- Home
- News & Events
- Sertai Cabaran iSihat: Kurangkan Lebih 10kg Dalam 6 Minggu
Sertai Cabaran iSihat: Kurangkan Lebih 10kg Dalam 6 Minggu
- Event: Cabaran iSihat Musim Ke-2
- Tarikh: 2 Jun – 14 Juli 2012 Tahun
- Lokali: Kuala Lumpur
- Tarikh Pendaftaran: Hingga 28 Mei 2012
Ingin kurangkan berat badan bersama Kevin Zahri untuk memenangi wang tunai RM3,000? Daftarkan diri sekarang untuk sertai Cabaran iSihat dan ikut jejak langkah Fadhlul Hadi – pemenang musim pertama.
Turun 10 kg dalam Masa 6 Minggu
SIAPA kata tampil langsing dalam masa enam minggu mustahil? Siapa kata menurunkan berat badan hampir 11.5 kg dalam tempoh enam minggu kerja gila? Namun itulah hakikatnya. Kalau anda kurang percaya, apa kata bertemu dan berbicara sendiri dengan individu yang mengalami ‘transformasi’ ini sendiri – Mohd Fadhlul Hadi Othman.
Mohd Fadhlul Hadi: Pemenang Musim Pertama
Seperti mana 21 peserta lain, Mohd Fadhlul Hadi yang dinobatkan sebagai juara, menyertai Cabaran Sihat anjuran majalah iSIHAT sekitar Oktober tahun lalu dengan satu matlamat. Hadir dengan berat badan 90.6 kg, Mohd Fahdlul yang merupakan penuntut di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) berjaya menurunkan berat badan sehingga 79.1 kg.
“Sebelum ini saya merasakan untuk kurus sesuatu yang sukar. Tapi selepas apa yang dijalani sepanjang tempoh program ini rasanya ia tidaklah sesukar yang digambarkan sebelum ini. Kita cuma perlu pandai mengira berapa kalori yang masuk dan berapa pula kalori yang harus dibakar dan untuk membakar semula kalori tentunya dengan senaman yang konsisten,” katanya yang baru-baru ini berjaya menakluki Gunung Kinabalu.
“Menurunkan berat badan bukan bermakna seseorang perlu berkurung 12 minggu di dalam rumah, makan makanan yang sama dan melakukan aktiviti fizikal yang rutin sehingga berasa bosan. Untuk menjadikan proses penurunan berat badan berkesan, terdapat cara lain yang lebih menyeronokkan,” kata Kevin yang turut berkongsi kepakaran dimiliki menerusi eBook bertajuk ‘Panduan kurangkan 5 kilogram dalam 5 minggu’ dan telah terjual sebanyak 10,000 unit.
..Hadir dengan berat badan 90.6 kg, Mohd Fahdlul berjaya menurunkan berat badan sehingga 79.1 kg.
Panduan Oleh Kevin Zahri sendiri
Kepada yang berminat apa kata, menyertai program Cabaran Sihat musim kedua. Bermula 2 Jun depan pada setiap Sabtu, program dimulakan dengan bengkel dan kaunseling oleh Kevin sendiri. Minggu seterusnya, sesi senamrobik akan diadakan Celebrity Fitness. Ia diikuti dengan aktiviti Jungle Trekking, Cycle & Hunt, Paintball dan Merentas Desa sejauh 10 km sebelum diakhiri dengan majlis penutup pada 14 Julai 2012.
Sokongan Kementerian Kesihatan Malaysia
Selain Kevin, pihak Kementerian Kesihatan merupakan pihak yang berperanan ‘memantau’ perkembangan para peserta. Dan seperti mana sebelumnya, bagi proses pemilihan pemenang, peserta bukan hanya dinilai dari sudut penurunan berat badan tapi penyertaan dan komitmen tinggi yang ditunjukkan.