- Home
- Diet & Nutrition
- 10 Makanan paling menggemukkan Malaysia.
10 Makanan paling menggemukkan Malaysia.
Kita semua memang sukai makanan.
Lagi-lagi makanan lazat Malaysia seperti nasi lemak and roti canai. Tapi tahukah kita kandungan setiap makanan yang dimakan – kalori, nutrisi, lemak, dan segala yang terkandung dalam makanan tersebut? Percayakah anda, ada beberapa jenis makanan yang boleh menyebabkan kita gemuk?
1. Nasi Lemak.
Kegemaran setiap rakyat Malaysia. Hidangan nasi lemak (mengandungi karbohidrat,protein,lemak) lebih kurang 390 kalori tak termasuk sambal, telur rebus, ikan bilis dan kekacang. Hidangan lengkap lebih kurang 450-500 kalori. Kalau anda makan nasi lemak bertambah dan kadang kadang ada ayam goreng (240 kalori), sambal sotong(170 kalori) atau lauk yang lain, rasa rasa menggemukkan tak?
2. Roti Canai.
Paling senang, paling cepat. Siapa yang tak suka kan? Satu keping roti canai bersamaan dengan 300 kalori. Kalau anda makan dua keping dah 600 kalori, itu baru hidangan sarapan pagi, lunch, dinner dan snek diantaranya anda nak makan apa? Bayangkan kalau berlari di treadmill atau jogging, kenalah berlari dalam 90min barulah bakar 600 kalori.
… bayangkan kalau berlari di treadmill atau jogging, kenalah berlari dalam 90min barulah bakar 600 kalori…
3. Nasi Goreng.
Biasanya satu pinggan dalam 630 kalori. Kerana nasi tersebut digoreng, ditambah pula dengan ayam dan telur serta sedikit sayur, menjadikan nasi goreng kurang seimbang. Nilai kalori tinggi lebih kepada lemak dan karbohidrat. Kalau nak makan, cuba jangan lebih segenggam tangan.
4. Ais Krim.
Ais krim memang sedap! Siapa tak nak. Lagi-lagi dengan cuaca di Malaysia yang panas 365 hari setahun. Tetapi ingat, ais krim tinggi lemak dan gula serta kalori – dua scoop ais krim pun dah 380 kalori. Macam mana tu?
5. Burger.
Burger memang tinggi kalori. Daging kisar tinggi nilai lemak. Satu hidangan burger biasanya lebih 475 kalori. Biasanya makan ada keju, sos cili, mayonis, kadang kadang special sikit ada telur. Agak agak berapa kalori?
6. Mee Kari.
Hidangan mee dengan sup kari,santan. Menyelerakan! Kalori lebih kurang 500. Kalau teringin juga, apa salahnya ganti dengan mee sup, baru 380 kalori.
7. Makanan bergoreng.
Rata-rata kebanyakan makanan bergoreng. Sekeping pisang goreng pun dah 170 kalori. Makanan seperti ini tak sesuai sebab digoreng mengunakan minyak (1g fat : 9 kalori) dan lagi-lagi kalau dipakai minyak yang sama. Jadi kalau boleh kurangkan makanan bergoreng, cari alternatif lain(rebus, panggang dll)
8. Susu Pekat Manis.
Susu penuh krim ini sememangnya kurang elok untuk anda! Kandungan lemak tinggi dan walaupun ia ada sumber kalsium, dinasihatkan menggantikannya dengan kurang kandungan lemak atau rendah lemak. Satu sudu susu pekat manis biasa mengandungi dalam 60kcal.
…Satu sudu susu pekat manis biasa mengandungi dalam 60kcal.
9. Roti Manis dan Donut.
Kadang kadang orang salah sangka roti tidak memberi kesan kegemukan apa apa. Tetapi roti manis seperti roti krim dan coklat memang tinggi dengan kandungan lemak dan karbohidrat. kalori. Boleh cuba roti wholemeal.
… tahukah anda bahawa 1x donut biasa mengandungi 200kcal! Kalau makan separuh dozen dah 1200kcal!! …
10. Mayonis.
Suku cawan mayonis mengandungi 360 kalori (40g lemak). Memang kurang sihat jika anda penggemar mayonis yang tegar. Jadi kurangkan!
