Netball Bersama Pelajar Pendidikan Khas SK Seri Permaisuri

This is Fana, my amazing and always cheerful netball team member semasa lawatan ke sekolah Seri Permaisuri di Cheras baru-baru ini untuk kempen Jom Kurus Sekolah – Bukan Soal Kurus.

Walaupun anda sering lihat saya melawat pelbagai jenis sekolah untuk aktiviti bersama, itu bukan lah matlamat utama kempen Jom Kurus Sekolah. Lawatan ke satu-satu sekolah tidak akan magically membawa perubahan yang kekal, terutamanya dalam mengalakkan pelajar yang kurang diberi peluang bersukan untuk aktif bersukan.

Sessi netball seperti ini memang fun

Walaupun ia melibatkan pelajar pendidikan khas, jelas ia menunujukkan kepentingan, kebolehan dan semangat mereka untuk bersukan.

  • Penting untuk mereka bersukan secara berterusan.
  • Penting untuk mereka bersukan dengan lawan yang setanding.
  • Penting untuk ada struktur pertandingan yang mudah & berobjektif untuk mereka.

Pertandingan sukan senarusnya pada tahap yang sama dan berpanjangan.

It cannot be just sekali setahun. Sekali setahun takkan menanamkan tabiat dan keinginan untuk bersukan.

Kenapa perlu pertandingan?

Kerana pertandingan akan beri objektiviti kepada pemain untuk teruskan latihan sukan.

Ini lah salah satu usaha objektif kempen Jom Kurus Sekolah – untuk membina rangkaian liga-liga sukan untuk semua golongan masyarakat, termasuk lah

  • pelajar yang tak terpilih
  • pendidikan khas.
  • anda sebagai dewasa yang gemari sukan tapi sukan elit player.
  • termasuk lah golongan warga emas yang ingin bertanding sesama sendiri.

It is NOT easy but great things are not meant to be easy. Kita dah pun bermula dengan beberapa pilot projek di Kuala Lumpur menerusi tabletennis.jomkaktif.com dan tennis.jomaktif.com

Volunteer!

Kalau anda ingin sukarela untuk membantu kami menjayakan usaha ini, sila hubungi Fana 013 569 8035 atau layari jomkurussekolah.com/volunteer. Sekiranya akan ingin menyumbang kepada kempen kami sila layari https://jomkurussekolah.com/donate/