperti yang dijanjikan ini yang saya amalkan untuk 6 bulan pertama yang menyebabkan saya hilang 60kg.
Fasa Permulaan:
1. Set objektif mengapa mahu ubah.. Mahu kurus dalam jangka masa pendek atau panjang. Nasihat saya ubah untuk jangka masa panjang sebab kalau jangka masa pendek, potensi untuk kita membesar semula sangat besar.
2. Cara sebab utama mengapa kita mahu berubah. Caranya mudah, pasti kita mahu berubah untuk kebaikkan diri kita sendiri dan untuk yang menyanyangi kita
3. Cari cara yang sesuai untuk kita berubah. Ada yang boleh bergerak sendiri, ada juga yang perlu berkumpulan.
4. Fahami konsep ‘lose weight’ iaitu 70% pemakanan dan 30% pada senaman.
5. Fahami ilmu diet dan sesuaikan dengan diri kita supaya kita selesa dan suka dengan diet itu.
Fasa Tindakan:
Sesudah selesai menetapkan apa yang perlu pada fasa permulaan, ini tip-tip yang dinantikan.. Apa amalan saya sehingga boleh kurangkan 60kg dalam masa 6 bulan. Boleh diamalkan tetapi perlu faham, jumlah penurunan berbeza berdasarkan kondisi badan setiap individu.
Untuk fasa 6 bulan pertama, mental perlu kuat kerana kita mahu ubah tabiat pemakan kita supaya badan kita selesa dengan menu sihat kita. Ini 10 tip untuk anda
1. Minum air putih.
Minum air sekurang-kurang 4L sehari. Amalan saya 2L sepanjang pagi ke tengahhari dan bakinya bermula selepas makan tengah hari sehingga 6.30 petang. (jangan minum banyak malam-malam nanti tidur tak cukup sebab kena bangun dan buang air kecil)
2. Kurangkan Gula, Garam dan Minyak
Mulakan dengan mengurangkan jumlah pengambilan gula, garam dan minyak dalam masakan. Untuk saya, saya memang buang terus gula dan hanya secubit garam dalam masakan dan menggunakan minyak zaitun dengan kuantiti sedikit dalam masakan.
3. Kurangkan pengambilan karbo.
Setiap hari saya hanya makan 2 keping roti whole meal bagi menggantikan nasi ketika pagi bagi penggunaan tenaga sepanjang hari. Sebenarnya tidak kisah apa jua jenis carbs, tetapi mesti ada carbs dan kuantiti yang kecil.
…”Bak Kata Kevin Zahri. Nasi segenggam”…
4. Sarapan yang sihat
Saya amalkan sarapan saya dengan dua biji telur putih (rebus atau setengah masak, salad, dan roti.
5. Minum Teh Hijau
Amalkan pengambilan teh hijau tanpa gula ketika pagi. Teh hijau dapat meningkatkan metabolism dalam badan kita.
6. Menu makan tengah hari dan malam yang sihat
Amalan menu saya sepanjang 6 bulan adalah gabungan protein (ayam/ikan) yang dibakar/kukus/sup (make sure less oil ya) bersama sayur-sayuran (fibre) seperti broccoli, tomato, lobak dan apa jua jenis salad yang dikukus atau direbus atau masak air.
7. Snack sampingan – 2 biji Epal hijau pada jam 10 pagi dan 4 petang
8. Senaman, saya hanya lakukan 3 kali seminggu sahaja. Fokus kepada senaman cardio terlebih dahulu seperti, berjalan laju, berbasikal di gym dan libatkan diri pada pelbagai aktiviti sampingan seperti futsal, dodgeball dan jenis senaman yang pelbagai.
9. Untuk mereka yang overweight seperti saya, saya sarankan basikal di gym dahulu atau berjalan-jalan mengikut kemampuan kita. Jangan push, lakukan secara perlahan-lahan dan biarkan badan kita berkenalan dengan stamina dan lama kelamaan stamina badan kita sendiri akan meningkat naik dan kita akan lakukan dengan lebih laju dan lama. Insyallah
10. Ada ambil supplement?
Sejujurnya usaha saya sepanjang setahun setengah ini 99.95% adalah secara natural iaitu gabungan pemakanan dan senaman. Kenapa bukan 100% sebab jujurnya 0.05% peratus itu datangnya dari cubaan mengambil supplement seperti fat burner. Tetapi kesan penurunan pada badan saya sama sahaja seperti tidak ambil supplement dan tiada penurunan maha hebat. Jadi terus berhenti sahaja pengambilannya dan fokus kepada proses secara semula jadi.
