- Home
- Success Stories
- Bibiana Kurang Berat 18kg Selepas Bersalin Anak Ke3
Bibiana Kurang Berat 18kg Selepas Bersalin Anak Ke3
- Bibiana Sinimon
- Umur: 32 Tahun
- Berat Permulaan: 64kg
- Berat Selepas: 46kg
- Berapa lama ambil masa? 16 minggu
- Tinggi: 152cm
- Pekerjaan? Guru
- Facebook: babylovehoney
Saya adalah seorang ibu kepada tiga orang anak, juga seorang guru sekolah menengah. Saya baru melahirkan puteri ke tiga pada tahun lepas 2013 bulan oktober secara pembedahan. Akibat pembedahan tersebut saya panik kerana orang di luar dan internet mengatakan wanita selepas bersalin pembedahan boleh kurus tetapi perut sukar kempis semula. Ini memberi motivasi kepada saya untuk membuktikan pendapat tersebut boleh di ubah.
Seawal 12 minggu saya mula bersenam ringan dan mendapat kebenaran dari doktor setelah mengesahkan luka pembedahan keadaan baik.
Saya bersenam mengikut panduan bersenam wanita selepas bersalin. Aktiviti Jom kurus dan e book lebih memberi penambahan kepada motivasi saya ini. Kini saya lebih langsing dari sebelum mendirikan rumah tangga. This is happen when you believe.Bersenam untuk kesihatan seumur hidup,ilmu serta petua melalui ebook Kevin Zahri untuk pengurusan berat badan dan semangat kental untuk berjaya.
Nafsu Makan Tak Terkawal.
Amalan pemakanan tidak teratur, suka mengikut nafsu makan. Banyak bersenam dan aktif tapi pemakanan tidak ambil peduli. Gemar minum manis seperti cola dan makan makanan berlemak. Tidak suka makan sayur dan jarang makan buah. Pernah mencuba crash diet tapi gagal bertahan sehingga berat naik semula.
Amalan Diet Untuk Kurangkan berat badan?
Terapi minda: bersedia dari segi mental untuk mempersiapkan diri melalui program mengurangkan berat. Membaca untuk mendapatkan ilmu dan petua pengurusan berat badan dari segi pemilihan pemakanan dan senaman yang sesuai. Makan 3 hidangan utama dan 2 healthy snack dengan pengambilan kalori yang betul. Contoh menu:
Percaya kepada diri sendiri, kuatkan mental dan berusaha mendapatkan ilmu pengurusan berat badan.
- 7.30pagi sarapan: ubi manis 1 genggam, telur rebus 1 biji, minuman cereal spirulina.
- Snack 10am: Greek Yogurt dan air lemon kosong.
- 12 tengahari:brown rice segenggam, sayur brokoli, lobak, kubis (stim) dan ikan rebus separuh. Minum air kosong.
- Snack 3 petang buah apple dan timun.
- Makan malam sblm jam 8 mlm brown rice segenggam, sup sayur campur, ayam rebus.
- Snack malam jam 10; susu rendah lemak 250ml.
Bersenam tiga kali seminggu.
Waktu pagi bangun seawal pukul 4.30 untuk mengemas rumah. 5.30 pagi melakukan circuit training 30 minit di rumah. Jika outdoor saya akan berlari atau berjalan tidak kurang dari 5km setiap 3 kali seminggu.[one_whole boxed=”true”]Suplemen? Tidak, sebab saya percaya kepada konsep eating clean.[/one_whole]Percaya kepada diri sendiri, kuatkan mental dan berusaha mendapatkan ilmu pengurusan berat badan.
This is so inspirational!!! Makes me want to work hard for this new season of JK1M!!!