- Home
- Weight Loss
- Acik Hanafz : Dari Biasa Ke LUAR BIASA!
Acik Hanafz : Dari Biasa Ke LUAR BIASA!
Salam ukhuwwah readers!
Diam tak diam dah masuk minggu kedua kami dalam program Jom Kurus 1 Malaysia (JK1M) Musim Kedua. Dalam seminggu ni macam-macam aktviti menarik yang dah kami lalui. Baru 2 minggu. Berbaki 4 minggu lagi penuh dengan debaran sebab banyak lagi aktiviti best yang ada! Superbly excited!
Workout
Perkara pertama yang saya dan team Wangsa Warrior lalui adalah “Introduction to Circuit Training” yang dikendalikan oleh team leader kami sendiri, Marini Amin dan team jemputan, Bar Braders. Memang satu benda yang baru bagi saya sebab sebelum ni memang ada buat workout but semua through Youtube dan tak pasti samada dalam kedudukan yang betul semasa buat aktiviti atau tak. Memang sakit badan sangat-sangat. 3 hari off tak pergi gym. Mak kata sebab lemak terkejut tuan dia nak jadi sihat. HAHA!
Biasanya saya akan buat senaman yang ringan dan yang saya nak sahaja. Dalam erti kata lain, ‘workout manja-manja’. Tapi sekarang saya akan push diri saya pada had dan kemampuan badan saya untuk apa jua jenis workout. Sebab pada saya, perubahan yang sedang saya fokuskan ini adalah perubahan dari biasa kepada yang LUAR BIASA! Bukan seksa diri, tiada istilah macam tu kalau kita kenal diri kita dan tahu had dan kemampuan diri.
Pelan Makanan
Seterusnya, Marini buat kelas Meal Plan untuk perjelaskan dengan lebih terperinci tentang DCR, BMR, LOA dan sebagainya. Bermula dari kelas ni saya mula untuk ubah cara pemakanan yang lebih sihat. Sebelum ni kalau nak ber-diet macam-macam kaedah dah buat macam yang saya pernah sebut dalam post yang lepas. Paling saya ingat saya pernah declare tak nak makan nasi untuk 100 hari. End up hari ke 64 saya dah langgar pantang dan makan nasi dengan banyaknya. Ini dinamakan, craving ; which is absolutely not good! Jadi, perkara yang paling saya ingat Marini mention masa dalam kelas adalah “Kenali diri sendiri” sebab daripada tu baru kita tahu apa yang kita suka sangat makan, terlebih makan dan tak boleh makan. Macam saya, saya tak boleh makan makanan berminyak, nanti pening. So, saya kena kurangkan makan makanan berminyak dan pandai-pandailah counter dengan diri sendiri (kawal minda) untuk jaga diri dari pening dan penyakit-penyakit yang – nauzubillah.
Biasanya saya mudah tergoda dengan makanan-makanan fast food. Lagi pulak sekarang ni banyak betul makanan fast food. Dah la banyak, senang nak dapat pulak tu. Nasi sebelum ni bukan sepinggan, tapi berpinggan-pinggan. Sebab kalau makan sikit nanti nak cari fast food pulak. Tak kenyang katanya. Lepas kelas dan tengok lagi sekali video dari Kevin, saya ambil initiatif untuk kenal diri saya. Dalam masa seminggu, saya makan 5 kali sehari, 3 main meal dan 2 snack. Saya berjaya untuk makan nasi segenggam tanpa ketar lutut untuk cari makanan lain. Alhamdulillah! Paling excited bila timbang berat, untuk minggu ni saya dah berjaya kurangkan 1.7 kg. Of coz la makin bersemangat untuk minggu-minggu akan datang!
Cabar Diri
Kalau ada yang kenal saya memang tau dah Acik ni bukan jenis suka aktiviti lasak. Panjat bukit? Tolong la tak payah ajak. Tapi disebabkan bila join JK1M ni, kita akan dikelilingi orang yang bersemangat dan yang memberi semangat. Saya cabar diri untuk join program-program yang saya tak pernah join sebelum ni macam Bootcamp dan Dodgeball.
- Bootcamp : Bakar Lemak di Titiwangsa Join bootcamp – nervous gila sebelum join- lepas join rasa sakit badan tapi seronok!
- Dodgeball – game tak pernah main / dengar selama 25 tahun hidup ni. – happy gila – get to know each other, and from other team too!
- Fundamental of Running by sis anne – sedih jugak sebab tak mampu nak lari. tak sampai seminit dah mengah. tapi yang bestnya semua orang bagi sokongan. tak lari tak ape, janji brisk walk and have a good breathing along brisk walk tu.
- Zumba – aktiviti paling tak stress. bila kita move along with the music, secara tak langsung, otot-otot yang penat semua de-stress and this is was extremely fun activities. HAHA
Weekend ni InsyaAllah ada sports carnival, nervous + excited! Moga Allah terus beri semangat dan kekuatan untuk perubahan ni. Moga semua baik-baik saja. Amin!
Push To The Limit,
Acik Hanafz ^.^
goodluck acik!