- Home
- Success Stories
- Ezuwan Kurang 19.4kg. Menang Cabaran Jom Kurus TV Alhijrah
Ezuwan Kurang 19.4kg. Menang Cabaran Jom Kurus TV Alhijrah
Pada 27 Oktober 2013 Cabaran Jom Kurus bersama Kevin Zahri dan rancangan Assalamualaikum TV Alhijrah sampai ke penghujung. Suasana BBQ bersama peserta memang meriah untuk meraikan kejayaan semua yang berjaya kurangkan lebih 6kg dalam 6 minggu.
Ezuwan Shah diumumkan sebagai pemenang cabaran 6 minggu Jom Kurus bersama Kevin Zahri dan TV Alhijrah Assalamualaikum dengan kurangkan 19.4kg berat badan. Memang hebat. Di samping hadiah suplemen Nu3Facts, Ezuwan menangi hadiah wang tunai RM1000. Ezuwan juga merupakan pemenang cabaran Jom Kurus Raya bersama RTM di mana beliau kurangkan 18.6kg.
Untuk lebih info Cabaran Jom Kurus yang akan datang, sila layari laman web Jom Kurus.