- Home
- Success Stories
- Ridwan Mustafa: Kurang Berat 30kg Dalam 8 Bulan
Ridwan Mustafa: Kurang Berat 30kg Dalam 8 Bulan
- Nama: Ridwan Mustafa
- Goal Kurang Berat Badan
- Achievement: Berat Kurang 30kg Dalam 8 Bulan.
Kisah ini dicatat atas kesedaran untuk berkongsi cerita dan rasa bagi mereka yang mempunyai masalah berat badan berlebihan. Saya dilahirkan pada tahun 1987, kini umur saya 25 tahun.
Obes dari kecil
Semenjak kecil, saya memang obes. Pada tahun 2002, ketika berumur enam belas, berat saya sudah mencecah 96kg, saiz seluar 40 inci! Anda boleh bayangkan sendiri betapa gemuknya saya ketika itu.
Di university, saya tak pernah kisah dan ingin menurunkan berat badan, apatah lagi bersukan! Pakaian sukan buat gantungan dalam almar sahaja; persediaan kalau ada acara-acara padang di university. Itupun kalau boleh saya elak, memang saya elak. 2008, adalah tahun ‘paling gemuk’ buat saya.
Berat saya 120 kg! Saya selalu lapar, dan oleh itu saya selalu makan. Makanan yang selalu saya pilih pula adalah makanan-makanan ‘junk’ seperti makanan segera KFC, McD dan Pizza Hut.
Sehingga satu ketika, saya mula terasa ‘bahaya’ akan obesity yang saya alami. Itu kali pertama saya merasa cakna akan berat badan. Mana tidaknya, hendak berjalan semakin rasa lelah, hendak bernafas pun terasa susah. Kawan-kawan pun ramai nasihatkan supaya jaga-jaga berat badan. Atas saranan seorang teman, saya mula mengambil pil tradisional untuk menurunkan berat badan. Saya mula belajar diet. Baju sukan yang selama ini putih bersih macam baju baru, sudah mula saya pakai untuk senaman.
Kurang 18kg dalam 3 bulan
Alhamdulillah, setelah 3 bulan, saya Berjaya menurunkan 18kg. pun begitu, akibat pil yg dimakan itu akan membawa kesan yang tidak baik, saya berhenti memakan pil tersebut, dan saya mula mengabaikan diet saya, akhirnya berat badan saya naik lagi 10kg, menjadikan berat saya ketika tahun akhir adalah 112kg dan ia kekal sehingga saya mula bekerja di sebuah syarikat di Kuala Lumpur.
Ketika mula bekerja, saya merasa tertekan untuk menyesuaikan diri ditempat kerja dan kerja yang perlu dibuat, saya sering merasa sakit kepala dan badan menjadi gatal-gatal terutama di bahagian peha. Satu malam akibat tidak tahan dengan situasi tersebut, saya telah pergi ke sebuah klinik berhampiran dengan rumah sewa saya di Batu Caves, setelah diperiksa oleh doktor, saya disahkan menghidap tekanan darah tinggi dan ia berada pada tahap yang merbahaya. Hanya satu nasihat doktor kepada saya, untuk menurunkan tekanan darah tinggi tersebut kepada tekanan darah normal , saya perlu untuk menurunkan berat badan lebih 20kg, dan doktor memberikan rancangan diet kepada saya untuk membantu menguruskan badan. Bermula dari saat itulah saya berazam untuk untuk menurunkan berat badan dan mencapai berat badan yang ideal.
Antara cadangan doktor adalah
- Hentikan pengambilan nasi, hanya perlu ambil meehon dalam kuantiti yang sedikit dan banyakan sayur-sayuran
- Banyakan makan daging putih (ayam dan ikan), daging lembu boleh menaikan tekanan darah
- Kurangkan makanan berminyak dan berlemak.
- Banyakan minum jus buah, jus yang disarankan adalah jus epal hijau + saleri + daun sup + timun batang, ia dalah untuk membekalkan fiber yang cukup kepada badan supaya perut lebih lawas.
- Amalkan makan bijirin seperti quaker oat untuk kurangan kolestrol dalam badan.
- Paling penting adalah banyakan latihan dan senaman, purata 4 kali seminggu, sejam setiap sesi.30 minit cardio dan 30 minit angkat beban.