Sebenarnya makanan yang disenaraikan ini tak menggemukkan pun, cuma bergantung kepada anda berapa banyak anda makan dan kuantiti yang diambil. Jika anda makan tanpa mengambil kira kalori, lemak lemak yang terkandung dalamnya, maka itu boleh consider makanan yang anda ambil itu menggemukkan diri anda sendiri.
Jadi anda harus kawal pemakanan dan tahu bagai mana sukatan kalori setiap hari. Semoga berjaya!
nak nangis baca…. >.<,
sama lah kita
puasa lagi baik untuk badan…he he
We are what eat. Food and beverage selections play important roles for our health maintenance literally in our daily diet.
homaiiiiii i ate roti canai telur pagi tadi -___-” calorie berganda
Bro kevin..nk tnya..kalo mkn idli substitute jdk main meal okay x?agak2 ada x info psal bape kalori dlm idli..bnde tu rebus xsilap..tp side dishes dia sy xbape psti
Idli mmg antara makanan yg sihat. Kurang garam, kalori & tanpa kolestrol
Salam.. just nak tanya jika burger yg di rebus atau stim adakah di galakkan atau tidak? Berapa kalori agaknya?
Saya tak galakkan … tak sedap kot 🙂 Kalau nak makan burger, makan lah burger.
as’salam..sy nazierul distributor herbalife..sama2 la kita ubah cr pemakanan kita yg lebih.amal pengambilan herbalife dlm mkn seharian kita.nk tahu lebih psl herbalife.call sy 0133190576
nampak saja makanan kat atas hidangan bersaiz kecil, makan pun sambil fikir ‘kecik aje ini takkan gemuk punye’ , makan satu memanglah tak banyak, sikit, tapi oleh kerana sedap, nafsu makan susah terkawal sehingga terlebih makan melebihi keperluan kalori seharian.
kesimpulannya, kita makan untuk hidup (tenaga), bukan hidup untuk makan (gemuk).
🙂
asal buger Ramli, jelas sgt nk jatuhkan bsness org…xpayah la nk mansion jnis bger ape..propa la mnde ni…adoi..ko dibayar ke ape??
Bukan untuk menjatuhkan business orang, sekadar beritahu kandungan kalori yang ada pada burger untuk memudahkan orang yang ingin turun berat badan berhati-hati dalam pengambilan kalori, agar tidak terlebih daripada keperluan kalori seharian. Orang gemuk pun boleh makan burger gantikanlah dengan makan nasi. 1 burger pun dah mengenyangkan dan takdalah kebuluran kalau tak makan nasi kan? malah, untuk para orang kurus yang susah nak gemukkan diri, mereka boleh beli burger selalu selepas makan nasi untuk tambahkan berat badan. jadi saya tak nampak ia menjatuhkan business orang lain. rezeki orang masing-masing, kalau berniaga dengan ikhlas, Allah akan berikan rezeki melimpah-limpah kepada kita. begitu juga dengan burger Ramli. 🙂
Incik Mohd ni mungkin telah hilang deria lawak. Cuba incik baca artikel ni dan artikel2 dia yang lain sambil senyum. InsyaAllah incik tahu gaya penulisan dia dan paham kenapa dia tulis burger ramly. ~eh terserius pulak aku . heheh
A’ah, kata kat sini burger ramly tp whopper tu burger king… dia ckp burger ramly sbb klu ckp burger biasa slalu x ramai yg faham sgt…maklumlah org melayu byk kenal burger ramly dr burger king
contoh la… sadissss
SOALAN : saya ni bleh dikategorikan sbg ‘skinny’ . so, should I consume this 10 food in order to gain my weight?
Boleh saya tahu mi goreng dan mi hoon goreng berape kalorie sepinggan..
sy nk gemok.. perlu ker mkan smue tuhh..??
makan ja yang belemak2
cmtu bukan jadik gemuk tp mati cepat sbb byk lemak terkumpul di jantung, nk tambah berat badan, makan la 6 kali sehari tp makanan yg seimbang…
Kalau dah baka gemuk…
Gemuk laa jadi nya…
Ada juga makan seperti yg di-tuliskan tadi…
Tidak gemuk…
Fikirr laaa sendiri…
Its not about being fat, its about being healthy sweetheart.
