- Home
- News & Events
- Kempen BSK Sekolah Disokong Kementerian Pendidikan Malaysia
Kempen BSK Sekolah Disokong Kementerian Pendidikan Malaysia
Program Bukan Soal Kurus (BSK) Sekolah pertama kali akan diadakan bermula pada 3 Julai 2021 mensasarkan penyertaan sebanyak 500 sekolah dibawah Kementerian Pendidikan Malaysia termasuklah institut pengajian tinggi (IPT) awam dan swasta.
Program anjuran Pertubuhan Pencegahan Obesiti Dewasa dan Kanak-kanak dengan kebenaran Kementerian Pendidikan Malaysia( KPM) ini tidak hanya menekankan aspek penurunan berat badan semata-mata sebaliknya memberi pendedahan terhadap pemakanan sihat dengan nutrisi lengkap di samping senaman yang betul untuk menyokong tumbesaran remaja di kalangan pelajar.
BSK Sekolah ini sekali gus dapat mewujudkan komuniti kelompok di kalangan warga sekolah yang dapat saling menyokong perkembangan emosi dan fizikal dalam usaha memperkasakan komuniti sekolah untuk gaya hidup lebih aktif, sihat serta cergas.
Bertepatan dengan situasi semasa negara yang sedang mempergiat usaha menentang penularan pandemik Covid-19 ketika ini, perlaksanaan BSK Sekolah menggunakan 100 peratus atas talian dengan cara e-Learning Platform, Zoom, dan Youtube BSK Sekolah.
Secara keseluruhannya, program BSK Sekolah bukan sekadar program intervensi berat badan komuniti sekolah semata-mata sebaliknya menyeluruh dari pelbagai aspek termasuklah perkembangan fizikal dan sokongan emosi semua warga sekolah yang terlibat.
TOT Bersama Wakil Sekolah
Wakil sekolah terpilih akan mengikuti kursus ‘Train of Trainer’ (T.O.T.) virtual percuma bersama Kevin Zahri serta menerima:
- 1x Keahlian e-Learning kursus Bukan Soal Kurus
- 1x Buku KURUS (hardcover)
- Sijil ‘Team Leader Bukan Soal Kurus’
Memimpin sekolah sepanjang program BSK Sekolah selama 8 minggu bersama pasukan BSK Kevin Zahri. Pendaftaran kini dibuka untuk program yang akan bermula pada 3 Julai 2021 sehingga 28 Ogos 2021. Untuk sebarang pertanyaan dan pendaftaran program BSK boleh layari bukansoalkurus.com/sekolah atau hubungi @drlinalang 0162582009
Dengan ikhlas,
Kevin Zahri
Pengerusi
Pertubuhan Pencegahan Obesiti Dewasa dan Kanak-kanak Malaysia
www.bukansoalkurus.com/ngo