- Home
- Success Stories
- Hadi Halim Berjaya Kurang Berat 17kg Dalam 5 Bulan.
Hadi Halim Berjaya Kurang Berat 17kg Dalam 5 Bulan.
- Nama: Hadi Halim
- Matlamat: Kurangkan Berat Badan
- Kejayaaan: Kurang 17kg dalam 5 Bulan
- Blog: hadihalim2000.blogspot.com
- Twitter: @hadihalim91
Salam
Ada perkara untuk dikongsi bersama anda which is hadi dah berjaya turunkan berat badan daripada 86kg kepada 69kg dalam masa 5 bulan tak guna herbalife, tak guna SD 2 Lipid, tak guna dr.rozmey atau lain2 produk lah kat pasaran. Tapi nak tahu rahsianya tak?
Baiklah bukan senang nak turunkan berat badan ini
Perkara yang paling penting kena ada ialah keazaman dan kesabaran yang tinggi
If ada ini insyallah pasti boleh teruskan untuk fasa seterusnya. Selain itu mestilah adalah amalan diet dan juga exercise.
Sebenarnya niat hadi bukan sahaja nak kurus tapi hadi juga nak jadi sihat. Hadi amalkan diet dan exercise hampir tiap-tiap hari sekarang, sebab hadi nak sentiasa cergas, cerdas dan sihat.
Ok, bagaimanakah caranya?
Firstly untuk diet, hadi gunakan cara pengiraan kalori. Mudah sahaja, ambik kalkulator kita , berat darab dengan 30. Contohnya berat hadi 69 darab 30 = 2070 ,ini adalah kalori intake harian hadi which is kalau nak kekal dengan berat badan sekarang, ameklah dalam lingkungan 2000 tapi kalau nak kurus kenalah ambik kurang, contoh hadi skrg hanya ambik dalam 1000 kalori intake shari. Nak kurus, kena pastikan kalori intake kurang daripada kalori keluar.
…Nak kurus, kena pastikan kalori intake kurang daripada kalori keluar…
Kalau dapat tu, insyaallah boleh kurus. Kalau nak tau berapa nilai kalori sesuatu makanan kena lah baca pada packaging atau layari laman web yang sediakan kalori untuk setiap makanan macam sususejat.com dan cekodok.com
Hadi makan 5 kali sehari, contohnya:
- Pagi hadi makan roti wholegrain 2 kpg = 126 kalori dengan horlick kosong=60 = 186kalori.
- Snek sebelum tengah hari: biskut oat dalam 82 kalori.
- Tengah hari: ayam dada(300kalori) dan juga sayur (apalah2 jenis sayur dalam 60-80), buah oren sebiji (50kalori)
- Snek petang (biskut oat=82kalori)
- Malam (roti wholegrain 2 kpg,=126kalori)
- So semua jumlah baru 886kalori.
Tapi ini hanyalah sebagai contoh yang Hadi selalu ambik, kadang-kadang hadi ubah menu dengan telur dan juga ikan. Dan kadang-kadang jugak terlebih tapi pastikan tidak melebihi 1500.
Kita jangan stress sangat nak berdiet ini, senang jer. 1x seminggu, hadi akan rewardkan diri dengan boleh makan apa sahaja dan still boleh kuruskan badan.
So jangan risau anda masih boleh makan macam-macam , cuma kena jaga kalori intake jer.
Untuk lebih mendalam, kita kenalah pastikan diet kita seimbang, which is karbohidrat pertama, kedua protein dan seterusnya lemak. Jadi cuba pastikan anda ambik diet yang seimbang
Seterusnya: exercise
Pastikan lapisan lemak kat badan kita kurang dulu, jadi untuk buat itu, kenalah kalikan senaman cardio,contohnya macam jogging, berbasikal atau lain-lain sukan.
Kalau joging, pastikan dalam 20 mnit ke atas kerana dengan itulah lapisan lemak anda akan mula terbakar. Amalan joging dapat bakar dalam 250 higga 350 kalori. Selain itu hadi juga buat exercise lain seperti sit-ups, push-ups, dan senaman dumbbell. Ini smua untuk fitkan badan.
Kalau kita nak kurus, bukan nak berat kurang jerkan tapi nak jugak badan yang lawa. Ingat semua aktiviti harian boleh bakar kalori, contohnya tidur 8jam – 456kalori, berjalan 30 minit (100 kalori) dan lain-lain.
Untuk mendapatkan tambahan maklumat, hadi selalu mendapatkannya di kevinzahri.com.
Di mana terdapat bermacam2 tips untuk berdiet, exercise dan juga buku yang ditulis Kevin Zahri sendiri untuk panduan kurus 5kg dalam masa 5 minggu. Jadi rajin-rajinlah tengok untuk mendaptkan tips2 berguna , kita boleh dapatkan tips2 diet yang sangat berguna, cara exercise dengan tepat, great blog and thanks to Kevin Zahri, many great input.
Alhamdulillah
So dengan cara-cara di atas , alhamdulillah dalam 5 bulan 17kg dah hilang. Selamat mencuba, kalau ada apa2 pertanyaan boleh tanya diri ini, insyaallah akan jawab. Segala yang hadi bagi ini, semua berdasarkan pembacaan hadi dari internet dan juga buku.