sye mkan 2 byk jugak. maknenyer, kne lah kurangkan ape yg sye mkn…
im take a Super Mass Gainer 1900 calories, im a plum actually, im playing a gym at the same time but i just wanna know if that mass gainer can make me fat or not?
don’t go for mass gainer if u already have some size. Go for whey protein with some other things like creatine n glutamine
mcm mna nk tegangkan kulit selepas kurus
kalau nak kurus boleh je makan semua kat atas tapi kene tahu sukatan yg sesuai. bukan x boleh makan langsug. yg penting seimbang. jangan ikut sangat cakap kevin zahari tue….
alahai dia tak suruh pun korang dari berhenti makan, dia just korang aware dengan berapa kalori dalam pemakanan yang di ambil seharian. Try be positive mind thinking ^_^
kna tukar burger dgn hot dog lah ye…tq for info..
Hotdog lg byk fat..
hotdog x leh… processed food x elok
[…] sumber […]
kalau makan mee kuning or mee laksa mengemokkan x?
Just take food serving as average then you don’t have to be worried for getting fat.
Have to disagree on nasi goreng. Depending on what rice you use and ingredients and without seasonings which are the culprit. You can have awesome healthy nasi goreng loaded with good stuff within 400 cals for a good lunch one in awhile. Just that I never easy nasi goreng at shops and many do not know how to make out in a healthy way. I’m a health coach too and in fitness and helping people for 6 years to get for and healthy. Thanks Kevin for all your input so far. It’s thought me a lot.
terima kasih untuk info menarik..yang sedap itulah walaupun sedikit tapi tinggi kalori..memang kena kira-kira calorie intake sehari untuk diet dan kurus secara sihat
Perkongsian yang sangat menarik. Saya share dalam blog saya yer tuan. 🙂 http://bit.ly/tipcantikdanlangsing
Semua makanan feberet nih..
Patut dah nak gem*k dah.. Huhu
nasi kandaq boleh lagi ni. haha
nak juga sebut burger Ramly. kalau tak payah sebut apa salahnya?
tu la.. cam nak menjatuhkan ekonomi bumiputera jerkk…
mee goreng x termasuk ke??
Kevin Zahari Lu dulu kacau bini aku.. tunggu lu mat.. muka lu kejap lagi pecah ler
kacau camne pulak nih, boleh tak jelaskan agar ak pun paham
.. tiba2 jerk
oh my, semuanya menyelerakan..tapi makanan malaysia memang flavorful,sebab tu sedap..kita cuma perlu moderate bila makan..
bro Msia panas dan lembap sepanjang tahun (365).. if xkesah ak tegur ni =) Peace
ap kaitan pulak dengan kelembapan nih… haiss~
Setuju..ramai yang selalu makan kesepuluh makanan diatas itu gemuk…dan sebaliknya kita juga tak boleh dinafikan…ramai juga yang makan kesemua makanan sama spt diatas juga kurus… Even lembu…. yang gemuk…boleh gemuk dengan hanya sekadar makan rumput…. dan cheetah yang makanan rujinya daging…. tetapi tetap langsing
Semua bergantung pada kadar metabolisme organisma itu. Cheetah memang makan daging, tapi tak mewah mcm manusia. Mungkin hanya dapat makan sekali dalam masa 2 atau 3 hari sebab nak menangkap mangsa bukannya mudah. Tambah dengan saingan pemangsa lain dan kesusahan untuk menangkap mangsa. Lembu pula tidak berlari dan hanya makan rumout sepanjang masa.
bijak nya… lembu jadi gemuk sbb cucuk growth hormone leee
makan je ikut suke…asal berkhisat…sihat..n happi…terlajak laris.. eish3x!!!
Kepada yang berkenaan,
Sila rujuk perbualan menerusi SMS antara pihak kami dan pihak tuan (Kevin Zahri) iaitu Kaka pada 05/11/2012 sehingga 07/11/2012.
Kami mendapati perkara yang sama berlaku untuk kali kedua.
Kami dengan ini ingin pihak tuan menarik atau mengubah artikel yang terdapat di laman https://kevinzahri.com/blog/health-fitness/10-makanan-paling-menggemukkan-malaysia yang secara nyata telah mencemar jenama produk Ramly.
Kami juga ingin pihak tuan memohon maaf kepada kami secara terang di laman web yang sama dan sekiranya kami tidak menerima sebarang tindakan daripada pihak tuan seperti yang diminta dalam tempoh 24 jam, kami akan membuat laporan polis dan laporan aduan ke Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia.
