- Home
- Weight Loss
- Apakah waktu timbang berat badan yang paling ringan?
Apakah waktu timbang berat badan yang paling ringan?
Bagi mereka yang ingin kurangkan atau kawal berat badan, proses timbang berat badan can be stressful. Bukan sahaja angka berat badan turun dan naik malah dalam sehari pun boleh naik-turun 1-2kg. Stres kot! Saya faham.
Kenapa berat naik-turun 1-2kg sehari?
Air. Berat air badan mudah dipermainkan sepanjang hari. Walaupun air tidak berkalori, setiap ml air bersamaan dengan 1g berat badan. Satu gelas air 300ml bersamaan dengan 300g. Well you get the point.
Jadi bergantung kepada kandungan semasa air badan pada waktu penimbangan, berat badan anda memang akan fluctuate.
Did you know that jumlah berat badan anda adalah lebih kurang 60%. Yes, majoriti berat badan adalah air dan ia mudah dipermainkan kalau anda ada kemahiran dan anda mudah dipermainan pihak ketiga seperti “produk cepat kurus” dan “diet cepat kurus” yang akan mempermainkan takungan air badan.
Untuk panduan kurang dan kawal berat badan, saya sangat syorkan anda rujuk eBook Panduan Kuran 4kg Air Seminggu yang jugak terkandung dalam buku Kurus saya.
Jadi, bilakah waktu timbang berat badan yang paling ringan?
Waktu timbang berat badan yang paling konsisten, yang anda boleh guna untuk meniliti kadar perubahan berat badan anda adalah – first thing in the morning, sebelum makan dan minum, dan selepas anda buang air kecil.
… first thing in the morning, sebelum makan dan minum, dan selepas anda buang air kecil.
Tapi perlu tak timbang berat badan setiap hari?
Itu bergantung kepada anda. Betul, it can be stressful untuk timbang berat badan setiap hari dan kalau anda tanya saya, sekali seminggu pun dah OK. But saya faham, pemimbang tu ada je di tandas yang anda lawati berulang kali setiap hari. So kalau nak timbang 4x sehari pun takpe tapi pastikan anda memahami peranan air dalam mengelorakan berat badan anda.
Yang paling penting, jangan stres-stres dan selamat menimbang berat badan anda.