Mudahnya kurang berat dalam bulan puasa ramadhan

Sebenarnya sangat mudah untuk kurangkan berat badan dalam bulan ramadhan. Belajar sebab dan langkah dalam video ini untuk memastikan anda berjaya turun berat sebanyak boleh sebelum raya dan elak ia naik semula.


Kenapa berbuka puasa dengan buah kurma?

https://www.youtube.com/watch?v=IVoHOofpmiI&list=PL-MzDk_XVx2nNadmNrdEDLQqiqh7dZvAR&index=1

Berbuka dengn kurma sememangnya sunnah Nabi s.a.w. Belajar kelebihan kesihatan buah kurma, terutamanya semasa berbuka puasa pada bulan ramadhan.


Panduan Senaman Bulan Puasa Ramadhan

Ingin bersenam dalam bulan ramadhan? Dapatkan tips dan panduan senaman kardio, aerobik dan pemberat sebelum atau selepas berbuka puasa dari Kevin Zahri


Adakah puasa jatuhkan metabolisma badan?

Dengan kurang kekerapan memakan, adalah ia mempengarahi metabolisma badan anda semasa berpuasa atay sepanjang bulan ramadhan?


Adik-beradik Adly dan Aida kurang berat 40kg dalam 6 minggu.

Kevin menjemput pemenang cabaran Adly Hazry dan adiknya Aida yang bersama-sama berjaya mengurangkan hampir 40kg dalam 6 minggu Cabaran iSihat bersama Kevin Zahri.

Untuk video-video dan kisah kejayaan yang lain, sila layari laman web kevinzahri.com/videos

Gambar Sessi Jom Kurus 29 Jun 2013

Berikut adalah beberapa gambar dari sessi Jom Kurus 29 Jun 2013 yang berlangsung di Prince Court Medical Centre Kuala Lumpur. Sessi ini juga lebih istimewa dengan kehadiran pasangan pelakon Rashidi Ishak dan Vanida Imran.

Berminat? Untuk maklumat sessi seterusnya atau undangan sessi korporat, sila layari laman web Jom Kurus atau corporate wellness kami.

Nak bina home gym? 10 Peralatan Anda Perlu Beli di Malaysia

Ingin membina gym di rumah anda tapi ingin elak dari keperluan kos dan ruang yang tinggi? Berikut adalah senarai peralatan senaman gym rumah anda yang tidak perlukan kos dan ruang yang banyak.

Senarai 9 Peralatan Home Gym Anda di Malaysia

Ab Wheel - sesuai untuk dibawah untuk travelling dan lain-lain. Ia untuk kuatkan bahgian abdominals dan core badan anda. Harga cuma RM30 dan boleh dibeli di MuscleClubMalaysia.com
1. Ab Wheel - sesuai untuk dibawah untuk travelling dan lain-lain. Ia untuk kuatkan bahgian abdominals dan core badan anda. Harga cuma RM30 dan boleh dibeli di MuscleClubMalaysia.com
Medicine Ball ini pun membolehkan anda lakukan pelbagai senaman core dan seluruh anggota badan. Harga bergantung kepada saiz tapi dari RM30 ke atas. Layari http://www.v3-victory.com.my/_item?item_id=051002
2. Medicine Ball ini pun membolehkan anda lakukan pelbagai senaman core dan seluruh anggota badan. Harga bergantung kepada saiz tapi dari RM30 ke atas. Layari http://www.v3-victory.com.my
Yoga mat penting untuk melindungi sendi, tulang belakang dari lantai yang keras. Harga serendah RM30 di http://www.aiyoh.com.my/yoga-mat-pink-west-malaysia.html
3. Yoga mat. Ini bulan soal senaman yoga tapi penting untuk melindungi sendi, tulang belakang kalau bersenam di lantai yang keras. Harga serendah RM30 di http://www.aiyoh.com.my
Exercise ball atau core ball. Ramai yang beli bola senaman tapi tidak tahu fungsinya. Ia berperanan untuk kuatkan core badan iaitu abdominal, obliques dan pinggang anda. Harga pun tidak malah tapi pastikan anda beli yang non-burstible. Harga dalam RM70 sahaja di http://www.fitnessequipment.com.my/kettler-fitness-accesorries-0765-000-gym-ball-65cm
4. Exercise ball atau core ball. Ramai yang beli bola senaman tapi tidak tahu fungsinya. Ia berperanan untuk kuatkan core badan iaitu abdominal, obliques dan pinggang anda. Harga pun tidak malah tapi pastikan anda beli yang non-burstible. Harga dalam RM70 sahaja di http://www.fitnessequipment.com.my
Door Pull Up atau Chin Up Bar. Yang ini mungkin lebih sesuai untuk lelaki tapi membolehkan anda membina otot belakang dengan mudah. Cuba beli yang dipasang untuk air-pressure. Cuma RM30 di Nile.com.my
5. Door Pull Up atau Chin Up Bar. Yang ini mungkin lebih sesuai untuk lelaki tapi membolehkan anda membina otot belakang dengan mudah. Cuba beli yang dipasang untuk air-pressure. Cuma RM30 di Nile.com.my
Adjustable Dumbbells. Kenapa yang ini? Kerana anda tidak perlu pelbagai pasang dumbbell dan jika perlu tambah bedan, hanya perlu beli weight plate tambahan. Jimat kos dan ruang gitu. Untuk keselamatan, beli yang bergetah. Kos dari bergantung kepada bilangan plates. yang dari Bowflex agak mahal tapi berkualiti.
6. Adjustable Dumbbells. Kenapa yang ini? Kerana anda tidak perlu pelbagai pasang dumbbell dan jika perlu tambah bedan, hanya perlu beli weight plate tambahan. Jimat kos dan ruang gitu. Untuk keselamatan, beli yang bergetah. Kos dari bergantung kepada bilangan plates. yang dari Bowflex agak mahal tapi berkualiti.
Jam Heart Rate Monitor. Untuk apa? Untuk menilai kualiti senaman kardio anda untuk pastikan tidak terlebih beban kepada jantung. Kos bermula dari RM300. Artikel perbandingan jenama-jenama popular Malaysia saya untuk lebhi info.
7. Jam Heart Rate Monitor. Untuk apa? Untuk menilai kualiti senaman kardio anda untuk pastikan tidak terlebih beban kepada jantung. Kos bermula dari RM300. Artikel perbandingan jenama-jenama popular Malaysia saya untuk lebhi info.
8. Skipping rope adalah antara perlatan home gym yang murah dan membolehkan anda lakukan senaman kardio dalam keselesaan dan keselamatan rumah anda. Tapi pastikan teknik betul. Harga cuma RM72 di http://www.moresales.com.my/catalog/entry/wdqaccan.shtml
8. Skipping rope adalah antara perlatan home gym yang murah dan membolehkan anda lakukan senaman kardio dalam keselesaan dan keselamatan rumah anda. Tapi pastikan teknik betul. Harga cuma RM72 di moresales.com.my
9. Resistance Bands pun sesuai untuk membawa senaman "rintangan" atau pemberat ke mana-mana. Ada pelbagai jenis untuk kekuatan individu. Harga lebih kurang RM60 ke atas. Layari http://www.fitnessconcept.com.my/shop/index.php?main_page=product_info&cPath=73_88&products_id=322
9. Resistance Bands pun sesuai untuk membawa senaman "rintangan" atau pemberat ke mana-mana. Ada pelbagai jenis untuk kekuatan individu. Harga lebih kurang RM60 ke atas. Layari fitnessconcept.com.my

