- Home
- Weight Loss
- Adakah losyen panas bakar lemak?
Adakah losyen panas bakar lemak?
Yes, losyen panas memang mempunyai pelbagai fungsi yang tersendiri. Terutama dalam rawatan, pemulihan dan kurangkan inflamasi memang tepat. Malah saya yakin anda sendiri sering menggunakan losyen panas post workout atau untuk kurangkan bengkak sendi.
Tapi losyen panas tidak membakar lemak seperti yang anda sangkakan.
Jadi tidak kah losyen panas bakar lemak yang degil?
Ia tidak semudah itu. Kalau ia semudah losyen panas untuk bakar lemak pada bahagian badan yang bermasalah seperti perut, peha, lengan dan lain-lain, sudah tentu semua orang dah “kurus” dan mempunyai badang yang diharapkan.
Losyen panas mempunyai dua fungi yang boleh dihubung-kait dengan “pembakaran lemak” atau “kurus”.
Ia tingkatkan metabolisma dengan tingkatkan suhu permukaan kulit. Ini umpama sauna yang kecil di mana badan dan cuba sejukkannya semula kepada normal dengan peluh. Peluh merupakan proses kawalan suhu badan.
Proses untuk melibatkan dua perkara yang mungkin ada kaitan dengan kawalan berat badan: 1) peningkatkan metabolisma “sedikit” dan 2) peluh (water loss).
Umpama mini sauna.
Yes, sama dengan losyen panas, sauna pun mempunyai pelbagai manfaat dan kebaikan tapi sama jugak ia pun tidak membakar lemak. Ia tingkatkan metabolisma dan pembuangan air badan. Which is great tapi tidak sama atau semestinya membakar lemak.
Jadi nak bakar lemak camane? Itu bergantung kepada kebolehan anda untuk mengawal pemakanan vs metabolisma badan anda.
Kalau ayat mengelirukan anda, jangan risau you are not alone tapi itu lah asas kawalan berat badan dan kunci pembakaran lemak badan yang ditekankan dan diajar melalaui KURUS Masterclass dan program 8-minggu virtual Bukan Soal Kurus.
Do check it out.