5 Tip Elak Gemuk Di Hari Raya

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua umat Islam.

Musim perayaan memang seronon tetapi kerap menjadi punca naik berat badan pada masa yang sama. Lagi-lagi lah kalau beraya sebulan. Jadi berikut adalah 5 tip mudah yang saya sendiri amalkan sepanjang bulan syawal.

2:5 Rule.

Ini cara saya beraya sebulan. Dalam seminggu, saya amalkan 5 hari makan agak sihat dan 2 hari kurang sihat. Kenapa 5:2? Kerana kebanyakan rumah terbuka yang kira rosak diet, adalah pada Sabtu dan Ahad sahaja. Jadi Isnin hingga Jumaat saya amalkan pemakanan yang lebih baik untuk seimbangkan pilihan kurang baik dan tinggi kalori pada hujung minggu.

20 Minit.

Ingat bahawa ia akan ambil masa lebih kurang 20 minit untuk beraya kenyang. Jadi mulakan setiap rumah terbuka dengan hihdangan yang agak seimbang dan cuba makan perlahan.  Hidangan "seimbang" tu  camane? Cari sumber karbohidrat segenggam (nasi, ketupat etc), sumber protein yang baik (ayam masak merah, daging rendang) dan sayur. Lepas tu baru makan manisan "sedikit".

Setiap Rumah Terbuka = Satu Meal:

Ramai yang sering mengadu "Aduh, rumah terbuka sepanjang hari! Memang tak boleh elak makan berlebihan". Betul tapi hari biasa pun makan dalam 5-7x. Jadi jadikan setiap rumah terbuka itu sebagai satu hidangan dengan gap mungkin 2-3 jam diantara setiap rumah terbuka.

Fokus pada kalori makanan.

Kestimewaan hari raya adalah lauk bukan air. Jadi kalau anda nak kurangkan pengambilan kalori berlebihan, makan lah tapi elak kalori daripada air ... kalau boleh.

Jangan tak beraya pulak!

Itu penting. Tidak salah kita menikmati segala lauk yang lazat di hari raya setelah berpuasa sebulan. Life is about balance.


Gambar Majlis Berbuka Puasa Peserta Cabaran Jom Kurus Raya

Sempena penutup dan pengumuman pemenang cabaran Jom Kurus Raya 2014, kami menganjurkan majlis berbuka puasa bersama team leader VIP Nana Al-Haleq, Ian Cheang dan semua peserta VIP, seminar dan santai di Mont Kiara 28, Kuala Lumpur.


Promosi Raya 2014

Promosi Raya 2014: Guna coupon code "lastkopekraya" untuk diskaun RM30 bagi pembelian membership Lifetime eBook dan Video.

3 Sebab Kenapa Ia Mudah Kurang Berat Badan dalam bulan puasa?

Ramai yang berjaya kurangkan berat badan dalam bulan puasa ramadhan walaupun tidak bersenam. Gambar ini yang dipublish melalui laman Instagram Kevin Zahri, berikan 3 sebab kenapa ia mudah untuk kurangkan berat badan semasa berpuasa sebulan.


Kenapa mudah kurang berat dalam bulan puasa ramadhan?

Sebenarnya sangat mudah untuk kurangkan berat badan dalam bulan ramadhan. Belajar sebab dan langkah dalam video ini untuk memastikan anda berjaya turun berat sebanyak boleh sebelum raya dan elak ia naik semula.


Tips Elak Makan Berlebihan Ketika Berbuka Puasa

Dalam video ini, dapatkan tips dari Kevin untuk elak makan berlebihan semasa berbuka puasa atau semasa berdepan dengan buffet ramadhan.


JK1M Musim ke3: Pencarian Team Leader Bermula

Cabaran Jom Kurus 1Malaysia atau JK1M musim ke3 akan bermula, insyallah, pada 6 September 2014 ini. Jadi seperti biasa, pihak kami bermula dengan pencarian team leader untuk memimpin peserta-peserta dari seluruh negara.