Tipu lah kalau saya tidak teringin macam-macam seperti mana yang orang lain dan saya makan sebelum ini. Saya ini peminat dessert. Pantang nampak.. pejam mata je habis. heheh jadi apa yang saya buat, kalau betul-betul teringin akan saya makan satu sudu kecil sahaja buat cukup syarat. Lebihnya saya beri pada kawan ataupun keluarga. Jadi, kita boleh makan apa sahaja yang diingini, tetapi portion / kuantiti itu perlu di jaga.
Awalnya memang saya menjaga pemakanan saya dengan ketat. Tapi apabila kita berjaya mengaktifkan diri kita dengan melakukan senaman, ini sedikit sebanyak saya melonggarkan sedikit amalan diet saya dan mula mengambil pemakanan yang seimbang.
Pesan saya, tiada yang boleh mengubah diri kita sendiri selain diri kita sendiri. Percaya pada diri dan insyallah kita boleh lakukan. Tip akhir, jauhi mereka yang merperkotak katikan semangat kita, lihat secara positif dan cabar diri untuk buktikan yang kita bukan main-main. INI SERIUS!….
Paling-paling akhir, sambil berusaha, teruslah berdoa dan sentiasa mohon untuk dipermudahkan dan diberikan kekuatan untuk kita lalui perjalanan ini. Amin..
Harapan saya, saya berharap saya dapat pula membantu mereka melawan obesiti ini. Insyallah. Follow Facebook saya sekiranya mahukan tips yang dapat memotivasikan anda.
Sudah bersedia untuk berubah?
Cadangan saya, sertailah JK1M Kenapa saya cadangkan JK1M? Ini sebab-sebabnya berdasarkan pengalaman saya MENYERTAI sepanjang JK1M siri 1 hingga 4:
1. Sokongan kumpulan yang sangat tip top. Mereka ini yang akan saling sokong menyokong untuk pastikan kita semua berada dalam track yang betul. Senaman sama-sama, diet sama-sama dan cheat day pun sama-sama.
2. Team leader yang juga terbaik yang akan membantu kita menurunkan berat badan dengan BETUL
3. Kelebihan sampingan dari Kevin Zahri iaitu seminar percuma dan keahlian ebook sepanjang hayat yang boleh membantu kita walaupun kita tidak lagi sertai JK1M. Serius, ebook beliau sangat membantu saya sekiranya saya terkeluar dari landasan. hehehh
Jadi sekiranya anda merasakan JK1M sebagai salah pilihan untuk membantu anda berubah, layari kevinzahri.com.
Okay, ini betul-betul terakhir. Saya mahu ambil kesempatan ini mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua coach yang membantu saya sepanjang perjalanan ini. Izikan saya menyebut nama mereka satu persatu, Aizzat Adnan, Gillian & Qhal, Azlan & Izwan, Yun, Iylia Fahmi, Nick Zainul, Anum & Eachuan, Ellyna, Cem dan semua trainer yang lain yang membantu saya seadanya. Hanya Allah sahaja yang dapat membalasNya.
Tidak lupa juga buat keluarga, Sahabat-sahabat, rakan-rakan serta seluruh keluarga fitness saya B’fit, Bangirunners, JK1M 1 & 2 di Bangi, JK1M 3 di Putrajaya dan JK1M 4 di Seri Kembangan dan semua yang menyokong dan mendoakan supaya usaha saya dipermudahkan selama ini. Terima kasih banyak-banyak.
Untuk saya sendiri, saya berasa bersyukur kerana dapat membahagiakan keluarga saya. Meminjam kata-kata Penulis Prolifik Bahruddin Bekri, “Membahagiakan ibu bapa itu, adalah bahagia yang sesungguhnya. Bahagiakanlah mereka melalui usaha, dan doa, kerana dalam banyak-banyak manusia, doa kita sebagai anak adalah antara doa yang akan terus sampai kepada mereka, walaupun di alam mana mereka berada.” Alhamdulillah.