Sekian, harap maklum.
Burger ramlee tak menggemukan lah… Cevin … Jangan sebarkan ilmu tahun 60an.. Dah tak releven.. Ingat .. Lemak tidak menghasilkan lemak dalam badan manusia… Boleh rujuk artikal glycemic index…
Panjagaan badan kita dah tak cerita dah pasal kalori…itu ilmu lama .. Malah kini menjadi sesat.. Sbb kurang pengambilan kalori bermakna kurang pengambilan zat yang bole merosak kan metabolisme… Mungkin kurus sekejap.. Tetapi bila mana proses metabolisme rosak… Badan tak dapat menampung dalam pembakaran lemak dengan baik. Pihak ramlee bole hubungi saya… Bagai mana saya boleh buktikan burger tidak mengemukan.. Malah sekali diet yang baik…jeroyboss@gmail.com
Kenapa pula kurang pengambilan kalori bermaksud kurang zat? Adakah dengan lagi banyak kalori, lagi banyak zat? Kalau macam tu cuba makan makanan yang tinggi kalori sperti mayonis n aiskrim je. Cukup ke zat sebab tinggi kalori?
Dia tak cakap pn menggemukkan, dia cuma bagitau jumlah kalori jek, yg tu atas kita jgk, pandai2 la adjust jgn ambil banyak sgt
Tak semestinya kalau ambil kurang kalori, kurang zat. Defisit kalori perlu untuk pengurangan berat badan. Oleh itu, defisit kalori perlulah berpatutan dan tidak turun mendadak yg boleh menurunkan kadar metabolisme serta zat dalam badan. Tiada istilah makanan menggemukkan, hanya makanan yg mempunyai nilai kalori yg mungkin lebih tinggi daripada makanan lain mengikut nisbah volume to calories
Huurrmmm… Kena kurangkan makan sikit nii
kalau x mkn semua ni pn, tp makan tido makan tido x brsenam, jd gemuk jugak….
it is not about what we eat, but HOW WE EAT
abestu aq makan semua di atas dalam masa 1 hari, tapi aq still slim…dan esoknya aq makan 0.5kg daging, ade rase naik sikit badan, tapi slim semula lepas seminggu…pelik..
Saya rasa tak ada masalah dengan post ni. Biasa lah, kalau makan apa pun tapi not in moderate amount memang akan effect badan menjadi lebih gemuk. Personally saya sangat suka dengan post2 kevin dan at least masih ada yang ingin membantu rakyat malaysia untuk menjadi semakin sihat disebabkan rate obesiti di negara kita ni makin meningkat. Tgk saja lah di mana2, semakin ramai yang sudah pun di dalam kalangan yang overweight. Ini lah masalah rakyat malaysia, terlalu sensitif. Rileks sudah. Dah nama pun burger memang fast food pun kan. Boleh makan but in moderate amount. Tak kisah lah ada brand ke tak burger tu, tp yg popular mmg ramly burger pun. Nanti kalau tulis McD ke apa ke dok comment, BAN BAN pulak… -.-
Saya nak tnye, kalau roti bakar planta 2 keping campur gula( 1 sudu kecil setiap satu) brapa kalori ye?
Sebut sajalah burger. Tak perlu untuk highlight mana2 jenama. Kalau nak adil kenapa tak saja highlight donut big apple, susu pekat manis f&n dan mee kari old town coffee.
Ntah la..kenapa ramly je yg kena??
Setuju dgn anda
Malah itu yg pertama terdetik di fikiran sy atikel ni tak jujur
alahai,kan dah tulis utk general semua berger, ko beli tepi kedai ke or kt mcd sekalipun nama depan dia beger juga. Satu word “ramli” xkn la nk judge artiekl xjujor boh
Betul…kena makan pun ikut kalori. Tidak guna juga klu makan yg sihat tpi klu overeat, berat badan tetap meningkat. This is good info especially when eating out. Sya juga setuju klu nak juga makan makanan yg tertera di atas ni but in moderation boleh membantu in weight management. I follow the vegetarian lifestyle thinking that I can lose weight even though I eat a lot but I gain a lot of weight but when I start to eat in moderation or in small portion, I just easily lose weight. Dan lagi satu regular exercise pun penting juga walaupun cuma berjalan kaki round2 padang for 30 minutes – 1 hour.