Jadi sekiranya anda merupakan seorang jurulatih kecergasan, pakar nutrisi, peminat fitness atau bekas peserta JK1M dan berminat untuk join kami untuk musim ke3 ini, sila isi borang online  dengan lengkap di https://kevinzahri.com/jk1m/tl


Ramadhan: 8 Tip Diet Sahur Mudah

Amalan sahur sememangnya sunnah semasa menjalankan ibadat puasa. Saya sendiri memang jarang meninggalkan "hidangan" sahur melainkan tertidur :) Jadi berikut adalah 8 tip diet sahur mudah yang anda boleh amalkan dimana-mana. Untuk panduan diet Ramadhan yang lebih teliti, dapatkan panduan siri eBook Ramadhan saya.

 


Panduan Senaman Bulan Puasa Ramadhan

https://www.youtube.com/watch?v=0m6teFC_odg

Ingin bersenam dalam bulan ramadhan atau bakar lemak sebelum hari raya nanti? Dapatkan tips dan panduan senaman kardio, aerobik dan pemberat sebelum atau selepas berbuka puasa dari Kevin Zahri


Baru! eBook 30 Rutin Circuit Senaman Bulan Puasa Ramadhan.

Berita baik untuk semua ahli eBook atau video kevinzahri.com. Kami baru sahaja lancarkan eBook baru yang berjudul 30 Rutin Circuit Senaman Bulan Puasa Ramadhan yang memang ideal untuk mereka yang ingin teruskan program kecergasan pada bulan puasa dan tidak sempat di gym selepas berbuka. Apa2 pun, rutin senaman eBook ini juga sesuai untuk senaman di luar bulan puasa.

Untuk muat-turun eBook ini:

  1. Log masuk di https://kevinzahri.com/login
  2. Klik "My Account"
  3. Klik "Completed Orders"
  4. Klik "Download Files"
  5. Download eBook 30 Ramadhan Circuits. 

Belum menjadi ahli dan ingin dapatkan eBook ini, sila layari laman web membership.

 


Nazrin Nasser: Hybrid training untuk kurang 30kg dalam 10bulan.

Mohd Nazrin bin Nasser

  • Umur: 24 tahun
  • Tinggi: 173.5cm
  • Kerjaya: Ijazah Sarjana Muda Pengurusan (Kewangan) Universiti Sains Malaysia
  • Berat Asal: 128kg
  • Berat Selepas: 98kg
  • Jangka Masa: 10 bulan
  • Tinggi:173cm.
  • Facebook: nazrin.nasser.
  • Twitter: nazrinnasser.
  • Instagram: nazrinfitness.
  • YouTube: nazrin nasser.
  • Laman Web: www.nazrinfitness.com.

[button color=”Accent-Color” size=”medium” url=”https://kevinzahri.com/jom/ebooks/panduan-kurangkan-5kg-5minggu” text=”Nak kurang berat badan?”]

Berat badan tertinggi pernah saya capai ialah 128kg. Setelah 5 tahun menbina lemak daripada 88kg semasa tingkatan 5 tahun 2007. Sehingga tahun 2013, berat saya bertambah sebanyak 40kg selepas tamat persekolahan. Semasa saya memiliki masalah berat lemak yang berlebihan, saya pernah cuba kurangkan. Tetapi tidak tahu cara yang betul. Berat badan tidak turun. Malah apabila saya tertekan, saya makan lebih banyak dan berat badan semakin naik. Begitu juga jika tidak cukup rehat, berat badan sukar turun.

"WHY" atau sebab untuk saya berubah hanya ada tiga:

  1. Ibu saya mengidap penyakit diabetes, berkemungkinan besar akan diwarisi jika tidak jaga kesihatan
  2. Badan terasa berat dan sentiasa penat dan malas untuk bergerak
  3. Selalu menjadi bahan ketawa rakan-rakan dan saudara mara.

Pada peringkat awal, saya lebih terdorong untuk berubah kerana rasa takut dan geram. Tetapi setelah saya nampak perkembangan diri saya semakin baik, saya menjadikan model dan juga pelakon yang memiliki bentuk badan yang menarik sebagai motivasi utama untuk berubah. Maka, saya sangat menikmati proses transformasi badan ini. Pada mulanya tertekan, akan tetapi semakin kurang lemak badan saya lihat di cermin maka semakin saya seronok. Tambahan pula, orang sekeliling menjadikan saya sebagai inspirasi mereka. Sebab itu juga saya terus berjuang untuk membantu lebih ramai orang yang ingin berubah.Read more