Supplement Guide Malaysia: MRP Meal Replacement atau Protein Shake?
Interesting question dari sessi LIVE semalam. Antara penggunaan suplemen meal placement packet, MRP atau protein shake, yang mana lebih sesuai digunakan di Malaysia?
Perbezaan meal replacement dengan shake protein?
Kedua-duanya mengandungi protein (whey, soy atau gabungan lain) tapi MRP juga mengandungi karbohirat, gula, fiber, lemak dan lebih lengkap sebagai "meal replacement".
Meal replacement Malaysia memang popular. Terutamanya hasil dari pelbagai syarikat Multi Level Marketing atau MLM. Lagi-lagi apabila dengan kos yang tinggi, margin keuntungan pun sudah tentu lebih lumayan.
Tapi kandungan lengkap itu juga jadikan kos pengambilan produk MRP lebih mahal berbanding suplemen yang "hanya" mengandungi protein. Sebagai perbandingan utama, kos 1x hidangan suplemen 100% whey protein biasanya kurang dari RM2.50 sekali makan manakala kos 1x hidangan MRP adalah dalam RM8-15.
Jadi walaupun MRP dikategorikan sebagai hidangan yang lengkap, bagi saya, dari segi economic value untuk penggunaan jangka masa berpanjangan di Malaysia, ia kurang sesuai.
Pilihan saya?
Kalau dulu semasa belajar di USA pembelian MRP dengan kos USD 1-2 memang OK dan praktikal tapi sejak tinggal di Malaysia, saya hanya melanggan produk protein shake. Protein shake yang mana? Pelbagai jemana tapi mostly yang 100% Whey Protein dalam bentuk tub 5lb. Sekali beli dapat dalam 80x hidangan dengan kos pembelian dalam RM200. Untuk melengkapkan pengambilan karbohidrat dll ia memang mudah diperolehi dari sumber makanan, minuman, buah-buahan.
Apakah pendapat anda? Now of course, tidak "wajib" consume mana-mana produk dan ia pilihan masing-masing.
Tidak salah mengguna tapi jangan diperguna.
Wajib tak mengenali Glycemic Index setiap makanan?
Dalam usaha anda untuk mengawal jumlah pengambilan kalori, "musuh" utama adalah nafsu makan anda yang sentiasa membakar jiwa anda sepanjang hari. Sudah tentu banyak perkara yang mempermainkan nafsu makan itu tapi penting bagi anda mengenalpasti makanan yang anda bekalkan bantu kawal nafsu makan atau disebaliknya.
Di sini, penting untuk anda memahami serba sedikit berkenaan Glycemic Index makann berkarbohidrat. Glycemic index adalah kemampuan suatu makanan, biasa karbohirat untuk "menggelorakan" paras gula darah. Ini penting kerana, paras glukos darah yang sentiasa bergelora akan secara langsung menggelorakan nafsu makan anda.
Jadi perlu elak makanan gula ringkas?
Elak tu susah dan bukan bermakna tak boleh makan makanan yang "GI-Joe" tinggi tapi jangan mengharapkan makanan tersebut untuk menggenyangkan anda.
Nafsu sedang bergelora? Instead of layan dengan makanan GI tinggi (makanan gula ringkas) yang tak kenyang-kenyang jugak, lebih sesuai layan dengan makanan berGI rendah (makanan berserat).
Adakah losyen panas bakar lemak?
Yes, losyen panas memang mempunyai pelbagai fungsi yang tersendiri. Terutama dalam rawatan, pemulihan dan kurangkan inflamasi memang tepat. Malah saya yakin anda sendiri sering menggunakan losyen panas post workout atau untuk kurangkan bengkak sendi.
Tapi losyen panas tidak membakar lemak seperti yang anda sangkakan.
Jadi tidak kah losyen panas bakar lemak yang degil?
Ia tidak semudah itu. Kalau ia semudah losyen panas untuk bakar lemak pada bahagian badan yang bermasalah seperti perut, peha, lengan dan lain-lain, sudah tentu semua orang dah "kurus" dan mempunyai badang yang diharapkan.
Losyen panas mempunyai dua fungi yang boleh dihubung-kait dengan "pembakaran lemak" atau "kurus".
