Hazim Kurangkan 14.7kg Dalam Cabaran 6 Minggu

[one_half boxed=”true”]

Muhamad Hazim Bin Mohd Badri.

  • Matlamat: Kurangkan berat badan.
  • Pencapaian: Pememang Cabaran iSihat Musim Kedua dengan kurangkan 14.7kg dalam 6 minggu.
  • Facebook: hazimmuor
  • Twitter: @hazimmuor

[button color=”Accent-Color” size=”large” url=”https://kevinzahri.com/jom/ebooks/panduan-kurangkan-5kg-5minggu” text=”Nak Kurangkan Berat Badan?”]

[/one_half]

Zaman Belajar: 2001

Mula-mula melanjutkan pelajaran ke UIAM pada tahun 2001, berat saya hanyalah lebih kurang 80-90 kg. Lifestyle sebagai seorang student sedikit sebanyak menjadi faktor kepada “perkembangan” badan saya ketika itu. Mana tidaknya, waktu makan tidak menentu. Saya selalu tidur lewat malam, kononnya study, padahal enjoy lepak-lepak dan tengok bola dengan kawan-kawan di kedai mamak. So, sambil lepak-lepak tu, nasi kandar lah menjadi habuan.

Kalau tak lapar pun, sekurang-kurangnya roti naan ataupun roti canai banjir mesti kena order..pehhh..So, pada tahun 2008, tahun akhir pengajian saya, sedar tak sedar saya telah ‘berjaya’ menambah berat badan sehingga 115kg.


Aktif Bersukan

Saya merupakan seorang yang aktif bersukan sejak dari zaman sekolah lagi. Hampir semua sukan saya sertai terutama bolasepak dan futsal. Tetapi, kemampuan saya sedikit demi sedikit mula terbatas apabila berat badan mula bertambah. Saya sudah tidak lagi menjadi pilihan utama untuk mewakili kolej dalam sukan-sukan yang pernah saya wakili sebelum ini. Kawan-kawan dikampung juga sudah mula tidak mempelawa saya bermain bersama mereka jika menyertai mana-mana tournament. Takut-takut saya menjadi faktor kekalahan.huhu. tetapi semua itu masih belum boleh menyedarkan saya.

…Kawan-kawan dikampung juga sudah mula tidak mempelawa saya bermain bersama … takut-takut saya menjadi faktor kekalahan…

Zaman Kerja: 2009

Tahun 2009, zaman kerja lebih mencabar, maklumlah dah ada duit sendiri. Nak beli apa saja pun boleh. Lebih-lebih lagi untuk saya yang suka makan ni, makanan saje yang selalu ada dalam fikiran. Masuk ofis je dah mula fikir “tengahari ni nak makan mana ye?”, “petang ni nak makan apa ya?”. Fastfood memang dah jadi favourite la. KFC, McD, Pizza semua menjadi teman setia.

Pada penghujung tahun 2009 alhamdulillah saya berjaya diterima berkhidmat dengan sebuah jabatan beruniform di Johor. Nasib saya sangat baik, masa zaman tu, tak perlu melepasi ujian saringan kecergasan (sekarang dah wajib). Saya pun tak perlu risau pasal baju kerja, sebab uniform semua dibekalkan, tinggal tunggu ‘tailor’ datang ukur je. Hehehe..so badan kian membesar tanpa halangan.

Wake Up Call: Mac 2012

Sehingga pada bulan Mac 2012, saya mula rasa sakit tapak kaki bila berjalan. Baju-baju pun banyak dah tak muat, tali pinggang pun dah kena tambah lubang, bila amik gambar terus nak delete sebab shot semua nampak gemuk. Terus terdetik rasa diri ni dah tak mampu nak menampung berat badan.