Kenapa lah mcm ada comment2 yg berunsurkan kebencian terhadap artikel ni? Kebanykan fitness trainer yg professional pun tulis artikel mcm ni. Klu kita aware berapa kalori yg kita perlu dalam seharian untuk menurunkan berat badan, bukankah itu perkara baik? Tadi sya ada google search berapa kalori dalam Quaker Oats supaya sya tidak terlebih makan dalam usaha menurunkan berat badan. Some brands of oats have more calories than others. It’s the same with burgers in this article. Sampai sekarang ada lagi yg guna method mengira kalori sebab ianya berkesan. Klu nak makan juga your favorite brand of burger, makanlah but in moderation. Bukannya ada orang mau halang pun.
Kalau nasi ayam steam atau roasted..brapa kalori?
Ini sifir supaya membantu anda utk turunkn berat badan atau tingkatkan berat badan, saya bagi contoh berat saya in lbs, 20x140lbs jawapan dia 2800, 2800 ni ialah kalori yg tubuh sy perlukan utk stay on the same weight ( tapi ingat setiap saat tubuh kita bakar kalori walaupn kita x bergerak) bermakna kalau sy nk tambahkn berat badan mungkin sy perlu mkn smpai 3300 kalori (supaya ada lebih kalori sikit utk tambah berat badan sy, dan kalau saya nak kurangkn berat badan jgn makan lebih drpd 2800 kalori tu. Tapi kena ingat juga metabolisme setiap orang dan usia lain2, bila dh meningkat usia makin senang utk gain weight, yang muda tu x tentu, ada yang senang sgt nak naikkan berat & vice versa dan ada yg senang sgt nak turunkn berat & vice versa.
20 nie apa..140 nie apa ..sbb skrg nie dlm proses naikkan berat badan.
makan telur rebus hari-hari boleh menaikkan berat badan ke? bolehkah mengamalkan diet dengan makan telur rebus setiap hari?
oleh. telur 55cal. telur rebus dgn kuningnya sekali is good protein. google.
makan seimbang, bukan telur sahaja, fiber dari sayur pun kena jugak, bukan tertumpu pada protein je..cari kalkulator kalori, kira keperluan kalori harian,
protein, karbohidrat n fiber wajib ada dalam diet seharian,
kalau mau senam aerobik atau zumba, mana kak yang lebih tepat untuk bakar lemak? dan perihal makanan apakah memang tak boleh makan semua diatas, atau sesekali masih bisa. kalaupun bisa, baiknya berapa kali seminggu
kak Zahri, kami konveksi baju senam wanita untuk aerobik, yoga dan zumba dari Indonesia. Bagaimana kalau ingin kerjasama dengan perusahaan anda untuk memasarkan produk kami?
saat ini, kami memiliki produk baju senam muslim yang berkualitas dan model-model terbaru baju senam kami dapat kakak lihat di http://www.bajusenamsurabaya.com/
kami tunggu kabar baik dari kakak, tmksh 🙂
Daripada senarai diberi, semuanya kegemaran. Kena lebih kawal lepas ni. Terima kasih atas informasi.
Dh Cuba dh tp jd kurus?tibe2 dtg gastrik plk adoii trpkse mkn plkk dh!! 😉
telur mkn cuma I buang telur kuning ?
Assalamualaikum Saya ni baru belajar turun berat badan ada beberapa tips tak untuk turunkan berat badan dan home workout menu untuk saya….. saya perlukan bantuan dengan segera
I can teach you the calorie diet. You may contact me thru nananaliyana428@gmail.com
Alaa..saya jrg sgt makan mee kari..x salah kan? Bukan selalu…baru thun nie saya makan mee kari.Jujur thun lepas saya x sentuh langsung.
Siape rase diri nye tu dah gemok buncit belly fat. Diet lah dari skarang. Lemak kalau dah berkumpul dekat perut perghh exercise makan bulan. Makan lah nasi sebesar penumbuk,bukan penuh satu pinggan. Kawal nafsu makan. Just skadar alas perut bagi tenaga je. Ishaallah slim fit badan korang huhu
saya nak naikkn berat badan..perlu ke ambil mknn yg tinggi kalori?
tp dalam mase yg sama sy tak ade slera utk jamah mknn..
hihi
Semua tu boleh d makan tapi berhemah la sikit.org dewasa max kalori below 2000 kal. Kau makan tapi x excersise .kal jadi lemak tersimpan .so kau kena workout 30 perday.burn kan kalori..mamaak teh tarik kurang manis satuu.