PENUTUPNYA, REMEMBER “No Pain No gain. Pain is temporary, pride is forever.”
Aizat Razak: This is my 125kg Weight Loss Story
[one_whole boxed="true" animation="Fade In" delay="200"]CNNiReport: This story is available at CNN iReport. Please like and share the story and help us get the story on CNN. [/one_whole]
My name is Aizat, 31. I had a history of long working hours, plenty of food and comfort in all aspects of life, late night hangout at local "Mamaks" (popular Indian hangout restaurants which open 24hrs), not much physical activity and live in Malaysia, which has the highest obesity rate in Asia.
Years of this ballooned my weight to 220kg. I would lie if I told you that I didnt see it coming but slowly the weight started to take over the quality of my life. Restaurant chair were too small. The sight of stairs became frightful. As a person who loves life and traveling, bus or plane seats became inadequate. Not to mention the faces of passengers who feared that I would be seated next to them. As a person of faith, even praying became a liability.
But despite all of these, I couldn't quite put my head around it. I couldnt recount the number of times I asked myself "is this my faith?" "Am i destined to be obese?" I even convinced myself that what really matters is a person's interior and not the exterior.
Turning point 2013: Mama
For years my mum tried to get me to change, to move, to wake and step out of my shell. For years I brushed her advice to the side til one day she said: "Aizat, wake up my son. Yes I can take care of you now but who will bear with you when I die?"
Those words cut me deep and stick with me til today. Not because i was fearful of finding someone who would care for me. But I needed to honor my mothers love. To find a way to return the endless love and care she has for me BEFORE its too late.
That was the ultimate turning point in my weight loss journey. From that day, I was determined to lose weight. For myself but also for Mama. 2014 was just around the corner so yeah, like most people my new years resolution for 2014 was clear.
..."I knew I am going to need guidance along my journey. Wanted to lose weight alone wasnt going to get it done"...
Via some friends, I came across a 6-week educational weight loss program called Jom Kurus (malay for lets lose weight), pioneered by Kevin Zahri, a local fitness celebrity here in Malaysia.
I quickly signed up. Although its not free (RM300 or approx USD75), it provided me with the tools (ebooks, videos, group activities, seminars etc) to take control of my life.
To be honest, the beginnings were tough. But but being surrounded fellow participants, who struggled themselves and share the same goal, the tough got easier.
15 Tips That Helped me Lose 125kg
Along my 18mth journey, I learned many plenty about nutrition, fitness, recovery and so much more. So to help and inspire those who are reading this, i would like to outline what I practiced and learned:
1) Change for self. My beloved Mama was the turning point but I realized that I needed to make the changes for myself. This I believe is key for sustainable weight management that will last a lifetime. Afterall, you will always be stuck with "you".
2) Surround yourself with people who are positive and share a similar objective. Not everyone in your circle is going to be supportive.
3) Know-how is crucial. There are endless fitness gurus out there. Find someone who suits your lifestyle. I chose Kevin Zahri for his educational ebooks and practical video guides, and Jom Kurus because the entire program is build around moderation and empowered me to build my own diet and choose my own lifestyle.
4) Find your own path. It does not matter if one loses 10kg or 5kg per month. People often get fixated on the progress of others. Find your own comfort zone (food, exercise and fun) so that you can sustain that progress and lifestyle forever.
5) Build your own diet. Through my journey, I learned about calorie management, atkins, paleo, blood type and all other trends. Learning is great but the key message to remember is NOT to follow any diet. Build your own based on your own needs and habits.
6) 70:30. Weight loss is 70% diet and 30% exercise. Think about it: daily we consume some 2000kcal but a decent workout probably burns 500kcal. This again is why I believe in building my own (Malaysian) diet but that helps me manage my calorie intake without leaving me frustrated and stressed.
7) Drink plenty of water. Its calorie free and helps me to minimize water retention. how much? i drank some 4liters but I was/am a big guy. Lyour requirements may differ.
