- Home
- Success Stories
- Zareda Tokeman Berjaya Kurangkan 24kg dalam 17 Bulan.
Zareda Tokeman Berjaya Kurangkan 24kg dalam 17 Bulan.
- Nama: Zareda binti Tokeman
- Umur: 24
- Matlamat: Kurangkan Berat Badan
- Kejayaaan: Kurangkan 24kg dalam 17 bulan.
- Facebook: mohdshahidin
Nama saya Zareda binti Tokeman, berumur 24 tahun berasal dari Teluk Intan,Perak. Dari sekolah menengah berat saya sudah mencecah 65kg ketika di Tingkatan 2. Walaupun bukan obesiti tetapi berat saya sentiasa menjadi penghalang untuk melakukan aktiviti harian. Namun begitu berat saya naik mendadak ketika saya belajar di kolej, saya menimbang berat saya ketika di tahun akhir kolej ialah 73kg. Tetapi pada masa itu saya masih tidak mempunyai perasaan untuk mengurangkan berat badan kerana saya sudah biasa dengan keadaan badan saya yang gemuk.
…pada hari kelima Hari Raya puasa 2011, skala penimbang naik sehingga 80kg!…
Titik perubahan dalam hidup saya ketika itu adalah apabila saya menimbang berat saya pada hari kelima Hari Raya puasa 2011, skala penimbang naik sehingga 80kg! Saya betul-betul terkejut. Berat saya naik 7kg dalam masa 5 hari. Pada saat itu juga saya berazam untuk memulakan diet tanpa berlengah lagiSaya mula melakukan carian di Internet tentang bagaimana untuk menurunkan berat badan.
Pada mulanya saya membaca di laman web luar negara tentang diet dan pemakanan yang betul tetapi itu semua tidak menepati dengan cara pemakanan di Malaysia, sehingga saya membaca tentang Kevin Zahri. Kevin memberikan informasi tentang pemakanan Malaysia dan cara untuk menurunkan berat badan yang sesuai untuk saya. Saya mula belajar tentang kalori dan senaman yang sebelum ini saya abaikan.
Alhamdulillah setelah berdiet selama 1 tahun 5 bulan, saya berjaya menurunkan 24kg. Berat saya dari 80kg kini adalah 56kg. Kali terakhir berat saya dibawah paras 60kg ialah ketika saya sekolah rendah. Azam saya seterusnya adalah untuk menurunkan lagi 6kg.
Tips-tips ketika menurunkan berat badan:
Ganti semua air manis dengan air masak.
Kira kalori pemakanan, setiap kali membeli makanan di pasar raya,rajin-rajinkan membaca label pemakanan di belakang bungkusan.
Saya amalkan brisk walking,iaitu berjalan laju-laju selama sekurang-kurangnya satu jam sehari.
Jangan makan makanan berat waktu malam,makan sebelum pukul 7 malam selewat-lewatnya 8 malam.
Cukup tidur. Selalu lewat tidur waktu malam menyebabkan keinginan untuk makan lebih.
‘Cheat Day’ =Have a day to reward yourself with ice cream or a slice of cake, if you continue your diet your body will burn the fat slowly because it will think that you are in starvation mode, so have a day in 1 or 2 weeks to reward yourself.
Kemas rumah, sangat mudah,rumah kemas badan pun sihat.
Rajinkan diri membaca tentang cara menurunkan berat badan dan jadi lebih sihat secara fizikal dan mental.
tahniah….dah berjaya kurangkan berat bdn..tip2 kamu yg amat berguna..
tahniah2..memberi semangt kt semua org..
Tahniah sis
Congrate..So inspired me^^