…bila amik gambar terus nak delete sebab shot semua nampak gemuk … rasa diri ni dah tak mampu nak menampung berat badan…

Seperti ada ilham datang tiba-tiba, saya terus menghubungi rakan saya yang menjual satu produk kesihatan bagi menurunkan berat badan. Di situ baru saya tahu, berat saya sudah mencecah 121kg. Betapa ngerinya masa tu. Saya pun nekad membeli produk tersebut tanpa berfikir panjang mengenai harga dan komitmen jangka panjang.

Hampir Patah Semangat

Lebih kurang hampir sebulan menggunakan produk tersebut, nampak ada perubahan positif. Namun, cabarannya bermula apabila produk tersebut telah habis dan saya perlu membeli set tambahan. Tetapi, mana saya nak dapatkan duit untuk beli set tambahan. Komitmen bulanan pun ‘ngam-ngam’. Mungkin terlalu bergantung dengan produk tersebut, semangat saya mula goyah. Tetapi saya gagahkan juga diet dengan cara sendiri.

Mentari Kembali Bersinar

Dengan saki-baki semangat yang ada, saya cuba-cuba untuk dapatkan tip-tip di internet. Sehinggalah saya terbaca website KevinZahri.com, dan saya dapati tip-tip yang diberikan seperti memberi semangat dan motivasi kepada saya. Apabila membaca tip-tip yang diberikan oleh Kevin Zahri, saya dapat rasakan untuk menurunkan berat badan tidak lah sesukar sepertimana yang difikirkan malah lebih seronok. Kebetulan pula saya terbaca iklan mengenai Cabaran i-sihat 6 minggu bersama Kevin Zahri di website ini. Tanpa membuang masa saya terus isi borang dan hantar secara online.

Alhamdulillah, Allah dah sediakan jalan untuk saya, saya diterima masuk ke Cabaran isihat ini. Segalanya bermula disini.

Cabaran iSihat Bersama Kevin Zahri Musim

Dimulakan dengan sesi seminar dari Kevin Zahri. Dari situ baru saya nampak betapa unik dan sempurnanya ciptaan Allah SWT iaitu tubuh badan kita. Kevin telah mengajar cara mengira jumlah BMR (Basal Metabolic Rate), berapa jumlah kalori yang perlu saya ambil dalam sehari, berapa “target” saya untuk turunkan berat badan dalam tempoh 6 minggu dan banyak lagi berpandukan ebook Panduan Kurangkan 5kg dalam 5 Minggu.

…untuk bercakap kita hendak turun berat badan sebanyak 10, 20 atau 30kg memang mudah, tetapi untuk melakukannya bukan semudah yang disangka, ILMU, DISPLIN & KESUNGGUHAN yang akan menentukan kejayaan…

Apa yang saya dapat dari seminar ini ialah “untuk bercakap kita hendak turun berat badan sebanyak 10, 20 atau 30kg memang mudah, tetapi untuk melakukannya bukan semudah yang disangka, ILMU, DISPLIN & KESUNGGUHAN yang akan menentukan kejayaan”. Ini akan menjadi motivasi dan perangsang kepada saya sampai bila-bila.

Sepanjang 6 minggu, banyak saya pelajari daripada Kevin, yang paling penting saya dapat mempelajari cara pemakanan dan senaman yang betul. Pada saya, itulah kunci utama untuk menurunkan berat badan dengan berkesan. Saya juga mengambil peluang dengan sentiasa merujuk kepada Kevin tentang sebarang kemusykilan berkaitan kesihatan.

Hazim adalah Juara Cabaran iSihat dan menangi wang tunai RM3000.

Ilmu Dari Kevin Di Olah Mengikut Kemampuan Diri.

