- Home
- Weight Loss
- 4 Sebab Mencipta Motivasi Untuk Kurangkan Berat
4 Sebab Mencipta Motivasi Untuk Kurangkan Berat
Oleh Ridwan Mustafa.
SETIAP orang yang mempunyai berat badan berlebihan pasti mengimpikan untuk menurunkan berta badan dan tampak lebih segak, kemas, cantik dan bergaya, Tetapi tidak semua orang yang yang mempunyai berat badan berlebihan ini mempunyai kekuatan mental yang kuat untuk melawan sifat malas dan nafsu makan, kebanyakanya berasa lebih nikmat berehat daripada melakukan aktiviti yang memenatkan sehingga berat badan makin meningkat.
Maka, seseorang itu memerlukan satu MOTIVASI yang cukup kuat untuk melawan nafsu makan dan memaksa badan mereka bekerja secara lebih untuk melawan sifat malas sekaligus membantu membakar lemak dalam badan. Persoalanya disini, apakah motivasi yang ada dlm badan anda untuk mengubah gaya hidup anda dan membantu anda mencapai target yang diinginkan?
1. Kesihatan
Nyawa dan kesihatan adalah anugerah yang tidak ternilai harganya, peluang untuk hidup hanyalah sekali dan tubuh badan yang sihat adalah pemberian ilahi yang tidak perlu dipersiakan. Bagi saya, motivasi saya untuk menurunkan berat badan adalah tidak mahu dibelenggu masalah kesihatan, mempunyai berat badan yang berlebihan memudahkan seseorang dihinggapi penyakit seperti darah tinggi, diabetis, lelah, sakit jantung dan sebagainya. Kesihatan badan merupakan perkara yang paling penting dalam hidup untuk menentukan gaya hidup kita bagaimana, sayang bagi mereka yang mempunyai masalah kesihatan kerana terpaksa menghadkankan aktiviti harian dan tidak dapat menikmati hidup seperti manusia normal yang lain.
Percayalah, pada mereka yang masih duduk dan sedang membaca artikel ini, terokalah dunia seluas-luasnya dengan melakukan pelbagai aktiviti menarik seperti mendaki bukit atau gunung, menyertai pertandingan larian, berkayak, berbasikal, aerobik, zumba dan banyak lagi. Dengan melakukan aktiviti begini banyak perkara manis yang kita akan rasa, teori mengatakan dengan melakukan aktiviti Sukan seperti ini kita akan dapat menghilangkan tekanan perasaan disebabkan kerja atau masalah peribadi, ya, secara peribadinya saya telah merasainya dan menikmati keindahan ciptaan tuhan yang tidak akan dinikmati bagi mereka yang malas bersukan dan menurunkan berat badan yang berlebihan.
Kejayaan menurunkan berat badan. Merupakan perkara yang hebat bagi individu yang bermasalah berat badan, secara automatik bila berat dapat dikurangkan, risiko untuk mendapat penyakit kronik juga dapat dikurangkan, lebih manis dengan penurunan berat badan dapat menyembuhkan penyakit yang dihadapi sekian lama, dan akan lebih manis jika hidup kita dicambahkan dengan melakukan kegiatan Sukan dan riadah yang selama ini difikirkan mustahil untuk dilakukan.Cabar diri anda melebihi kemampuan diri anda, kerana nikmat kehidupan pasti ada tersembunyi disebalik cabaran itu.
…cabar diri anda melebihi kemampuan diri anda, kerana nikmat kehidupan pasti ada tersembunyi disebalik cabaran itu…
2. Penampilan Diri
Penampilan diri yang menarik mempunyai erti yang berbeza bagi setiap orang, ia boleh dipengaruhi oleh perspektif agama mahupun adat sesebuah masyarakat, namun mempunyai paras rupa yang menarik serta bentuk badan yang menawan pasti menjadi impian setiap insan tidak kira lelaki mahupun wanita. Kita juga pasti mengimpikan keadaan dimana apabila memakai apa sahaja pakaian, pakaian tersebut sesuai dan cantik bila berada atas badan kita persis seorang model. Tapi apakah usaha kita untuk mencapai impian tersebut? Memiliki badan yang gempal dan gemuk pasti menghadkan pemilihan pakaian dan penampilan, ditambah lagi dengan ejekan rakan mahupun masyarakat sekeliling pasti akan menjatuhkan semangat dan menyebabkan tekanan dalam diri.
Penampilan yang menarik boleh dijadikan motivasi untuk menurunkan berat badan, realiti kehidupan manusia dicipta untuk kelihatan cantik dan menarik malah kita akan berasa yakin dengan diri sendiri apabila kita berpenampilan menarik. Ia adalah satu perkara yang sihat untuk berasa gembira dengan susuk tubuh dan kesihatan diri. Bagi mereka yang bermasalah berat badan, saya yakin anda mempunyai masalah untuk berpenampilan tidak seperti insan normal yang lain, menjadi cabaran bagi anda untuk meletakkan motivasi ini dalam diri agar suatu hari nanti anda juga dipandang sebagai seorang yang hebat berpenampilan malah boleh menjadi seperti model ataupun artis kesayangan anda.
