- Home
- News & Events
- Sessi Pelancaran Cabaran iSihat Musim Ketiga
Sessi Pelancaran Cabaran iSihat Musim Ketiga
Oleh Utusan Karya
MENYERTAI program menurunkan berat badan bersama pakar kecergasan tekenal, Kevin Zahri sememangnya peluang keemasan yang tidak mungkin dilepaskan lebih-lebih pada individu yang menghadapi masalah obesiti.
Untuk itu jangan lepaskan peluang merebut tempat dalam Cabaran Sihat 6 Minggu Bersama iSIHAT & Kevin Zahri (Cabaran Sihat).
Program anjuran majalah iSIHAT dan pakar perunding program, Kevin Zahri itu, memasuki musim ketiga yang dijangka lebih meriah dan hebat.
Berbanding musim lalu yang hanya terbuka kepada kategori dewasa, kini golongan remaja yang berusia antara 15 hingga 20 tahun boleh menyertainya.
Bilangan peserta juga ditambah daripada 30 menjadi 40 orang.
Musim baru ini juga menjanjikan hadiah lebih lebih lumayan iaitu wang tunai RM4,000 untuk juara kategori dewasa, manakala untuk kategori remaja pula RM2,000.
Tempat kedua dan ketiga kategori dewasa masing-masing akan membawa pulang hadiah wang tunai RM3,000 dan RM2,000, manakala RM1,500 dan RM1,000 bagi tempat kedua dan ketiga kategori remaja. Kesemua pemenang turut membawa pulang hadiah sampingan.
Namun apa yang lebih menarik sudah pastilah mendapat bimbingan secara ?peribadi? daripada Kevin Zahri atau lebih mesra dipanggil Cikgu Kevin selama hampir dua bulan. Peserta terpilih berpeluang bersua dan berbicara empat mata dengan beliau selain mendapatkan tip dan panduan yang cukup praktikal dan bernas.
Aktiviti ini akan dimulakan dengan majlis pelancaran program pada 1 Mei 2013.
Aktiviti pertama dimulakan dengan bengkel dan kaunseling yang disampaikan oleh Cikgu Kevin sendiri pada 4 Mei.
Seterusnya ialah sesi senamrobik dan latihan kecergasan (11 Mei), mencari harta karun (18 Mei), boot camp (25 Mei), merentas hutan (1 Jun), merentas desa sejauh 10 kilometer (8 Jun) dan acara penutup dan pengumuman pemenang (15 Jun).