- Home
- Weight Loss
- Fadhlul Hadi: Kurangkan 20kg Dalam 4 Bulan
Fadhlul Hadi: Kurangkan 20kg Dalam 4 Bulan
- Nama: Fadhlul Hadi
- Umur: 22 Tahun
- Matlamat Kurangkan Berat Badan
- Pencapaian: Kurangkan 20kg dalam 4 Bulan
Saya Fadhlul Hadi, pemenang Cabaran Sihat 6 Minggu Bersama iSIHAT & Kevin Zahri pada musim pertama. Kini Cabaran Sihat 6 Minggu Bersama iSIHAT & Kevin Zahri musim kedua telah membuka tirainya, semestinya program ini merupakan titik permulaan perubahan dalam kehidupan saya. Sejak zaman belajar saya merupakan seorang yang obesiti.
Sebelum ini gagal kurangkan berat!
Sebelum saya menyertai program ini saya pernah cuba mengurangkan berat badan dengan menggunakan produk kesihatan, mengurangkan makan, tidak mengambil nasi untuk tempoh tertentu dan sanggup menahan lapar. Hasilnya saya berjaya menurunkan berat badan tetapi usaha tersebut terhenti disebabkan rasa produk kesihatan tersebut yang memualkan, kos yang tinggi dan membosankan. Akhirnya berat saya juga naik seperti dahulu dan saya putus asa ingin menurunkan berat badan lagi.
Cabaran iSihat 2011 bersama Kevin Zahri
Segalanya berubah apabila diterima untuk menyertai program Cabaran iSihat 6 Minggu Bersama iSIHAT & Kevin Zahri. Ketika itu berat saya adalah 92kg (Oktober 2011). Saya diterangkan konsep dan teori bagaimana berat seseorang itu boleh turun dan naik. Penerangan oleh cikgu Kevin Zahri dan panduan EBOOK KEVIN ZAHRI yang santai dan mudah difahami membuatkan saya meletakkan azam yang tinggi untuk memulakan cabaran. ILMU amat penting supaya kita faham apa yang kita lakukan dan usaha kita tidak menjadi sia-sia.
Panduan ilmu Kevin Zahri tapi usaha sendiri
Segala panduan yang diberikan oleh cikgu Kevin dan EBOOK KEVIN ZAHRI banyak membantu dalam saya mengatur plan pemakanan saya. Ia juga menerangkan bagaimana kita mahu mengelakkan diri supaya tidak makan mengikut kemahuan atau nafsu sebaliknya makan apa yang badan kita PERLU. Bagi saya memulakan perubahan dalam pemakanan haruslah dilakukan dengan BERDISIPLIN dan BERSEDERHANA.
Ini kerana perubahan bukan hanya jangka pendek tetapi untuk sepanjang kehidupan. Selain itu, saya masih lagi dapat menikmati makanan yang digemari seperti asam pedas, masak lemak cili padi dan coklat. Saya juga boleh menikmati fast food seperi McD, Dominos dan KFC. Antara perubahan yang saya lakukan adalah :
- Merancang pemakanan (elak pembaziran dan beli yang tidak perlu ketika membeli belah)
- Merekod apa yang dimakan (memantau jumlah kalori dan memudahkan buat semakan)
- Membaca fakta nutrisi pada label makanan
- Mengurangkan pengambilan kuah pada lauk
- Minum susu rendah lemak
- Membawa air masak bila keluar dari rumah
- Belajar makan sayur-sayuran (sebelum ini memang tidak makan sayur)
- Makan buah-buahan secara bersederhana
- Mengambil multivitamin
- Makan sehari 5-6 kali supaya tidak berada dalam keadaan mood lapar
Peranan senaman.
Sebelum menyertai Cabaran Sihat 6 Minggu Bersama iSIHAT & Kevin Zahri saya bukanlah seorang yang suka bersenam. Melakukan senaman bukan satu syarat untuk menurunkan berat badan tetapi ianya adalah pilihan. Sepanjang 6 minggu program saya berusaha untuk mendisiplinkan diri supaya melakukan senaman sekurang-kurangnya seminggu 3-4 kali selama 30 minit. Peringkat permulaan saya hanya mampu untuk berjalan kurang 30 minit disebabkan sakit lutut.
Sebelum menyertai Cabaran Sihat 6 Minggu Bersama iSIHAT & Kevin Zahri saya bukanlah seorang yang suka bersenam.
Alhamdulillah selepas 8 minggu akhirnya saya berjaya untuk berjoging pula dan tidak sakit lutut. Sekarang saya mula mencintai aktiviti pergunungan dan larian kerana aktiviti ini amat mencabar fizikal dan mental. Bagi saya senaman bukanlah untuk mereka yang mempunyai berat badan berlebihan sahaja tetapi untuk semua individu bagi mencegah pelbagai penyakit seperti jantung. EBOOK KEVIN ZAHRI menyediakan tips untuk mulakan senaman bagi mereka yang ingin menurunkan berat badan. Antara perubahan yang saya lakukan untuk memulakan senaman adalah:
- Membeli kasut yang sesuai bagi mengelakkan kecederaaan (safety first)
- Sentiasa mengamalkan konsep berjalan-jalan (parking kereta jauh dari kedai, naik tangga,)
- Tidak lebih 60 minit pada setiap sesi cardio (listen to your body)
- Latihan beban (meningkatkan jisim otot)
- Mementingkan kualiti senaman berbanding kuantiti (penting : rest and recovery)
- Memastikan diri bersenam sekurang-kurangnya 3 kali seminggu (tidak bersenam boleh menyebabkan saya moody – keajaiban senaman bila sudah bermula, sukar mahu tinggalkan)
Bersederhana dan Berdisiplin Seumur Hidup
Kini saya masih lagi menjadikan EBOOK KEVIN ZAHRI dan FITNESS 24/7 sebagai rujukan utama. Bagi saya EBOOK KEVIN ZAHRI dan FITNESS 24/7 sesuatu yang perlu dimiliki oleh semua masyarakat kerana isi kandungannya ringkas, padat dan mudah difahami untuk mengamalkan gaya hidup yang sihat. Ia juga sesuai dijadikan sebagai PANDUAN PENGURUSAN KESIHATAN untuk semua peringkat usia, jantina dan berat. Sukar untuk melakukan perubahan tetapi amat senang jika kita BERMULA HARI INI dengan mengikut CARA YANG BETUL.
ikutlah segala panduan dengan BERSEDERHANA, BERDISIPLIN dan JANGAN TINGGAL SEMUA JIKA TIDAK MAMPU UNTUK MELAKUKAN SEMUA.
Walaupun terlalu banyak panduan yang diberikan dan amat mustahil untuk kita ikut dalam masa sehari atau seminggu mahupun sebulan. Oleh itu, ikutlah segala panduan dengan BERSEDERHANA, BERDISIPLIN dan JANGAN TINGGAL SEMUA JIKA TIDAK MAMPU UNTUK MELAKUKAN SEMUA.
P/S: Sekarang berat maintain dan masih berusaha secara moderation untuk menurunkan beberapa kg lagi supaya lebih ringan untuk berlari.
I’m impressed. Good job bro….wanna follow u as well….hehe 😉
cayalah hadi..kak syud bangga..
[…] https://kevinzahri.com/blog/health-fitness/fadhlul-hadi-kurangkan-20kg-dalam-4-bulan/ […]
[…] dan 40 peserta lain untuk memenangi hadiah wang tunai hingga RM4,000? Ingin ikut jejak langkah Fadhlul Hadi (pemenang musim pertama) atau Hazim Badri (pememang musim […]