- Home
- News & Events
- #1jutakg – Kempen Kurangkan Satu Juta Kilo Malaysia dalam 6 Minggu
#1jutakg – Kempen Kurangkan Satu Juta Kilo Malaysia dalam 6 Minggu
Malaysia memerlukan bantuan anda!
Hye, nama saya Kevin Zahri, juga dikenali sebagai ‘Cikgu Kecergasan.’ Saya adalah salah seorang rakyat Malaysia yang berjuang untuk kearah Malaysia yang lebih sihat dan “ringan”. Dalam perjuangan ini, saya amat memerlukan bantuan ANDA.
Ayuh rakyat Malaysia, sertai saya dalam gerakan misi yang dipanggil #1jutakg yang bertujuan untuk mengurangkan 1 Juta KG selama enam minggu diseluruh Negara. Ia adalah perjalanan mengurangkan berat badan secara bebas yang bermula pada 5 September 2015 dan anda boleh menjadi sebahagian daripada program untuk membantu dan menggalakkan mereka yang berada disekeliling anda bersama-sama menjayakan program ini.
Pada masa ini, Malaysia adalah Negara yang mempunyai kadar obesity yang tertinggi di Asia. Tidak kira apa jua perbezaan antara kaum, budaya atau politik tertentu, ia adalah masalah yang memberi kesan kepada seluruh lapisan masyarakat dinegara ini. Tiada siapa yang boleh menafikan Malaysia adalah Negara yang rakyatnya kebanyakan mengalami masalah obesity – Oleh itu, kita haruslah memainkan peranan untuk membantu golongan ini untuk mengurangkan masalah berat badan terutamanya bagi membantu generasi akan datang yang lebih sihat dan cergas. Kadar obesity dikalangan kanak-kanak pada hari ini amat membimbangkan, dan jika permasalahan ini tidak dibendung dari sekarang, ianya akan menyebabkan masalah ini menjadi rumit pada masa akan datang. Jika sekarang kita tidak berjaya memimpim dan membimbing mereka melalui tauladan, masalah obesity tidak akan dapat dibendung sehingga bila-bila.
Kita semua adalah pemimpin dan kita haruslah memimpin melalui tauladan.
Ini bukanlah satu perjuangan tertentu yang dikhaskan untuk badan-badan kerajaan, atau guru-guru sekolah; ia adalah perjuangan dimana kita semua terlibat dan mengambil bahagian. Sama ada anda seorang pemimpin politik, tokoh korporat, ibu bapa, adik-beradik, atau seorang yang beriman, kita semua mewakili individu yang mereka boleh jadikan contoh tauladan. Oleh itu, kita haruslah menunjukkan kepada mereka jalan yang betul dan kita tidak boleh menasihati atau memberikan ‘dakwah kesihatan dan kesejahteraan’ jika kita sendiri tidak boleh membantu diri sendiri terlebih dahulu.
Jadi, bagaimana anda boleh membantu mereka yang berada disekeliling anda?
Sertai Projek #1jutakg kami dengan mendaftar di www.1jutakg.com . Disana , anda akan menamakan beberapa individu dan berjanji dan berikrar untuk mengambil bahagian dengan menyumbang berapa jumlah KG yang akan anda kurangkan. Dengan ini, kami juga akan menyediakan anda dengan garis panduan PERCUMA iaitu ebook dan video bagaimana untuk mengurangkan berat badan yang berkesan berasaskan cara hidup rakyat Malaysia.
Anda masih perlukan maklumat lanjut untuk menyakinkan anda? Sila lihat pada perubahan berat badan yang menakjubkan yang telah mereka lalui melalui projek Jom Kurus kami yang telah dijalankan di seluruh Negara sebagai sumber inspirasi anda!
Ia adalah hidup anda dan ini adalah Negara kita. Jom kita bekerjasama untuk membantu Malaysia yang lebih ringan. www.1jutakg.com