Ia tingkatkan metabolisma dengan tingkatkan suhu permukaan kulit. Ini umpama sauna yang kecil di mana badan dan cuba sejukkannya semula kepada normal dengan peluh. Peluh merupakan proses kawalan suhu badan.
Proses untuk melibatkan dua perkara yang mungkin ada kaitan dengan kawalan berat badan: 1) peningkatkan metabolisma "sedikit" dan 2) peluh (water loss).
Umpama mini sauna.
Yes, sama dengan losyen panas, sauna pun mempunyai pelbagai manfaat dan kebaikan tapi sama jugak ia pun tidak membakar lemak. Ia tingkatkan metabolisma dan pembuangan air badan. Which is great tapi tidak sama atau semestinya membakar lemak.
Jadi nak bakar lemak camane? Itu bergantung kepada kebolehan anda untuk mengawal pemakanan vs metabolisma badan anda.
Kalau ayat mengelirukan anda, jangan risau you are not alone tapi itu lah asas kawalan berat badan dan kunci pembakaran lemak badan yang ditekankan dan diajar melalaui KURUS Masterclass dan program 8-minggu virtual Bukan Soal Kurus.
Do check it out.
Boleh ke makan processed food dalam diet?
Do I eat processed foods? Yes.
Every day? Yes.
Do I eat 100% processed foods? No.
What kind of processed foods do we eat?
Cereal, ice cream, biscuits, burgers, french fries, pizza, juices, sweets, cakes etc.
Jadi, would I recommend you to eat processed foods?
To be honest, I would not recommend you do anything. But I would ask you to "tepuk dada" sendiri, tanam ilmu and do what is best for you and your family.
Sudah tentu makanan yang diproses mungkin tidak sesihat makanan yang "organik". Tapi processed foods pasti sukar dibuang 100% dari diet sepanjang hayat untuk 99.99999% para pembaca di sini.
Bukan lah bermakna untuk jadikan makanan yang diproses pilihan 100% dalam diet pemakanan dan bukan lah bermakna anda perlu makan 100% makanan "clean" atau "organic" dalam diet journey anda.
Balance is everything dan sentiasa lah berjuang untuk membaiki pemakanan secara umum IKUT keunikan and objektivit diri.
Boleh ke minum MILO semasa diet?
Q&A dari sessi Live Chat baru-baru ini yang bincangkan pelbagai soalan termasuk "boleh ke minum Milo dalam amalan diet seharian.
"Gagal" atau "berjaya" diet tidak bergantung kepada 1x makanan atau minuman semata-mata tapi merangkumi kesemua pilihan makanan dan gaya hidup secara am, termasuk lah sustainability untuk jangka masa berpanjangan.
Apakah minuman kegemaran yang anda tidak boleh tinggal semasa "diet"? 🥰
Mesin Gegar Kurus: Jangan buang duit anda!
Oh gegar la lemak ku ini ... gegar dan pergi jauh-jauh dari tubuh ku ini.
Ramai yang sering bertanya dan mungkin tertarik hati dengan mesin-mesin "gegaran" untuk longgarkan lemak-lemak badan. Harapan si pembeli, sudah tentu, semoga mesin tersebut dapat merealisasikan impian untuk kurangkan lemak-lemak badan hasil dengan "gegaran" tersebut.
Tapi kalau ia semudah mesin gegaran, semua orang dah dapat badan yang dimimpi-mimpikan.
Kevin zahri
Mesin gegas kurus bukan "menipu" tapi ia "memperdayakan" anda.
Produk jualan-jualan di luar sana tidak atau jarang menipu tapi mereka menggunakan teknik pemasaran untuk memperdayakan anda.
To tell you what you want to hear.
To show you what you want to see.
They distract you with the illusion of great looking fit model yang sememangnya dah cergas dan langsing (due to exercise and training). They show you testimonial dari "doktor" yang iktiraf keberkesanan produk tersebut. In truth medical studies can always be skewed and polarized depending on your hypothese.
Example - "Can mesin gegar kurus kuruskan seseorang?" Of course yes, ia tingkatkan pembakaran kalori but so does amalan solat 5x hari.