…Jangan takut untuk memulakan perjuangan anda, anggaplah setiap detik adalah permulaan bagi anda untuk berubah…
Namun begitu, untuk mendapatkan potongan badan dan penampilan yang memukau bukan semudah A ,B, C, ataupun 1, 2, dan 3, ia memerlukan kerja kuat malah lagi kuat bagi yang berbadan gempal dan mengalami masalah berat badan yang serius, percayalah tiada perkara yang mustahil atas dunia ini untuk dicapai. Hanya memerlukan kegigihan dan disiplin yang tinggi untuk melakukanya, saya sendiri telah merasai pengalaman tersebut dan syukur pada tuhan ia berjaya. Jangan takut untuk memulakan perjuangan anda, anggaplah setiap detik adalah permulaan bagi anda untuk berubah.
3. Orang Tersayang
Detik dan ketika manusia dilahirkan keatas dunia, pasti disambut dengan senyuman dan kegembiraan pasangan ibu bapa dan keluarga terdekat, sehinggalah kita berkhawin isteri ataupun suami juga anak-anak pasti menyayangi kita dan berdoa agar kita dipanjangkan umur dan dikurniakan kesihatan yang baik sepanjang masa. Menjadi kebimbangan orang tersayang apabila kita disahkan mengidap penyakit kronik dan sukar untuk disembuhkan paling menyedihkan bila risiko ini lebih tinggi bagi mereka yang mempunyai berat badan berlebihan. Pasti hidup anda akan diselubungi rasa sedih, tertekan dan rasa bersalah kepada orang tersayang, percayalah disebalik senyuman mereka, ada rasa sedih dan takut akan perkara yang bakal berlaku suatu hari nanti jika penyakit tersebut berpanjangan.
…gembirakanlah hati orang yang tersayang dengan cara kita berusaha menjadi sihat sentiasa dan meminimunkan risiko untuk mendapat penyakit…
Kepada yang masih mempunyai masalah kegemukan, gembirakanlah hati orang yang tersayang dengan cara kita berusaha menjadi sihat sentiasa dan meminimunkan risiko untuk mendapat penyakit ,semoga dengan cara ini umur kita dapat dipanjangkan oleh-NYA dan hidup kita lebih bermakna, kekangan kerja, gemuk kerana keturunan dan kekurangan masa bukan alasan untuk tidak berubah. Segalanya pasti jika kita inginkan perubahan berlaku dalam diri kita. Ia memerlukan hati yang cekal untuk memulakan perjuangan menurunkan berat badan untuk kehidupan yang lebih bermakna disamping orang tersayang.
4. Kerjaya Impian
Bercita-cita menjadi seorang pramugara? Model? Ataupun anggota badan beruniform? Semua kerjaya tersebut memerlukan seseorang berpenampilan menarik serta mempunyai berat badan yang ideal, menjadi masalah bagi mereka yang mempunyai berat badan berlebihan untuk menceburi bidang tersebut walaupun minat yang membuak-buak dalam diri . Sayang seribu kali sayang kerana berat badan yang berlebihan anda tidak layak pun untuk memohon jawatan tersebut bahkan berharap untuk di panggil temuduga.
Kerjaya impian seseorang mungkin berlainan, ada yang tidak kisah pun tentang berat dan bentuk badan, tetapi percayalah mungkin ada dikalangan yang berbadan gempal mengimpikan kerjaya yang memerlukan seseorang mempunyai bentuk dan berat badan yang ideal. Maka seharusnya bagi anda yang mempunyai impian tersebut berusaha untuk menurunkan berat badan dan kejar cita – cita anda, hidup atas dunia ini hanya sekali, inilah masanya untuk kita kejar apa yang kita mahukan. Tidak mustahil bagi seseorang individu yang mempunyai berat 140kg menurunkan berat kepada berat badan yang ideal, kerana dunia telah membuktikan perkara tersebut, peserta biggest looser mahupun kisah kejayaan menurunkan berat badan dalam blog ini. Semua mereka telah mencapai impian tersebut.
Motivasi untuk mencapai cita – cita yang sekian lama dipendamkan dalam hati adalah satu motivasi yang cukup kuat untuk merubah gaya hidup dan berusaha untuk menurunkan berat badan, pasti diluar sana masih ramai yang bekerja untuk mencari duit tanpa merasa kepuasan hidup dan bekerja, inilah masa untuk kita berubah dan mencapai apa yang kita mahukan dalam hidup kita, tanpa usaha pasti jalan tersebut tertutup rapat, dan jalan pasti akan terbuka dengan luasnya jika kita berusaha untuk berubah kejalan itu.
Tempatkanlah motivasi yang anda cipta sedalam-dalamya dalam hati anda, pasti satu hari anda akan berjaya seperti orang yang telah berjaya menurunkan berat badan.
Terima kasih Kevin.Satu artikel yg sangat bermanfaat buat semua.Semoga Hidup anda sekeluarga diberkati selalu.
Tks for for the speech. It’s really motivate me to lose weight. God bless u