Satu Lagi Bonus: Kalau yang di atas saya sendiri pun ada, yang berikut saya tak beli tapi bermanfaat kalau ruang mengizingkan.

Selamat membeli-belah. Jangan rasa tertekan dalam membeli peralatan yang besar dan mahal. Kenalpasti ruang dan tabiat senaman anda. Tiada faedah anda beli peralatam gym seperti treadmill yang hebat tapi 1) ia tidak digunakan dan 2) mengambil ruang yang banyak.


Minggu 1: Cabaran Jom Kurus Raya bersama RTM

Minggu pertama Jom Kurus Raya bersama RTM termasuk sessi bengkel Jom Kurus dan sessi senaman bootcamp bersama peserta di Angkasapuri


Circuit Training Demo bersama Elfaeza Ul Haq

Dalam video ini, pelakon Elfaeza Ul Haq akan demo senaman circuit training tanpa henti termasuk push-ups, crunches, squats, lompatan bintang dan lain-lain. Jom cuba sekali!

video interview bersama Elfaeza Ul Haq untuk tips diet dan senaman beliau.

Video: Fit dan Cergas bersama Elfaeza Ul Haq

Interview bersama pelakon cantik Adam dan Hawa, Elfaeza Ul Haq yang berkongsi bersama tip amalan diet dan senaman serta intro kepada demo senaman circuit training yang anda boleh tonton di sini.


Bootcamp di Jom Kurus Raya bersama RTM

Pada 29 Jun 2013, cabaran 5 minggu Jom Kurus Raya 2013 bersama Kevin Zahri dan RTM telah pun bermula dengan sessi ujian kesihatan oleh Prince Court Medical Centre, Jom Kurus membina pelan diet dan sessi senaman Bootcamp 2 jam di Angkasapuri, Kuala Lumpur.

Untuk maklumat lanjut cabaran Jom Kurus raya, klik di sini.

Rahsia Adly Hazry Kurang 25kg dalam 6 minggu!

Kuala Lumpur – Selepas enam minggu ‘didera’ mental dan fizikal dalam usaha untuk menurunkan berat badan, Adly hazry Hassan, 34 dinobatkan sebagai Juara cabaran Sihat Musim Ketiga dan menewaskan 29 peserta lain bagi kategori dewasa setelah berjaya mengurangkan sebanyak 24.7 kilogram iaitu 20.5 peratus.

Dengan kemenangan itu, Adly Hazry membawa pulang wang tunai RM4,000 dan hadiah sampingan daripada Avon dan D’Herbs.

Tempat kedua pula yang membawa pulang RM3,000 berserta hadiah sampingan dimenangi Ahmad Zamani Mohd, diikuti Aida Hazlyn Hassan di tempat ketiga dengan hadiah RM2,000 dan hadiah sampingan.

Ketua Pegawai Operasi Utusan Karya Sdn. Bhd. Zurzaliza Bajuri berkata, sepanjang enam minggu cabaran, para peserta didedahkan dengan pelbagai cabaran serta diajar mengenai cara pemakanan yang betul. “Apa yang paling penting dalam cabrana ini adalah bagaimana peserta dapat menggunakan ilmu yang telah mereka peroleh bukan setakat pada pertandingan sahaja malah berterusan dan konsisten,” katanya ketika ditemui pada majlis penutup pertandingan itu di Menara Kuala Lumpur di sini kelmarin.

Katanya, musim kali ini turut menyaksikan kategori remaja dimenangi oleh Mohd. Nasriq Mohd. Ramly yang berjaya menurunkan sebanyak 16.6 kilogram berat badan dan membawa pulang wang tunai RM2,000 beserta hadiah sampingan.

Tempat kedua pula dimengani Muhammad Luqman Md. Daud yang menerima wan tunai RM1,500 diikuti Nor Zulaiha mohd. Amin di tempat ketiga yang memenangi RM1,000.