And yes they tell you that "mesin ini akan tingkatkan pembakaran kalori anda", dan memang betul. Malah sebarang aktiviti atau peningkatan aktiviti akan menambah pembakaran kalori, termasuk lah jari saya yang sedang menaip perkataan untuk posting blog hari ini. Setiap aktiviti membakar kalori.
Jadi apa kah objektif mesin gegaran itu?
Secara ringkas, ia meningkatkan pembakaran kalori. Kerana berdiri dengan gegaran lebih sukar berbanding berdiri biasa. Umpama mesin cardio and strength pada masa sama.
Saya sendiri pun pernah untuk vibration plates di gym untuk menyukarkan pergerakan squats, lunges etc tapi sekali ia bukan untuk "kurus" tapi untuk rangsang otot dengan senaman yang lebih mencabar.
Selain itu, yes untuk berdiri dengan gangguan gegaran, ia akan merangsangkan otot core (perut) anda untuk menyeimbangkan diri tapi again, ia tidak akan kempiskan perut anda selagi anda tidak mahir mengawal atau kurangkan berat badan dengan pemakanan dan gaya hidup yang lebih sihat secara am.
Nak beli mesin gegar kurus jugak boleh?
Walaupun untuk majoriti yang beli nanti tak pakai pun, as I always say, ia suka hati masing-masing. Tak salah membeli. For most ia adalah pembelian psychological di mana "paling kurang anda lakukan sesuatu untuk kesihatan diri daripada tak buat apa". The purchase itself can make you feel good about your intentions.
Flabby arms? Cara atasi masalah lengan sayap kelawar.
Anda mempunyai flabby arms, lengan atas tangan bersayap kelawar atau kepak ayam? Jangan risau, you are not alone. Untuk mengatasinya anda perlu memahami peranan senaman yang fokus kepada bahagian otot berkenaan (otot triceps khususnya) dan juga peranan berat badan anda secara am.
Senaman semata-mata bagus tapi tak cukup
Dumbbell kickbacks, extensions, tripcep dips dan lain-lain memang hebat dan berkesan untuk fokus kepada kekentalan dan kemampatan otot tripceps tapi tanpa kawalan berat badan, lemak berlebihan dan gemuk air, saiz lengan atas tangan anda masih akan menjadikan ia kelihatan agak gelebeh dan kurang "mampat".
Jadi apa peranan senaman?
Senaman bantu otot, yang juga diperbuat dari air, untuk repackage air badan dalam bentuk yang lebih mampat dan menarik. Dengan kata-kata lain, yes majoriti otot diperbuat dari air tapi paling kurang ia disaluti fiber-fiber otot dan kelihatan lebih menarik berbanding isi lengan tangan yang lembik dan kurang kekentalan.
Jadi tanpa rangsangan senaman isi lengan atas tangan anda pasti flabby dan agak berterabur...
Kenapa senaman semata-mata tak cukup?
Dalam membentuk badan, ada tiga jisim yang anda akan mempermainkan - otot, lemak dan air. Senaman fokus kepada pembentukan dan repackaging otot tapi tanpa kawalan berat badan (lemak) dan kawalan gemuk air (water retention) secara am, kehebatkan otot anda tidak dapat beri impak seperti yang anda harapkan.
Flabby Arms: The solution?
So whether you like it or not, untuk mengurangkan masalah flabby arms atau tangan sayap kelawar anda perlu: melibatkan senaman rintangan atau bebanan yang fokus kepada triceps (dan biceps), kawal berat badan dan mahir mengurangkan takungan air badan anda secara menyeluruh.
Nafsu Makan Bergelora? Ini adalah 15 Pilihan Snek Sihat Saya Semasa Duduk Di Rumah
Jom tonton perkongsian 15 pilihan snek "sihat" saya semasa duduk di rumah semasa PKP atau secara am as a work from home dad.
Video ini dirakam oleh Rio Mikaela.
Tongkat Ali Extract untuk kekuatan tenaga dan stamina?
Jom bincangkan peranan pokok atau tongkat ali extract dalam memantapkan kesihatan, bekalan tenaga dan stamina harian. Kita akan bincangkan, apa tongkat ali, peranan atau kebaikan kesihatan, kesan sampingan dan pandangan saya secara am.
