- Home
- Weight Loss
- 5 Senaman Untuk Kecilkan Peha?
5 Senaman Untuk Kecilkan Peha?
Sesetengah orang mempunyai bentuk badan seperti buah pear. Bahagian seperti pinggul dan peha kelihatan berisi dan tidak seimbang dengan bahagian atas badan anda. Sekiranya anda mengalami masalah ini, sudah tentu anda tercari-cari bagaimana cara untuk mengecilkan bahagian peha anda. Antara cara yang biasa kita lihat di sekeliling kita ialah dengan berlari atau jogging, berjalan atau ‘walkathon’, dan berbasikal. Tiga cara ini adalah sangat sinonim untuk mengurangkan lemak di bahagian peha. Adakah anda terfikir cara lain untuk mengecilkan peha anda? Berikut merupakan langkah-langkah aktiviti yang boleh anda lakukan untuk mengecilkan bahagian peha anda:
1. ‘Kerusi bayangan’
Berikut adalah panduan untuk senaman “kerusi bayangan”:
- Berdiri tegak sambil bersandar pada dinding.
- Rehatkan tangan pada dinding dan turunkan badan perlahan-lahan. Turunkan badan sehingga kedudukan badan seperti sedang duduk. Bayangkan anda sedang duduk di atas kerusi.
- Bila anda sudah ‘duduk’, cuba bertahan selama mana yang anda boleh sebelum anda berdiri tegak semula. Kebanyakan orang hanya boleh bertahan untuk beberapa saat sahaja pada permulaan. Setelah membiasakan diri, anda pasti akan dapat bertahan lebih lama.
- Pastikan badan anda tegak semasa ‘duduk’.
- Cuba capai 10 saat pada permulaan, dan bertahan sehingga 1 minit setelah melakukannya beberapa kali. Lakukan 5 kali setiap hari.
Latihan ini agak mencabar kesabaran dan kekuatan mental anda. Mula-mula mungkin susah, tapi kalau dah lama-lama, anda mesti rasa sudah biasa.
2. Pergerakan “menggunting”
Latihan ini menumpukan bahagian peha sebelah dalam. Senang sangat! Baring atas lantai dengan kedua belah tangan di sisi. Angkat kedua belah kaki lebih kurang 45 darjah. Bayangkan pergerakan gunting semasa memotong kertas. Silangkan kaki anda dengan kaki kanan bersilang di atas kaki kiri. Kemudian, tukar kaki kepada kaki kiri pula bersilang di atas kaki kanan. Ulang langkah ini 12 – 15 kali untuk setiap set. Anda akan dapat rasa tekanan di otot-otot bahagian peha anda.
3. Pusingan bulatan
Baring mengiring di atas lantai dengan sebelah tangan anda ke atas (baring berbantalkan lengan anda) dan letakkan tapak tangan sebelah lagi di atas lantai di hadapan perut anda. Angkat sebelah kaki ke atas setinggi yang boleh. Tarik nafas, dan pusingkan kaki yang anda angkat itu mengikut pusingan jam. Gerakkan seluruh kaki tanpa menggerakkan pinggul anda. Buat pusingan jam sebanyak 5 kali sebelum ulang langkah tersebut menggunakan kaki yang sebelah lagi pula. Lakukan sehingga 10 set jika boleh.
4. Pakai kasut tinggi!
Kalau sebelum ini kita memerlukan alasan untuk pakai kasut tinggi, inilah masanya! Memakai kasut tinggi boleh membentuk otot betis dan peha. Walaupun kita kena beringat yang amalan memakai kasut tinggi ini boleh memberi kesan buruk kepada kaki dan postur, oleh itu anda perlulah berhati-hati! Kajian mengatakan bahawa kita tidak sepatutnya menggunakan kasut tumit tinggi yang melebihi 2 inci!
5. Melompat di atas trampoline
Melompat di atas trampoline ini sangat baik untuk peredaran darah dalam badan, pembakaran lemak, meningkatkan metabolism, mengurangkan selulit dan membentuk kaki yang cantik. Lakukan aktiviti ini selama setengah jam dapat membakar hampir 200 kalori dalam badan. Ia juga aktiviti yang sangat menarik yang anda boleh lakukan bersama keluarga mahupun rakan-rakan anda!