8) I reduced sugar, salt and oil. Why? Less sugar helped stabilize my cravings. Less salt reduces water retention, stress and blood pressure while less oil, helps to reduce my overall calorie intake (1g oil = 9kcal)
9) Reduced simple carbohydrates. I know this is a popular diet trend but many don’t really know why. I learned that simple carbohydrates or simple sugars (which are everywhere) spike insulin level and create havoc for your cravings and fat storage. So I did the follwing 2 things: I kept my per meal carbohydrate serving size to a fistful. 2ndly I tried to opt for fiberous carbohydrates. Of course I had cheat days but I choose a balance that works best for me.
10) Green tea. I learned that its calorie free (like other teas) and the caffeine helps to boost my metabolism.
11) I snack in between meals with fruits and nuts (in moderation) to keep my cravings in check. When my cravings are in check, your daily calorie intake is going to thank you later.
12) Exercise? In the beginning the focus was to keep active. At 220kg mobility was not easy but my Jom Kurus group were detrimental to keep me moving - even it means walking or doing half mini squats. The more you do, the more your burn. I didnt exercise daily - about 3x per week. Some low impact cardio like stationary bike, circuit training and light aerobics.
13) Supplements? In Malaysia, weight loss supplements are everywhere as everyone is looking for a quick fix (but are often left disappointed and exploited). Did I try any. Sure I tried a fat burner as many others often do. Did they help? No - I felt my weight loss progress with or without the fat burner was really the same and stopped using them after a short period. I learned that supplement may help but they are NOT the key to sustainable weight loss.
14) Cravings? Sure I had plenty of cravings along my journey. Food is joy. I personally am a dessert junkie. So did I indulge along the way? Haha I wouldn’t say I had a slice daily but I rewarded myself perhaps weekly with a small piece of heaven or shared it with a friend or family. You see, once you understand your calorie needs and say have a daily calorie budget of 1500kcal, a 200kcal piece of cake or chocolate is NOT going to ruin that.
15) Plateau? My 125kg weight loss journey was not all smooth sailing.
? Jan 2014 – Jun 2014 = 220kg to 160kg (weight loss 60kg)
? Julai 2014 – Dis 2014 = 160kg to 138kg (weight loss 22kg)
? Jan 2015 – Mac 2015 = 138kg to 128kg (weight loss 10kg)
? April 2015 – Jun 2015 = 128kg to 95kg (weight loss 33kg)
As you can see, I lose some 60kg in the first 6 month but progress slowed from there. I got a lot of good advice from trainers around me to help breakthrough my plateaus. How?
- Diet adjustments: I learned that as I lost weight, my body's requirement for food/energy would drop as well. Hence, I slowly reduced my calorie intake along my journey.
- Exercise became routine. Hence my body did not quite get that ’kick' it once did in the beginning. To push my body further, i slowly increased my workout intensity, starting participating in runs, started weight training and really just experimenting with different workout regimes. This not only did wonders for my weight loss and physical transformation but also kept my mind fresh and motivated.
- Rest. Exercise and dieting can be stressful and stress adds fat. I learned to take breaks in between and allow my body, mind and soul to refuel.
That basically covers it all. I sincerely hope that my story can inspires as many people as possible. Obesity is a global epidemic but the solution lies in your own hands. No one else can do it for you. I can’t stress enough how important know-how and positive surroundings was along my journey.
Remember "No pain No Gain. Pain is temporary, pride is forever"
Aizat Razak, 2015
Kisah Kurus Sherry Halim: 140kg ke 70kg
July 27, 2015Success Stories,Weight Loss
Sherry Halim
- Umur: 30 tahun
- Tinggi: 167cm
- Berat Asal: 140kg
- Berat Sekarang: 68kg
- Pencapaian: Kurangkan 72kg dalam 1 tahun.
- Kerjaya: Etiqa Maybank
- Twitter: @sherryhalim
- Facebook: sherry.halim
Saya adalah salah seorang average jane. Bekerja di pejabat, tidak sukakan sukan dan senaman, suka menonton televisyen dan cukup sukakan makan. Aktiviti sosial saya bersama rakan adalah lepak di kedai mamak. Satu kombinasi profil bagi mereka yang gemuk.
"Saya seorang yang obes. Pada usia 30 dan berketinggian 167cm, berat badan saya hampir memcecah angka 140kg."