Saya suka goreng pisang…
?????
Nasi lemak merupakan makanan yang tidak dapat dielakkan di Malaysia. Tanpa makan nasi lemak, banyak orang akan hilang makan perasaan yang mereka biasa buat selama tahun ini.
Kurangkan makan makanan diatas. ??
Selalu do cardio.
I do cardio treadmill 30minit-60minit
3x-5x seminggu
So my berat bdan from 65kg, now 59kg.
If i makan byk. I do more cardio. I just do cardio
Im happy. Makan 5-7x sehari.
sangat berguna maklumat ni, thank you!!!
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Boleh Cikgu Kevin bagi tips ringkas padat utk yang bermasalah perut buncit?
Tqvm.
paling padat = kurangkan berat badan untuk kurangkan lemak badan secara am.
Perut kita yg dah makin meningkat umur ni kena ajar lapar skit..kalu asyik kenyang je itu yg badan jadi makin montel..makan sekadar lapik perut mcm Tun M..contoh nyata depan mata
makanan ni yang banyaj kita jumpa. nak elak kena kuat semangat dan tekad
Boleh je mkn..janji kerje kuat keluar.peluh.nasi goreng kurag kan sekali skala takpalah..
Salam,Tq for sharing delicious recipe. Awesome taste!
I nak share Resepi Pisang Goreng Rangup Sedap Dan Mudah.
Boleh try ni….Sedap gila!!!
Salam,hai. Sy nak tanya. Sy ada anak lelaki unur 9 thn darjah 3 berat 45 kg. Mcmmana cara sy nak kontrol pemakanan anak saya. Apa yg perlu sy buat dlm menu diet saya. Sbb dia masih kanak2. Tq.
Salam Adilah … terima kasih kerana mengambil berat terhadap berat badan anda anda. But some of the tips I would like to propose to you:
Have a chat with your kids untuk aktifkan keluarga. jangan victimize mereka tapi biar lah usaha bersama.
Tak perlu cerita kisah2 kalori dengan terlalu mendalam. Nanti mereka stress tapi ibu bapa perlu mahir.
Dapatkan sokongan ahli keluarga yang lain untuk sama-sama pantau dan support each other.
Any changes (pemakanan or gaya hidup), biar perlahan. Jangan streskan your kids yang masih membesar.
Mereka dah selesa dan enjoy aktiviti dengan kehidupan dan amalan baru.
Enjoy the changes and masa bersama. Pastikan bersama melakukkannya.
Jangan fokus angka berat badan. Kanak2 masih membesar. Fokus kepada kesihatan, happiness, kecergasan, tumbesaran dan bentuk badan yang bersesuaian dan ketinggian.
Berikan masa untuk berubah. Tak perlu tekankan diri dengan “mengejar kejayaan”.
Jangan salahkan mana-mana pihak.
Trial and error.
All in all aktifkan diri bersama your family. Kids are natually aktif tapi perlukan surrounding yang membina. They need YOU.
You can also check out my book KURUS – yang ada bab FitKids dan panduan kawalan berat badan keluarga.
https://kurus.kevinzahri.com
Kalau makan satu keping roti canai berpe kalori,sy bkn hri hri makan roti canai,sekli skale,tpi saye diet,boleh terangkan?
1x roti canai dalam 300kcal. Kalau mahir mengambil jumlah pengambilan kalori seharian, boleh je makan hari-hari.
Wow! Makanan ni la yang rakyat Malaysia suka makan pun. Sebab tu la orang dari luar negara kalau datang ke Malaysia confirm boleh survive tapi kalau orang Malaysia pergi ke luar negara tak sampai seminggu tekak dah rasa nak makan nasi lemak!
Semua makanan di atas boleh dimakan dan tidak menjadi salah. Yang salah Jika anda mengambil lebih Dari keperluan kalori anda secara berulang-ulang kali. Jangan salahkan makanan. Salahkan diri sendiri sbab X jaga pemakanan hehe.
yes betul 🙂