- Home
- Success Stories
- Personal Trainer di Malaysia? Perlu ker?
Personal Trainer di Malaysia? Perlu ker?
Personal Trainer? Ilmu? Motivasi? Tunjuk Ajar? Duit?
Bermacam-macam di fikiran kaka tentang pemilihan personal trainer ni. Persoalannya, perlu ke kaka melantik dan menggunakan perkhidmatan Personal Trainer? Sesetengah pendapat mengatakan tidak perlu kerana kita boleh melakukan exercise sendiri dan ada juga yang menganggapnya penting kerana mereka akan memberikan tunjuk ajar kepada kita bagaimana menggunakan perlatan di gym, motivasi dan sebagainya.
Bagi kaka ia adalah pilihan masing-masing. Bagi kaka sendiri, sepanjang kaka mengurangkan berat 20Kg sebelum ini, kaka tidak menggunakan pun khidmat Personal Trainer. Dengan hanya merujuk bahan bacaan terutamanya ebook 5 kg 5 minggu dan juga pemahaman diri sendiri, kaka berjaya mengurangkan berat badan. Tetapi, kenapa dalam fikiran kaka sekarang kaka ingin melantik dan menggunakan khidmat personal trainer?
Sebenarnya, di dalam post sebelum-sebelum ini.. kaka pernah kata mahu melakukan rejim senaman yang intensif. Kaka selalu melakukan senaman cardio sahaja seperti jogging dan juga berlari d treadmill sahaja. Kaka langsung tidak melakukan weight training dan seumpanya dalam rejim senaman kaka.
Harus diingati kita perlu melakukan senaman yang konsisten dan tepat dalam mengurangkan berat. Tetapi Kaka memang tidak arif dalam bab-bab angkat berat dan sebagainya. Ada tak personal trainer yang baca post kaka ni? Tak nak sponsor ke? hihi..
Jadi, Kaka sudah decide nak melantik dan menggunakan khidmat Personal Trainer sepanjang proses dalam mengurangkan berat badan Kaka. So far, Kaka belum ada calon yang sesuai selain memikirkan harga yang mengikut kemampuan..Tunggu sahaja post seterus ini ya? dan kita lihat siapa jadi pilihan hati. #eh, gurau je..