Sekian trima kasih dan selamat mencuba. Ingat, pastikan diri betul2 berazam dan kuat semangat. Insyaallah pasti berjaya
ini awesome! hoho! tahniah
thnks 🙂
wow hadi x sgka masuk dlm kevin johari.Taniah
kevin zahri la bro..
sedih kevin.haha
tahniahhh
amalkan minum air byk ker???
awak mmg tak makan nasi ek
3 bulan pertama mmg tak makan nasi, tapi takpe kalo makan nasi pun, cuma portion yg skit , tapi air mmg bnyk minum, kemana shj msti ada air kosong, 🙂
thanks kevin 😉
you r welcome. Congrats on your amazing transformation. Sekarang pastikan maintain or mantapkan lagi.
waahh..tahniah2!!
thnks
Kalau tak makan nasi turun berapa kg dalam sebulan?
bukan soal nasi semata2.
ya, bukan soal nasi tapi soal berapa banyak nasi kita ambil. kalau sehari sekali dan hanya sebesar genggaman tangan, itu sudah sangat baik.
dah kacak dah dia HEHEHE
Good bro. Tak minum susu ke? utk shape badan lagi cun. . dasyat 1000 kalori sehari. Aku lg prefer makan 7 portion kecil yg bro kevin ajar. Btw, tahniah !
HEBAT!!!!….
tahniahhh… kisah awak jd pendorong utk saya turun kn berat sy…:)
trima kasih, all the best, insyaallah pasti boleh kurus n lbh sihat nnti, 😉
sangat mengagumkan dan juga bahasa melayu yang agak baik
trima kasih, hehehe,
tidur 8 jam —> 456K turun,
berjalan 30minit—> 100K turun.
i prefer tidur lahh… hehehehe
try bljn 8jam..haha
diet less than 1000 cal…..tak berapa bagus ni.
at least between 1000 cal – 1500 cal. Masalahnya nak maintain untuk selama-lamanya diet gitu….don’t blame on nasi please….
Walau bagaimana pun tahniah atas kejayaan….nak maintain tu yang mencabar.
mula2 diet mmg igt nasi punca gemuk, actually x kan, bila diet tanpa pembacaan yang bnyk itulah jadinya, but bila adi start baca blog kevinm i found many useful maklumat smua, then i changed my diet, but sometimes kita bwt dgn keselasaan diri kita sndiri, 🙂
tahniahhhhhhh hadi ! badan u da fit skunk.. tahniahh once again
alhamdulillah, nak lebih fitkan bdn skrg, nk dptkan lean muscle smua2
congrats. patut lah selalu nmpk pergi jog. well, nice story and journey!
kak akma ker ni?? hehe, thnks,..
tahniah hadi.. langkah dan keazaman yang baik 🙂
thnksss
calorie intake too low for a male and bulk up more muscles from loading more calories intake per day and less cardio…go for sprint or weight training…neway, congrates bro.. =D
Tahniah hadi coz bjya capai brt skrg. Sye dh cbe cam2 cre tpi xde ksan yg positif. Hmpir ptus asa.. Btw lpas bce ni sye nk cbe cre u ni.
Sy bli ebook panduan kurangkn 5kg….tp blom dapat lg? Mcm mne dapatnye melalui emel @ mcm mne?
sy dh bank in rm60 kt akaun maybank kevin zahri utk ebook tp still xdpt lg…npe ye???
Status: Successful
Reference number: 1736706215
Transaction date: 24 Dec 2012
Transaction time: 23:54:27
sapa2 yg pandang hadi ngn takde mata masa dia ngah chubby mesti terkeluar biji mata dorang bila nengok keadaan hadi yg dh kurangkan berat skrg ni ^_^
thnks, 🙂 🙂
Saya tabik dengan semangat dan usaha Hadi. Kadang2 baca success stories ni laa kita ada semangat nak buat yang terbaik. Thanks kepada Kevin Zahri dan lain2.
thnks, :),
mcm mna nk buang lemak yg lebih berkesan ye? especially bhgian perut?
Biasanya kita akan mulakan dengan senaman kardio seperti jogging, berbasikal dll. Sekarang sy dah mula berjinak2 dengan gym..slow and steady sy da hampir kurang 5 kg dalam masa sebulan lebih dari 90kg ke 85.5kg setakat harini…kita tak boleh nak buang lemak pada bahagian tertentu..kalau kita buat senaman perut pun belum tentu bleh buang lemak sbb yang akan kuat adalah otot perut..tapi lemak yang menyeliputi bahagian perut still ada..ok?
salam saye nak tanye….klu BMI saye 35….berapa ratus kalori sehari saye kene bakar….
sy bulan 11 berat 86kg dgn tggi 165cm. kire obes dah. sekrg berat 78kg – target 60kg. bile nak dapat tu sy bg ms sebelum bulan 5 tahun 2014. kire raya dgn badan baru. sy amalkn minum air kosong,letak hirisan lemon & 1 sudu madu kampung(beli kt kpg sy kuala pilah). mlm x mkn. sebenarnya sy amalkan mnum lemon tu time kt opis sebb stress, keje bank deal ngn customer. sy x sedar sebb lame kelamaaan kwn2 ckp sy badan sy agak susut, sy x caya, smpi la family pun perasan… sekrg sy amalkan minum tu.. yg best opis sy 3 tingkat, ari2 sy turun naik…hihihihihi….x mustahil bley kurus & fit..yg penting sihat…
malam kena makan sebelum isyak kalau tak mcm2 penyakit dtg sekurang2nyer 2 keping roti
pepantat alaf