Sukan Keterlaluan Boleh Rosakkan Buah Pinggang?

Tajuk yang cukup menggerunkan—seakan-akan “senaman malam membawa maut”. Walaupun realitinya lebih kompleks, ramai yang tertarik pada tajuk seperti ini tanpa memahami fakta penuh di sebaliknya.

Izinkan saya berkongsi sedikit pandangan tentang topik “senaman keterlaluan dan buah pinggang”. Tahun ini sahaja, saya telah beberapa kali memberi penjelasan kepada pihak media berhubung kes artis atau individu awam yang dimasukkan ke hospital akibat senaman yang terlalu intensif, terutamanya melalui aktiviti seperti “spinning”.

Senaman ekstrem boleh merosakkan buah pinggang?

Yes! Buah pinggang boleh terjejas akibat penghasilan by-produk berbahaya daripada pecahan otot ketika senaman ekstrem. Salah satu by-produk tersebut ialah myoglobin, yang dilepaskan apabila otot rosak teruk. Sekiranya buah pinggang tidak dapat memproses myoglobin ini dengan baik, ia boleh mengakibatkan kerosakan buah pinggang yang dikenali sebagai rhabdomyolysis.

Bagaimana senaman boleh mencetuskan kerosakan ini?

Senaman keterlaluan menyebabkan otot bekerja dengan sangat intensif sehingga menghasilkan by-produk yang berlebihan. Myoglobin yang terkumpul dalam darah boleh membebankan buah pinggang, dan dalam kes serius, mengakibatkan kegagalan buah pinggang akut. Ini biasanya berlaku apabila seseorang melakukan senaman yang terlalu berat dalam tempoh yang singkat tanpa rehat mencukupi.

Kenapa kelas basikal “spinning” jadi punca?

Bayangkan seseorang yang baru berjinak-jinak dengan senaman dan terus mengikuti kelas “spinning” intensif, tanpa rehat atau persediaan yang mencukupi. Dia datang ke kelas tanpa makan terlebih dahulu, hanya minum air kosong. Semasa latihan, degupan jantung meningkat melampaui zon selamat tanpa dia sedari.

Masalah kekadang kelas berkumpulan seperti “spinning” adalah the tekanan dan semangat suasana yang pushes you melebihi kemampuan diri. Kita rasa tak nak kecewakan coach dan kawan-kawan lain. Tak nak malu kita tak boleh buah.

Jadi tanpa persediaan, kecergasan asas, makanan atau elektrolit untuk menyokong tubuhnya, dia mengalami dehidrasi dan kepenatan. Kombinasi degupan jantung yang tinggi, dehidrasi, dan tekanan otot yang berlebihan menyebabkan buah pinggangnya mula tertekan—dan risiko rhabdomyolysis meningkat.

Bagaimana untuk mengelakkannya?

Untuk mengelakkan masalah ini, penting untuk bersenam secara bijak. Mulakan dengan intensiti rendah dan tingkatkan secara beransur-ansur. Pastikan tubuh mendapat rehat yang mencukupi, minum air dan elektrolit secukupnya, dan dengar isyarat tubuh sendiri. Jangan abaikan pemakanan sebelum bersenam. Jika ada tanda-tanda seperti kencing berwarna gelap, sakit otot yang berlebihan, atau kelemahan melampau, segeralah dapatkan rawatan.

Jadi, bolehkah senaman “extreme” dilakukan?

Yes! Bersenam dengan intensiti tinggi boleh membawa manfaat besar, tetapi keseimbangan sangat penting. Dengan pendekatan yang betul dan berhati-hati, anda boleh menikmati manfaat senaman tanpa mengorbankan kesihatan buah pinggang anda.

Always know your limits. Be smart and know when to say NO.