Tapi sebelum itu, let me say this: Anda tidak boleh menyelesaikan masalah kesihatan, kurang cergas, stres kehidupan dan masalah kurang stamina dengan sejenis akar/pokok seperti tongkat ali atau produk lain dengan begitu sahaja. Kesihatan, tenaga dan stamina diri adalah hasil dari pelbagai rangkaian dan komponen kesihatan yang saling bekerjasama.
Kalau ia semudah pengambilan mana-mana produk, semua orang dah mantap, penuh tenaga dan berstamina tinggi sepanjang masa.
Stamina & Bekalan Tenaga Tidak Semudah Mana-mana Produk
Setiap kandungan seperti tongkat ali, kafein, green tea, kunyit, halia etc semjuanya ada peranan, kebaikan dan kelebihan yang tersendiri tapi, sekali lagi, ia bukan lah penyelesaian mana-mana masalah dengan begitu mudah sahaja. Siapa yang salah? Well for me ia adalah pihak yang memasarkannya dengan kata-kata yang berketerlaluan:
Contoh: "mungkin membaiki kesubuaran" dan "membaiki kesuburan" tidak sama maknanya. "Mempromosikan peningkatan tenaga" dengan "tingkatkan tenaga" pun tidak sama.
Stamina dan bekalan tenaga tidak semudah satu ingredient semata-mata. Tapi bukan bermakna suplemen seperti Nu-Prep Tongkat Ali Extract tidak bagus atau tak perlu. Sememangnya bekalkan extract tongkat ali yang berkualiti tinggi mempunyai pelbagai potensi manfaat seperti: mempromosikan kesihatan diri, baiki tenaga, stamina dan lain-lain.
Tapi ia tidak boleh memberi kejaminan. Kesihatan, kecergasan, bekalan tenaga dan kesuburan amat kompleks. Malah kesuburan diri bergantung kepaga begitu banyak faktor termasuk:
- stres kehidupan
- kawalan berat badan
- kecergasan diri
- genetik
- cukup rehat
- hormonal imbalances
- dan lain-lain.
Perspektif
Jangan lihat suplemen sebagai penyselsai masalah stamina, kesuburan, kesihatan dan tenaga dalaman. Fahaminya keperluan diri, cara meningkatan kecergasan diri, cara mengawal kesihatan diri dan yes, cara untuk mempergunakan produk seperti Nu-Prep Tongkat Ali, jika perlu, untuk "suplemen" kekurangan yang ada tapi bukan lah untuk bergantung kepada produk semata-mata.
Adakah saya menggunakan produk tongkat ali?
Belum lagi. Pada usia 40an, saya masih belum rasa perlu saya mempergunakan suplemen tambahan untuk mengingkatkan kesihatan, tenaga, tenaga dalaman diri, termasuk stamina harian yang lebih bergantung kepada rangsangan senaman kardiovaskular untuk kuatkan otot jantung, paru-paru dan lain-lain.
Tanpa rangsangan senaman kardiovaskular berkualiti seperti jogging, cardio, sukan dan lain-laoin, stamina badan sukar untuk ditingkatkan. Malah bagi saya, mana-mana herba, produk atau suplemen lebih efektif sekiranya ia digabungkan dengan gaya hidup yang aktif dan sihat.
Tapi, sekiranya pada usia yang akan meningkat nanti, termasuk penurkaran tahap hormon testorsterone, saya pasti akan mempertimbangkan penggunaan natural testosterone boosters seperti Nu-Prep Tongkat Ali Extract untuk "suplemen" keperluan kesihatan diri.
Sauna untuk kurus? Apakah sauna bantu bakar lemak atau air?
Sauna di Malaysia sering menjadi tren kurus di Malaysia dan sememangnya sauna merupakan satu amalan yang bagus untuk kesihatan badan. Selain dapat menenangkan fikiran dan mengurangkan tekanan, jika diamalkan selalu, sauna juga membawa banyak manfaat terhadap tahap kesihatan fizikal.
Ritual atau rutin yang dilakukan semasa bersauna berbeza mengikut kesesuaian diri masing-masing.