Kurang 30kg Dalam Masa 8 Bulan
Saya mengikut segala apa yang dinasihatkan oleh doktor tersebut. Saya mula pergi ke gymnasium yang disediakan percuma untuk kakitangan syarikat saya dan mendapatkan nasihat seorang jurulatih, saya mula bersenam dengan gigih dan melawan segala rasa penat, memaksa badan agar bekerja dengan lebih kuat, seminggu selepas itu usaha saya menampakan hasil, semangat untuk menurunkan lagi berat makin berkobar – kobar , selain itu saya melakukan kajian – kajian tentang nutrisi, membaca kisah-kisah kejayaan individu sebagai motivasi untuk menguruskan badan, melanggan majalah seperti Menshealth dan Men’s Fitness, membaca tips –tips nutrisi dan diet dalam laman web Kevin Zahri untuk dijadikan rujukan dan panduan dan pelbagai lagi perkara yang telah saya lakukan. Hanya satu perkara yang tidak saya lakukan adalah mengambil produk-produk pelansingan badan kerana saya percaya, kejayaan untuk menguruskan badan adalah datang dari disiplin dan kehendak dari dalam diri sendiri
Akhirnya, dalam tempoh 8 bulan mengikut rancangan diet doktor tersebut, saya berjaya kurangkan berat badan sebanyak 30kg.
Daripada seorang yang tidak boleh berlari jauh, kini saya boleh berlari 10km tanpa henti, malah menyertai pertandingan larian di sekitar Kuala Lumpur.
Daripada seorang yang sentiasa bernafsu untuk makan, kini saya boleh mengawal nafsu makan mengikut keperluan.
Daripada seorang yang tidur berdengkur, kini tidur saya senyap (menurut kawan saya).
Daripada seorang yang yang memakai seluar bersaiz 44inci, kini 34inci.
Dan yang paling penting, tahap kesihatan saya dalam keadaan yang sgt baik, tekanan darah normal, kandungan kolestrol normal, kandungan gula dalam darah normal.
Inilah perkara paling manis dalam hidup saya, bayaran kepada kegigihan dan kepenatan selama lebih 8 bulan
Mac 2012 – Beauty is Pain
Kini, setelah hampir setahun setengah daripada bermulanya misi menguruskan badan saya masih Berjaya mengamalkan hidup yang sihat dan mengekalkan berat badan yang ada sambil membentuk otot – otot badan agar nampak lebih hebat dalam berpenampilan. Untuk mengekalkanya bukan mudah, kini setiap masa saya memikirkan tentang kesihatan, selain bersenam dan menjadi pengunjung tetap gymnasium, setiap hujung minggu saya akan meluangkan masa berjogging ditasik dan menikmati keindahan alam di tasik sekitar kuala lumpur, hujung minggu dijadikan ‘cheat day’ untuk saya menikmati apa sahaja makanan yang saya ingin makan.
Saya percaya, menurunkan berat badan itu susah, tapi yang lebih susah dan payah adalah mengekalkannya.
Beauty is Pain!
Sgt bangga dgn kejayaan saudara.tahniah
salam 1 malaysia.. saya ingin minta izin untuk copy sedikit psl nutritious diatas utk assignment saya.. terima kasih
salam 1 malaysia.. saya ingin minta izin untuk copy sedikit psl nutritious diatas utk assignment saya.. terima kasih
Inspiring! Segalanya tidak mustahil bila kesedaran itu ada.
nak seribu daya tak nak seribu dalih..chayokkk
Wowww… So uplifting n thanks for sharing! Actually my goal is to reduce 20kg in 4mths or 5kg/mth… Kevin, do u think its impossible or unhealthy?
hebat
wow!
nekad dan usha…tahniah
congrate..
now, i’ve already order eBook All in One Package Deal..
Hows the book fren?..is it helps you?
beauty is pain! so true!! worth it!
wow..thats great..tahniah kerana berjaya untuk hidup anda..terima kasih atas perkongsian..saye juga gemuk…mm..insyaallah saya akan cuba turunkan berat badan mengikut plan anda….gud luck for me…
kajian tentang pemakann dan juga senaman amat penting, kamu pun boleh membuat plan pemakanan dan senaman sendiri..