Dengan ilmu yang telah diberikan, saya telah mengolah dan merancang pelan pemakanan, senaman dan aktiviti seharian saya tersendiri mengikut kemampuan diri sendiri. Ini penting untuk jangka masa panjang kerana hanya diri sendiri yang tahu apa yang diperlukan. Cara hidup saya pun telah berubah kepada lebih sihat dan menyeronokkan. Antara perubahannya ialah;

  1. Saya lebih peka tentang jumlah kalori dalam makanan yang saya ambil setiap hari supaya tidak melebihi DCR (Daily Calorie Requirement) saya.
  2. Saya sentiasa memeriksa kandungan nutrisi sebelum membeli sebarang produk makanan.
  3. Saya sentiasa berhati dalam mengambil makanan bergula dan bergaram.
  4. Saya akan perbanyakkan aktiviti fizikal ketika di pejabat (seperti naik tangga dan banyakkan bergerak).
  5. Saya akan pastikan senaman menjadi rutin harian saya. Sekurang-kurangnya sekali sehari. (sama ada jogging, bermain futsal ataupun menari dirumah).
  6. Saya boleh makan apa saja yang saya suka tetapi dalam kuantiti sedikit asalkan tidak melebihi keperluan kalori saya. Lebih baik sedikit daripada tidak merasa langsung.
  7. Air masak (plain water) menjadi teman setia sekarang. Saya akan minum sekurang-kurangnya 2 liter sehari.

…pada pertengahan Jun 2012 saya berjaya mencapai berat dibawah 100kg, pertama kali sejak 7 tahun yang lalu…

Ilmu Lebih Bernilai Dari Segalanya.

Saya percaya ilmu adalah lebih bernilai dari segalanya. Tanpa ilmu, kejayaan boleh dikecapi sekelip mata, tetapi boleh juga hilang dalam sekelip mata. Dengan ilmu, kejayaan yang kita kecapi akan kekal dan terasa nikmatnya sampai bila. Alhamdullilah, dengan izin Allah dan berkat ilmu yang Kevin kongsi dan ditambah dengan usaha sendiri, pada pertengahan Jun 2012 saya berjaya mencapai berat dibawah 100kg, pertama kali sejak 7 tahun yang lalu. Tidak pernah terlintas difikiran saya saya mampu mencapainya.

Di hari terkahir saya dalam program Cabaran Isihat ini saya berjaya mencapai berat badan 90.6kg. Kejayaan ini adalah luar biasa bagi saya.

Realitinya, cabaran sebenar adalah bermula selepas tamatnya cabaran ini dimana tiada lagi persaingan antara peserta dan tiada lagi cikgu Kevin yang akan memantau penurunan berat badan setiap minggu. Oleh itu ilmu yang diberikan akan menjadi panduan untuk saya meneruskan mencabar dirir sendiri.

Yang paling penting adalah ILMU, DISPLIN & KESUNGGUHAN. UJIAN, CABARAN, MOTIVASI DAN KEAZAMAN.

Pesanan Kepada Anda

Sedikit pesanan kepada sesiapa sahaja yang ingin berubah, ingatlah ujian dan cabaran menanti anda. Tanpa ujian dan cabaran tiadalah istilah kejayaan. Anda akan dengar ungkapan-ungkapan seperti ini, “alaa kejap je tu..”, “ye ke ko nak diet, boleh ke?…hahah”, “tak comel la ko kurus..”. Apa yang anda perlu buat hanya senyum dan buktikan. Anda juga tidak akan lari dari ajakan teman-teman “selepak” anda untuk minum-minum sambil tengok bola dan sebagainya. Anda tak perlu menolak, anda masih boleh lepak minum-minum tapi hadkan pengambilan gula seperti kopi o kosong atau limau kosong.

Motivasi dan keazaman adalah kunci kejayaan. Bayakkanlah membaca tentang kejayaan orang lain dan jadikan ianya inspirasi kepada anda. Sentiasa tengok gambar-gambar lama dan pakaian-pakaian lama (yang dah tak muat) dan tanamkan azam yang anda akan kembali ke zaman itu. Dan akhir sekali sentiasa ingat, tiada siapa yang boleh merubah kita kecuali diri kita sendiri. We will determine ourself. Jom hidup sihat!!!

P/S: saya akan cuba menurunkan berat badan 10-20kg lagi sehingga hujung tahun insyaallah. Doakan saya.

Privacy Preference Center