Makanan kegemaran saya adalah jenis savoury. Jika saya makan, saya akan makan tanpa mempedulikan tentang kalori, kegemukan dan kesihatan.
Pada ketika itu, saya tidak kisah apa pun nasihat keluarga dan rakan-rakan. Yang saya tahu, mereka harus menerima diri saya seadanya, walaupun niat mereka sebenarnya adalah untuk memastikan saya sihat dan gembira.
Sindirin Menjadi Kebiasaan
Dipanggil si gemuk, anak gajah adalah perkara biasa saya hadapi. Namun saya hanya menelan kata-kata tersebut. Bagi diri saya, saya gembira walaupun di tahap obesiti. Namun itu hanya lah penipuan pada diri sendiri. Sebagai seorang wanita, pastinya saya menginginkan memakai pakaian yang cantik, berhias dan kelihatan menarik. Tetapi, kerana nafsu makan yang tinggi, saya menafikan kehendak saya.
Banyak kenangan yang kurang manis saya alami ketika di puncak obesiti. Paling utama adalah pakaian, saya hanya boleh membeli pakaian di kedai yang menyediakan pakaian untuk mereka yang gemuk. Lantas saya tidak suka shopping kerana memberi kekecewaan.
Saya suka adrenalin rush. Roller coaster dan pelbagai lagi permainan di taman tema menjadi kegemaran saya. Namun banyak permainan itu tidak dapat saya naiki, kerana faktor, badan terlalu besar dan tidak muat untuk duduk di kerusi permainan tersebut. Ini terjadi di taman tema baik di negara kita yang mempunyai saiz badan yang kecil mahupun di luar negara yang mempunyai struktur badan yang lebih besar dari Asean.
Pernah, suatu ketika dahulu, semasa berada di Phuket, saya tidak dibenarkan untuk menyewa motosikal dari kedai motosikal sewa kerana keadaan fikizal saya.
Peristiwa Paling Melalukan
Paling memalukan, saya terpaksa menggunakan tali pinggang tambahan apabila menaiki kapal terbang dan ketika berada di Medan ketika menaiki bas angkut-angkut, saya tidak dapat duduk di kerusi bas kerana saya terlalu besar untuk muat di kerusi bas tersebut dan ditertawakan oleh warga tempatan.
..."saya terlalu besar untuk muat di kerusi bas tersebut dan ditertawakan oleh warga tempatan"...
Pelbagai lagi kenangan tidak indah saya sebagai seorang yang obes. Namun saya bersyukur yang sepanjang ini, saya tidak menghidap apa-apa penyakit yang berkaitan dengan mereka yang obes.
Setelah dihantui pelbagai ketidakmanisan dalam hidup, saya telah pergi bercuti ke Bandung pada April 2014. Ini adalah satu permulaan untuk saya berubah.
Habis Ribuan Ringgit Beli Ubat Kurus
Di sana, dengan pujukan rakan yang mahukan saya berubah, saya telah membeli ubat kurus di kedai jamu. Saya telah menghabiskan wang ribuan ringgit untuk membeli ubat kurus tersebut. Pulang ke Kuala Lumpur, saya menggunakan produk itu, namun tidak sampai 2 minggu, saya telah mengalami gastrik yang teruk sehingga terpaksa menerima suntikan. Terus saya memflushed pil-pil itu ke dalam tandas. Dan saya kecewa dengan diri saya. Saya akan obes selamanya.
Terjumpa Program Jom Kurus
Dalam pada masa yang sama, mungkin dengan ketentuan tuhan, saya terlihat satu pos dari rakan saya menerusi Instagram, yang telah berjaya menurunkan berat badan. Setelah diamati, saya mendapati rakan saya ini telah enrol satu program yang sangat besar si negara ini. Lantas, saya telah membuat selidik tentang program ini melalui laman web penganjur.
Setelah membuat kajian dalam laman web itu, saya mendapat satu semangat baru. Penganjur program tersebut, Kevin Zahri memberi satu dimensi baru untuk saya. Banyak ilmu baru yang saya peroleh semasa melayari laman web kevinzahri.com. Saya pasti, lebih banyak ilmu bakal saya peroleh, jika mendaftar untuk program tersebut.
Lantas..
