- Home
- News & Events
- Sukan Untuk Semua: Webinar dan diskusi bersama Kevin Zahri dan KBS Malaysia
Sukan Untuk Semua: Webinar dan diskusi bersama Kevin Zahri dan KBS Malaysia
Selaim membanteras obesiti komuniti sekolah, antara usaha NGO kami, Persatuan Pencegahan Obesiti Dewasa dan Kanak-kakak, adalah untuk membudayakan sukan di kalangan rakyat Malaysia.
Ini bukan sahaja membantu negara untuk menjadi “sporting nation” tapi ia rakyat yang cergas aktif penting dalam membina daya saing, asah kekuatan mental dan yes, secara tidak langsung bantu mengurangkan pandemik obesiti yang melanda negara tercinta kita.
Jom Aktif – 1000 Liga Komuniti Menjelang 2025
Dengan kerjasama KBS, persatuan dan institusi sukan di Malaysia, matlamat kami adalah untuk melakar seribu liga sukan komuniti menjelang 2025 yang meliputi pelbagai sukan, semua golongan masyarakat dan tahap kebolehan pemain yang pelbagai.
Budayakan sukan? Sekali setahun tidak cukup
Sama lah dengan mana-mana amalan lain, untuk apa-apa perkara menjadi “budaya”, ia boleh menjadi rutin kehidupan. Jadi walaupun bulan sukan negara dan acara sukan tahunan seperti MSSD dan MSSM sememangnya mencungkil semangat bersukan ketika itu, usaha untuk adakan acara sukan yang berjalan sepanjang tahun untuk golongan atlit bukan elit amat penting.