- Home
- Weight Loss
- 14 Rahsia Kevin Zahri Kekalkan Berat Badan Yang Mengejutkan!
14 Rahsia Kevin Zahri Kekalkan Berat Badan Yang Mengejutkan!
Salam semua. Saya rasa ramai di sini mengenali saya melalui laman web, buku, ebook dan mungkin melalui seminar saya tapi mungkin ramai yang tidak kenal saya di luar ruang kerjaya fitness. Jadi si sini saya ingin menjawap beberapa soalan dan kongsi rahsia-rahsia untuk kekal langsing, sihat dan cergas.
Mungkin ada yang terkejut membaca tip-tip berikut tapi kalau anda ingin belajar lebih tentant cara-cara saya mengawal pemakanan dan senaman, dapatkan ebook-ebook saya.
1. Berapa Kali Kevin Menunjungi Mamak?
Dalam seminggu probably 5x. Saya rasa untuk kekalkan berat badan, bukanlah masalah kedai mamak tapi pilihan makanan dan minuman.
Apa yang saya selalu pesan di mamak? Nescafe ais, teh tarik, telur rebus (makan yang putih sahaja), tandoori, ayam goreng (bahagian dada jugak).
2. Kevin makan nasi tak?
Makan! 1-2 kali sehari. Sekali lagi, bukanlah nasi itu sendiri yang menjadi masalah tapi kuantiti pengambilan. Tapi kalau saya makan nasi, saya pastikan hanya mengambil segenggam tangan.
3. Dalam sehari makan berapa kali?
5-7 kali. Memang jarang makan 3x (kecuali bulan puasa). Untuk mengawal nafsu makan dan pastikan metabolisma badan sentiasa tinggi, kita perlu makan kerap!
4. Bukankah gaya pemakanan Kevin lebih kepada budaya barat?
Tidak sama sekali tapi ramai yang anggap begitu. Pemakanan dan gaya hidup memang serasi dengan pemakanan dan budaya Malaysia. Saya sering ke mamak, selalu makan nasi dan lauk-lauk. Yang penting adalah kualiti dan juga kuantiti pemilihan makanan.
5. Air krim, koklat, kek? Makan Tak?
Hari-hari! Boleh dikatakan saya mesti ada manis-manisan setiap hari tapi kuantiti pengambilan tidaklah besar mana. Kalau makan kek koklat, sudah pasti saya akan kongsi dengan kawan-kawan atau isteri saya.
6. Jadi makan malam jugak? Sebelum tidur?
Sudah tentu. Kalau lapar macamana nak tidur! Tapi oleh kerana aktiviti makan kurang, saya tidak perlukan makanan yang cepat hadam. Saya akan memilih makanan yang digest slowly seperti whole-grain cereal, susu lemak rendah dan lain-lain. Kuantiti pun lebih kecil.
7. Sudah pasti Kevin bersenam hari-hari?
Tidak sama sekali. Saya pun sibuk dengan pelbagai aktiviti lain seperti kerja, luang masa bersama keluarga dan macam-macam lagi. Dalam seminggu saya bersenam (termasuk gym) tiga kali. Yang penting kuanliti senaman bukanlah kuantiti.
8. Suplemen pulak?
Yup saya ada mengambil beberapa suplemen untuk membantu dalam usaha mengekalkan kesihatan saya. Saya mengambil:
- Whey Protein: Ia sumber protein yang bersih, kurang lemak dan sesuai untuk makanan sebelum dan selepas sessi senaman saya
- Glutamine: Untuk membantu dalam proses pemulihan antara workout dan elakkan kehilangan otot-otot.
- Glucosamine: Yang ini untuk sendi-sendi. Ini bukan penting untuk mereka yang berumur tapi untuk sesiapa yang giat aktif.
- Multi-vitamin: Untuk memenuhi keperluan mikro-nutrient.
- Cod Liver Oil: Untuk tulang dan membantu badan kuatkan sistem immunisasi.
9. Sekali ke gym berapa lama satu sessi?
Paling lama pun 60min. Bagi saya, lebih daripada itu membuang masa. Why? Kerana kalau dapat bersenam lebih dari sejam, maka intensiti senaman itu tidak mencukupi untuk mendapatkan kualiti yang saya inginkan.
10. Senaman perut? Selalu ke?
Jarang sebenarnya. Dalam sebulan mungkin saya akan melatih perut 2x. Kenapa tak selalu? Kerana apabila saya lakukan senaman untuk otot lain, bahagian perut pun giat aktif sekaligus, jadi saya rasa tak perlu untuk luangkan banyak masa untuk otot abdominals semata-mata.
jadi saya rasa tak perlu untuk luangkan banyak masa untuk otot abdominals semata-mata.
11. Pernah tak Kevin mengalami masalah berat badan?
Alhamdulillah tak pernah. Tapi bukan kerana genetik saya bagus. Sebenarnya bodytype saya jenis mesomorph. Jadi berat saya pun boleh turun naik. Tapi saya pandai mengawal berat, pemakanan dan senaman.
12. Pernah berhenti bersenam untuk jangka masa panjang?
Yup ada. Semasa isteri saya mengandung pada tahun 2010, saya berhenti bersenam (tak pergi gym dan lain-lain). Tiada sebab yang tertentu, cuma masa itu memang terlalu sibuk dan saya tumpukan 100% attention kepada well-being isteri tersayang.
Adakah berat saya meningkat pada masa tu? Tak! Secara automatik, saya kurangkan pengambilan makanan kerana saya tahu dengan kurangnya aktiviti, saya tidak perlukan kalori yang banyak. Tapi pada masa itu, kekuatkan dan saiz otot berkurangan kerana tiada senaman yang menggalakkan tumbesaran otot.
13. Adakah kecergasan Kevin sekarang pada tahap optimum?
Tak hahahah. Saya seperti orang lain jugak. Kita sentiasa berusaha untuk membaiki diri, kuatkan badan, membaiki kecergasan dan lain-lain. Ini adalah proses yang tiada penghujung. Kecergasan dan kesihatan adalah gaya hidup dan saya sentiasa mencari keseimbangan dan cara-cara untuk membaikinya.
14. Apakah kesilapan terbesar bagi mereka yang ingin kurangkan berat badan?
Yang paling ketara:
- Tiada ilmu yang betul untuk mengawal pemakanan. Setakat nak “makan kurang” itu tidak memadahi.
- Tidak konsisten dalam pengalaman.
- Terlalu bergantung kepada suplemen dan produk-produk untuk membela kesihatan diri.
- Cepat putus asa.
thanks for sharing…
ini ilmu buat saya….paling penting…sy nk dptkan ebook tu…
Macam mana nak dapatkan ebook tu?