Aktiviti-aktiviti ini perlu dilakukan dengan sokongan pemakanan yang berkhasiat dan sihat secara konsisten. Semakin konsisten latihan disusuli dengan pemakanan yang sihat, semakin cepat anda boleh melihat hasilnya. 🙂
salam, ingin bertanya… jika kita berpuasa tp nak bwt senaman ini juga… tak pa kan? atau ia akn memudharatkan? mohon penjelasan….
tak midharatkan. kalau berpuasa 90% pasti akan kurang berat badan tapi tanpa senaman, otot badan tidak kental and badan lembik sikit.
salam.. lau nk kecilkn bahagian lengan pulak cne ekk ???? 🙂
sbb bahagian lengan sy yg besar buat sy nmpk gemok..
n i must try d tips above 2.. :)))
sorry to say….saya macam pernah terbaca ada artikel kevin yang menyatakan bahawa tiada senaman khusus untuk membakar lemak di kawasan tertentu..yang sepatutnya adalah lemak akan terbakar secara serentak di seluruh badan (lebih kurang maksudnya % lemak yang terbakar di setiap bahagian badan adalah sama ataupun ia bergantung kepada gen, mana dulu kawasan yang patut dibakar)
haii,,,i,m 17years old,,tp.sya ada mslah dgn paha dan piggul sy y klhatan agk bsar,.mnkala bdan sy lbh kcil dr paha dan piggul..kawan2 sllu mnjdkan sya sbgai bhan usikan ,sgt2 mmlukan,,,my bf pn ckp..sy ptt kcilkan bhgian trsbut,,ap y ptt sy bt???plsss help me,,,
sy dh byr rm30.00 utuk ebook kurangkan 5kg dalam 5 miggu…tp xdpt pape pn smpi hr ni
salam dila,Thank you for your payment. I have activated your order. You should have received an email with the links. Otherwise you can also login to kevinzahri.com/shop/login.php to download.All the best with your eBook. Anything questions that you may have, do let me know.Regards,Kevin
tips yg sangat menarik …. saya mohon izin share artikel ni sepenuhnya di blog saya yer… tujuan utama utk rujukan peribadi saya sendiri …
saya akan ikut rejim ini dengan gigih. Adakah umur mempengaruhi kenaikan berat badan? tq
hye!! i've paid for e-book rm 30.00 and i don't get any link to download so far! can't wait to get the e-book!
did you get your download links?
haii,,,i,m 17years old,,tp.sya ada mslah dgn paha dan piggul sy y klhatan agk bsar,.mnkala bdan sy lbh kcil dr paha dan pinggul.. wat to do !!! huhu .. help me please ..
semuanya seperti susah 🙁
xde bnde yg sng..
hi , kalau lompat atas trampoline tuu boleh gantikan dengan lain tak ?
saye akn cube!!dgn SEMANGAT.
Thx bgi informasi
This really worked for me! 🙂 ukuran paha saya turun 5 inci. From 13cm to 12.5cm dalam masa 10 hari.. thx for the information!
eh,betul ke turun ni?? buat hari2 ke??
eh.you buat semua step ke?
saya 18 tahun,tinggi saya 150..
badan saya x kurus n x gemuk
but peha saya agak besar laa
rasa2 boleh menjadi ke senaman ni ?
saya pun macam awak. kevin, jadi ke senaman ni utk org macam kami?
sama! umo 20 tahun,berat 57 kg,height 155 cm but peha mcm gajah caner. badan bole lah tk fit mana sgt tp peha masyallah.haha keturunan ni. pakai bju dh cantik tp kaki je aduh rse nak pkai tracksuit je.busy tkde time masuk gym.hope ade tips berkesan but il try sir kelvin nya tips
drumstick…hu hu hu will try the tips…
peha sy besar sgt,,,,berkesan ke senaman nie??
Cayok2!!? Sy akn cubew!!
sy msti cuba untuk mndapatkn bntuk badan yg cntik dan sihat..huhuhu..
sy msti cuba untuk mndapatkn bntuk badan yg cntik dan sihat..huhuhu..
wah ! thankz a lot ok ! i’ll do my best ! 😀
nk cuba la…exited sgt nehhh
dh cuba..skitnya lutut..uwaaaa
mcam mna nak twu sama ada peha kiter tu ade lemak ker atau takde
apa motif letak skali ngn muka?? hahaha
Thanks! xsabar nk cuba 🙂
NAK TRY JUGAK..
this tips are easy to do & very encouraging! thanks kevin
babe berkesan ke?sy mempunyai masalah ni badan kecik tp bahagian tulang pinggul ke peha besar.nampk gemok ja.walhal kecik ja..xpa i try my best..insyaallah..tq.
berapa hari/minggu ia dapat berkesan????
saya rasa 3 minggu berkesan
saya pernah cuba…
wah lps nie ble la dpt bntuk bdan yg ideal huhuhu
boleh kecikkan BETIS sekali tak ni??
yg nikan nak kecikkan paha
mna boleh betis pulak ni
alahai
lu pikir la sikit
betul betul betul
knpa boleh kecilkan betis pulak
x logik betul laaa
hahahahahahahahahaha
kalau peha dah kecik, betis sure akan ikut sama
lagi tak logik kalau peha keciil betis besar
bhahahahhaha
bekesan ke? nnt nmpak tambah berotot pulak tp takpe, i try my best.
kalau umur 18 tapi berat 60kg kira tak sihat ke??? bukan berat kena sama dengan tinggi ke?? kalau tinggi 167 n berat 60kg tak ideal ke??