Namun konsep asas bagi terapi bersauna adalah untuk meningkatkan suhu badan dengan duduk dalam sebuah bilik panas yang lazimnya berada pada suhu 180 darjah Fahrenheit. Selepas 10 hingga 20 minit, iaitu apabila haba bilik itu mulai menjadi terlalu panas, seseorang itu akan menyejukkan badan samada dengan masuk ke dalam kolam renang atau mandi. Selepas berehat seketika, seseorang itu akan kembali ke bilik sauna dan rutin ini boleh diulang sekerap mungkin.
Prinsip utama dalam terapi sauna adalah untuk membuatkan badan berpeluh dengan banyak kerana ini akan dapat membantu mendetoksifikasi badan, menenangkan minda dan bakar kalori pada masa yang sama.
Membakar kalori
Yes, bersauan bakar kalori. Proses berpeluh mengunakan banyak tenaga. Penyelidikan perubatan mendapati seseorang itu boleh dengan mudahnya berpeluh sebanyak 500 gram air dan dalam satu sesi sauna, membakar hampir 300-400 kalori.
satu sessi 30-45min sauna membakar 300-400kcal.
Proses kondensasi air at atas permulaan muka kulit menyejukkan badan. Ia adalah proses kawalan suhu badan. Untuk menghasilkan begitu banyak perlu dan melawan keadaan cuaca sauna, badan perlu bekerja dengan lebih keras dan kerja keras itu memerlukan tenaga yang banyak as well.
Kalau bandingkan dengan duduk termenung 30-45min dalam bilik biasa, anda akan bakar dalam 100kcal.
Mengurangkan stres
Stres boleh menyebabkan kesihatan fizikal merosot. Malah ada banyak penyakit yang bersangkut-paut dengan stres. Haba dari sauna mengurangkan ketegangan otot dan merangsang penghasilan endorfin, satu kimia semulajadi yang dihasilkan dalam otak yang bertindak sebagai penahan sakit.
Endorfin ini akan menjadikan seseorang itu merasa lega dan tenang.
Melegakan otot
Penghasilan endorfin semasa sauna dapat melegakan kesakitan yang dialami oleh pengidap artritis serta mereka yang mengalami ketegangan otot selepas bersenam. Kenaikan suhu badan dalam sauna menyebabkan saluran darah mengembang.
Hasilnya, peredaran darah akan meningkat dan ini akan membantu proses penyembuhan semulajadi badan.
Kulit yang sihat dan berseri
Sewaktu melakukan sauna, aliran darah ke kulit akan meningkat dan ini akan menyediakan lebih banyak nutrien di bawah kulit dan permukaan tisu. Kualiti kulit akan bertambah baik secara beransur-ansur.
Detoksifikasi
Haba yang dijana oleh badan sewaktu bersauna dapat menyingkirkan toksik yang berada di bawah kulit melalui peluh. Setiap hari kita terdedah kepada toksin samada dalam makanan atau persekitaran kita. Sauna dapat membantu badan kita mengdetoksifikasikan toksin tersebut.
Hipertermia
Apabila badan terdedah kepada haba yang tinggi, badan akan berada dalam keadaan seakan-akan sedang demam. Keadaan “demam” ini akan merangsang proses penyembuhan semulajadi badan. Hasilnya, sistem imunisasi badan akan menghasilkan lebih banyak sel darah putih yang berfungsi melawan penyakit dan antibodi untuk menghapuskan virus dan patogen-patogen lain.
5 Amalan Keselamatan Menggunakan Sauna:
- Jangan duduk dalam bilik sauna lebih daripada 45 minit.
- Selepas meninggalkan sauna, pastikan anda mendapat rehat yang secukupnya.
- Minum air yang mencukupi untuk menggantikan cecair dan mineral yang hilang semasa bersauna.
- Tanggalkan kanta lekap (contact lense) sebelum memasuki sauna.
- Wanita hamil tidak boleh sama sekali bersauna.
Jadi adakah ia sauna sesuai untuk kurus? Ia sebahagian amalan kesihatan tapi sauna bukan penentu untuk kurus atau kawalan berat badan. Sauna memang membakar kalori tapi setiap aktiviti, termasuk tidur, bakar kalori. Saya sendiri amalkan penggunaan sauna dalam 2-3x sebulan. Bukan untuk bakar kalori tapi untuk proses detoksi. To sweat it out and it is theraputic and relaxing. But should you buy sauna Sumo yang hangat di Malaysia? Itu terpulang pada anda. Kalau anda berasa ia akan digunakan dari masa ke semasa and bukan mengambil ruang di stor rumah anda, go for it. Ia bukan lah pelaburan ribuan ringgit BUT remember, ia bukan penentu atau rahsia kurus anda.