BERTAMBAH SEMANGAT NAK KURUSKAN BADAN..tahniah~!!
RIDHWAN~ mintak FB??
bagus nya sy pun nk td mcm ridwan….
hensome nyer die…
Tahniah!
Congratulations….u inspired me…baru mula awal Mac..still jauh lagi cabaran saya…saya setuju dengan awak..cabaran paling utama dalah makan dan makanan serta pemakanan…InsyaALLAH I’ll do my best…
jangan patah semangat.. buat sampai dpt apa yg awak target.. thanks for reading my story
Salam Ridwan. Dalam masa 8 bulan tu u bekerja ke? Macam mana jadual bersenam u dlm masa bekerja, lg2 utk yang ada full time job n selalu ada over time?
yes, i’m full time worker
then how do you cope with all the exercises..do you go to gym every day?
everyday except weekend,
wow! must be hard…but its true, beauty is pain. Thanks Ridwan for sharing 🙂
i’m sooo impressed wif ur success..congratulations yea! 😀
i’m so impressed with ur achievement…n give more motivated 4 my self…
WOW! I’M IMPRESSED! EVEN WHEN U R BIG SIZE, U LOOK GOOD.. APATAH LAGI BADAN DAH JADI SASA N TEGAP NOW.. U LOOK GREAT AND HANDSOME GILA!!!
CONGRATS RIDWAN
thanks zarra 🙂
wah….hebatnya!!!!mmg susah nak kawal nafsu kan…..tahniah!!!!!
wahh beza giler kut…sya penah turun gym jugak..tp pas jek oprate xaktip..naik balik badan..ni nk mula balik…adehhhh apa pun saya sngt jeles…tahniah
very impress of u…congrats
handsomenyer..haha
trauma ngan dye ne… nak macam dye gak! hukkk.
wow CONGRATS.handsome dah skrg.mesti ramai awek melekat kat dia ni.hehe
totally awesome ! congrats bro !
Wahh. Bestnya. Congrats! And hensem lah adik oi. Ni berkobar2 nak ikut jejak langkah ni. Tapi….. huhuhu~
tapi?….
Hai Ridwan,
tahniah atas kejayaan u, bukan just for good looking tapi utk kesihantan jugak… ebook yg mana u beli dari kevin?
30min cardio, can u share ur cardio exercise?
any cardio, biasanya jogging n cycling
Cukup menarik mendengar kisah anda,seorang yang baik & amat peramah. Bukan setakat dapat kuruskan badan malah semakin hansem, semakin kuat.
hahaha…baik dan peramah? how do you know me?
oh.. kita jumpa di puncak kinabalu tempoh hari.. tahniah kerana berjaya sampai ke puncak bang
Assalamualaikum, just nak tny what drives u to maintain istiqamah for slimming eh? I am just wondering because before this i used to be a fat guy and then alhamdulillah manage to reduce my weight from 85 kg to 65 kg the lowest on 2009… but recently my weight naik sket around 74 kg.. hmm that is worrying somehow because ive got this kind of fear to get back to my past which is being FAT.. any ideas or advices?
bila kurus dah nampak macam fahrin ahmad
wow!!!! teruja..
love it….
terus ala-ala fahrin ahmad… ekekkeke
[…] Sessi kongsi pengalaman bersama Ridwan yang berjaya kurangkan 30kg dalam 8 bulan. […]
[…] Oleh Ridwan Mustafa. […]
dlm banyak2 kisah ni mmg bg inspirasi btol.. rs smngt nak menurunkan berat bdn dlm ms sm jaga kesihatan.. tahniah! 🙂
[…] Oleh Ridwan Mustafa […]
Mmg teruja bila baca di akhbar Metro, saya tampal utk jd motivasi dan pembakar semangat, sekarang dh turn 4 kg dlm masa 3 bulan,
thanks jyn
happy dapat educate n motivate org lain dgn pengalaman dan kisah hidup.. xde ape2 ganjaran pun, tp ia puas..