Dengan semangat yang cukup berkobar ingin kurus yang telah tersemat dalam diri, saya mendaftar sebagai peserta program Jom Kurus Raya yang bermula pada 24 Mei 2014.
Memang benar telahan saya, program ini memberi saya banyak manfaat dari segi ilmu yang diperoleh dan mengubah gaya hidup saya. Dan tarikh itu (yang juga tarikh hari jadi saya yang ke-30), menjadi tarikh yang bakal mengubah hidup saya seratus peratus dan menjadi tarikh yang tidak dapat saya lupakan.
Eye Opener: Seminar Kevin Zahri
Pertama kali berjumpa dengan Kevin Zahri dan mendengar seminar beliau, saya mengetahui tentang kalori, kiraan, makan dengan betul dan bersih. Selama ini saya terlalu naif untuk mengetahui tentang hal penjagaan pemakanan. Bagi saya untuk kurus perlu berlapar. Namun persepsi saya berubah apabila mengikuti program Jom Kurus Raya.
Bermula dari hari itu, saya mengubah pemakanan saya. Saya makan mengikut kiraan kalori. Saya memastikan saya tidak makan lebih dari 1500 kalori setiap hari.
Dari seorang yang gemarkan makanan bergoreng dalam (deep frying) menu saya berubah kepada goreng tanpa minyak, bakar dan sup. Makanan yang saya masak tidak lagi mengandungi msg dan untuk memastikan makanan saya enak namun tidak berkalori tinggi, saya membuat pelbagai research untuk mendapatkan resipi-resipi masakan sihat.
Makan Kerap Untuk Kawal Nafsu Makan
- Saya tidak berlapar. Sebagai seorang yang gemar makan, saya makan lebih dari 10 kali sehari, namun tetap dalam kiraan kalori yang di tetapkan.
- Menu harian saya meliputi protein (600g-700g sehari seperti ikan, ayam, udang dan ketam), buahan, kekacang dan segenggam karbohidrat (seperti biskut, roti atau nasi) dan sejari coklat. Namun ia tidak melebihi 1500 kalori. Saya minum air sehingga urin berwarna jernih.
- Tiada ubat kurus lagi. Saya tidak lagi menghabiskan ribuan ringgit untuk ubat-ubat kurus yang menjanjikan kurus dengan cepat tanpa diet dan senaman. Saya mengikuti panduan yang diberikan oleh Kevin Zahri dan menyertai aktiviti yang disediakan oleh team leader saya.
- Yang paling menyeronokkan adalah, apabila saya menjadi seorang yang aktif. Bersama team leader dan rakan-rakan jom kurus yang mempunyai objektif yang sama, kami beriadah, bersukan dan bersenam. Motivasi menjadi tinggi apabila bersama kumpulan yang mempunyai matlamat yang sama dan saling menyokong antara satu sama lain.
- Tiada rasa malu terbayang di mata saya seperti mana sebelum ini, di mana, perasaan bimbang ditertawakan apabila bersenam tidak timbul.
- Pelbagai perkara baru yang saya buat semasa bersama program KZ. Antara nya adalah hiking, rock climbing. Sesuatu yang tidak pernah saya bayangkan saya akan lakukan.
Setelah tamat program Jom Kurus Raya 2014, saya meneruskan lagi misi saya untuk kurus dengan mengikuti pula Jom Kurus Satu Malaysia anjuran Kevin Zahri.
Circuit training, dodgeball, berbasikal, trampolin dan badminton adalah kegemaran saya sekarang.
Tidak dapat disangka yang sekarang saya mempunyai lebih ramai jaringan rakan di seluruh Malaysia. Program ini bukan sahaja telah menjauhkan saya dari obesiti, namun ia mengubah diri saya dari seorang yang pasif kepada aktif.
Lebih yakin
Bukan itu sahaja, saya sekarang lebih berkeyakinan dan dapat berfesyen seperti wanita yang lain.
Setelah sepuluh bulan, saya telah hilang lebih 70kg. Saya sekarang mampu memakai pakaian bersaiz S dari xxxxxl dan seluar bersaiz 28 dari 48. Ianya seperti berada di alam mimpi. Cukup indah.
Saya bersyukur dapat bertemu dengan fitness guru yang telah mengubah diri saya.