Apakah waktu timbang berat badan yang paling ringan?
Bagi mereka yang ingin kurangkan atau kawal berat badan, proses timbang berat badan can be stressful. Bukan sahaja angka berat badan turun dan naik malah dalam sehari pun boleh naik-turun 1-2kg. Stres kot! Saya faham.
Kenapa berat naik-turun 1-2kg sehari?
Air. Berat air badan mudah dipermainkan sepanjang hari. Walaupun air tidak berkalori, setiap ml air bersamaan dengan 1g berat badan. Satu gelas air 300ml bersamaan dengan 300g. Well you get the point.
Jadi bergantung kepada kandungan semasa air badan pada waktu penimbangan, berat badan anda memang akan fluctuate.
Did you know that jumlah berat badan anda adalah lebih kurang 60%. Yes, majoriti berat badan adalah air dan ia mudah dipermainkan kalau anda ada kemahiran dan anda mudah dipermainan pihak ketiga seperti "produk cepat kurus" dan "diet cepat kurus" yang akan mempermainkan takungan air badan.
Untuk panduan kurang dan kawal berat badan, saya sangat syorkan anda rujuk eBook Panduan Kuran 4kg Air Seminggu yang jugak terkandung dalam buku Kurus saya.
Jadi, bilakah waktu timbang berat badan yang paling ringan?
Waktu timbang berat badan yang paling konsisten, yang anda boleh guna untuk meniliti kadar perubahan berat badan anda adalah - first thing in the morning, sebelum makan dan minum, dan selepas anda buang air kecil.
... first thing in the morning, sebelum makan dan minum, dan selepas anda buang air kecil.
Tapi perlu tak timbang berat badan setiap hari?
Itu bergantung kepada anda. Betul, it can be stressful untuk timbang berat badan setiap hari dan kalau anda tanya saya, sekali seminggu pun dah OK. But saya faham, pemimbang tu ada je di tandas yang anda lawati berulang kali setiap hari. So kalau nak timbang 4x sehari pun takpe tapi pastikan anda memahami peranan air dalam mengelorakan berat badan anda.
Yang paling penting, jangan stres-stres dan selamat menimbang berat badan anda.
Cheat Meals - Cara kurangkan 40kg setahun dengan cheat meals
Jom bincangkan panduan "cheat meal" dalam usaha kurus anda dan kisah peserta yang berjaya kurangkan 40kg dengan cheating dalam setahun. Video ini adalah contoh video harian daripada cabaran 6 minggu "VIP Kurus" virtual masterclass bersama saya. Lebih info di:
https://vip.kevinzahri.com
Topik cheat meals boleh dikaitkan dengan perbincangan kita pada "day 8 - "K is for konsisten" dan "day 2 - kalori". Untuk kekal dalam perjuangan "kurus", boleh memahami peranan "cheat meal" but for me nama "cheat" tu sendiri is deceiving dan misleading - instead of calling it "cheat meal" I would rather it is something yang dirancang dan sebahagian pelan pemakanan.
So let me share some insight: Dulu we had a peserta from Bintulu Sarawak yang berjaya kurangkan dalam 40kg dalam setahun.
Cara beliau adalah enam hari seminggu kawal kalori dan satu hari cheat day dengan fast food. How it works? Katakan lah DCR atau AMR beliau 2500 sehari, beliau makan 1700kcal 6x seminggu dan 2800 1x seminggu.
Uji Diri:
1) Can you calculate how much weight he would have lost this way in a year? If you can't please review the material within this course as ilmu kunci kejayaan untuk mengawal hala tuju perjuangan anda.
2) Can you calculate how much weight he would have lost kalau instead of cheat sekali seminggu, beliau "cheat sikit-sikit setiap hari" dengan makan 1900kcal setiap hari.
3) Which scenario is better? Note - You can answer this question dalam our daily QOTD e-Learning platform. I will share my insight di situ as well.
Let me know if you have any questions or concerns.