1st time tgk mcm familiar tp xtau pernah tgk kat mana, sekali ckp psl kevin zahri trus igt! aha…
seryes xcaya…good job bro!
btw bagus presentation anda psl teknik pernafasan dan oxygen bagai2 tuh…hakhak
p/s: peserta TAPS cohort 2…lol~
tahniah bro….
wow u memang hebat
Saudara, gambar before and after you ni telah dimanipulasikan oleh peniaga SD2 utk melakukan produk mereka. Dlm article di atas, you mentioned takde langsung mengambil produk pelangsingan badan kan? Rasanya elok la diambil supaya segala penat lelah you menurunkan berat badan secara semulajadi ni tak di ambil kesempatan sewenang2nya oleh peniaga tiada etika ni..
boleh share source … ada laman web tak?
Dlm FB check under profile name Hazura Bani Hashim. https://www.facebook.com/hazurahb Just scroll down and you will see she posted his b4 and after photo from here.
ni ade lagi satu….
http://www.facebook.com/photo.php?fbid=113105848845624&set=pb.100004386280268.-2207520000.1351058253&type=3&theater
sedih dgn peniaga yang tidak beretika..thanks for the info
sedang mengumpul bukti untuk tindakan selanjutnya
Amboi, makin handsome bila da kurus. Dok area bt caves? Patut muka mcm familiar hee
kannnnnnnnnnnnnnnnnn
sdang dlm proses menyesuaikan diri…..but u are a lot in inspiring mr…:P
Congrats!!.at this moment, I can only run 5 km non stop. This article is really inspiring..kudos 🙂
ok i know you, we have met before wktu debat alm sekitar UM, i memang serius tak perasan you,, i never thought that the one yg I jumpa dgn Amran tu is you, seems like you memang da kurus gila compare waktu zaman kita berdebat dulu
congrats!! sgt2 teruja dgn cerita en.ridwan…membuatkan sy lebih bersemangat..thanks…^_^
Thank u so much for your story.i hv gone through the same road as u were n now i am healthier than i was before..thank u for making me feel good about myself.ur story is an inspiration.thank u..now i know the meaning of being fat is wrong because u will b so sick&inviting many diseases…
And i have lost 34kg..will share my story soon..
before kurus pon hensem dh kurus lagi la..congrat sebb berusaha gigih 🙂
Ridwan Mustafa mcamana awk workout bahagian dada ya????
salam,kevin,ada perkara yg sy x faham kat sini,adakah bermaksud lifting weight akan mmbantu kita losing weight mcm mmridwan ni buat,sbb kalau sy x silap lah,dlm ebook awk ada mnyatakan bahawa lifiting weight x boleh dilakukan selari dgn losing weight,sbb akan susah kita utk losing weight,am i right?
[…] bermaksud lifting weight akan membantu kita losing weight mcm mmridwan ni buat,sbb kalau sy x silap lah,dlm ebook awk ada mnyatakan bahawa lifiting weight x boleh […]
OH GOD. hensemnye. wahahhahaa
dulu cute, skrg kacak….haha.salute la kat bro Ridwan.tahniah!
[…] Belum baca kisah beliau? Ikuti kisah penurunan berat basan Ridwan di sini. […]
congrate =) ! bru second day start diet ! #jia yao !
tahniah!! sy skg dlm proses yg sama.. selama 10 hr ikut program, dh turun 3kg.. cuma nk tahu dlm tempoh 2-3 bulan, apa yg awak makan… kalau blh share.. tq..
after baca kisah u ni..terus motivate….xde yang mustahil nak turun 30kg…org selalu cakap i tak boleh kurus …nothing impossible rupanya…actually lepas kurus muka u macam fahrin ahmad
how nk disiplin erh in diet?
pergh terus jd kacak..sy pon nk jd cun gak la camni..lg 10kg mesti cun!! sesia cun/hensem klu gemok ye dok..haha~~
hensemnyaaaaaaaaaaaaaaaaaa.. mcm fahrin!
Alhamdulillah da krus, ni yg sy lg semangat nk kurus nih~hehe
Masya Allah…begitu hebat transformasi awak! Tahniah dan saya doakan semoga sentiasa bermotivasi utk kekalkan usaha hebat ni. You are an inspiration!
http://www.arfahumar.com
ingt lg waktu sekolah…mmg ciut.hehe
wawww.. terbaikkk.