- Home
- Weight Loss
- 10+1 Tips Motivasi Kesihatan Dan Kecergasan
10+1 Tips Motivasi Kesihatan Dan Kecergasan
Ok la..sememangnya kita semua tahu menjaga kesihatan diri itu amat penting. Tetapi motivasi diri untuk bersenam adalah hak individu….ia bergantung kepada pelbagai aspek seperti gaya hidup, pekerjaan, umur dan lain2.
Mari kita lihat faedah yang biasa apabila kita cergas dan aktif
- 1.
Anda berasa bahagia dengan diri anda. Anda berasa lebih gembira dan boleh fokus tentang aspek-aspek lain dalam kehidupan anda.
- 2.
Perhubungan anda akan bertambah baik. Manusia suka berada di kalangan mereka yang positif. Sekiranya anda bahagia, orang lain juga begitu.
- 3.
Kecergasan memberikan anda keyakinan. Contohnya, pergi mesyuarat, mengetahui diri anda cergas dan sihat, memberikan anda kelebihan daripada yang lain.
- 4.
Kepada ibu yang baru bersalin, menjaga kecergasan dan kesihatan akan mengembalikan bentuk tubuh badan.
- 5.
Senaman yang berterusan biasanya mengurangkan penyakit kardiovaskular, beberapa jenis kanser, tekanan darah tinggi, kencing manis, osteoporosis dan murung.
- 6.
Melegakan tekanan! Bagi mereka yang bekerja kuat, sering menghadapi tekanan dan murung, bersukan dan berpeluh boleh membantu melegakan tekanan dan kemurungan ini.
- 7.
Mengurangkan risiko kecederaan. Apabila tulang dan otot anda kuat, risiko untuk cedera adalah rendah.
- 8.
Apabila anda sihat dan cergas, anda senantiasa berkeyakinan, melenyapkan rasa malu.
- 9.
Tubuh yang sihat dan cergas juga mempengaruhi keupayaan seks anda. Anda akan kelihatan hebat dan penuh stamina.
- 10.
Kepada sesiapa yang menggunakan 2000 kalori seminggu, jangka hayat akan meningkat dua tahun.
- 11.
Anda kelihatan lebih muda. Senaman akan mengurangkan kehilangan sistem antioksidan yang melawan radikal bebas dalam tubuh kita.
Need more motivation?
Sekiranya ada perlukan bimbingan motivasi kecergasan ataupun tidak tahu bagaimana untuk memulakan pelan fitness anda, sila jumpa dengan saya untuk sessi perundingan peribadi.
sumber inspirasi saya pula adalah rancangan THE BIGGEST LOSSER yang ada kat tv astro tu… sejak itu sy tak toleh kebelakang lagi. sehingga hari ini sy dah kehilangan 15lb (dlm tempoh 5 minggu) hasil usaha diet karbohidrat, buat larian atas treadmill & simple weight training.
skrg sy menjadi sumber inspirasi pada kawan2 dipejabat pula. automatik motivasi akan terus bertambah.
Yes !! rancangan yang banyak memberi info sebagaimana website Kavin 🙂 Kepada yang ingin menonton untuk keali pertama,saksikan di Astro Hallmark Channel 702, Isnin-Jumaat 7ptg.. Ulangan pada hari berikutnya, jam 2 ptg.. Maklumat untuk dikongsi bersama. Apa yang disiarkan sekarang adalah season ke-3.. tahun 2006/ 2007 (tak berapa pasti) Di Amerika skrg dah masuk season ke-7..
Agaknya TV station Malaysia berminat tak utk buat programm cam ni ?? Ermmmm.. Kalau ada.. sure Kavin one of the trainner kan 🙂
Biggest Loser Asia is actually coming to town. They will shoot in Kuala Lumpur. Am hopefully meeting with their production people soon. So keep your fingers crossed for me 🙂
yay!!! kalu program THE BIGGEST LOSSER wat kt sini.sy nk register utk jd peserta…..mmg beshhh….
Bila program ni akan bermula?
faham perasaab farish…hehehehe….dulu masa saya gemuk semua kerja xyakin nak buat….sekali masa cuti sem saya usaha turunkan berat badan…berjaya….bukak sem terkejut semua org…kihkihkih…pastu semua kawan yg saiz xxL ikut jejak langkah….
perasaab = perasaan…..silap eja…kihkihkih
minta izin untuk masukkan info ni dalam FB saye ye….