- Home
- Weight Loss
- Cara Ambil Ukur Lilit Badan Untuk Inchloss
Cara Ambil Ukur Lilit Badan Untuk Inchloss
Berikut adalah video ringkas untuk cara mengambil ukur lilit badan bagi tujuan menilai your inchloss journey sepanjang perjuangan kurus anda.
Proses ini mengambil masa 2-3 minute sahaja dan sangat digalakkan bagi mereka yang baru memulakan atau sedang dalam program kawalan berat badan seperti Bukan Soal Kurus bersama saya.
Dalam video di bawah saya menunjukkan 6 ukuran badan yang anda boleh ambil dan pantau dari minggu ke minggu atau bulan ke bulan.
- Chest / Dada
- Arms / Tangan Atas
- Waist / Pinggul
- Hips / Pinggang
- Thighs / Peha
- Calves / Betis
Kejayaan Non-Scale
Walaupun kurang pengurangan berat badan itu sendiri, inchloss pada bahagian badan yang diukur menunjukkan progress yang hebat sebenarnya dan mempunyai kepentingan yang sebesar weight loss pada pandangan saya.
Cuma of course ramai lebih fokus kepada angkat berat badan semata-mata yang boleh create more stress, padahal ada kemajuaan yang tidak melibatkan angka berat badan.
Inch-loss tanpa weight loss?
Kenapa ia berlaku? Inchloss tanpa weight-loss menggambbarkan pengurangan lemak badan dan mungkin penambahan otot hasil dari senaman yang berkualiti.
Tapi sudah tentu kalau anda bermasalah berat badan, lama-kelamaan perlu juga ada fokus dan usaha untuk kurangkan berat badan kerana tidak mungkin akan ada inchloss yang berterusan, nanti tinggal rangka sahaja pulak.