- Home
- Weight Loss
- Fadhlul Hadi juara Cabaran Sihat 6 Minggu
Fadhlul Hadi juara Cabaran Sihat 6 Minggu
KUALA LUMPUR 27 Nov. – Kesungguhan menukar gaya hidup dan corak pemakanan membawa tuah kepada Mohd. Fadhlul Hadi Othman, 24, apabila dinobatkan sebagai juara Cabaran Sihat 6 Minggu Bersama Kelvin Zahri dan iSIHAT yang berakhir baru-baru ini.
Mula menyertai cabaran berkenaan dengan berat badan 90.6 kilogram, Mohd. Fadhlul Hadi berjaya mengurangkan berat badannya sebanyak 11.5 kilogram sepanjang cabaran tersebut.
Katanya, kemenangan itu sungguh tidak diduga kerana semua peserta menunjukkan prestasi yang amat baik selain dia sendiri tidak terlalu serius bersaing untuk mencapai kemenangan.
“Bagaimanapun, saya bersyukur dengan kemenangan ini kerana saya bukan sahaja berjaya membawa pulang hadiah tetapi mencapai sasaran untuk menurunkan berat badan kurang daripada 80 kilogram,” katanya.
Dengan kemenangan itu, Mohd. Fadhlul Hadi berjaya membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM3,000 berserta hadiah iringan.
Dengan kemenangan itu, Mohd. Fadhlul Hadi berjaya membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM3,000 berserta hadiah iringan.
Hadiah kemenangan disampaikan oleh Ahli Parlimen Setiawangsa, Datuk Seri Zulhasnan Rafique.
Hadir sama Ketua Pengarang Majalah, Utusan Karya Sdn. Bhd. (UKSB), Badrul Azhar Abdul Rahman dan Pengurus Besar Operasi UKSB, Zurzaliza Bajuri.
Sementara itu, tempat kedua dimenangi Nurul Faten Nazri, 24 yang membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM2,000 manakala tempat ketiga dimenangi oleh Ahmad Ridzuan Shah Abd. Rahman yang menggondol hadiah wang tunai RM1,000.
Tempat keempat dimenangi Nor Azizul Haron dan kelima diraih Abdul Azim Abdul Karim yang membolehkan mereka membawa pulang hadiah berupa hamper barangan Adidas.
Bila lagi program seperti ini dianjurkan?
[…] lakukan dan usaha kita tidak menjadi sia-sia. Pemenang: Tahukah anda bahawa Fadhlul Hadi merupakan pememang Cabaran iSihat musim […]