BMI normal kn? Tapi bmi bkn penentu kita sihat ke x. If possible check body fat content. Unless u’re muscular, lain cite. Hehe
kena buat 1-5 ke? or pilih salah 1
Byk kli lg bgus
lau buat senaman ny…berapa lama leh nampak kesan
terima kasih.. nnti bolehlah praktikkan..
yang rumah tingi2 tu naik je tangga sbg jln alternatif ;D
klau tidak ade
trampoline cam ane? nk gantikan dengan ape?
Lompat bintang… It works^_^!
Skipping rope boleh kot
thank u..
Good Information 🙂
thanks for this tips 🙂
mohon share artikel ni di blog saya ya. =)
Maaf jika bertanya..pinggul kan spt tulang yg lebar di bwh perut?bolehkah ia dikecilkn?spt sy,afta 3x delivery,pnggul sy mnjd lebar sdgkn bdn dn paha sy kecil.sgt obvious bla pkai jeans sbb sgt lebar.ade tk cra utk mngatasi mslh ini?
excited la nak krus n nak kecikkan paha nih.. snang kit nak pkai sluaq.. heheheheheheehheeheeheheee
Saya bersenam hampir setiap hari, cuma kesan di paha tak ketara. Kemudian saya cuba tips no. 1 selama sebulan dan masih amalkan sehingga kini. Alhamdulillah, memang ada kesan. Tipsnya kena sabar dan rajin. Tapi masih ada banyak lagi inci yang saya perlu kecilkan. Terima kaseh atas tips yang sangat berguna ni.
Saya ada soalan kepada Kevin atau sesiapa yang boleh bantu saya. Kadang kala saya kerja menghadap komputer hingga lewat malam, jadi rasa lapar. Apa yang boleh saya ambil untuk hilangkan rasa lapar pada masa yang sama tak mengganggu pengambilan kalori saya setiap hari? Setakat ni saya makan kekacang seperti kacang putih. Jumlahnya tak banyak, cukup nak hilangkan rasa lapar.
minum air kosong 🙂
adakah setiap senaman yang kita lakukan bergantung pada bahagian mana yang kita hendak kuruskan atau setiap senaman dah mewakili satu badan??
selamat petang….sya ad stu mslah.bdn sya blh dkatakn ok tp perut sya, mkn @pn tdk ia tetp buncit..mcm2 sy cba tp ntahla..kdg2 ambk msa bla sya nk kluar..kdg2 sya xjdi kluar sb sya rsa sush sgt bla plih bju yg sesuai utk perut..mcm mana senman yg sesuai tuk perut ekk
Hi . Saya nak tanya , klau kita lakukan smua senaman diatas setiap hari , dlam masa brapa hari boleh tngok perbezaan nya . Tolong jawab soalan saya . Terima kasih 🙂
thanks Kevin for those ideas. but i hv doubt on the last one. is it save to use it?. will it break suddenly and harm the user?
[…] ahaaaa…macam mana? Berminat nak mencuba? Atau anda nak mencari tips nak kuruskan bahagian yang lain? boleh klik disini untuk layari web kevinzahri . […]
[…] ahaaaa…macam mana? Berminat nak mencuba? Atau anda nak mencari tips nak kuruskan bahagian yang lain? boleh klik disini untuk layari web kevinzahri . […]
wah terima kasih
saya malu hendak keluar dengan kawan kerana saiz punggung saya besar
apa kah lagi saya ni lelaki
hm.. berkesan ke?
saya memiliki punggung yang besar…
agak malu untuk keluar rumah..
jika ia berkesan tolong komen ye…
selamat malam sy nk kurus nk buat macan marna ni
salam betul k after senam kita tak boleh duduk sbb nati puggung kita besar?
Mksd 5 kali sehari tu mcm mne?? Terus 5 kali dlm satu waktu atau beza2 waktu?
Got it. Thanks!
Best! Thanks!
thankss!!
Saya keliru senaman besarkan dan kecilkan pinggul dan paha sama sahaja. So mcam mane nk bezakan samada nk kecilkan sedangkan gaya senaman tersebut kebanyakannya sama sahaja.
Untuk kecilkan peha yang besar, paling penting adalah kawalan pemakanana untuk kurangkan berat badan.
Adakah normal tinggi 164 tetapi berat 54 ??
Alat six pack Care boleh guna untuk buang lemak pada paha dan betis tak ?
tak. ingat – kita tak boleh buang lemak pada satu bahagian sahaja.
Saya X de trampoline 😭.